Thursday, November 29, 2012

Antara Al-Quran dan RM Satu Juta

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya. Seronok kamu ye boleh tidur lena.. Aku tengah settlekan kerja yang tak siap lagi ni. sepatutnya habis petang semalam. tapi tak sempat nak sentuh apa-apa. lalu akhirnya terabai....

sekarang ni aku nak merehatkan diri sekejap.

Sepanjang hari ini banyak yang aku belajar. Bermula jam aku celik sampai lah ke masa aku menaip ni. Dah nama pun ilmu setiap saat mesti ada - ada saja yang boleh kita perolehi. cuma persoalannya kau nak pilih yang mana satu kau nak ikut.

Malam inilah pembelajaran aku ditahap kemuncak yang aku sendiri tak sedar sebenarnya. Umie keluar dari ruang dapur tanya. tak ada tengok rancangan bla ..bla .. bla ke tadi...

aku jawab tak ada .. kenapa ye?

ada seorang awek ni tadi .. dia main dalam rancangan tu dengan lelaki yang bukan seagama dia lah ...
hendak dijadikan cerita entah macam mana soalan yang boleh keluar tu pasal al-quran. al-quran ni ada berapa surah semuanya.

lelaki tu sah sah tak tahu jawapankan?
jadi jawapannya terpulang kepada perempuan tu. perempuan tu jawab dia tak pasti. dia pilih jawapan 99 kalau tak silap dengar aku daripada cerita umie. kemudian dia  letak RM satu juta pada jawapan yang dipilih untuk game kedua tersebut. Akhirnya putih matalah jawabnya bila tengok satu juta jatuh macam tu sahaja.

dalam pemikiran aku ni cuma ada satu hal yang terlintas.
apakah itu satu teguran buat kita yang beragama Islam?!!!

dan jawapannya adalah ya !!!
sebab rancangan tu pun bukan main glamer dah sekarang ni. siapa yang tak sentap juga  bila tengok insiden macam ni banyak-banyaklah berdoa supaya Allah tak hijabkan pandangan mata hati kita ni.

aku dengar cerita pun dah meremang rasa seluruh badan. Kita umat akhir zaman ni memang macam ni lah cara hidup kita.

Nota: semoga Allah permudahkan perancangan aku menjelang awal disember ini. berharap juga semoga terserempak nanti dengan siaran ulangannya . Apa yang kamu lihat, apa yang kamu alami itu bukan hanya sekadar kebetulan. sebab setiap yang kebetulan itu pastinya sesuatu yang dibawah perancangan dan kawalan Allah.

Tuesday, November 27, 2012

Kami, Cikgu Nik Dan Kejapau !!!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera ...
Di Malaysia ni kan banyak bahasa-bahasa tertentu mengikut kaum.
Hendak djadikan kisah ...secara tiba-tiba hari ini aku terkenang dengan seorang guru yang bertubuh kecil molek... namanya cikgu Nik.

Mula-mula menjejak kaki ke SMKM ... aku ingatkan cikgu Nik ni seorang ustazah. kerana dia salah seorang cikgu yang bertudung labuh di situ selain daripada ustazah hamidah kalau tak silap aku nama dia.

Pagi itu ... kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bermula.

cikgu: Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua ....

kelihatan seorang cikgu yang sangat comel berkulit cerah melangkah masuk ke dalam kelas 1C. dengan keayuan senyumannya. ditambah pula dengan pandangan mata yang sungguh lembut. memang nampak sangat sempurna sebagai wanita solehah.

semua pelajar-pelajar berdiri dan memberi lafaz salam hormat kepada guru tersebut.

Dalam hati aku berkata:
'Lor ...ingatkan cikgu comel ni mengajar agama...rupa-rupanya cikgu matapelajaran biasa saja.'

Itu cerita awal tahun ....

masuk pula cerita pertengahan tahun...

cikgu: Kenapa tak tukar baju?

Aku: Tak ada baju PJ cikgu. dah beli tapi tak sampai lagi.

(antara alasan yang tak masuk akal aku bagi bila kemalasan tahap dewa nak menukar baju mengganggu mood aku untuk hari itu) .

Setakat lari pusing padang tu dah kerap sangat buat hanya kerana alasan tak bawa baju PJ. Itu cerita aktiviti luar.

Bila aktiviti dalam kelas lain pula ceritanya.

Fasa 3 bulan pertama:
duduk elok saja dalam kelas.

Fasa 3 bulan kedua:
Bila tengok waktu PJK selepas subjek-subjek lain. confirm sangat la keluar jalan-jalan. Dah 15 minit kelas bermula baru nak masuk kelas.

cikgu Nik: Dari mana kamu ni ?!!!

-Kami dari tandas cikgu. (Alasan yang paling glamer digunapakai)

sampai satu tahap cikgu Nik bertazkirah:

"kamu ni tak ada keja lainlah ... bila aktiviti dalam kelas saja... mesti "kejapau"... Asal aktiviti dalam kelas  saja ...mesti "kejapau". Tak elok tau anak-anak dara "kejapau"." lantang nadanya daripada biasa menandakan yang cikgu Nik mula hilang sikit rasa sabar.

Bermula dari situlah kurangkan aktiviti penjelajahan dari blok ke blok. Bila kami fikir balik masa tu, betul juga kata cikgu Nik. Tak elok anak dara macam kami ni "kejapau".

kau tau "kejapau" tu apa? bukan keja buat pau o.k ... itulah istilah orang melanau bagi buat orang-orang yang suka berjalan. Tak reti duduk diam dalam rumah.

Lepas tu cikgu Nik ikut suaminya berpindah ke Kelantan. tempat asalnya kalau tak silap.

Bila fikir-fikir balik. Tahun ni... memang dalam kelas aku terdapat seorang dua yang bersikap macam aku dulu kala. Satu saja cara aku nak elak dari kelas terganggu.

1- aku lepaskan mereka selepas habis kerja dalam kelas. Tak siap kerja ...tak boleh keluar. Tak pun masa rehat aku lepaskan dua orang sekali ke. ataupun tiga orang sekali. untuk yang kes kecemasan saja aku lepaskan keluar masa belajar itupun bersyarat... dengan syarat keluar seorang-seorang. Kalau bagi berdua memang "kelautlah" jawabnya.

Nota: Ingatkan tazkirah yang sekejap tu berbekas untuk masa sesi belajar dalam sekolah saja. Rupa-rupanya melarat sampai ke rumah. Ha Ha Ha !!! Kami merujuk kepada Aku, Suraya dan Norhayati hihihi ...

Wednesday, November 21, 2012

Air Mata Oh Air Mata !!!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semuanya.
hari ini saya tak nak cerita pasal "exam" pagi tadi. Betul-betul keadaan saya sangat memilukan selepas "exam". Manakan tidak ..tidur kurang dari 2 jam betul-betul menambah rasa migrain yang melanda. Belum lagi pekena kopi tu ...
 Harukan?!!!

Cerita tentang airmata ni ...memang payah nak mula. Tak tahu daripada mana dan siapa pengaruhi ..tup ... tup... timbul pula emosi yang lain ... payahkan nak bayangkan tu?!!!

Ia bermula 1 muharam tahun ini. Segala-galanya berputar 360 darjah. Setiap satu persatu mimpi-mimpi lama menghantui kembali.

1- Perihal sang mentari terbit dari barat

2- Perihal Sang Mentari yang semakin memusnah

3- Perihal langit yang terlakar satu panorama unik umpama sekuntum mawar bermekar di taman.

4- Perihal Kematian

Bermula daripada minggu penyampaian sijil dan hadiah. Allah anugerahkan aku rasa sakit yang tak tertahan perinya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam keadaan yang belum berapa nak pulih aku gagahkan juga bertandang ke majlis walimatul urus sedara aku sebelah ayah. Lama sangat tak jumpa. Rindu dengan famili sedaraku yang satu ni.

Semasa di sibu ... Alhamdulillah.. Allah bagi aku kekuatan untuk mengulangkaji segala kitab-kitab yang ada di dalam simpanan. Satu persatu aku belek ... dengan lafaz Bismillah...Selepas subuh dan antara maghrib dan isya' aku guna untuk hafaz surah-surah yang berkenaan. Bila rasa sakit itu bertandang sekali lagi..aku akan berehat daripada melihat nota-nota yang tersedia.

Sampai saja dari Sibu...aku yang mudah rasa penat merehatkan diri untuk satu malam. Namun, keesokannya bukan menjanjikan yang terbaik buat aku. Aku kembali tersadai dalam keadaan yang sangat melemahkan. migrain onmode. Oh Tidakkkk !!! Selama 2 hari aku bertarung menahan sakit aku dengan bergantung kepada Allah melalui doa dan mengenakan minyak cap kapak untuk mengurangkan rasa sakit yang ada. seboleh-bolehnya aku menahan diri aku daripada mintak ubat tahan sakit di klinik.

Hari ketiga ... terlakarlah kembali peristiwa sayu dalam famili aku. Hakikatnya ...ia betul-betul memberi satu tampaaran yang hebat dalam diri aku. :'(

"Ngah Long dah tak ada .." ucap abie pagi itu...

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un

Kami bergegas ke Semop pagi itu juga. Sepanjang perjalanan ada dua hal yang berlegar-legar di fikiran aku yang buat aku rasa nak gugur airmata darah ...

1- Nak ...nasib baik aku ni ada lagi ... kau tengok macam mana aku layan kau nak... aku peluk ..aku cium ... ada tak makcik-makcik kau yang lain layan macam mana aku layan kau?

2- Nak ...bila lagi ni ? Jangan ikut jejak makcik-makcik kau ni...kalau dah ada yang berkenan dihati ...bernikah lah ...

dan respon aku : senyum dengan tangis dalam hati...

Bila aku ingat balik ni bukan ibarat tangis dalam hati. jika mengalir rasanya boleh membanjiri kawasan kependudukan Matu ni agaknya :)

Sabarlah ...Tenanglah ... Damailah...Kuatkanlah ... Bertabahlah ...Bersyukurlah ...

Nota: bila fikir-fikir balik betullah yang makcik habaq... dia memang istimewa dari segi hubungan antara aku ngan dia ... :) ... tapi ...soal jodoh tu? Semuanya urusan Allah. Sampai masanya ... pasti akan datang...jangan risau...

Monday, November 19, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi !!!!

assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya 


aku dapat title ni daripada MOJO ... Bila aku cari lagu - lagu semua lagu orang putih keluar. Aku pun naik konfius. Aku dengar lagu ni dalam AIM 19. Pendek kata aku jatuh cinta dengar pertamalah dengan lagu ni. Lagu lain dorang ni aku tak tau lagi. nanti ada masa rezeki lebih aku pergi cari lagu ni di pasaran yang sedia ada sekarang...tu pun kalau aku jumpa.... baru aku boleh beli.

Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO-


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
vokalis mojo ni kan .... bila aku dengar macam ni saja tanpa tengok muka entah macammana nama AWIE bole terlintas dalam kepala otak aku. Aku dah mula konfius ni siapa sebenarnya vokalis MOJO ... ke telinga aku dah rosak teruk  Ha Ha Ha ... tak apalah ... aku redha :) 

Yang Pasti Andai Aku pula nak bercinta ... Tak Lebih Tak Kurang Beginilah jadinya (sila rujuk gambar dibawah :)






Pesan pada hati
<<< Jangan terlalu banyak berhibur. Hentikan angan-angan yang berpanjangan. Buka kitab baru. Yang sudah tu sudahlah .... sinarilah hari-harimu dengan ayat-ayat suci  >>>






Tuesday, November 6, 2012

OH .... Tahulah Saya !!!

Alhamdulillah .. murah rezeki ...
Akhirnya rumah itu betul-betil menjadi milik aku yang sebenar. Aku melangkah masuk ke dalam rumah penuh hati-hati.

Dengan .. lafaz Bismillah ... tetapi ada sesuatu yang mengganggu pendangan mata aku. Gadis berambut karat itu!!!

"Eh ... kau masih ada kat sini lagi?"

"Maaflah ... barang aku kemas tak habis lagi. Nak duduk? Duduklah .. jangan risau...aku dah kurung anjing kesayangan aku."

"Ah ... kau memang selalu tak dengar cakap aku kan?!!! Baik kau keluarkan saja anjing kau dari dalam bilik tu."

"betul ke ni? Bukan kau tak boleh sentuh anjing ke?"

"Yang aku tau ..masih banyak lagi kerja aku lepas ni."

Selesai kerja-kerja gadis itu di rumah....dia terus keluar dari rumah dengan rasa gembira.

Aku menyelesaikan tugas-tugas aku "membersihkan" rumah tempat tersebut.

Menjelang malam. aku dikunjungi oleh rakan-rakan sekerja aku. pada asalnya kami sekadar sembang-sembang kosong di ruangan tamu.

"oh .. sinilah rumah kamu ye?"

" ya... rumah kecil sajalah :)"

" Eh ..banyaknya kucing kat kawasan rumah kau ni?"

" kat sini memang banyak kucing terbiar."

Tiba-tiba lalu di depan mata seekor kucing yang besar. Aku terkejut. Lantas bersuara:

" Eh ... Besarnya kucing depan tu."

" wah ,,, geramnya tengokkk !!!"

aku tak tunggu lagi kat situ. Sedar-sedar aku dah pun berada depan pintu. Dalam hati aku berteka-teki ;

' Kucing apanya sebesar tu? dah rupa raksaksa dah nengoknya! sekali dia NGAPPPP!!! '

Tangan aku mula memulas tombol pintu rumah. Aku jerit ke arah teman-teman aku mengajak mereka masuk. Tapi ... belum sempat aku bersuara.. aku melihat mereka lari lintang-pukang dan kucing itu pula mengejar mereka. Aduh ...apa aku nak buat ni Ya Allah... selamatkanlah sahabat-sahabat aku!

Tiba-tiba aku didatangi oleh salah seorang kanak - kanak dibawah bimbingan ku kini. aku pun bertanya:

" Eh ... buat apa di sini?"

" Saya datang nak melawat... saya bawa keluarga saya sekali."

"Lor .. ye ke? susah-susah saja."

" Ini untuk ustazah .. tak adalah mahal sangat...tapi semoga ada manfaat ya .."

Aku senyum lantas mengucapkan terima kasih ...Tiba-tiba... kucing itu merempuh pintu masuk lalu bertukar menjadi saiz kucing  yang biasa. Dengan selamba budak tu marah kucing tu...

" Tom .. apa ni ? suka betul kacau orang ye? aku kurung kau nanti baru tau!"

Aku ; "Erkkkkk!!!"

Dalam hati terfikir .. memang sebiji macam filem tom and jerry insiden sebentar tadi.

Tetamu yang datang aku jemput masuk. Dan kami menjamah sedikit jamuan yang telah aku sediakan di ruangan taman di laman belakang rumah. Semasa menjamu selera bersama-sama mereka, aku didatangi seorang ibu ...

" terima kasihlah sebab banyak membantu anak-anak saya di sekolah."

tengok wajah si ibu .... tapi sekali tengok anak yang dipegangnya anak orang lain. Aku sangat terkejut ...sedkit demi sedkit aku rasa tubuh badan aku menggigil ... menggigil dan menggigil ... kepala aku mula berdenyut - denyut... Nafas aku mula tak teratur. dan aku mula kekurangan oksigen. Aku pejam mata aku seketika bagi menenangkan diri aku. kemudian, aku buka mata perlahan-lahan... Laman yang menghijau itu kini hilang daripada pandangan mata aku. Yang pasti aku terlantar di kerusi berdepan dengan TV panasonic.
Aku dapat merasakan sejuk sampai ke tulang. seluruh tubuh badan aku menggigil dan sakit-sakit. Kepala aku mula rasa berat.  Oh ... tahulah aku ... dan aku mula sedar. Aku masih sakit lagi rupanya. Aku bangun perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik. merbahkan diri di atas  katil dan terlena sehinggalah jam 12 malam...

Friday, November 2, 2012

Baliklah Ke Tempat Asal Kau, Aku Tau Dari Mana kau Datang !!!

Payah betul kekadang aku nak faham dengan manusia sekeliling ni. Sepayah-payah aku nak faham. aku rasa lebih elok kalau aku layan demam ni.

Nak kata baru bangun pun tidak, nak kata baru nak tidur pun tidak. Antara jam 4 -5 setengah... tiba-tiba aku sesak nafas. segala macam hal terflash back balik. haishhh .. aku tak sedap hati lah ... Rasa masa tu juga nak tercabut nyawa.

jam 4 aku dah dekat-dekat nak masuk alam tidur. setelah berhempas pulas melawan kenaikan kepanasan suhu badan. Tekak yang sakit seawal malam tadi dah mula hilang 80 % selepas ikhtiar terakhir aku dengan menjamah mamee sup pagi-pagi buta jam 3 hanya semata-mata nak bagi aku berpeluh. Punyalah rasa keluar dari sauna selepas makan mamee sup vegetarian panas-panas.

aku sebenarnya dah kehabisan stock ubat untuk menghadapi demam sekarang ni. Patutlah minggu lepas perkataan pertama yang aku perasaan adalah "Drug Store"!!! aku tak perasan pun kewujudan perkataan itu di mana-mana kedai ubat sebelum ni.

sepatutnya, petang ini adalah petang liburan untuk aku. maka, aku isytiharkan takkan ada liburan petang ni. berehatlah ... tidurlah .... sedar diri sikit... kau tak ada drug stock... dan tak reti-reti lagi ke .... kau bila demam memang jarang nak makan-makan panadol.

demam-demam macam ni .. pekena maggie laksa sungguh best!!! Oh ...siapalah aku uwarghhhh .... tak sesuai langsung.

baru saja nak melenakan diri ... tiba-tiba diasak dengan sesak nafas. badan berpeluh...jantung rasa nak tercabut... seluruh badan rasa lemah. tak mampu nak berkalih-kalih rasa badan. rasa sangat-sangat tak bermaya. Aku tau ... aku tau .. aku tau ... itulah ... dah tahu tak boleh minum air sejuk bedal jugakkan? Maka, terimalah padahnya. sekarang ni Allah selalu bayar cash... tak ada tunggu-tunggu sampai akhirat. sejam lebih dalam situasi itu betul-betul buat aku rasa dah tahap nazak.

dan sekarang... kalau keluar dari dalam bilik berkeadaan macam ni mungkin ada yang akan tegur.

-"awal-awal mandi ni nak pergi mana?"-

Hik Hik Hik !!!

Nota: Antara simptom yang aku dapat sebelum demam.
1- Berpeluh melampau-lampau.
2- Sesak nafas
3- sakit tekak (jarang berlaku)
4- batuk yang melampau tengah-tengah malam dan awal pagi.
5- Badan sakit-sakit
6- migrain
7- Angin tak baik!!!

masa angin tak baik ni ... silap cakap sikit ... boleh sakit hati orang mendengarnya. sebab tu la kalau aku tak sihat. aku kurangkan bercakap. tapi bila terpaksa juga. adalah celah sikit-sikit yang tak betul dan tak berapa nak ejas punya ayat terkeluar. Selalunya...aku memang tak kan jawab apa-apa bila orang bertanya. zaman arwah ibu dulu. bila mood bertukar macam ni. awal-awal dia dah sediakan nasi bubur dengan garam seketul. Tak pun nasi panas yang tahap lembik dengan minyak "skiyu". Aduhai ~~~ sedapnya !!! Bila pekena je tu ... nafsu makan memang mengalahkan nafsu masa sihat. :)

Masalahnya sebelah malam sajalah . Bila demam. susah bernafas memang sampai ke pagilah berjaga. sampai satu tahap ... arwah mak ambik penutup balang... kemudian ibu bakar eh bukan kemenyan ... tapi kulit-kulit bawang ... kemudian diasapkan ke arah saya yang betul-betul tak larat nak bangun ni sehingga saya berpeluh dan boleh bernafas  macam biasa. Tak setakat tu saja. siap habis satu badan dari kepala sampai kaki dipukulnya dengan kain batik.

pernah dengar "temuan" tak? dulu aku tak berapa faham sangat temuan tu apa. bila dah makin membesar aku dapatlah kaitkan sikit-sikit. lebih kurang macam masuk angin keluar asaplah. sebelum masuk fasa alam tidak sihat. mesti kau tak ada selera nak makan. bila tak makan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan "temuan". itulah yang mak aku cakap dulu.

tapi bila aku fikir balik. antara jampi mak aku baca dulu.
"balik ke tempat asal. aku tau dari mana kau datang "

errr ..biar betul jampi neh .... :seram. tapi mak tak sebut mambang. dia sebut temuanlah ... tapi ada juga sebut tanah, air... adoiii .. apa kes neh !!!

Masa kecik dulu hafal jugaklah "lagu" tu. dah lama tak dengar langsung tak ingat bait-baitnya. Biasalah zaman 80-an... tambahan pula duduk di kampung, sakit sikit anak-anak mesti difirasatkan ada yang mengacau. tambahan pula bila dah sampai tahap tak tidur malam. Bila masuk alam sekolah rendah. aku dah mula jarang dilayan macam tu. Seingat aku, mak aku cuma masih kekalkan sapu minyak lelah. sangat jarang makan ubat-ubatan klinik. macam tak memadai. makin parah adalah. jadi, makan panadol cortal kanak-kanak saja dan ubat batuk cap kelapa laut afrika.

sekarang?!!! aku tak bergantung dah dengan mana-mana ubat. cuma bila terlalu tinggi sangat suhu badannya pekena jugak panadol. batuk?!!! banyak minum air suam. dan makan gula-gula kiss me.