Thursday, July 26, 2012

Hebatkan Hati Kamu Dengan Kesabaran !!!

Bulan - bulan puasa ini memang menguji kesabaran. Macam-macam hal yang berlaku.

Minggu pertama dah dijengah Pak Rick ... kau kenal ke Pak Rick ni?

Pak Rick ni nama manja untuk Gastrik :)

Tak habis  lagi insiden dengan Pak Rick. angin Kus - Kus pula menyerang.... walau apapun syukur Alhamdulillah ...hari ini saya telah membaikpulih dengan baik sekali.

Kadang-kadang tu menjadi lucu juga hakikat bila memikirkan hidup aku sendiri. Terutama bila sembang part jodoh .

cerita minggu ini

al-kisah ketika bersantai di dapur sambil menyiapkan persiapan untuk berbuka puasa:

umie: aku hairanlah kenapa orang-orang cantik macam kamu ni susah sangat nak kahwin.

Wah ... dia dah mula dah dengan intronya ...

aku: saya ni senang je sebenarnya... tak susah. tapi entahlah.

umie: kenapa pula? Apa yang susahnya?

aku: susahlah... mula-mula beria-ia. selepas tu hilang entah ke mana. aku senang je. kalau orang tetiba saja diam. saya lagilah berdiam  diri. sekali dua teks tak berbalas. aku boleh terima. kalau berkali kali lebih tu ... bye bye sajalah.

(maksud aku, aku bukan frusted sebab teks tak berbalas. tapi, hati ni dapat guess dan tak boleh nak ditipu yang mana satu beria-ia, yang mana satu main-main, yang mana satu ala-ala try test market)

aku tak kata lelaki ni salah.

umie: ye ke?

aku: yelah ... kena kat orang macam saya ni yang tak reti nak kata itu ini, diam sajalah. dia teks... aku replylah ... itupun kalau ada kredit. Nasib badanlah teks kalau kebetulan masa tu saya tak ada kredit.

lepas tu kita sembang-sembang selak-selak story lama-lama dulu.

kemudian aku sambung lagi ...

aku: bagi saya kan umie ...jika orang tu beria ia nak tau pasal kita, tak dapat mesej dia akan col. dia tak akan peduli sama ada dia kacau ke tidak orang kat sana yang penting dia dapat khabar. saya pula bila orang buat diam saja. saya lagilah diam ... rasanya itu lebih baik...tak payahlah nak berharap apa-apa.

cerita punya cerita alih-alih terbabak la true story disebalik diri aku :

sebenarnya aku tak suka couple-couple ni. aku lebih suka kepada satu hubungan yang lebih jelas ikatannya. entahlah. tapi itulah hakikatnya. orang lain kita boleh tipu... kita boleh berlagak macam okay saja. tapi... soal hati ni hanya Allah saja yang tahu. yang aku tahu hati aku lebih tenang dengan ikatan yang sah. bukan pada yang tak sah.

Bila kita didik hati kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah .. hati kita dapat hindar kita daripada perkara-perkara yang boleh membawa kemudaratan buat diri kita. maka...Jagalah hati, didiklah hati kamu dengan hal-hal yang baik. sucikan hati kamu dengan ayat-ayat Allah. InsyaAllah...ke mana saja kamu pergi, jangan risau. selama mana kamu menjaga baik hati kamu...selama itu jugalah Allah akan memimpin kamu dan tidak akan pernah lepaskan kamu.

Nota: akhirnya aku mengaku pada umie aku susah nak percaya lelaki. yelah...macam mana aku nak percaya ya... kalau..kalau... masa mula nak ayat saja beria-ia ...tapi bila kau dah say yes... macam chipsmore pulak. dah lah aku kurang berkenan makan chipsmore. kesimpulannya, aku mungkin tak percaya dengan lelaki...tapi kalau kena gayanya insyaAllah aku boleh terima. Tak susah nak ambil hati aku ni. try la tackle famili aku dulu...deal apa yang patut... lepas tu boleh kabor kat saya... apa respon dorang. dorang sudi ke tidak nak lepaskan saya berkahwin sama kamu. jangan letak saya nombor satu ... famili saya biar nombor satu ya...

kalau orang tanya pada kamu...yang nak kahwin tu siapa? dia ke atau famili dia... kau jawabkanlah .. sekarang ni ... aku dibawah tanggungan famili aku. famili aku yang pikul tanggungjawab segala-galanya ke atas aku. jadi mereka lebih tahu saya ni dah bersedia ke tidak nak berkahwin.

Wednesday, July 25, 2012

Puasa VS Gastrik !!!

Gastrik ... gastrik juga ... puasa ...puasa juga ... Alahai gastrik !!!

salam Ramadhan semuanya...
macammana ibadah kamu semua di bulan Ramadhan ni? O.K tak?!!!

Saya ?!!!
seperti biasalah ... macam tahun - tahun yang sudah jugalah ... ala kadar saja. sihat pun suam-suam kuku. sakit pun suam suam kuku juga. pendek kata semuanya suam-suamlah ...

makan pun takdak selera. tak sama seperti tahun - tahun sudah. bila berpuasa... selera makan ... mak aiiii !!! kalah hari lain-lain tau !!!

sekarang menunjukkan jam 3:37 petang. selalunya ... aku jarang masak time macam ni. nanti jam 4 baru berhempas pulas nak buat itu ini. bajet jam bekerja di dapur ni lebih kurang 2 jam.

Menu hari pertama tu yang ada mistake sikit :

1- bubur pedas
2- twister oren

ambik kau !!!

jam 9 perut buat hal ...tertidur ...terbangun sekitar jam 10 malam ... selepas itulah keadaan perut tak stabil-stabil sampai sekarang.

Nota: tak stabil pun ...hari kedua aku bedal puasa juga!!! sebab bagi aku tak ada bezanya bila puasa ngan tidak ni. bila tak puasa ... tak makan juga. daripada tak puasa ... lagi bagus puasa terus !!! habis cerita !!!
tapi hari kedua tu mistake nya pula ...aku bedal dengan makan nasi. sepatutnya aku makan nasi bubur ...ishk ..ishk ..ishkkk ... dan begitulah hari-hari yang seterusnya :D

selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan semuanya :)

Thursday, July 19, 2012

Kembara Ramadhan Coming Soon Oleh sha83@kaizer

Ketika Cinta Memanggil Aku

Itulah salah satu daripada entri aku pada Ramadhan tahun lepas. Memandangkan puasa tahun ni aku banyak masa rileks. jadi, aku ingat nak pergi kembara Ramadhanlah....

kembara pertama aku,
Ke Sibu untuk seminggu ini. Rancangan yang lainnya aku update lain kali saja.

nanti saya akan post gambar-gambar kembara saya :)
Bukan senang tau :P

sebelum aku mengakhiri kata-kata untuk entri hari ini :) Bersama-samalah kita berseru ke arah kebaikan. dan mencegah kemungkaran. sesungguhnya kita tak pernah lepas dari pandangan mata Allah.

Ehsan Fesbuk

Ehsan Fesbuk 

Ehsan Fesbuk jugak !!! 


Eh ... Silap posted doa pula .

He He He ...


Nota: teringat zaman-zaman sekolah dulu pelajar lelaki selalu gunakan alasan untuk lupa baca niat pasal tu dorang tak puasa...

sekarang bila aku fikir - fikir balik ...
kalau ada yang tak puasa jugak tu ....
memang sah lah dia memang ada niat ...

TAPI NIAT UNTUK TAK PUASA!!!

:D


Terserempak link ini ketika mencari lafaz niat puasa ramadhan 

KLiK SiNi JiKa Musykil


Friday, July 13, 2012

Sampul Untuk Sakinah !!!

Aku tak tahu sama ada nak klasifikasi macammana ni ...

ceritanya macam ni ...

kring..kring ..kring !!! -telefon rumah berbunyi

"assalamu'alaikum !" -kata suara dihujung talian.

"wa'alaikumsalam... kenapa mama?" -tanya aku .

"kamu jadikan balik kampung malam jumaat ni?" -desak mama.

"kalau saya cakap tak nak balik mama mesti akan paksa jugak balikkan?" - tanya aku balik.

"haishhh kamu ni...janganlah macam tu... baliklah nanti ya ... " - katanya lagi memujuk aku.

" insyaAllah .. saya baliklah ... lepas kelas saya balik o.k.... " jawab aku lagi meyakinkan dia.

"baiklah kalau macam tu ... senang hati mama dengar ni ... assalamu'alaikum "

"wa'alaikumsalam warahmatullah..."

apalah mama ni macam drama-drama dalam TV pula. dia nak jodohkan aku dengan siapa-siapa ke ni? Kesian mama ....

Tiba waktu malam selesai solat berjemaah...
mama mula membuka bicaranya.

"kamu tengoklah benda dalam sampul ni dulu ... kalau kamu setuju ... bagitau secepat mungkin ya. tapi mama harap kamu tak tolak untuk kali ini."

"apa ni mama? gambar calon suami kot?" selorohku.

"ya...memang gambar calon suami buat kamu. abang kamu yang tolong carikan untuk kamu. "

aku terkejut ...

selepas beberapa hari berlalu ... sampul itu masih belum terkoyak. Entah apalah yang aku fikirkan sebenarnya. aku tak pasti sama ada apa yang perlu aku jawabkan untuk mama dan abang aku.

apalah abang mad ni ..,. orang gurau sajalah...adeh ... -getus hati aku-

setelah buat solat hajat dan istikarah hati aku sedikit demi sedikit akhirnya tenang.

sekali lagi mama bertanya dengan aku secara berdepan sebelum aku balik ke Flat. aku bagitau ... semua keputusan aku serahkan pada mereka. baik bagi mereka baik jugak bagi saya. cuma saya ada satu syarat. paling lama tunang 3 bulan saja...

aduhhh gilakah aku!!! aku tak tengok lagi gambarnya. aku tak tahu apa pekerjaannya. macam mana aku boleh buat keputusan yang macam ni ya ?!!!

kamu tak lah segila mana pun. itu tandanya kepercayaan kamu terhadap pilihan keluarga kamu sendiri.

ya ... betul!! saya lebih percaya pilihan keluarga saya sendiri!!

akhirnya peperangan hati aku berakhir dengan sendirinya tanpa rasa luka mahupun rasa terpaksa sedikitpun.
sampai dirumah aku on fesbuk. sekali tengok ada friend request. seperti biasa aku akan check info dan mutual friend. ataupun senarai teman-teman yang ada. dan akhirnya baru confirmkan.... mungkin kenalan abang mad kot. sekali lagi aku bermonolog.

sekali lagi aku tak pernah nak selongkar fesbuk orang yang add saya jadi rakan. saya sikit pun tak tengok muka dia. bermula detik itu setiap status saya mesti ada yang menjawab dan dinding fesbuk saya penuh dengan kata-kata hikmah.

ajaib sungguhkan?!!!

cuma tinggal seminggu saja lagi ... ya ... seminggu saja lagi tiba saat perubahan hidup yang akan ku lalui. sungguh aku tak faham khabar angin merebak secara meluas di kalangan teman-teman sekerja. sebenarnya aku tak berniat nak merahsiakan apa-apa dari mereka... cuma tunggu masa nak edar kad jemputan saja.

Yang peliknya bila teman-teman tanya, aku jawab dengan selamba saja... aku baru nak jumpa si dia hujung minggu tu sebab nak buat persiapan akhir. setakat ni aku tak pernah belek pun gambar dia.

erkkk ... gulp!!! masing-masing terdiam menunggu jawapan aku. Tak logik betul bagi mereka. Tapi aku bahagia . ya ... aku bahagia ... insyaAllah ...

tengah-tengah keadaan kecoh dengan sesi soal jawab bersama kawan-kawan... tiba-tiba saya dapat maklumat bukan calang-calang orang lelaki tu sebenarnya ... mungkin sama seperti ustaz Don atau lebih tinggi sikit ilmunya... cuma bezanya dia tak lah dikenali di kaca TV. tiba-tiba desakan hati aku kuat nak tahu .... dan nak kenal siapa dia sebenarnya....

sampai dirumah aku pegang sampul surat itu ....
aku koyak bahagian hujung sampul untuk mengeluarkan isinya... tiba-tiba nama aku dipanggil dari luar bilik . abang mad dah sampai.

lantas aku campak sampul tu balik ke atas buku-buku yang tersusun elok. aku angkat beg dan ikut abang mad ke kereta. kami pergi ke sibu. sampai di sibu aku ditemukan dengan seseorang yang aku tak pernah kenal.

Assalamu'alaikum ...

belum sempat aku jawab ... tiba-tiba aku terdengar suara yang bercerita pasal bini-biniku gangster... aku terkejut lalu terbangun dari tidur !!! rupa-rupanya Abie belajar macam mana nak guna PVR ....

Nota: ya ... aku akui semalam sekali lagi sang katak menerjah aku ketika aku di dapur. aku ingat dia dah lari pergi tempat lain. rupa-rupanya ia duduk tercangguk depan pintu Hisham. dek kerana aku geli. aku terus masuk bilik aku tanpa sedar aku tak iron lagi baju Abie rupanya !!! dan aku sempat mendengar ... sang katak melompat dan berhenti di depan pintu bilik aku !!!

Beginilah rupa katak yang duduk depan pintu Hisham tu ... sama saiz macam ni juga. Ha Ha Ha !!! Tapi gambar ni cuma sekadar hiasan yang semalam tu aku tak tak ambil. Aku tak selesa nak buat macam tu Ha Ha Ha !!!

Tuesday, July 3, 2012

Open Your Eyes ....الحمد الله !!!


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

sebelum aku mulakan kisah sepetang ini .... 

sambil-sambil tu anda semua layanlah lagu di bawah ini ye ... :D
blog ini tak da pra - dengar lagunya ... 
nak dengar lagu boleh request dari radio online frenzy sebelah -->

hik hik hik :D 

Open Your Eyes

Album : 
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..


2/7/2012 jam 6 Petang 

Gambar ni aku tangkap masa dalam perjalanan balik kampung ... ho ho ho balik kampung...

sejak dari minggu lepas ...
bekalan air di kawasan sini semakin menjadi-jadi. Alih-alih yang tak bestnya semua stock air dalam rumah ni kehabisan. fikir punya fikir ... terdetik dalam hati aku... hujung minggu ni confirm air tak keluar balik kampung sajalah ....

dipendekkan cerita , hari jumaat malam sabtu (29hb jun 2012) aku pun dihantar ke kampung. Aku bermalam di kampung sampai hari Ahad. Benar seperti diduga sampai rumah je malam ahad ....
memang tak ada air keluar dari kepala pili. kadang-kadang rasa nak gali telaga je belakang flat ni.

Habis Kelas petang... aku pakat dengan abie balik kampung. balik kampung ambil masa lebih dari 30 minit.
petang itu jam 6 petang pada 2hb julai 2012 ni lah yang nampak tersadai di bibir langit ...

beberapa kali ia berlegar di ruang angkasa....
tepat arah matahari terbenam

Taken By N73 
Pemandangan yang sungguh indahkan ?!!! diuji dengan kegawatan air. akhirnya muncul hiburan dari langit. hati berkata ... berzikir ... bertasbihlah ... bertahmidlah ... sesungguhnya Allah selalu ada di sisi kita.

teringat Jumaat terakhir 2011 - arah matahari terbit

Taken by Canon 


teringat imbasan pagi 25 Ramadhan - arah matahari terbit
taken by N73

taken by N73
gambar ini diambil dari sebalik tingkap
bilik aku 
Nota:
الحمد الله ....rasa putus asa itu tidak pernah bersinggah di hati ini. Syukur الحمد الله ......

Sunday, July 1, 2012

Misteri Sang Kaktus, Fizow Dan Karl Shafiq !!!


aku berbaring.  Telinga mendengar lagu. Mata menonton Tv. sekejap-kejap siaran bertukar dari satu channel ke satu channel. aku mula rasa tak selesa. mata memandang tepat ke arah sekeliling...kelihatan seorang lagi sedang menatap komputer riba milik dan seorang lagi menemani sang ayah menonton TV.

tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. selang beberapa minit kemudian, terdengar 3 kali ketukan dari arah pintu rumah. kami saling berpandangan sesama sendiri. tertanya-tanya siapa gerangan yang menjadi tamu tanpa diundang di tengah-tengah malam begini. aku menjenguk dari arah tingkap namun tidak kelihatan seorang kelibat manusia pun. kami mendiamkan diri masing-masing...

esok paginya aku bangun...
aku lihat abang aku sibuk berbincang tentang satu mesin. mesin ini digunakan untuk mengitar semula air-air kotor supaya menjadi air yang bersih. Misi utama mereka adalah untuk mendapatkan hak pengeluaran dari luar negara. supaya boleh menarik minat rakyat Malaysia untuk memilikinya.

aku menuju ke dapur. tiba-tiba laluan yang aku lalui itu sedang dipenuhi kaktus-kaktus. aku tidak pasti dari mana datangnya kaktus ini. dalam banyak-banyak kaktus yang ada. ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku. satu kaktus yang terdapat dalam pasu besar. bersebelahan dengan periuk nasi. (perlu ke nak duduk juga sebelah periuk nasi.) tiba-tiba aku teringat ... di dalam twitter / facebook terdapat contest yang disediakan oleh fizow dan Karl shafiq mengenai rancangan promosi tempat-tempat menarik di Malaysia. mereka telah melawat ke negeri Terengganu . dan tiba-tiba menjumpai kaktus liar yang sangat menarik. kaktus itulah yang dijadikan sebagai hadiah kepada pemenang.

pada kaktus tersebut, terdapat sekeping kad ucapan yang tertulis ucapan tahniah kerana terpilih sebagai pemenang. di situ juga terdapat gambar fizow dan Karl shafiq bersama-sama gambar kaktus tersebut.

hati aku berdebar secara tiba-tiba. aku terkejut kerana aku rasa. aku tidak pernah menyertai apa-apa contest. aku lantas menoleh ke arah kaktus - kaktus yang tersusun dibelakang aku. aku terkejut melihat penambahan kuantiti kaktus-kaktus tersebut.

jantung aku mula rasa nak pecah. aku tidak senang dengan situasi tersebut. Lantas aku mula bersuara.

"Abie...kenapa kaktus ni makin bertambah!!! Kan dah tak da jalan masuk dapur ni. penuh dengan kaktus je!!!"

Abie menjengah sekejap ke dapur. kemudian mengangkat beberapa pasu kaktus ke luar. dengan perasaan berdebar-debar. aku melalui jalanan yang penuh dengan kaktus-kaktus itu. namun, sekali aku menoleh ke belakang...aku mula terkejut laluan yang aku jalan tadi telah tertutup dengan penambahan kaktus-kaktus lain. OH....TIDAK !!! aku mula sedar ada sesuatu yang tidak beres dengan kaktus-kaktus tersebut.

lantas aku membantu Abie memindahkan kaktus-kaktus itu keluar. lidah ku lancar mengucap kalimah-kalimah ayatul kursi, dan 4 qul. aku menoleh ke belakang ...

sekelip mata kaktus-kaktus yang memenuhi ruangan dapur tersebut telah ghaib sekelip mata. yang tinggal cuma periuk nasi. dari jauh kelihatan seorang gadis mendekati periuk nasi tersebut. belum apa-apa lagi...periuk nasi itu bergerak dengan  sendiri. menghempas hempas ke lantai. gadis itu melarikan diri dari ruangan dapur lalu hilang.

aku cuma mampu terduduk di kerusi. kepala lutut sudah mula rasa nak tercabut. aku tergamam dengan situasi tersebut......lantas aku memanggil Abie sekali lagi.

"Abie!!! Abie!!!"

kedengaran Umie tidak tahan dengan situasi lantas meluahkan rasa tidak puashatinya.

" Itulah ... kan saya dah cakap !!! hantu-hantu ini memang kejam !!! kita mesti hapuskan !!!

aku terus menerus memanggil Abie !!! Abie...!!! Abie !!!!!!

di depan aku ketika ini hantu-hantu itu semakin mengganas. bukan sekadar periuk sahaja yang dihempas-hempas. besen-besen dan penutup periuk semua dihempasnya satu persatu. kedengaran situasi di dalam rumah agak gawat. dan agak bising. bila mendengar umie mengatakan hantu-hantu ini kejam... keadaan semakin memburuk.

benda-benda itu tadi mendatangi dan mendekati aku ...
lama ..kelamaan semakin dekat...
aku terus menerus memanggil Abie .. Abie !!!

belum sempat Abie mendatangi aku.. kedengaran satu suara lain menjengah ke telinga aku ....

"cepat ... bangunkan usu tu .. jangan dibiarkan saja !! "

dengan susah payah aku buka mata untuk keluar dari situasi tersebut. Lama-kelamaan bunyi periuk belanga yang mula tadinya bising memenuhi ruangan rumah kedengaran sayup-sayup... dan akhirnya aku mula mampu membuka mata. syukur Alhamdulillah. aku o.k saja.

namun, selepas itu secara tak langsung otak aku buat flashback mimpi-mimpi itu sebentar tadi. lokasi rumahnya bukan seperti rumah Abie. tapi seperti di rumah sedara kepada ayah. kedua, masalahnya bila masa pula kami ni duduk di kawasan pantai dan rumah menghadap ke laut?!!

sungguh mimpi itu ... hati aku tak habis-habis bertanya gerangan siapakah gadis yang muncul di dalam mimpi aku ini. OPSSSS!!! ... lama-kelamaan ingatan aku kembali menjadi semakin normal. aku teringat gayanya berjalan. pandangan dari sisi, pandangar dari belakang ....  dan gadis itulah mendiang Chermiey .... R.I.P ....

Nota: o.k aku memang lupa nak ambil wuduk sebelum tidur. yang pasti dan seingat aku... aku sebenarnya tertidur. Aduh !!! Astaghfirullah .....