Friday, June 29, 2012

Stranger ... Stranger !!!

-Krik .. krik..krikkk - bunyi mesej masuk 

open.

Read.

Slmt mlm Tuan, kes index: 1) Bla ... bla .. bla .... toink..toink / toink samun bla ...bla ..bla ... olih bla ...L bla / bla di belakanh kedai kedai kopi tmn bla ... bla ... bla ... . kerugian bla .. bla .. bla... 

sender: 
01********

sent:
28-june-2012
23:21:57


-krik .... krik... krik - bunyi mesej masuk lagi.

sorry sir mistakenly sent to u....

sender:
01********

sent:
28-june-2012
23:36:03

Nota: sesungguhnya aku sedang terfikir ni bagaimanalah kalau betul-betul saya ni umpama SIR kepada dia. 
malam tadi aku tak sempat nak berangan pasal penat sangat. nak kata awak salah pun tak terkasi tau. Yang pasti nombor aneh ini pernah beberapa kali miskol aku sebelum ini. dan ini adalah kali pertama beliau menghubungi nombor ini secara sms. mula-mula terfikir jugak nak post mesej dia kat sini ... kemudian ...tukar pemikiran pula... rasanya ini pun dah cukup jadi gambaran :D 



Dia antar mesej tak tahu ke saya ni sedang penat giler adoiii...
dengan mata lebam tak tidur...
dengan sakit satu badan..,
dengan sakit kaki...
belum ejas lagi tu
sakit belakang
ngan pinggang
sekali.

onmode : baru balik dari sukaneka petang semalam. 




Thursday, June 28, 2012

Lelah Itu Indah T___T (AKU VS AIR)

onmode : sedih 
assalamu'alaikum dan salam sejahtera  semuanya ...

ya .... saya tahu blog saya berupdate pepagi buta .
saya bukan sengaja untuk dipagi hari. sepatutnya saya tidur dulu sementara tunggu POR-ESP. tapi, keadaan tak mengizinkan. aku harus memenuh tong-tong kosong yang sedia ada dengan air.

dan tak pernah-pernah pula saya menyimpan terlalu banyak rahsia untuk malam ini. Ha Ha Ha...magik tanpa tragis lor !!! aku tak pastilah kenapa mata aku dalam photo ini. yang buat aku tak tidur malam ada 3 hal :

I- Masalah air 

II- Demam

III-Bola. 

Paling akrab antara 3 hal di atas dengan aku adalah masalah air. Penat juga kadang-kadang bila berjaga hampir setiap malam. tidur jam 6 pagi. bangun pula nak kena masak. tapi tak apa...janji bahagia. tunggu air saja. bukan besar sangat masalah pun. sambil-sambil tu belek la TV. 

bila cerita pasal air ...
ada hal yang buat aku tergelak sendiri. kakak ipar aku no.3. itu hari mengadu dengan aku.

"usu balik minggu tu tadikan ...bro mohamad datang sini. balik saja mereka malam tu ... tup ...tup air tak ada".

"air apa yang tak ada?" tanya aku.

"air pili ni la... entah macam mana pula boleh tak ada. seumur hidup akak tak pernah sibu ni ada masalah air. inilah kali pertama."

"ha ha ha ... kuat betul badi tak ada air yang saya bawak neh..."

satu hari tu ....
aku bergerak dari dari ke sarikei dari sarikei ke nyabor... tup tup sampai nyabor, air pili tak ada...kemudian aku dengan abang aku bergerak ke kuching keesokan harinya. sampai di Kuching air tak ada juga... seingat aku kejadian ini berlaku sebelaum kami bertolak ke pulau pinang. kau tengok tu ...sampai ke Kuching ia melarat ha ha ha !!!

dan yang terbaru ini...
aku balik bercuti di kampung ...
tiba-tiba keesokan hari tu terus  tak ada air :D
parah...parah ...

tak terasa berlalu Masa Pertama ni ... okay semua ... saya nak makan. Laparlah :D


 







nota: kesimpulannya malam ini saya belum tidur lagi hanya kerana menunggu air pili yang entah bila akan penuhkan tangki. sambil-sambil tu tengoklah bola. tak kira apa jadi kepada pasukan pilihan aku... aku layankan sajalah ... esok pagi jam 7 mesti dah bersedia. Hari sukan sekolah :D. Tugas saya adalah pengurus rumah Laksamana dan jurukamera :D Bahagianya sayakan kan kan ?!!! 
Lepas sukan sajalah saya tidur ye (!____!) 












Monday, June 25, 2012

Subhanallah ...Janji Allah Itu Pasti !

Sejak akhir-akhir ini minggu seminggu inilah kan .. aku tak boleh nak tidur malam... mula-mula ingatkan sebab mungkin mata onmode nak tengok bola kot. walhal malam tu tak ada bola pun . 

aku asyik keluar masuk bilik saja. Last-last menghadap meja makan. dan makan apa yang ada. 

hari demi hari ...malam berganti siang ... 
akhirnya malam tu spain menentang france .... tapi mood aku macam lain saja. tak tau ... bagai ada yang tak kena. mata aku tak boleh lelap selagi jarum jam tak pacak jam 6 lebih... 

bangun-bangun ...saja ... aku nak kena siapkan semuanya. termasuk diri sendiri. agak lebat juga hujan pagi tadi. sehinggalah petang tadi ...aku online fesbuk ... ini lah yang berlaku :

NOTA: setiap janji Allah itu pasti ... aku tak sangka ... ini sebabnya perasaan aku terganggu seminggu ini. semua kerja tak jadi. kalut semacam saja. macam tak teratur. gerak hati aku kuat mengajak aku ke sibu minggu. memandang kondisi aku yang tak berapa nak sihat. dan secara kebetulannya minggu ini hari khamis bersamaan 28hb jun 2012 merupakan acara kemuncak sukan sekolah di sekolah SKHBD maka, aku batalkan niat nak pergi. tunggu bulan depan pertengahan bulan saja aku pergi. 

tiba-tiba aku dapat berita melalui fesbuk. melalui adik ADAM. kemudian aku cari henpon aku. langsung tak jumpa. merata tempat aku cari. akhirnya aku teringat... aku letak dalam camera bag. aku tarik zip beg... keluarkan henpon aku. check !! ada 2 miskol . aku terus call ibu tanya berita guna tepon rumah . bukan apa. kredit aku tak berapa nak cukup untuk buat panggilan keluar. 

rasa ketar pale lutut dengar cerita ibu. betul seperti yang aku imejin. beginilah imej rakaman gambar kereta tersebut. seperti yang tertera dalam gambarajah di atas . 

di bawah ini sebahagian rentetan kisah hari ini . semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar untuk kita semua. syukur Alhamdulillah semuanya selamat. tiada yang cedera parah. syukur Alhamdulillah ya Allah... terima kasih atas perlindungan MU ke atas ahli keluarga ku.

cc untuk anak buah aku NURUL IZZAH AQILAH ... we love you so much dear ... be a good girl. smoga menjadi anak solehah ...amiin ..insyaAllah .... 









































Sunday, June 24, 2012

sha83@kaizer VS Durian

 aku punya tercerita tersendiri tentang durian

masa aku kecil-kecil dulu ...

2 hal yang paling aku tak suka

pertama: Durian
kedua : Kurma

bagi aku dua hal ini sangat sangat pelik rasanya
nak kata aku tak suka cium bau ...

durian saja yang kuat baunya ...kurma takda pulak kan ? kalau nak jelaskan dari segi rasa.... rasa durian dan bekas rasa durian boleh buat aku muntah berbanding rasa kurma. sampai tahap macam tu sekali LOL. dan yang paling best bau durian tu bukan setakat boleh buat rasa mual, pening-pening ....silap haribulan sekali pakej dengan demam panas.

bila satu rumah bau durian ... aku lah orang pertama yang akan membebel sambil mengunci diri dalam bilik. itu zaman aku kecil-kecil lagi ... bila aku dah meningkat remaja lain pulak ceritanya...

suatu malam yang indah, suasana tenang di bulan puasa ...
lelaki-lelaki lain semuanya ke masjid. tinggal aku bersama mama dan anak buah aku yang kecik-kecik dalam rumah. hendak dijadikan al-kisah. anak buah saya yang comel siti Nurhidayah (Al-Fatihah) nak makan buah durian. mama dia tak nak kopekkan. dek kasihan melihat dia terkial-kial nak kopek kulit durian... tak pasal-pasal saya datang membantu insan yang lemah dan tidak berdaya itu.

hendak dijadikan cerita....
tengok dia makan beria-ia ... sambil merayu-rayu mintak saya temankan dia makan sekali.

fikir punya fikir... alih - alih saya kata dalam hati ... alahai ...tak salah pekena seulas dua bukan sampai satu biji pun...takkanlah boleh demam pulak. Malam itu aku dengan penuh keazaman membantai sampai dua ulas. tak sampai pun sejam badan aku berpeluh-peluh. aku ni jenis yang jarang berpeluh bila waktu malam. merasakan keganjilan itu aku faham. aku berada pada paras yang tidak sihat.

esok hari tu ... aku demam panas. puas dipujuk bawak ke klinik. tapi memandangkan klinik itu kawasan musuh aku. maka aku batalkan niat dan akhirnya aku beristirehat di rumah saja. Mama tak henti - henti mengomel bila tengok aku lesu semacam saja.

dan seingat aku itulah kali kedua aku terkena serangan demam panas akibat memakan durian. pasal tu lah mak aku (al-fatihah) declared perang dengan durian untuk aku.
 
tapi ada satu hal yang aku masih tak faham-faham lagi ni ... kenapa pakcik sebelah rumah aku dok panggil aku "Puteri Durian Satu"eh ?!!!

Nota: sekarang ... aku pulak yang tak boleh cium bau durian... tengok gambar durian... mesti rasa nak makan saja... nak pergi sibulah cari durian T________T


Friday, June 22, 2012

Please Be Nice Always :)

Ingat lagi tak entry Friday, Please Be Nice To Me... untuk keterangan lanjut cerita tersebut. tak adalah aku nak copy and paste kat blog ini. anda boleh klik link di bawah ini untuk buat flashback seketika. 


hendak dijadikan cerita... aku pelik dengan ekspress tu bila dah cecah jam 6 pun tak jalan-jalan. lepas tu pulak express ni kena geledah setiap ruang dan muka kami di suluh setiap seorang perseorang. 

si tukang suluh tak pula bagi tau apa-apa kecuali dia kata 

"maaf semua ya... saya tengah cari sesorang ni !" 
aku tengok jam ... lepas dah 10 minit. 2 kali dia buat pemeriksaan langsung tak jumpa siapa yang dia nak cari. kemudian... ekspress tu mula jalan. dah jalan ... tiba-tiba sangkut pula. bila ditanya di jawabnya ...gear laju terlepas. jadi tengah adjust. nak marah pun tak guna. terima sajalah. dekat pukul 7 baru dapat adjust betul . itu pun jalan punyalah steady. sampai je sibu dah dekat jam 9 pagi. di situlah aku tahu rupa-rupanya kami ni kena geledah pagi tadi pasal kes rogol seorang pelajar di bawah usia 18 tahun. 

kata anak buah aku .... Tijah 

usu nak tau... dia tu kawan aku tau ... sama kelas ngan aku sekarang. untuk pengetahuan korang semua tijah ni berusia 15 tahun. tahun ni PMR le jawabnya. 

lepas tu dia bagitau lagi ...

usu nak tau... laki tu bukan orang lain pun ngan dia... dengar cerita mak dan orang-orang lain sedara dia juga. 

aku tanyalah dengan mak dia cerita selanjutnya. 

mama kata banyak versi cerita orang.
dorang ni balik dari kenduri orang kahwin di satu tempat daerah daro. balik dari situlah budak perempuan tu terkena. 

bila aku baca balik suratkhabar yang dimuatnaik ke internet. rupanya budak laki ni tadi memang banyak kes dah dia buat. bila fikir balik ... aku jadi takut pulak. rasa macam dah tak selamat dah kat dunia sekarang ni. dulu tak ada kita dengar kes macam ni. ada tu ada tapi diklasifikasikan sebagai kes terpencil. 

budak tu mana ada kena tangkap terus hari tu. masa aku kat kampung hari tu baru dia kena tangkap. dengar cerita masa tu dia tengah sibuk main laptop depan TV. kena tangkap masa tu lah.... hidup keluarganya tak adalah senang manapun ... duduk pun kat rumah binaan kerajaan saja. aku tau lokasi rumah tu. 

nota: berhati-hatilah perempuan-perempuan di luar sana termasuk aku sendiri. tak boleh jadi dunia sekarang ni. betul-betul tak ada tertanam rasa kasih sayang. yang ada cuma untuk merosakkan. Semoga Allah lindungi kita selalu dari segala marabahaya. amiin insyaAllah. secara jujurnya ada jugak la sikit-sikit fikiran aku melayang jauh....bayangkan hari tu kalau budak tu betul ada dalam ekspress tu. dah lah aku pilih tempat duduk belakang. masa tu tak ramai pula dalam ekspress. keadaan dalam ekspress pula sangat-sangat suram dan gelap.  bayangkanlah apa yang akan berlaku. semoga Allah jauhkan dari segala malapetaka ... 

Wednesday, June 13, 2012

Tijah ... Tijah !!!!

Aku tak tahu lah berapa patah kata untuk cerita ini.
Masa aku taip yang ini aku tak baca lagi cerita ni. sekejap ya ...
saya baca dulu !!!




































Kah Kah Kah ...
selalunya berapa markah penuh untuk esei ni ye?!!!

Nota: korang bacalah sendiri tak nampak?!!!
apa kata kamu save dulu ini gambar kemudian
 kamu zoom in lah

Tijah ... Tijah ...
Terbaik !!!

Nota: dapat pulak aku imagine reaksi cikgu yang duk baca esei tijah ni

Mohon Klik Sini

Bila sha83@kaizer Berfacebook Dengan "baby"nya !!!














conversation di atas adalah antara saya (baby)
dan juga
usu
saya
(sha83@kaizer)

Bila sha83@kaizer Main Buih - Buih Sabun !!!

semua gambar-gambar yang anda akan layari ini ditangkap sendiri oleh saya
jadi
ianya dibuat secara manual tanpa edit
kecuali gambar yang ini la
ha ha ha

selamat bermain buih - buih sabun

:D 






Add caption