Sunday, November 22, 2009

I Love You Always

wawawwaaaa....
tatau nak mula dari mana. perasaan? macam biasa aje. hihii ... gambar di sebelah ni masa tu bulan ramadhan tahun 2007. namadia ni nur fazlin. pernah budak budak habaq dia ni serope cam haku ... haku jawab le .. kalo korang ngata aku ni cantik . jadi fazlin pun tak kurang sama cantik macam aku jugak. huahuahua...
tergelak golek golek lah budak-buda tu semua.
aku rindu sesi aku bersama dorang ... mmmuaaahhh mmuahhh mmmuahhh sambil laga-laga pipi sorang seorang.
pernah baca belum Pudarnya Pesona Cleopatra ? hasil tulisan kang abik . tip top novelnya. seperi jalan cerita yang aku pernah imajinasi satu tika dulu. hakhakhakkk ... imejin je lebih. buatnya tak kesampaian.
aku pernah terbaca satu kisah. di mana .... perkara yang paling peting dalam setiap penulisan adalah perkataan ataupun ayat pertama itu. dulu aku buat tatau je. sekarang aku rasakan benar-benar seperti terkena sumpahan itu.
belum lagi tu aku ajak umie masuk progam raja lawak. mesti dua-dua naik migrain. hihiiiiiiiiiiiiiiii.
eh cam takdak kene ngene je ngan title entri aku kali ini. huhuu ....
apa-apa pun aku cuma nak habaq.. aku akan rindu semua ini. keseluruhan dunia maya dan teman-teman aku. sedih lho... rime time nak cuti tu jugak baru dapat nak on9.
buat adik siti ... i love you always. usu kekeringan idea nie. apa-apa pun yang tejadi tetap akan terjadi. harap-harap myvi tu nanti milik anda. hhahaha. yelah .. usu bagi terus je lah kat siti. tapi.. kalau nak pass kat usu pun boleh jugak. sekarang jugak usu ambik lesen semata mata kerana myvi. erk... lesen terbang takdak jual kah sekarang huahuahuaaa...
gurau je dong.. bercanda!!!

NOTA : adik sahar baka buat pemeriksaan pasal biji bijian yang terpacak kat leher dia. kalo perlu. nanti mungkin akan dibedah sikit dan dihantar ke KL sampel daging tu untuk diuji. adik siti pula akan buat pemeriksaan lanjut di KL nanti . sebab terdapat ketumbuhan lagi pada tempat bedah nya beberapa bulan yang lalu. doakan semoga semuanya brjalan dengan baik dan lancar. kepada NYA jualah kembali setiap permasalahan yang datang satu persatu.

Friday, November 20, 2009

2009 Dalam Sejarah

Ramai yang tanya awak kerja apa sebenarnya? dengan muka selamba menaip aku jaga budak. di bawah ini aku sertakan gambar anak-anak yang dibawah jagaan aku? comel tak ;p (yang pasti bukan gambar di sebelah ;p )
o.k² cut stori beb...
aku nak cerita... sepanjang perkenalan antara aku dengan budak-budak ni aku rasa sungguh selesa dengan dorang. sungguhpun diakui memenatkan. tak ada satu keja pun dalam dunia ni yang tak penat. bukan otak yang penat..pasti badan kita yang penat. bagi aku tugas aku bukan mendidik. tapi menjaga mereka sebaik-baiknya. semampu yang aku boleh bagi . tugas aku juga menyayangi dan membantu mereka sedaya upaya aku. tapi, itulah setiap manusia ada kelemahannya. janganlah sebab sedikit kelemahan itu menolak segala usaha kita dan cita-cita kita.

3 tahun mereka dibawah jagaan aku. jadi sikit-sikit punya pe'el dorang memang aku dah kenal sangat. Bagi sesetengah orang mungkin ia sebagai sandaran sahaja. pada awalnya aku pun juga rasa begitu. lama-kelamaan ia bagai sebati dalam diri aku. ada kawan nak offer tawar keje dengan company. aku kata aku sayang dengan keje aku. macam mana tu?

kesian tengok hasil tugas ke3 dorang ni. bukan apa... biasalah dekat dekat ujung tahun . semangat pun dah kurang. tapi tak apa .. markah kurang banyak disebabkan tak hadir untuk beberapa paper. jadi tu le pasal markah jatuh menjunam. apa-apa pun buat yang cuba untuk menjawab dengan baik ... tahniah buat yang masih lulus. sungguh markah jatuh dengan teruk.



best student dalam kelas aku tahun ni. hihiiii.... comel tak dia? sama tak macam muka nabila dalam cerita mutiara hati. huhuu ...
dia ni best fren pada Mirza dan Hidayah ( tak ada dalam gambar di bawah sebab dia jarang datang. standard le tu )
dalam bacaan AQ dia selalu bersaing dengan mirza.
mirza pulak tahun lepas dah pindah tempat lain. jadi dia lebih rapat dengan hidayah dan tini. biasalah budak-budak memang aktif bila bersama-sama dengan kawan-kawan dorang. mereka pun macam tu jugak. kalau ditanya kita nak buat apa hari ini mereka akan bagi pendapat, main + cerita.
sebab-sebab mereka aku hayati watak-watak setiap kartun yang selalu jadi sebutan di bibir mereka saban hari. dalam tahun 2007, usia dia baru je 8 tahun. sekarang dah masuk usia 10 tahun.




dari kiri nory, Abu, Mirza , tini, dijah, tura, quratu, aina, fazilla, ain,

memang tak ramai boy yang duduk bawah jagaan aku. comel tak dorang. sengaja gambar ni di simpan di peti ini. harap satu hari nanti dorang dapat tengok gambar yang blur nie ... hakhakhakkkk...

nory, abu dan mirza adalah antara saingan nabilah. ada dua orang lagi yang tak hadir. dia tu hidayah dan annam. mirza adalah antara pelajar yang boleh diharapkan untuk tolong kawan-kawan dia yang lain. jarang dengar dia mengeluh. kecuali dia betul-betul dah tak ada idea nak tolong buat kawan dia dapat ikut apa yang dia ajar.
nota: ape ape pun buat buah hati pengarang jantung ku semua .. i love you all always . pada siapa yang tak hadirkan diri dalam kelas datang leh .... anda sungguh bermakna dan bertuah. kerana masih mampu melangkah ke sekolah .

Tuesday, November 17, 2009

Terima Kasih Cinta


terima kasih ya cintaku Allah yang Maha Satu ...
sebab kamu cintai aku ...
sebab Kamu rindui aku ...
mereka bertanya kepada aku?
ya ukhti ...
apa bukti kata-kata kau itu benar ?!!!
apa kah kau yakin dengan bicara tinta kau yang bisu itu ?!!!

maka aku jawab sekadarnya
kerana cintaNYA aku masih di sini
kerana cintaNYA aku masih bisa untuk bersuara
kerana cintaNYA aku masih bisa menulis
kerana cintaNYA aku masih bisa melihat
kerana cintaNYA aku masih bisa menilai
kerana cintaNYA aku masih bisa memaafi sesiapa pun
kerana cintaNYA aku masih bisa menginsafi diri
kerana cintaNYA aku masih bisa meratapi diri
kerana cintaNYA aku masih bisa berbagi kasih
kerana cintaNYA aku masih bisa berjalan
kerana cintaNYA aku masih bisa mendengar
kerana rinduNYA aku selalu mengingatiNYA
dalam tidur...
dalam jaga...
dalam langkah...
dalam tingkah...
dalam doa...

bukankah tanda rinduNYA itu datang bersama 1001 dugaan
1001 rintangan
1001 rasa derita
1001 rasa sakit
1001 deraian air mata
1001 kesulitan

bagi aku ...
itulah buktinya ...
bukti rinduNYA kepada aku ...
tanpa 1001 rasa itu ...
sudah pasti aku akan terus hanyut dan hanyut ...
bersama arus waktu yang kian berlalu ...

Terima kasih ya kasihku ...
tempat aku menumpang kasih ...
tempat aku menumpang teduh...
tempat aku menumpang manja ...
kau kasih ku ...
selalu bersama dikala susah dan senang
kau adalah kekuatan
kau bagai sinaran mentari
menyinari hari-hari
kau ibarat bulan dan bintang
yang menemani aku di kala dunia ini aku rasakan gelita ...
kau ibarat bunga yang mewangi ...
bawa haruman kebahagiaan dalam setiap nafas aku ...
kau ibarat burung-burung yang berkicauan ....
yang sabar menghiburkan aku di kala duka bertandang ...
mungkinkah kerana kita ada pertalian itu...
mungkinkah kerana kita adalah hasil dari dua jiwa yang bersatu
bersatu atas lafaz akad yang diredhaiNYA
tulus cinta dua jiwa itu ...
maka lahirlah kita sebagai penyambung keturunan

Terima kasih ya sayang ku ...
aku sayangi kau ...
sebagaimana aku menyayangi diri aku sendiri ..
kerana sayang ...
aku tahan segala rindu yang mengamuk di setiap penjuru hati aku
kerana sayang ...
aku melepaskan segala hasrat aku ...
kerana sayang ...
aku langsung tidak berasa kecewa ...
kerana aku memahami ...
dunia kau juga aku ada banyak bedanya ...
dunia kau begini ...
dunia aku pula begitu ...
namun ...
kerana takdir dari CINTAKU ...
kita dipertemukan ...
untuk mencari hikmah yang tersembunyi
di celah celah penghidupan ini ...
yang akhirnya hanya akan jadi cebisan-cebisan
yang tidak membawa apa-apa makna
buat mereka yang tidak pernah berfikir ...

Nota: tiada yang lebih indah melainkan rasa sabar itu yang menguasai dirimu ... insyaAllah ...

Cuti ?!!!

sempena musim cuti-cuti sekolah ..jadi aku nak bukak sikit le cerita pasal cuti-cuti ni ... mana tau kalau-kalau tersesat sampai di tempat aku sekurang-kurang nya boleh lah korang berkomunikasi sikit-sikit tanpa perlu khidmat terjemah daripada aku ... kurang sikit tugas aku ... hakhakkkk ... jojom selam sambil minum air ....

sebelum tu .. aku ringkaskan sikit cerita ini ... dalam bahasa melanaunya cuti ini dipanggil suti atau pemisi atau cuti (kata pinjam bahasa melayu tu...) ... tapi yang pemisi tuh aku kurang pasti ... yang suti tu .. kire-kire alih bahasa siket la .. tapi majoriti orang tempat aku panggil cuti ... biasalah ... manusia modenas ler katakan ... erk .. ade ek?!!! macam motosikal le pulok hehee ...

  • kamu akan bercuti di mana? (mo gan kedau bak bercuti nah?)
  • kamu bercuti bersama siapa? (mo bercuti dengan sai?)
  • dari mana asal kamu ? ( mo tow gan? )
  • daripada sumber mana kamu dapat cerita tentang tempat ini? ( keman an mo tao pasal kedau geh )
  • bila kamu habis cuti? ( pidan cuti mo majeh? )
  • kamu mahu tinggal di mana nanti? ( mo bak pelow gan nah? )