Sunday, February 13, 2011

Rocking Tonight !!!!!!!!!!!!!!!!


aku tak nak banyak cerita sebab semalam aku dah cerita panjang lebar dalam entri aku .. sila rujuk http://sha83kaizer.blogspot.com/2011/02/semalam-jumaat-yang-best.html . hari ni tadi berlangsung karnival mesra belia sarawak. macam-macam adalah. termasuk pameran-pameran dan termasuk free buat medical check up. Aku?!!! aku pergi sana lewat sangat. jadi sempat check tekanan darah je huhuu... kaunter lain tak bukak. esok aku try lagi ye... caiyokkkk!!!
oh pasal gambar kat atas tu? memang suspek le ngan Mus -May. Macam ni lah artis otai... dia lalu je depan meja kitorang... kitorang terkejut gak tengok. baru sebut nama Mus... dia pun singgah kat situ... teruslah dia bersalaman. saya dengan ummie tak adalah salam. sekadar tukar-tukar senyum je. hohooo tak boleh tau... bila cakap nak ambik gambar... wah kalutnya keadaan dengan semuanya tak ready miahahaha... agaknya malam ni masuk kot dalam mimpi mus hahhaa...
ni pulak gambar show sebelah malamnya pulak ...mula-mula clear dan seorang dua je yang buat hal kat depan nun... sekali panggil je nama Mus May... mak yai.... punyalah Fanz Rock ... serbu dari belakang, dari tepi, dari kiri, dari kanan, dari depan memang dah serbu dah... tu yang agak kacau - bilau sikit. sampai aku ambik gambar pun tak boleh Fokus. nasib baik aku tak Buzz pergi depan. kalau aku buzz pergi depan terpaksa jugak aku bangun takut kene pijak dek mat ngan minah Rock.
ni time keadaan makin tambah kacau bilau. time ni baru nampak supporting orang-orang kat sini. nak layan rocklah katakan. bukan selalu dapat layan macam ni. dua-dua gambar ni aku ambik lagu pertama "cintamu mekar dihati"...
kau umpama bunga yang mekar dihatiku ... ku harap kau mekarlah selama-lamanya...
lebih kurang macam tu lah bait bait lagunya. memang layan abislah... memang meriahlah... habis je lagu tu... semua dah kene sound suruh jauh dari gate. mus pun siap pesan... cool... rock rock jugak. tapi ingat jugak orang-orang lain yang sedang duduk kat belakang tu.... :thumbs up
lepas tu keadaan pun pulih seperti sediakala ... Errr... Mus... thank you ye lagu terakhir tadi tu.. hahhaha untuk awek-awek bertudung sekitar Daro ye.... aku tak ingat nama lagu tu. tapi aku akan cari... dulu ingat. sekarang dah lupa ingatan...
Nota: teringat time Awie datang Matu dulu... memang selalu ambik port belah tengah. depan pentas. beberapa langkah dari pentas. Nak tengok orang Matu-Daro rocking .... tengok le gambar yang agak blur nih hahahha ... kang tak blur payah pulok... hahhaa...

Sunday, February 6, 2011

Daripada Aku: Yang Kurang Antibodi ='(

apa agaknya yang berlaku dengan anak-anak esok hari. yang pasti MODE cuti still On... mesti banyak cerita dorang esok =).
sejak kebelakangan ni antibodi aku kurang sikit. sebab malas makan kot. bukan apa malas makan... cuma aku rasa tak lapar sampai kadang-kadang aku tak ingat aku ada makan ke tidak sehari tu... =) :pelik
tugasan untuk esok hari?!!!
esok tak banyak sangat kerja... 50% dah siap. harap kerjasama daripada anak-anak je.... kali ni NO NADA-NADA TINGGI !!!!
Biar mata saja yang berbicara... hihiiii iye iye je bunyikan kan kan ...
esok aku nak tambah satu slot masa untuk dorang kongsi pengalaman cuti masing-masing. harus dibahagi dua kumpulan nampaknya. tapi ....jeng jeng jeng... kerja mesti siap semua dulu ... kalau tak siap... tak boleh join!!!
besok jugak....
aku akan edarkan satu buku catatan untuk setiap seorang... dup dap dup dap je kan?!!!!
dalam buku tu akan dicatat setiap kebaikan dan keburukan fi'il dorang semasa dalam sesi pembelajaran. Ala-ala muhasabah yang bertulis. buku tu akan dibagi balik pada aku sebelum dorang ni balik rumah.
dari situ nanti aku akan semak kesalahan setiap seorang dan bagi denda... bagi yang kurang arif dalam hal ehwal pembacaan...aku akan bagi beberapa petikan untuk dorang baca dalam kelas seminggu kemudian. bagi yang dah tau membaca sikit-sikit...sekurang-kurangnya boleh membaca dengan lancar ataupun hafaz terus!
aku tengok... dalam banyak-banyak denda aku kasi.... daripada ko denda berdiri, denda rotan....konpem tak makan saman. bila denda membaca ni. kadang-kadang yang kurang pandai membaca tu... kalau ko suruh nak menghafaz...kurang-kurang dua ayat dia dapat hafaz. memang tak banyak. tapi kene sabar. asalkan sebutannya jelas, tepat dan jitu =).
Nota: tak ada kerja dalam dunia ni tak meletihkan...namanya pun kerja. tapi seronok dan hilang penat bila kita dah mencapai target.
ONMODE: Latihan, Nota, dan Peta minda