Monday, February 23, 2009

Al-kisah tanpamu (5)

Di cafeteria kelihatan seorang gadis berbadan gempal sedang menunggu. Di luar pintu kelihatan seorang gadis melangkah masuk dan diiringi oleh 2 orang temannya. Hampir semua yang berada di cafeteria sedar akan kehadiran 3 orang sahabat tersebut lalu memandang ke arah mereka. Mereka hanya membalas pandangan tersebut dengan senyuman sekadarnya. Tak kurang juga yang memandang dengan 1001 persoalan pada raut wajah mereka. Ada juga yang menyapa.

Orang lain (1): hoi YB lama tak nampak?

YB: yelah…bz sikit sekarang ni. Kau apa khabar?

Orang lain (1): aku baik.

YB: mana kau punya kawan yang satu lagi?

Orang lain: ada di depan sana.

YB: oh…tengah tunggu turn nak bagi duit kat makcik café hahhaa…

Semua yang mendengar tergelak.

Orang lain (2): hoi..apa khabar kau?

YB: baik…kau bagaimana bah…

Orang lain (2): aku baik. Macam selalu…

YB: apa korang buat di sini. Masih boleh kah pelajar harian masuk malam-malam kawasan kolej?

Orang lain (1): kitorang kan ada pas masuk. Tapi matrik kad tinggal kat depanlah. Susah betullah sekarang nak keluar masuk kolej.

YB: hahhaa…biasalah tu. Sebab ada kes kan? Kalau ndak ada kes … nadak juga…

Orang lain (1): macam mana lagi kes hari tu?

YB: entahlah … ndak ada dengar berita bah. Aku sekarang sibuk dengan projek-projek…

Orang lain (2): biasalah YB…mesti banyak projek. Ahhahaa….

YB: bah…aku jalan dulu dorang sudah tunggu…

Orang lain (1) & (2): okay.

Lalu melangkah ke arah meja tempat duduk si gadis gempal menunggu. Sambil menegur…

YB: hai Chim…

Chim: hai…ramai betul peminat kau sekarang.

YB: well…hhahahaa…

Semua yang ada di meja itu tergelak…

YB: ndak makankah?

Chim: minum je. Kau nak belanja ke?

YB: boleh … jom lah makan sekali!

Chim: tak apa kami dah makan tadi, minum je lah…

Gadis yang seorang lagi hanya tersenyum. Tetapi si Yb tidak puashati. Dia memujuk supaya keduanya makan bersama. Mau atau tidak, kedua-duanya pun angkat jugak untuk mengambil makanan.

Sampai di depan kaunter si YB tolong bayarkan semuanya. Syukur Alhamdulillah rezeki…hehee…2 kali makan free…kemudian kami kembali duduk di meja tadi. Makan-makan sambil bercerita tentang program MPP dan PPI akan datang. Terus si YB ni minta pendapat si Chim.

YB: Chim, nanti aku jadi pres PPI aku nak lantik dia sebagai S/U aku.

Chim: baguslah tu. Kebetulan kitorang ada ambil subjek business com. Dalam tu ada belajar tentang semuanya. Termasuk minit-minit mesyuarat.

YB: wah…pilihan yang tepat lah ni…hehee…

Gadis: mengadalah korang ni…( geram)

YB: hahaa

Chim: hhahaa…tak cuba tatau lagi.

Sepupu: ha’ah lah kin apa kata kau cuba dulu…aku tau kau dapat.

Gadis: ceh! Seorang pun tak ada sokong aku.

Semua tergelak….

YB: nanti kau tengok dia makan fuh….licin pinggan boleh simpan balik tak payah basuh…hehee

Chim: herm….bukan takat licin pinggan je. Makan pun teratur…tengok lah tu, sayur di makan dulu sama ngan putih telur masin. Lepas tu nanti ayam goreng…dan terakhir sekali mestilah kuning telur…

Sepupu: aih…kau pun perasan juga kah?

Chim: mestilah aku kan lama lagi kenal dia daripada korang.

Gadis: melampau betul! ( geram bercampur segan silu)…

Mereka yang lain gelak tengok muka si gadis itu kemerah-merahan menahan malu. Selesai makan, semua geleng kepala memerhati isi pinggan si gadis itu. Kemudian sepupu si YB bersuara: Kin, makcik café cakap kau tolong hantar balik pinggan lepas kau makan. Ndak apa-apa bersih tu.

Akhirnya semua tergelak….si gadis itu semakin geram…

Semuanya berlalu menuju ke destinasi masing-masing sambil berjanji untuk bertemu pula di ruang legar. Kebetulan pada malam itu si YB dan sepupunya ada discussion dengan teman-teman secourse mereka.

Commercial break again, again and again!!!!! Hahhaha…..

Al-kisah tanpamu (4)

Wakakaaa… leh selit macam-macam iklan. Hahhaa…

Kedengaran suara azan dilaungkan oleh sepupu Presiden MPP. Selesai azan kebetulan, masjid itu dikunjungi tetamu Allah yang lain. Ada seorang ibu dan seorang anak kecil lelaki melangkah masuk ke dalam masjid. Gadis kecil itu tersenyum lalu angkat dari tempat duduknya untuk bersalaman dengan tetamu itu. Tetamu itu membalas senyumannya dan menyambut huluran tangan kecil itu. Tetamu yang kecil itu juga menghulurkan salam kepada gadis kecil itu. Tidak lama kemudian datang menyusul seorang makcik berpangkat nenek lalu menghulur tangan untuk berjabat tangan. Si gadis itu menyambut salamnya dengan hormat sambil mencium tangan nenek itu. Si gadis bersuara.

Aku: dari mana?

makcik: dari kampong saudara. Singgah di sini sekejap.

Aku: owh…makcik satu famili ke ni?

Makcik: ye nak…yang tu tadi menantu makcik.

Gadis itu mengangguk kepala tanda faham.

Makcik: anak belajar di sini ke?

Aku: mengangguk sambil tersenyum.

Makcik: sunyi je..mana jemaah lain.

Aku: sibuk sangat agaknya. Banyak benda nak kene prepare tambahan pula sekarang ni dekat-dekat nak final exam.

Makcik: owh...nak panggil siapa ni?

Perbualan mereka terganggu kerana kakak tadi muncul kembali selepas berwuduk. Si gadis itu tersenyum. Kakak itu pun membalas senyumannya juga.

Aku: panggil je sakinah makcik. (tersenyum)

Makcik itu tersenyum.

Kedengaran suara iqamat dilaungkan. Mereka pun sama-sama meluruskan saf dan bersedia untuk menyempurnakan ibadah pada malam itu secara berjemaah.

Selesai solat gadis itu bersalaman dengan makcik dan kakak serta adik kecil itu. Kemudian gadis itu melipat kain telekungnya dan bersedia untuk pulang. Sedikit demi sedikit lampu kelihatan sudah malap benar. Tahulah si gadis bahawa Pres MPP dan sepupunya sudah pun menunggu di luar masjid. Gadis itu melangkah keluar masjid sepertimana lagak seorang anak mengiringi ibunya yang akan keluar dari rumah untuk mencari rezeki. ( semacam je bunyi ayat ni).hehee…

Gadis itu bersuara…

Aku: makcik sekeluarga nak pergi mana lepas ni?

Makcik: kami nak balik santubong. Situlah kami tinggal.

Aku: owh orang santubong rupanya…( si gadis tersenyum)

Makcik dan kakak itu pun turut tersenyum. Sebelum berpisah sekali lagi gadis itu menghulur salam. Kakak dan makcik itu pun menyambut tangan kecil itu. Tiba-tiba si kecil pun ingin turut serta untuk bersalam. Si gadis menyambut tangan kecil itu dengan senyuman.

Sepeninggalan itu, makcik sempat lagi berpesan: Nak…belajar rajin-rajin. Sibuk walau macam mana pun solat jangan tinggal. Rumah Allah jangan dibiar sunyi. Dah dekat sangat dengan tempat anak belajar. Jemaah malam hari pun dah memadai. Si gadis itu tersenyum lalu menggaggukkan kepala tanda faham dengan nasihat makcik itu.

Ketika makcik dan kakak melangkah ke arah kereta yang menunggu di luar Presiden MPP dan sepupunya berjalan mendekati gadis itu. Makcik tersenyum memandang ke arah mereka berdua. Mereka pun membalas. Setelah kereta itu ingin berlalu pergi makcik, si kecik dan ibunya melambai tangan dari dalam kereta. Gadis itu pun membalas lambaian tangan tersebut.

Tiba-tiba…

Pres MPP: mereka tu hendak balik ke mana?

Aku: santubong.

Sepupu: wah…peramah jugak kau?

Aku: hehee…mesra alam katakan…

Kami ketawa…

Pres MPP: macam kau tatau. Diakan gadis solehah…

Aku: (terkejut) pandai-pandai je buat cerita…

Sepupu: hek eleh…malu-malu pulak. Teimalah kenyataan Kin.

Aku: tak lah aku biasa-biasa saja.

Tersenyum…
Kami meneruskan langkah ke cafeteria. Sambil itu, gadis itu on kan hp nya dan mendapati ada sms masuk. Si gadis membaca sms tersebut. Owh dari si Chim. Si gadis itu tersenyum.

Again and again…to be continue…
Harap sabar menunggu….huhuu

Al-kisah tanpamu (3)

Hahhah commercial break lagi!!!

Pres MPP: assalamua’alaikum!

Aku: ( terkejut !) . wa’alaikumsalamwbt ( sambil tunjuk muka geram)

Dia gelak….terus panggil sepupu dia. Sepupu dia pun datang.

Sepupu: assalamua’alaikum kin! Aih…ramainya jemaah…

Aku: wa’alaikumsalam. Ramai?!!! ( sambil tengok sekeliling)

Pres MPP: macam tak biasa kau ni. Eh tadi kau panggil dia apa?

Sepupu: aku panggil dia kin. Kenapa? Salah?

Pres MPP: eh mana boleh. Aku seorang je boleh panggil dia kin tau. Aku dah beritahu kat dia. Kan kin kan?

Aku senyum…

Sepupu: aku punya sukalah. Macamlah dia bini kau.

Pres MPP: mana boleh. Aku dah bitau dia. Aku tak nak orang lain panggil dia kin. Aku nak aku seorang je.

Aku diam dengan dahi berkerut.

Sepupu: suka hati aku lah. Apa aku nak panggil dia.

Pres MPP: tak boleh. Kau kene panggil dia lain. Itu khas untuk aku dan dia shaja! Keputusan muktamad.

Sepupu: ek eleh….

Pres MPP: lepas ni buat apa?

Aku: pergi ruang legar. Studi. Kenapa?

Pres MPP: ndak pergi makan dulu kah?

Aku: owh…tadi aku dah pergi makan dengan chim sebelum ke sini.

Pres MPP: owh ingat tadi nak ajak pergi makan sama.

Aku: why not? Saya boleh ajak chim tunggu di café jap nanti. Mana tau dia tak turun lagi.

Pres MPP: o.k…

Aku: assalamu’alaikum YB

Pres MPP: wa’alaikumsalamwarahmatullah…

Dia pun berlalu…aku terus call chim.

Aku: awk...dorang jeff ajak makanlah di café. Nanti awak tunggu kat sana lebih kurang 8 suku macam tu.

Dia: okay…eh …. Awak ada apa-apa ke dengan dia?

Aku: dah! Jangan nak buat gossip. Aku ngan dia besfren je lah.

Dia: kalau ada apa-apa pun apa salahnya. Dia baiklah…

Aku: ceh! Kau je lah ngan dia nak. Nanti boleh tukar nama pulak. Hehee…

Dia: nonsense!

Aku: hahha padan muka!

Dia: nanti aku tunggu kay bye…

Aku: bye….

Aku senyum lalu off hp. Lalu menyambung kembali revision express aku.

To be continue…..hehhee…..commercial break again!!!

Al-kisah tanpamu (2)

Kembali kepada kisah yang selanjutnya selepas commercial break. Wakakkakaa…

Depan gate. Seorang gadis berbadan agak gempal setia menunggu temannya. Akhirnya seperti yang dijanji temannya sampai 2 minit sebelum pukul 5. sampai di depan gadis yang gempal itu dia bertanya

Aku: dah lama ke keluar kelas? Nape tak call?


Dia: tak lah. Baru je sampai sebenarnya.


Tiba-tiba pakcik guard menyampuk…

Pakcik: aih…macam ada plain baik punya je ni?


Aku: hehee ade-ade je pakcik ni. Nak ikut sekali ke?


Pakcik: mana boleh. Pakcik kan tengah kerja ni.


Aku: tak apa pakcik. Jom lah!


Dia: hahhaa….betul tu pakcik. Tak ada oranglah nak rompak siang-siang macam ni.


Aku pandang muka dia…dahi berkerut sepuluh. Dia senyum, aku faham...

Pakcik: tak apalah. Lain kali pakcik ikut. Hahaa…jalan elok-elok!


Aku dan dia: okay pakcik…

Dia: memandangkan aku dah buat kau sedih hari ni. Aku nak belanja kau. Kau pesan je apa je.


Aku: betul ni! ( Tanya dengan penuh kemusykilan)


Dia: yelah. Betul lah. Aku tau apa yang dah berlaku. Tadi ada orang cerita kat aku pasal insiden tu. Kesian dorang kat kau. Kesian aku dengar. Patutlah kau nampak bad mood sangat-sangat.


Aku: dah lah. Aku tak nak cerita lagi. Yang penting sekarang aku nak makan nasi ayam. Aku nak minum tea c panas boleh?!!!


Dia: okay!!!

Abis je makan. Jam dah dekat nak maghrib. Sementara tunggu azan. Kitorang lepak kat situ. Bila azan dah tiba. Kitorang balik kolej yang kebetulan nya kolej tu berdepan dengan tempat makan. Aku masuk masjid, dia balik bilik.

Sampai dalam masjid. Aku masuk, seorang pun tak ada jemaah perempuan. Aku terus letak beg aku kat situ dan masuk ke ruangan wuduk. Ambil wuduk. Dan masuk ke ruangan solat semula. Masih juga tak ada jemaah perempuan. Selesai azan. Aku bangun, solat sunat sat. selesai solat sunat kedengaran sahabat aku mendendangkan iqamat nya.

Solat….

Selesai solat, aku terus buka nota management. Kitorang dah plain nak studi di ruang legar sambil tengok cerita dalam hati ada cinta. Hehee…

Tengah belek-belek nota. Tetibe ada orang bagi salam. Terkejut aku! Aku pandang dari celah dinding yang memisahkan antara jemaah perempuan dan lelaki. Aku tengok si presiden MPP rupanya. dia gelak. Lepas tu. Dia bagitau sepupu dia kat ruang depan sana yang duduk dengan pakcik zack. Terus sepupu dia datang juga.

To be continue…huhuu

Al-kisah tanpamu (1)

Masa di kolej dulu, aku pernah pegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PPI (II). Masa tu aku stress giler. Nak belajar pun aku rasa macam tak ada masa. Ditambah pula dengan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Tapi aku cuba jugalah bawa. Masa tu aku rasa sunyi sangat-sangat. Walaupun ada sahabat-sahabat yang setia di sisi aku. Namun, aku masih rasa sunyi. Bukan apa pun. Mungkin sebab aku rasa letih sangat. Sehinggalah satu hari tu. Pernah aku selama beberapa hari cuba untuk asingkan diri kejap daripada teman-teman. Tapi, dalam masa yang sama…sungguhpun begitu masih ada juga yang sedia temani aku ke mana-mana saja aku pergi. Aku tak ajak pun dia beria-ia nak ikut. Aku sendiri tak tau kenapa? Satu tempat je dia tak ikut. Bila aku solat di masjid. Sebab dia non-muslim. Tapi, dia tetap sedia menunggu di luar pagar masjid ataupun di ruang legar seorang diri setia menunggu aku di situ.

Teringat satu insiden. Masa tu ada oral BI untuk subjek BEL ( bahasa Ingeris ). Dia terpaksa keluar menemui uncle dia pagi-pagi. Disebabkan aku terlewat bangun. Jadi dia pergi keluar seorang-seorang. Hampir-hampir kumpulan kitorang tak dapat sit untuk oral ni. Aku pandang muka kawan-kawan yang lain udah sebel banget gitu!!! Aku jadi tak leh kawal rasa sabar aku sehingga terbawa-bawa time debat dalam oral. Tajuk kitorang hari tu very simple punca masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kita sekarang. Nak tau siapa menang debat? Mestilah aku hehee…kebetulan tajuk aku pengaruh ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan remaja itu sendiri. Hahhha nasib baik aku tak keluarkan lagi dalil-dalil dari dalam al-quran.

Selesai exam, aku tak dapat nak senyum. Aku jalan terus. Sepatah pun aku tak tegur dia. Aku takut sangat masa tu. Takut keluarkan perkataan-perkataan yang boleh sakitkan hati dia. Biarlah hati aku seorang yang sakit. Jangan dia pula. Lagipun aku faham. Hari tu dia betul-betul perlu keluar juga. Keluar je daripada lift dia berusaha untuk buat aku bersuara…

Dia: lepas ni kita nak pergi mana?

Aku: sebelum aku ada kelas akaun pergi café la…( nada mendatar )

Dia: bila kelas awak?

Aku: pukul 1.

Dia: nampak awak macam marah sangat kat saya. Saya minta maaf.

Aku: aku tak kisah sangat pun. Tapi kau tak rasa apa yang aku rasa dalam situasi tadi. Semua orang Tanya aku. Aku jawab aku tak tau mana kau pergi. Aku ingat kau nak keluar dekat-dekat. Manalah tau kau keluar sampai ke pasar.

Dia: tapi, kau tau kan kenapa aku keluar?

Aku: aku tau. Tapi kau ingat orang lain dapat faham ke? Ini final exam sayang, bukan test 1 test atau test 2. Siap ada lecturer dari lain course lak kat dalam tu.

Dia: o.k o.k, aku minta maaf sangat-sangat.

Aku: dah lah. Yang dah berlaku tu sudah lah. Aku Cuma masih tak ada mood je. Kau tak dengar apa orang bising pasal kau. Anggap case closed! ( masih panas hati).

Sepanjang hari tu. Aku rasa marah sangat-sangat. Aku tatau sama ada aku marah dia ataupun marah orang lain sebenarnya. Gara-gara kemarahan aku ni. Selepas makan, aku terus masuk kelas kebetulan aku memang dah bekal buku dan fail dari hostel. Dia balik hostel aku pula terus pergi ke kelas akaun. Langsung aku tak angkat muka masa berjalan. Aku rasa tak larat nak senyum dengan orang-orang di sekitar aku. Ada juga junior yang menegur aku senyum sekadarnya sahaja. Tak kurang juga yang bertanya. Bad mood kenapa? Aku jawab tak ada apa-apa. Biasalah demam final.

Nasib baik hari tu kelas sejam sahaja. Dan hari itu adalah perbincangan tutorial yang miss Ruth bagi. Syukur alhamdulillah. Dengan perasaan yang berserabut tu aku masih dapat fokus dan berfikir secara tenang. Balik dari kelas. Aku terus balik bilik, ambil wuduk dan solat. Selesai solat. Tiba-tiba dia ketuk pintu. Dia minta maaf sekali lagi. Aku rasa nak nangis nak peluk dia saat tu juga. Aku ajaklah dia masuk. Aku cakap kat dia kan saya cakap tak apa. janji kita dapat sit untuk exam tu. Aku senyum. Dia senyum juga. Akhirnya dia berjaya buat aku senyum juga. Memang benarlah wuduk dan solat tu boleh tenangkan kita.

Dia: jadi tak plain kita petang ni?

Aku: why not?!!! So, when you free?

Dia: hurmmm…after class. 5 o’clock. Aku tunggu kat depan gate!

Aku: hermm….good choice. Tau-tau je ye pilih time.

Dia: aku faham lah engkau mesti nak solat asar lagi. Tak pun mandi terus. Jadi kau nak buat apa petang ni sementara aku tak ada.

Aku: I thought nak pegi library sat. dalam masa sejam gitu. Kita turun sama-samalah.

Dia: wokeyh. Aku tunggu kat luar. Cepat tau!!!

Aku: set!!! (sambil amik tudung dan kad matrik.)

Nak tau plain dia ikuti kisahnya dalam part 2.....mueheheee....

Tanpa

By sixth sense

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau
aku tak mengerti
Meski pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpaMu
Menemani aku sepi
Tanpa cintaMu aku resah
Tanpa kasihMu aku hampa
Tanpa diriMU aku mati
Tanpa cintaMu aku resah
Tanpa kasihMu aku hampa
Tanpa diriMu aku mati
Kini benar-benar ku rasakan
Dalam relung hatiku tanpaMu
Aku tak mengerti
takut aku jauh dari diriMu
dan kau tinggalkan aku sendiri
tanpaMu ku mati
resah yang ku ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa Engkau
aku tak mengerti

best tak lirik lagu ni. Pertama kali aku tengok tajuk lagu ni kat blog cikgu kerepek. Fuyyoh! Langsung aku tak berkenaan. Jadi aku cabut kata putus untuk tidak download lagu ini. Lepak kat blog 3rd pula, insiden yang sama berlaku. Aku betul-betul tak faham ape kes dengan lagu ni. Berhantu sangat ke?

Tiba-tiba di suatu pagi yang sibuk. Masa tu tengah get ready nak sediakan lunch . Entah apa kes DJ X-FRESH fm dok putaq lagu ni. Aku kenal sangat dengan suara vokalis band yang satu ni. Terus tersentap rasa jantung aku dikala itu juga. Sungguhpun aku tatau dan tak dengar judul lagu yang DJ sebut tapi aku syak ini mesti lagu tanpa.

Aku buka pc try nak on9 tapi tak dapat-dapat. Niat aku Cuma satu. Nak dapatkan lagu ni. Nak beli cd aku tak mau. Nak beli mp3 jauh sekali. Aku Cuma nak vcd karaoke band ni. Sebab aku minat giler tengok vokalis band ni. Hahhaaa…tak kisahlah dia mamat ensem ke tak? Tapi comel lah…kwang kwang kwang…indon lagi tuh…ahhahaaa tak boleh taip panjang sangat cerita pasal orang seberang, nanti chinta dengan keyon pening lagi. ( agak-agak jejaka lombok cari aku tak lepas ni?!!!) hahhhaa…

Ada benda yang buat aku tertarik dengan lirik lagu ni. Ia adalah kisah benar. Terjadi masa aku tengah belajar dulu. Mari kita singkap balik…jojom selam....

Thursday, February 19, 2009

Jejaka vs Gadis

perbualan diantara seorang gadis dan jejaka di suatu malam yang sunyi sepi ( semacam je ayat?)




jejaka: ramai betul kawan lelaki awak?

gadis: yalah, kenapa? bukan apa-apa pun, dorang kan cuma sebagai kawan je.

jejaka: tau...tapi, kawan² perempuan awak tak macam tu pun?

gadis: sabarlah. sayakan seorang perempuan makanya, perempuan itu lebih tau isi hati wanita lain.

jejaka: ada-ada je jawapan awak!

gadis: setiap soalan kan mesti ada jawapan.

jejaka:yelah..tapi awak, satu hal saya nak pesan sikit. saya harap awak akan ingat sampai bila-bila apa yang akan saya katakan ni !!! (penuh tegas!)

gadis:insyaAllah apa dia?

jejaka: sekiranya seorang lelaki itu betul² sayangkan seorang wanita itu, dia pasti akan berusaha untuk menjadikan wanita itu sah di sisinya sebagai seorang isteri. seorang lelaki yang sangat mencintai tak akan mengalah dengan bersandarkan alasan ibu dan ayah mereka tak restu. apalagi atas alasan jauh. dia pasti akan selalu berusaha untuk meyakinkan pada mereka bahawa pilihannya adalah yang terbaik.

gadis: ( diam)

jejaka: awak nak tau, bila saya cerita pasal awak pada mak. mula² dia pun macam tu jugak. tapi bila saya yakinkan yang awak adalah yang terbaik yang pernah saya kenal dan saya yakin sangat² pada awak, akhirnya mak menjawab dengan memberi nasihat. untuk menjadi seorang suami bukan senang. besar tanggungjawabnya nak jaga anak dara orang. kalau benar dah ada pilihan, apa tunggu lagi...kerja rajin², kumpul duit, pastikan kewangan stabil dan bila rasa semuanya dah cukup bagitau je pada mak. jauh manapun pilihan anak² mak, mak akan sanggup ikut untuk pergi pinang pilihan² anak² mak.

gadis: ( terdiam sambil melepaskan keluhan berat)

jejaka: saya harap awak ingat pesanan saya ni. saya betul² yakin awak adalah yang terbaik buat diri saya. sebab tu saya sayang awk sangat². saya tak boleh bayangkan sekiranya saya tidak pernah bertemu dengan awak sebelum ini. entah macammanalah kehidupan saya sekarang. saya tak pernah lupa dan saya sedar di satu sudut saya bukanlah yang terbaik untuk awak. walau bagaimanapun, saya berjanji tidak akan pernah kecewakan awak. percayalah...saya akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan awak.

gadis: jadi?!!!

jejaka: saya faham awak baik sangat² dengan semua orang. semua orang pun awak layan. tapi biarlah seadanya sahaja. saya harap awak faham kata² saya. saya cuma tak nak awak susah hati, sebab saya dah kenal sangat dengan awak. bila susah hati mesti awak tak boleh tidur, bila tak boleh tidur mesti awak akan jatuh sakit. dan saya pula tak nak awak terus-terusan sakit.


diam....


jejaka: awak...saya jauh, tolonglah jaga diri awak baik². janganlah buat macam ni selalu. tak baik bagi kesihatan awak. tolonglah dengar apa yang saya pesan ni.
gadis: ( terdiam...menangis)
jejaka: ingat! saya sayang sangat sangat kat awak. saya nak awak selalu sihat. bukan sakit-sakit macam dulu lagi kay?!!! janji dengan saya boleh?!!!
gadis: insyaAllah, saya cuba....( menangis )
jejaka: dah lah...saya tak suka dengar awak menangis. sedih dan rasa bersalah pula saya. saya harap awak faham. saya tegur awak sebab saya sayang sangat sangat kat awak. ingat tu!!!
gadis: (menangis ...menggangguk kepala)
perghh...apa punya mangkuk le dia ni. yang dia angguk kepala tu buat pe? jejaka tu nampak ke? doyai...
jejaka: dah makan ubat tak?
gadis: dah...
jejaka: o.k...kalau macam tu lepas ni tidur terus tau...
gadis: o.k
jejaka: tak nak o.k je....saya nak awak janji dengan saya!!!
gadis: o.k ... janji...
jejaka: o.k lah nak sambung keje dah ni. setengah jam lagi nak balik. keje tak siap lagi...
gadis: o.k...nanti balik bawa motor elok-elok ye...
jejaka: o.k...dah dah tidur lagi...rindu awak sangat-sangat tau....assalamu'alaikumwbt...
gadis: wa'alaikumsalam....
sepanjang malam itu...gadis itu ditemani oleh mimpi-mimpi indah sepanjang lenanya....

Wednesday, February 18, 2009

"ayat-ayat cinta penipu"

ini aku petik daripada mastika keluaran januari. kesian dengan si hanif yang asyik kene tipu kaum hawa. jadi aku terfikir nak postkan sesuatu untuk hanif di sini. nak aku postkan kat mastika belum tentu mastika letak kat dalam majalah dorang sebab lagi banyak cerita yang menarik yang dorang boleh buat.
kalau korang baca cerita pasal hanif ni memang kesian, satu persatu dia terkena dengan perempuan ni. tapi ada satu kesilapan hanif aku tengok. bila dia kritik seorang dpd gurlz dia yang
pernah dinoda. bagi aku hanif tak patut ngadu kat mastika yang gurl tu cuba nak tutup diri dia yang dah pun kene tebuk tupai. tak elok lah!
bukan marah. tapi ada kesal sedikit. sekurang-kurangnya perempuan tu sudah berusaha untuk berhijrah daripada satu perkara yang tidak kepada perkara yang baik. dan hanif sebagai seorang yang kenal dia harus bersyukur di atas perubahan dia. bukan senang untuk meninggalkan perkara yang tak elok. sebab dalam dunia masa sekarang perkara yang tak elok itu bagi mereka yang jahil sungguh menyeronokkan, mengasyikkan.
semua orang selalu bercakap kenapa sebelum buat tak pernah pikir risiko. cuba bayangkan seorang perempuan yang dirogol pula tetapi dia bukan tergolong dalam golongan perempuan² yang suka berbuat maksiat. apa pula kisahnya? adakah itu salah mereka?
setiap manusia dan level imannya akan diuji dengan ujian yang berbeza. memang setiap yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri. tapi selagi kita masih punya hati dan otak untuk menilai lama-kelamaan sifat yang mazmumah itu akan dapat dikikis juga dengan hasil usaha yang tidak pernah berputus asa.
setiap saat yang berlalu hidup manusia penuh dengan cabaran. ia tak kan pernah sunyi daripada sebarang ujian. ujian kecil maupun ujian yang besar. dan jikalau hanif rasa tertipu. dan semua perempuan itu menipu mari kita fikir sama-sama balik.
dalam dunia ini setiap yang berlaku memang telah tersurat dan tersirat. tapi ada sesetengah takdir itu masih boleh diubah dengan doa. kalau tidak, tak kan ada firman Allah yang menganjurkan kita untuk berdoa. dan doa itu juga merupakan senjata bagi kita hambanya yang lemah.
garis takdir hanif telah tertulis untuk bertemu dengan gadis-gadis yang seperti itu. sekiranya hanif berasa menyesal atau kesal terhadap sikap mereka maupun marah apatah lagi jauh untuk memaafkan kesilapan yang sengaja dibuat semata-mata kerana kepentingan peribadi apakah hanif terfikir bahawa yang menemukan dan mengizinkan semuanya terjadi adalah Allah s. w.t...
pernah atau tidak terlintas difikiran hanif akan hal tersebut?!!! jadi untuk siapa sebenarnya hanif marah? untuk siapa sebenarnya hanif kesal?
bila kita bermuhasabah. kita tidak akan pernah menyalahkan orang-orang disekitar kita. tetapi kita akan sering ingat setiap apa yang berlaku adalah kerana kecuaian diri kita sendiri. sungguhpun nasib setiap orang itu berbeza-beza, hanif harus ingat untuk apa tujuan kita hidup di dunia ini...
sekian itu sahaja....

assalammualaikum cinta ?!!!

sebenarnya aku ada banyak perkara nak cerita di sini sementara aku masih boleh menaip dan duduk di kerusi berdunlop biru hehee...

mula² aku nak letak label ni kat blog sha83kaizer. bile fikir balik tak jadilah. @ the endnya aku rasa aku nak letak kat blog gadis melanau. hehee...sebab aku nak buat dia ada label macam yang ada kat sini sekarang...kira label baru lah...
jom selami pengolahan aku tentang cinta...wahhh jiwangnye...yerks....hahhaa.... sekali sekala tak apakan? jojom selam...heheee semoga terhibur!

Monday, February 16, 2009

Al-KisaH sha83@kaizer

Zaman kecik² dulu memang best kan? Tak ada masalah langsung...tapi bagi aku kecik² pun aku tetap ada masalah. Masalah utama bila aku jatuh sakit. haaa...aku kecik² jarang sakit...biasalah budak nakal. Tak pernah nak lekat dalam rumah. Bila sakit pun tak macam orang sakit. Pagi masa nak turun sekolah je nampak sakit, tapi bila orang semua dah balik sekolah kalah wohhh orang yang sihat. ( biasalah tu...).

Masalah aku masa sakit ni aku tak nak pergi klinik diatas beberapa alasan yang sampai sekarang aku pegang kukuh ni. cewah...jom kaji alasan aku. Logik ke tak logik.

1- sampai klinik, aku takut pihak klinik bagi injek. ishk...tak kan doktor nak injek sebarang kan? tapi itulah aku.

2- lepas tu, mesti mereka bagi ubat yang pahit². yang aku suka makan cuma ubat batuk je...itu je bagi aku ubat yang paling sedap. pil² lain semua sebiji pun aku tak sentuh. nak tak nak emak beli panadol cortal kanak-kanak. erk.... betul ke spelling aku nieh? hehhee...bagi aku kira satu pembaziran lah. baik tak payah bawa aku pergi klinik kan? lagipun aku dulu minum ubat batuk tu...hai...entah cemaner aku nak cerita yer....memang tak berkesan langsung lah. nak tak nak beli jugak ubat batuk cap kelapa laut afrika. hehee...tak sangka pulak aku ni masih ingat ubat-ubat yang berjasa dengan aku masa kecik² dulu...

perhatian: jangan pula korang fikir yang aku sampai sekarang minum ubat batuk cap kelapa laut afrika...tak lah...aku makan ubat batuk yang dibeli di sekitar klinik swasta ataupun kerajaan. kira dah boleh jimat bajet lah kan? yelah dah dapat terima ubat daripada kerajaan. hehee...pil panadol lak? cuma time aku sakit sangat² sampai tak larat nak bangun baru aku makan. Bila setakat sakit manja² tu ... jangan harap aku nak cari ubat atau pergi klinik.

aku masa kecik minat sangat muzik. mungkin sebab pengaruh orang sekeliling kot. Abang² aku bila datang je atau muncul je muka di kampung mesti riuh bunyi rumah dengan alunan muzik rock zaman² dulu. Biasalah jiwa muda remaja kan? aku masa sekolah menengah pun tak kurang hebatnya hahaha....siap menari lagi dalam satu pesta keramaian di kampung masa tu. itu masa tingkatan 1 lah...

cerita pasal pesta tu...hahhaha ada pulak insiden memalukan. malam tu biasalah bila kita dah nak menari mesti pakai mekup cantik² kan? tapi....aku tak lah cantik macam geng² yang lain. aku biasa je. nak kata cantik tak lah jugak. tapi bila korang pandang tak adalah sampai rasa nak buat korang menyampah. kira ala kadar sahajalah. balik dari pesta tu aku letih sangat² sampai rumah aku tak cuci dah muka terus zzzzzzz..... lena diulit mimpi. tiba-tiba..."hoi, bangunlah kau tak nak pergi sekolah ke? tu lah sapa suruh ikut menari semalam!" terasa kasar tangan yang menggerakkan aku bangun tuh. aku ingat nak dera aku tadi. dengan bunyi yang lantang menggegar gegendang telinga aku. agak² masa tu gegendang telinga aku tengah memainkan alunan muzikal bermukun. fuh, hebat tuh! bukan senang nak dapat....aku tengok jam kat tangan aku lagi...alamak! terbabas lah pulak. Jam dah menunjukkan 6:25 a.m. kebetulan hari tu hari isnin, jadi macam biasa mestilah ada perhimpunan kan..apelagi aku mandi cepat², siap², tak ambil sarapan terus je jalan² laju seorang diri. Deq dah pergi sekolah dulu masa tu. padan muka! Sampai di sekolah nasib baik semua orang baru nak masuk dewan. kebetulan kawan aku atiey masih menunggu di dalam kelas. lepas tu aku tak sempat nak duduk..tetibe dia tanya...

atiey: lor...ape mende kat muka kau tuh...(siap gelak)
aya: ha'ah lah ape mende ni berkilat-kilat je...
aku: eh korang bior betol! jangan main-mainlah! dah le aku datang lewat hari ni..eeee geram tau..
atiey: lha...tak kan nak tipu pulak...
aku: abih tu...ape dia?
atiey: nampak macam alat solek je...eh ko bersolek ke sebelum turun kelas tadi?!!!
aya: yelah...kau tak percaya ni aku tunjuk. ( sambil bagi cermin kat aku)
aku: alamak! aku lupe nak buang mekup aku pakai semalam. semalam kan aku join nari ... adeiii cemaner ni? sempat ke nak cuci? kang lewat pulak masuk dewan...tak pasal-pasal kena tahan...
atiey: jom je lah kita cuci dulu muka.
aku: harap-harap ade air kat toilet.

sampai dalam toilet aku cuci muka aku habis-habisan tapi tak adalah samapi guna klorin ke, clorox ke apalagi vanish. sebab masa tu vanish tak wujud lagi.huhuu. bila aku yakin dah bersih aku tanya kawan aku. amacam dah okay tak? mereka jawab alah kat atas mata tu masih nampak merah lagi. kau sapu ape ye? hampeh tol. masa darurat macam ni masih ada hati lagi dia nak tanya soalan macam tuh...aku cuci lagik skali. masa tu siap dah bukak tudung dah takut tudung basah. Kemudian aku tanya lagi...o.k tak? dorang jawab o.k dah. adoi....tak ada kain lap pulak...ishk ishk ishk...aku buang saki baki air tu gune jari pun boleh...ahakz...dan aku pasang tudung. kitorang keluarlah dari dalam tandas lalu bergegas ke dalam dewan. orang dah ramai. jadi kitorang ni bila dah masuk akhir kene duduk belakanglah jawabnya. namun, hati aku masih ragu-ragu dengan keadaan rupa aku masa tu. sampai seorang akak tegur. tak apa-apa lagi dah berpeluh? aku senyum kambing je dengar. aku jawab tadi terlambat... aku tak tipukan?!!! hehhee cuma aku tak cerita apa yang dah berlaku. tu je hahhaa....

hari yang sama...
kebetulan ada pulak subjek Bahasa Melayu. nama cikgu yang mengajar adalah Puan Nurul Aini bt abdullah kalau tak silap. dia ni isteri kepada cikgu Roslan. asal pun dari semenanjung gak. dia ni memang strict...erk betul ke ejaan nieh....hhaha aku mana tau taip BI, asal je subjek BM hari tu, maka cantik²lah gurlz dlm kelas 1C. mana taknya cikgu Nurul dengan penuh tegas pernah bagi warning kat kitorang untuk lipat tudung. aku pulak mana tau nak lipat tudung. aku lebih suka biar je macam tu. cikgu Nurul ni bertegas bertempat, nak marah pun bertempat, memanglah dia agak garang sikit sampai student dalam kelas tu jarang nak dekat dengan dia. tapi bagi aku dia memang cikgu yang best. bukan bodek! tapi kenyataan. nanti aku cerita kenapa aku cakap dia best yer....berbalik kepada insiden tadi. gara-gara tudung yang aku buka balik masa dalam toilet tu, jadi aku lupa nak atur balik, kemudian dia panggil nama, satu persatu...

cg Nurul: norhayati, sakinah jiren dan sakinah hj Kipli. sila berdiri.

kitorang dah saling menjeling- menjeling ku bertentang mata kita sama memandang...
dgn rasa detak jantung yang semakin laju dan aku rasa macam kene serangan jantung kejap bila disuruh berdiri...

Cikgu Nurul pandang dengan mata yang tajam sambil bersuara:
kamu bertiga tahu tak kesalahan kamu?

kitorang bertiga hanya mampu geleng kepala sambil tertunduk. rasa seperti seorang pesalah yang berdiri dalam kandang pesalah kat dalam mahkamah menunggu detik tiba untuk keputusan dijatuhkan hukuman. ibabarat macam tu le.

cikgu Nurul: semasa kelas saya saya nak pelajar saya sentiasa kemas. saya sebagai guru kelas kamu menitikberatkan disiplan dalam diri kamu. dan sekarang kamu bertiga sudah pun melanggar peraturan dalam kelas saya!

diam...
pelajar lain sibuk je pandang muka kitorang. macamlah baru jumpakan?!

cikgu Nurul: untuk kali ini saya bagi amaran terakhir pada kamu bertiga, pastikan tud8ng anda kemas sentiasa setiap masa tak kira masa itu adalah masa saya mengajar atau cikgu lain yang mengajar.

erk....cepat² kitorang atur tudung. huhuu.....aku rasa macam pertandingan fesyen tudung pulak masa tuh.

apa-apa pun aku jarang kene tegur dalam kelas cikgu Nurul ni. sebab aku jenis yang cepat kecut perut bila bertemu cikgu yang tegas macam dia ni. tapi untuk bagi kerjasama tu insyaAllah aku masih boleh bagi kerjasama. cuma sekali tu sahaja kitorang ditegur pasal tudung. lepas tu tak da dah. tapi itulah dia...masa cikgu Nurul je nampak cantik² kitorang ni. belakang dia...hurm apa² lah fesyen tudungkan? yang pasti temanya tak berlipat...tapi itu tergolong dalam pelajar tak dengar cakap ke pelajar nakal?

oh yer...pasal kenyataan tu tadi....memanglah hakikatnya cikgu Nurul tu baik orangnya. pertama kali aku bagi kad hari raya dengan dialah...

depan sampul surat: " untuk cikgu tersayang" kalau tak silap aku. hehehe...sekali kawan² aku baca. eh cikgu tersayang?! macam tak percaya je...aku jawab...alah...biasalah tu dia marah sikit². lagipun memang kita yang salah. kalau tak buat salah tak kan dia nak marah. kalau dia tak marah nanti kita pulak yang lebih² dengan dia. aku suka cara dia mengajar. bila dapat cikgu macam tu. beria-ia aku belajar untuk menguasai matapelajaran tersebut sebab aku tak nak dia tengok kelemahan aku. kecuali subjek math ngan Bi memang sadis....huhuu toksah le cerita...
lepas dia habis mengajar hari tu...aku terus lari keluar. cikgu tunggu jap. ada kad raya. cikgu tanya dari siapa...dengan muka selamba aku jawab daripada saya cikgu...perghhh....sendiri kirim sendiri pos sendiri hantar kad .... haaa apa macam?!!! dia jawab terima kasih sambil tersenyum. sampai hari ini aku masih ingat senyuman cikgu Nurul tu dan tak pernah lupa. sebab cikgu nurul ni jarang senyum. mana tak orang cop dia garang. tapi bila dia senyum hari itu..hati aku cakap...aku tak salah menilai. she's a nice teacher sebenarnya. rindulah kat dia.

masa tingkatan satu ni dulu, ada insiden berlaku ke atas aku. ayah meninggal. dia kan guru kelas aku jadi dia taulah ceritanya. adalah masa dia tengah bersembang dengan isteri kepada pak usu aku yang kebetulan jiran quartes dorang. kira mengajar di tempat yang sama lah...dia bergurau dengan mak usu...kalau macam tu biarlah dia ambik aku jadi anak angkat dia je. Mana tak nya dia cakap macam tu. emak pula memang dah takde masa tu since aku tahun 5 lagi. masa tu ustaz Lutfee yang jadi guru kelas dan menganjurkan untuk buat kutipan derma untuk bagi pada aku. dan aku rasa sepanjang aku bersekolah di situ itulah kali pertama ada buat kutipan derma untuk pelajar yang kehilangan ibu bapa.

aku cakap kat mak usu aku...aku nak je jadi anak angkat dia. tapi aku sedar dia gurau je ngan mak usu aku. agak-agak jika puan Nurul Aini tengok cerita ni..eh silap..baca kisah ni. dia masih ingat tak pada aku antara pelajar perempuan yang paling comot dalam kelas dia. aku agak lah. hahahaa....

tapi kan kalau sekarang cikgu nurul nak ambik aku jadi anak angkat dia pun aku masih sanggup...hehee...betul ni. bagi aku dia seorang cikgu yang prihatin biarpun kadang-kadang tu terlalu tegas dengan murid-muridnya. ingat lagi kawan aku pernah bercerita zubaidah namanya. dia cerita pasal suami cikgu kesayangan aku ni. dia memang bengang giler masa tu. cikgu Roslan tanya kenapa dia tak hadir ke sekolah selama seminggu. dia jawab nenek dia ke atau atuk dia yang meninggal. lepas tu cikgu tu jawab. oh..saya ingatkan kamu yang meninggal...dia memang lah bengang kan...mula² aku pun naik bengang gak tapi bila aku pikir² sekarang ni...betul jugak soalan cikgu Roslan tu...sebab aku sendiri kalau part berkabung memang famili aku tak benarkan lama². hari itu jenazah dikubur. esok harinya aku dah dilepas pergi sekolah. jadi masa tu sebenarnye aku musykil jugak dengan teori kawan² aku ni..jadi aku tanyalah. memang adat engkorang ke kalau ada sedara-mara terdekat meninggal kene tak hadir sekolah seminggu?...dorang jawab selalunye macam tu lah tapi tak lah sampai tahap adat. aku jawab owh...tapi bagi aku tak perlulah ambik cuti lama-lama. sayang sekolah. itu arwah ayah pernah pesan dulu masa arwah mak meninggal. bila aku fikir² balik logik jugak pesanan tu. sebab bila kita berdepan dengan kawan-kawan kita, hati kita sedikit riang. tak lah nak bersedih memanjang....panjang lebar penjelasan aku. entah lah lain orang lain caranya kot. itulah jawapan yang aku dapat. bila aku masuk form 2 kalau tak silap cikgu Nurul dan suaminya berpindah. aku tak sempat nak bagi hadiah.walauapepun, anak murid cikgu nurul aini ni dah pandai dah atur tudung elok². tak lah bersepah macam dulu lagi. sayang je cikgu sendiri tak dapat tengok hasilnya. insyaAllah, aku percaya ada pertemuan aku pasti akan jumpa dia lagi...agaknya apa khabar dia sekarang? dia masih ingat aku lagi tak?

o.k semua....itu sahaja kisah untuk kali ini. nanti kita soksek lagi yer....

sejarah

Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul kaum Melanau. Jackson (1976:43) menganggap orang Melanau sebagai orang perantaraan di antara orang Melayu dengan penduduk di pedalaman. Dari segi fizikal pula, orang melanau tidak jauh berbeza dengan orang Melayu akibat daripada sistem pendidikan moden dan pendedahan yang diterima. Bagaimanapun, beberapa aspek fizkal mereka memang berbeza dariapada orang Melayu.

" In appearance, the men of the Melanaus have much resemblance to the other races...The women however, enjoy the reputation of being far more beautiful than those of the other tribes." (H.Ling Roth, 1968:55)

"The Melanaus are a quite people, but dressing like the Malays and cultivating sago. They are very fair, some of the girls quite as white as Europeans; hair black and straight." (Ibid,12)

tentang orang Melanau, seorang mubaligh De Crespigny (1881) mencatatkan,

"The Melanaus are an industrious and well-to-do people...They are litigious, and they have less regard for truth than their neighbours the Malays and the Dayaks. But they are good-natured and hospitable: the men avoid ostentatio, and very seldom array themselves in rich costume, but like to see their women wear gold ornaments and clothes of fine stuff fringed with valuable beads." (De Crespigny, J.A.I.V. 34)

" They are mild and peaceful, being quite and gentle in dispositio; they care not for heads, although a few are still kept in their houses. they are submissive to the authority of their superiors, and crime is of rare occurence amongst them; the most serious cases with which the European residents are troubled by are bechares, or suits connected with their sago lands. several of them have shown a great aptitude for learning and have even learnt to write in English character." (Ling Roth, 1968:91)

Banci 1939 mencatatkan 36,772 orang melanau - 1947 terdapat seramai 35,560 orang. Satu kemerosotan yang disebabkan oleh kekeliruan di antara Melanau Muslim dan Melayu. (Jackson, 1967: 34). 1960- seramai 44,661 orang berbanding pada tahun 1970. Satu peningkatan seramai 8,573 orang dalam satu dasawarsa. 1980 - menunjukkan jumlah seramai 75100 orang atau 5.7 % daripada penduduk sarawak berbanding dengan 5.4% 10 tahun sebelumnya. Dalam tempoh jangkamasa 10 tahun ( 1970-1980) bilangan orang Melanau telah meningkat sebanyak 21,866 orang; sebahagiannya kerana kesedaran yang kuat di kalangan mereka dan juga rasa kebanggaan di kalangan mereka kerana kepimpinan kaum Melanau amat ketara dalam hampir semua bidang menjelang dekad 70-an pada dekad 80-an. Mengikut banci 1980, didapati kawasan yang menjadi tumpuan orang Melanau ialah Bahagian ketiga, keempat dan keenam. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan ialah Igan, Oya, Mukah, Dalat, Sibu, Sarikei, Matu/daro dan Bintulu.

Secara khusus terdapat seramai 14,542 orang Melanau di Matu/Daro. Mukah adalah kawasan yang mempunyai jumlah Melanau yang kedua besarnya sesudah Matu/Daro dengan penduduk Melanau seramai 11,585 orang. (Jeniri amir,1984:1). Petempatan utama mereka ialah di tebing dan muara sungai utama serta kawasan pantai di Mukah, Oya, Igan, Matu/Daro, Rejang dan Bintulu, selain di hulu-hulu sungai. Bagaimanapun, kebanyakan mereka menetap di kawasan pantai yang rendah di Bahagian Sibu dan Bintulu dengan saiz sesebuah kampung di sekitar 500 orang- 5000 orang, misalnya di kampung Tellian, Mukah dan di Kampung Jepak, Bintulu. Kawasan yang menjadi kegemaran mereka kawasan rendah.

" The area inhabited by the Melanau is a low-lying swampy plain, often below sea-level, made up of poor, peaty soil covered by dense tropical forest." (Morris)