Tuesday, September 25, 2012

Cerita Ni Begini .....

Beberapa minggu ini topik yang naik setiap kali bercerita adalah ... MTQ

Minggu ini baru terjawab ....

mari kita imbas balik apa yang berlaku minggu lepas.

-minggu depan ada taklimat. korang jadi juri. (dia ada sebut nama tapi tak ingat nama siapa yang terkena)

-tipulah ...

- eh betul ... saya dah tengok jadual.

Minggu depan pun tiba ...

sila baca niat solat fardhu zohor semua ....

tiba-tiba kedatangan tetamu (Boss nombor 2)

- saja bagitau awal ni untuk persediaan saja.

- o.k

- untuk nasyid  ruang bawah makmal komputer. bercerita pula pentas sekolah, hafazan bilik makmal komputer , tilawah ruang bawah makmal.

***mata saya melilau mencari kelibat nama sendiri. mula-mula tengok nama guru pengiring... hati berdebar-debar tengok bila nama tak ada ... selepas tu tengok nama hakim tak jugak ... haishhh mana nama aku ni .... makin  bertambah-tambah rasa debar ni ... sehinggalah ....

- awak bahagian jurufoto ..jadi awak bebas bergerak ke mana-mana saja

*** mata terus melihat nama yang terpampang dalam petak jurufoto sambil hati berkata ...oh .. patut la tak nampak. petak besar sangat nama saya pula kat tengah-tengah petak... tak perasan pula ada nama satu lagi kat situ ...ingatkan tulis rehat tadi ....

Nota: Apa kenalah seminggu dua minggu ni ... bila aku nak rasa kari ayam.. boleh pulak aku ambil gelas untuk merasa ...selalunya guna piring .... haishhh ...

Thursday, September 20, 2012

Bukan Takut ...Tapi Terkejut !!!

Tengah duk layan kerja menakung air yang agak kekuningan di ruangan dapur ... telinga yang dipasang tertangkap bunyi cerita seram. aku hairan juga asal pagi pagi macam mesti nak tayang cerita hantu. asal cerita hantu keluar ...mesti lewat pagi.... tak ada ke masa yang lain ke nak main.




aku bukan takut ... cuma aku terkejut saja tetiba dengar bunyi mengilai dan background muzik yang agak seram gitu. kadang-kadang aku konfius ... bila masa pula aku shooting filem seram ni. Haissshhh !!! 

keluar je dari pintu dapur ... dengan membelakangkan skrin TV  aku tekan butang channel bertanda "-" (tolak). dan akhirnya sangkut kat TV1 dengan melayan sitkom lama ni ... lama betul tak layan cerita ni. cerita ni dulu aku selalu layan ngan mak aku. serius aku cakap ... aku tak ingat penamat cerita ni... korang ingat tak?!!! 





















Nota: Ini memang cerita opah :D 

Wednesday, September 19, 2012

Yang Tak Termampu !!!

Aku tak boleh tidur bukan sebab petang tadi tak jadi "penentuannya"....
aku tak boleh tidur bukan juga sebab aku angaukan seseorang ...
cuma ...aku trauma :'(
sedihkan?!!!

Pagi tadi ...penat aku memang tak habis sepenuhnya lagi...
walaupun tak habis ...aku cuba selesaikan apa yang belum terselesaikan...

Aku juga mengambil kesempatan untuk membersihkan apa yang patut di ruangan tandas sepagi tadi. kebetulan ada air yang keluar dari saluran pili. Hendak djadikan cerita ... sementara menunggu tong besar penuh airnya ...aku buat kerja di dapur sekejap... beberapa minit kemudian aku menjengah ... ke bilik air bagi memastikan tong besar tersebut dah penuh ke belum dengan air pili.

kali ketiga aku menjengah ...tak ada ampun-ampun lagi .. perut kecut!!!kepala lutut ni ketar je !!!Rasa nyawa aku terbang melayang ketika itu juga !!!

-Besarnya lipan !!!!!-

aku penuhkan air dalam baldi dulu kemudian aku simbah lipan tu masuk terus dalam lubang tandas ... ingatkan dah mati ... masih hidup juga lipan tu rupanya....

beberapa tahun sebelum aku kena gigit baby lipan ... aku pernah kemaskinikan barang-barang dalam bakul nak masuk mesin basuh ... Last kopek aku kutip ... terkejut tengok lipan dewasa melingkar dalam bakul :'(

NOTA: Allah punya kuasa ... bila Allah perintahkan lipan tu untuk gigit aku ... sesungguhnya aku takkan dapat mengelak :'( syukur Alhamdulillah... tiba - tiba teringat terjahan si ular ketika dalam bilik mandi :'( Sapaan si ular ketika jemur pakaian dibelakang rumah ... dan serangan sang biawak ketika melakukan hal yang sama dibelakang flat....

Friday, September 7, 2012

Kawan VS Famili

Na Joo Ra Kamu jangan Nangis ye ... Saya ada je tengok kamu dari luar kotak hitam ni !!!

Petang esok aku kena gerak ke sibu jam 3 petang. jemputan untuk membantu dalam majlis rumah terbuka aidilfitri   . Sabtu ni mereka akan adakan majlis tersebut. untuk cikgu-cikgu sekolah katanya.  

Petang esok juga maksudnya hari jumaat ni lah ...
ada jemputan untuk majlis ramahtamah di pejabat pendidikan. Nampaknya tahun ni tak sempatlah nak berposing ngan kekawan macam raya tahun lepas. :)

Kira memang sakan jugalah beraya dan berkepit dengan famili saja tahun ni. rasa macam tahun ni je tinggal saki baki beraya bersama eh. tahun depan tak tahu ke mana perginya :D

teringat kata-kata abang ngan kakak dalam kereta

- entah-entah tahun depan usu dah kena kebas !!!-

uicksss ... berani sangat ke dia nak kebas saya dari famili saya ye... dia jangan lupa ... saya lagi lama kenal famili saya daripada dia (yang entah wujud entahkan tidak) .

Nota: Janganlah pisahkan saya dari famili saya :'(

kalau saya cc statement ni untuk Na Joo Ra boleh tak? :P