|
sha83@kaizer |
Kelaparan yang tak seberapa memaksa aku menjamah kurang dari 3 sudu besar nasi unuk hari ini. Bukan senduk nasi ye, jangan salah faham. Saya adalah manusia yang paling malas nak makan walau perut meronta-ronta minta diisi. Kau pernah dengar tak orang malas nak makan? Makan bukanlah termasuk dalam kegemaran aku.
Sedap menyantap menu yang sedia ada. Tiba-tiba aku tersentak dengan skrip Cinta Dari Marikh. ".............Kaizer." Aku tergelak kecil. Tapi, watak "Kaizer" dalam cerita ni tak baik. Aku tak pasti sangat jalan cerita ni. Cerita lama sebenarnya ni. "Kaizer" tu lebih kurang nama samaran lelaki ni dalam proses dia nak mendekatkan diri dengan si makhluk asing comel ni yang dilakonkan oleh caca Maembong.
Kaizer dan Aku.
Masa aku jadi kelawar dulu, aku rajin godek-godek mana-mana laman dan layan cerita di youtube dan lagu-lagu. Hendak dijadikan aku terserempak satu laman yang ada ruangan Chatroom yang aktif. Disebabkan aku ni suka belajar tentang sesuatu, aku pun joinlah sekali.
Pilih punya pilih nama. Aku dapat nama lain rasanya dulu. Sehinggalah munculnya drama bersiri kaizer di salah satu stesen TV ketika aku, aku tukar nama jadi sha83@kaizer. Mula-mula orang ingat aku ni kaki "gaming". Hakikatnya satu game pun aku tak "reti". Lepas tu orang sangka aku ni lelaki. Yang ini aku tak hairan sangat sebab sejak azali lagi orang memang dah sangka bayi yang akan lahir tu nanti lelaki, alih-alih keluar perempuan. Tak menangis pula tu, lemas dalam kandungan. Bila ajal kata belum sampai...membesarlah aku seperti sekarang ni dan dikelilingi oleh 6 saudara dan hanya aku seorang saja yang saudari. Dalam banyak-banyak nama aku guna....yang ini paling serasi dan berkekalan bersama-sama kawan dalam chatroom tu.
Melalui Chatroom inilah banyak yang ajar aku erti kehidupan sebenarnya. Dunia sebenar ni, hanya ada aku, laptop dan kerja. Nak kata aku ni anti sosial, tidaklah juga. Aku nak juga bersosial. Cuma sejak aku masuk alam sekolah menengah aktivit aku mula perlahan satu persatu.
Bila aku sambung belajar lagilah slow. Nak kata aku tak keluar dengan kawan-kawan. Aku keluar juga kadang-kadang. Cuma kekerapan keluar tu tak berapa nak kerap. Nak kata aku tak lepak, Aku lepak juga. Biasanya di kedai makan, dan ruang legar. Tapi, nak lepak macam mana ya ...bila kau jalan seorang-seorang, duduk seorang-seorang. Hahahaa.... Lepak ngan hantu eh ?!!!
Orang kata...kau tak boleh belajar daripada kehidupan maya. Ya...dan itu aku akui. Kehidupan maya dan kehidupan realiti ni sangat berbeza. Tapi aku lebih selesa di dunia ini. Dunia maya bagi aku, kau kenal macam tu saja, tak ada sampai nak membawa ke hati. Bukan kata tak ada nilai jiwa. Nilai jiwa tu tetap ada, cuma kau tak meletakkan harapan yang tinggilah dia nak layan kau macammana. Daripada hal-hal yang macam ni....aku belajar untuk tidak menaruh harapan macammana orang akan layan diri aku.
Macam Tuan puteri, Macam kawan, macam sahabat, macam musuh, macam ada macam tak ada...semuanya aku layan sama rata. Kau buat baik aku layan baik, kau buat tak baik, aku layan lagi baik. Terkadangnya terkehel juga bila dah betembung dengan nafsu amarah ni. Amarah tu normal bagi nafsu, tapi kena belajar control. Benda ni aku memang alah sejak dari usia kanak-kanak. Yang boleh cool down kan aku cuma seorang sahaja.... "Emak". Pada dia ada kunci-kuncinya tertentu. Aku percaya 6 bersaudara aku ni tak tau mana letak simpan kunci tu. Ha ha ha... Lelaki normal.
Bagi sesiapa yang pernah layan kaizer mungkin tau dah faham jalan ceritanya. Adam yang pada awalnya seorang anak yang tidak bertanggungjawab akhirnya menjadi harapan penyelamat kepada legasi KAIZER milik orang tuanya. Pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku sehingga dia hampir terbunuh. Nama pun drama, tak mungkin seorang hero boleh mati sebelum misinya tercapaikan ?!!!
Drama ni bukan adaptasi daripada novel ya. Jangan salah faham dan gigih nak mencari. Kesamaan jalan cerita novel mungkin ada. Cerita novel juga banyak kesamaannnya dari segi realiti kehidupan. Cuma ianya bukan sekadar 100% berlaku sepertimana jalan cerita kita. Boleh aku levelkan cerita ni ala-ala drama korea + cerita telegu/tamil. Cuma korea ni banyak adegan romantik, tapi cerita ni tak. Ia lebih kepada hubungan kekeluargaan dan "business partner".
Manusia macam ni sebegitulah pada hakikatnya. Kadang-kadang kau rasa di tak boleh diharap. Sampai satu saat nanti, dia juga tak akan selamanya jadi macam tu. Macam kita juga...pada masa ini mungkin orang rasa boleh diharap...sampai satu masa nanti...kita pula yang jadi tak boleh diharap. Sebab tu dalam Al-Quran selalu cerita...jangan berburuk sangka! Daripada kita berburuk sangka, apa salahnya kita membantu dalam diam tanpa dia sedar.
Tapi, sekiranya kau bantu, dia tau kau bantu dia. Kemudian kau letak harapan. Dan satu hari nanti dia akan kecewakan kau. Itu maknanya bukan pertolongan yang ikhlas. Itulah "business minded". Kau kena faham mana satu "ikhlas", mana satu "business minded". Belajarlah daripada sifat-sifat Allah.
Belajar sifat Allah ni bukan maksudnya nak suruh jadi macam Allah. Dengan belajar sifat Allah...kau boleh ikhlaskan apa jua yang datang depan mata kau. Baik benda tu dalam keadaan baik, baik benda tu dalam keadaan buruk.
Cerita Kaizer ni juga sinonim dengan "lifestyle" masyarakat kini. Kau kena layan dramanya, baru kau tau sinonimnta "tang mana".
Aku cuma pesan satu pada diri aku. Belajar daripada apa yang kau lihat, dengar dan rasa. Ayat ini salah satu amanah terakhir yang bapak aku pernah pesan. Masa dia cerita aku sebenarnya dapat rasa dia dah nak pergi walau hakikatnya masa tu dia cuma luka dibibir sahaja.
Aku, ibu dan ayah seorang kawan yang akrab. Apa-apa benda aku banyak berkongsi dengan mereka. Dengan 6 bersaudara ni ... yang no.6 tu lah kawan aku. hahaha. Memang kami tak ada rahsia. Ibu dan ayah aku tak ada...Aku cuma ada yang nombor 6 sebagai kawan akrab aku. Bila dia dah belajar jauh-jauh aku cuma ada anak buah aku yang no.3 sebagai rakan akrab aku. Sekarang ... aku cuma ada Allah. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam tu?
Biasanya apa-apa cerita baik benda tu baik atau tidak kita pasti akan cari orang terdekat bukan? Ianya bukan sahaj dekat depan mata, malah dalam hati kita juga. Benda ni perlu magnet yang kuat antara satu sama lain. Namun, apabila salah satu magnetnya menolak...macamamanalah hati tu boleh nak mendekat. Nak kata jauh hati, tak juga. Proses tumbesaran boleh juga menimbulkan kebarangkalian ianya berlaku. Benda ini tak boleh nak salahkan sesiapa. hidup zaman aku, handphone tak ada secanggih zaman sekarang. Bab hati ni memang susah nak bincangkan?!!! Buat masa sekarang, selepas Allah ambil anak buah aku yang no. 3 tu, aku bersyukur untuk satu hal yang amat sangat. Apa-apa pun tindakan yang berlaku dalam keluarga aku, yang paling penting Allah tak pernah singgahkan aku dengan penilaian yang buruk .... Tapi, Allah selalu bisikkan dari sisi yang baik. Sebab tu aku boleh hidup dengan gembira macam orang lain.
Bagi remaja yang bermasalah di luar sana. Kau jangan letak masalah kau dalam hati kau. Kau serah pada Allah. Hidup macam biasa. Gelak macam biasa (ya... walau hati kau sakit). Kunci utamanya KAU PUNYA ALLAH. Itu sahaja. Mak, bapak adik-beradik satu hari nanti akan tinggalkan kau, tak ada yang kekal selamanya ketika hayat kita di dunia ni. Jadi, tolong jangan sangkakan yang kita akan selama-lamanya. Persediaan untuk berpisah itu harus selalu ada. Tak selamanya yang terdekat dengan kita ni boleh tolong sampai kita mati. Kau kena ubah diri kau. Tapi, nak berubah tu pun banyak cabaran juga. Terutama bagi golongan-golongan yang pernah gagal dalam hidup. Kau nak dapat balik kepercayaan tu ibarat pedang dihunus ke hujung tengkuk wey...kau tak kuat, kau akan lemah. Maka, ikutlah kau rentak - rentak orang yang ada di sekitar engkau. orang ke kanan kau kanan, orang ke kiri kau ke kiri. Ha Ha Ha.... Sakitkan?!!!
Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya. Itu janji Allah dalam al-quran. Kenapa tak letak surah apa ayat berapa ? Hidup jangan nak senang sahaja. Kau kena cari dan gali sendiri. Kalau dah bagi nama surah ayat berapa kau akan fokus "tang situ" sahaja nanti. Ayat - ayat lain kau abaikan. Pasal tu manusia zaman sekarang ni termasuk aku jugalah tu suatu ketika dahulu, aku suka petik benda yang dah ada depan mata. Jangan sampai Allah bagi kau bertimbun satu-satu masalah baru kau nak hadap al-quran hari-hari. Baru kau larat nak bangun tengahmalam semata-mata nak hadap Allah.
Janji Allah. Mak bapak bertakwa.... tak semestinya turun kepada keturunan. Sebab tu Allah tak bagi kau pandang keturunan bila kau nak pilih calon isteri / suami. Kisah nabi-nabi terdahulu banyak boleh dijadikan pengajaran. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Allah. Bila kita menidakkan ketentuan Allah ... tunggulah janji-janji Allah. Allah tak janjikan kebahagiaan ...tapi Allah janjikan kehancuran buat kita. Nak tau?!!! kau cari sendiri dalam al-quran.
Sebab tu aku kata. Ini bukan Cinta Dari Marikh. Dalam Islam kau dididik, cara nak mencintai keluarga kau. Belajar dan terus belajar. Bila tergelincir kau bangkit balik. Paling penting, seburuk apa pun pandangan kau yang telah tercipta...bersangka baik. Sebab cuma kau sahaja tau kenapa boleh jadi macam tu. Namun, itu bukanlah alasan untuk kau membalas dengan perkara-perkara yang tidak elok. Jangan hambakan diri pada masalah dunia yang memang dah terang-terang Allah dah bagi amaran. Jangan claim diri kau orang yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH selagi kau belum diuji. Maksudnya dah jelas. Susur jalan yang kau lalui pasti penuh dengan pancaroba. Kau harus bersedia.
πͺ Al-quran memang Allah dah tetapkan dan turunkan untuk dijadikan penawar kepada penyakit dan sebagai panduan hidup yang lengkap. Kita manusia sahaja yang selalu mudah lupa dan mengabaikannya. Bila kau tengok kehidupan orang bermasalah cuba kau tanya, seberapa kerapnya solat jemaah dilakukan di dalam rumah, seberapa kerap kau gerak ahli keluarga kau untuk bangun tahajud malam dan bertadarus bersama. Jangan pandang dari sudut dunia sahaja. Seimbangkan dengan akhirat. Allah tak pernah mungkir janji dengan orang-orang yang bertakwa kepadanya. Tanya hati kau balik...Kau percaya janji Allah ke tidak wahai hati ?