Sunday, January 15, 2012

Pemandangan Januari 2012 : Menyingkap Zaman Remaja Ketika Di Sekolah Menengah (^_^)

gambar yang atas sekali ini tangga rumah sis Hinayah ;-) aku agak le ... tengok rupa hikhikhik ...
masa pergi sekolah dulu satu kewajipan dan kemestian kene lalu depan rumah ni ... kalau tak lalu tak sampai sekolah le jawabnya ,...

ah~~~ha . lama dah tak naik kenderaan biru dalam gambar di atas !!!


tengok pada keadaanmasih boleh redah ni ... tapi tak pasti kalau depan pagar sekolah menengah sana.

yang ini macam jalan belakang pun ada ... hikhikhik ... lama dah tak jalan jalan sini. tu pasal ingat - ingat lupa ....


o.k jambatan atas ni banyak kenangan aku kat sini. aku pernah tergolek, tersadung, tercampak pun ada. kali pertama aku accident motosikal ngan abang aku kat sini lah .. hikhikhik ... masa tu jambatan ni kayu lagi ..sekarang dah ber tar gitu lor ..

yang korang tengok luas semacam je tu ... itu adalah padang bolasepak majlis daerah matu. mak aiii ... best woh berkubang kat sini hahaha !!!

yang ini pula taman persisir sungai matu menghala ke jalan pasar memang dah kira dalam kawasan pasar dah ni ;-)

unik tak pasar matu?!!! mohon jangan cantas bangunan-bangunan kedai macam ni ... unik apa?!!! masa dulu-dulu lepas balik perpustakaan sinilah tempat port lepak kejap ..tapi bukan dibangku yang di atas ye .,, hehehe

haaa.. yang ini pula jalan nak menghala ke jalan besar belakang nun... nampak tak?!!! bangunan putih tu merupakan bangunan perpustakaan awam matu dan majlis daerah matu aku rasa ... aku rasalah ... hahhaaa... bukan apa aku tak pasti aku memang jarang berjalan sampai ke kawasan ni. tapi kalau setakat bawa jalan kawasan sini sungguhpun aku tak kenal bangunan insyaAllah masih tak sesat punya!!!

yang warna biru cinonet sana tu tandas awam dan yang korang nampak bumbung sebelah tandas tu kawasan open air. medan selera orang-orang sekitar matu.

tempat makannya tepat..tepat pesisir sungai ....memandangkan aku jarang balik, jadi aku tak reti menu menu special kat sini. yang aku selalu order pun nasi ayam goreng dengan teh tarik ... hahaha ...


sepatutnya bila dari rumah sis ni tadi nak ke pasar memang ada lalu jalan kawasan rumah lama aku memandangkan sis ni aku agak dia naik kereta melalui jalan besar. jadi tak nampak lah kawasan tersebut hehehe ... nanti aku tanya dengan orang-orang kat kawasan situ pula ye....


Nota: Terima kasih sis Hinayah binti Mohamad Ali ... rindu pula nak redah saat saat macam ni turun sekolah ...balik sekolah ... aishhh ... mengusik jiwa betul lah ~~~~

Saturday, January 7, 2012

Antara "Kederat" Ibu Dan Aku

memandangkan http://sha83kaizer.blogspot.com/2012/01/ubat-gastrik-alaf-baru-versi.html ada sentuh mengenai seterika ni makanya aku nak buka satu rahsia dalam famili aku satu tika dulu.

Ini adalah harta peninggalan mak ayang kepada ibu dan ayah aku dan diwariskan kepada kami adik beradik. amacam?!!! unik tak?!!!

sekitar 80 an ... selain tengok tv, merayau, bergaduh, dan lepak dengan abang-abang aku...aku punya hobi tolong ibu aku seterika baju ...

seingat aku ibu aku ni selalu masak awal di rumah ... lepas tu arang-arang bekas kayu api tadi di masukkan ke dalam seterika dan dah cukup panas ... baru lah letak atas baju dan seterika macam kita pakai seterika biasa je ... :)

setiap kali ibu nak seterika baju ... aku akan pastikan aku tak ada janji mana-mana dengan jiran-jiran sebelah rumah, depan rumah, belakang rumah, tepi-tepi rumah... sebab aku suka tolong ibu seterika ni cuma kederat tangan tu tak adalah mampu manapun. hahahaa...

sehinggalah datang mama mengambil alih tugas-tugas ibu...makanya... seterika ini menjadi sebahagian daripada pameran di satu sudut tembaga di rumah lama. sekarang dah angkat masuk rumah lain lah... ibarat sireh pulang ke ganggang ... err ganggang ke gagang?!!!

Nota: kederat means kudrat ... hihihiii .. dulu ... ibu selalu cakap ...

anak... o anak ... pama aseng ko dudeng kederat mo mayun terika du anak oiii... udah lah mo mak japah anak merow loq ko ... jiak mei lepang agem ...

(anak...o anak... tak sampai hati rasa aku tengok kudrat engkau hayun seterika tu anak oiii.. sudah lah engkau seorang je anak perempuan milik aku ni... takut pulak patah tangan ... )

kau ingat seterika tu macam seterika biasa kau pegang ke? o.k ....aku memang tak pernah kira KG sebenar seterika tersebut yang aku tau ia dari tembaga. itu sahaja... dan satu lagi... ia cukup berat bagi budak budak seusia aku 3 tahun ketika itu... 3 tahun lebih aku dah mula pegang seterika gini... mana tak haru biru ibu aku nengok aihhh !!!