Cikgu Viral VS Online shamming
Baru malam ini aku dengar tentang patah kata online shaming Boleh rujuk di sini sekiranya tidak tahu apa maksud online shaming .
Tahun lepas aku pernah dengar tentang menjadi satu kesalahan apabila cikgu muatnaik setiap jawapan pelajar yang tercatat atas kertas ujian atau latihan.
Aku tidak boleh bayangkan aku hidup di zaman ini sebagai pelajar tingkatan 3 yang berpisah tiada dengan lagu - lagu dendangan backstreet boys, Britney spears, No Doubt, Smashing pumpkins, Nirvana, 'N sync, The Moffats, Gil dan yang sealiran dengannya. Aku layan semua genre musics yang penting orang putih. Punyalah semangat pasang niat belajar cakap orang putih, tapi cikgunya artis. Bukan surat khabar atau pun berita orang putih. Masa ni aku tengah gila dengan sitcom cerita cina. cerita orang putih jarang sikit layan. kecuali rancangan x-files dan cerita seram.
PMR atau dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah. Ia diduduki oleh pelajar tingkatan 3. zaman ni agak cuak juga bila dimomokkan dengan berita bila fail PMR tak boleh naik tingkatan 4. Aku pula jenis yang cepat panik bila dengar berita-berita yang macam ni. suspen tak suspen aku redah saja. Bab Matematik dengan Inggeris aku memang selalu angkat bendera putih sejak daripada zaman sekolah rendah lagi. Nasib baik cikgu - cikgu aku tak pernah putus asa dalam memberi ilmu. Aku minat membaca. Cikgu Inggeris aku selalu galakkan aku untuk baca buku cerita dalam bahasa Inggeris ataupun baca surat khabar bahasa Inggeris. tapi, itulah masalahnya, diperkenalkan dengan penulis penyiasat berbangsa Inggeris aku pula memandai mencari yang alih bahasa yang bahasa melayu. Manalah nak sampainya ilmu bahasa Inggeris.
Tingkatan 3 adalah zaman kemuncak Backstreet Boys. Kebetulan, aku baru dapat info nak jadi peguam kena belajar sejarah dan bahasa Inggeris sungguh-sungguh. Inggeris dan aku ibarat musuh yang tak boleh bersatu. Demi satu cita - cita, aku bertatih belajar bahasa Inggeris. aku bertatih mencintai bidang sejarah. Alhamdulillah, daripada sekali dua sahaja lulus sebelum ni, aku boleh dapat B. Yang pasti aku teringat balik kata-kata sahabat lama aku.
" Aku tengok kertas ujian kau ni semua penuh dengan lirik Backstreet Boys. Aku harap ujian bahasa Inggeris tu tadi tak macam ni keadaannya."
" Alaa....dah terlambat dah ! "
" Apa ?!!!! Kau dah gila pergi letak lirik Backstreet Boys dalam ujian penting tu ?!!! "
" Serius cakap ni. Aku tak ada idea nak tulis. Otak dah tepu. Aku dah usaha. Aku sekarang kena doa supaya pemeriksa tu bukan kategori peminat ataupun anti - Backstreet Boys."
" Ha Ha Ha. "
Bayangkan apa akan jadi pada kertas ujian aku sekiranya aku hidup di zaman ini. Percayalah... itu adalah kali pertama dan kali terakhir aku guna lirik lagu dalam peperiksaan penting. Masa SPM aku susah sikit nak apply, sebab Backstreet Boys masa tu dah banyak saingan. Aku pun dah tak pasang cita - cita setinggi langit setelah keinginan aku nak jadi peguambela ditentang habis - habisan. Akhirnya SPM aku tak ke mana - mana. Begitu juga dengan diploma aku. Dan sekarang aku belajar daripada kesilapan aku dulu. Hidup mesti ada cita - cita. Sekurang - kurangnya kau tahu mana destinasi yang kau akan tuju.
Akhirnya, aku kembali bertapak ke sekolah bersama kerjaya yang aku ingin sangat - sangat tolak dulu. Aku rasa aku bukanlah cikgu pilihan dihati pelajar. Alasan :
1- cakap lepas
2- garang
3- aku tak suka pelajar manja tak bertempat. Aku nak pelajar aku kuat. Kuat bila cikgu tegur dia. Tak kuat merajuk. Faham akan kesalahan diri sendiri.
4- Yang penting punya cita - cita.
Cakap lepas ni tak adalah sampai keluarkan kata - kata yang tak elok. Cukup sekadar aku menyatakan aku tak suka yang dia buat macam ni. Tu saja. Budak - budak zaman 2006 dulu jauh sangat beza berbanding sekarang. Garang aku, sebab aku punya suara memang dah sedia lantang. Aku bukan spesis ayu - ayu. Aku membesar di kalangan 6 bersaudara tanpa saudari. Aku satu-satunya saudari dalam keluarga aku. Termasuk mak...adalah juga kawan. Sekarang dah lebih setahun mereka berada di tahun 2, sedikit sebanyak aku kena lebih tegas berbanding sebelum ni. Budak - budak ni bukannya tak faham. mereka dah faham teknik nak mencari jawapan. Masalahnya jiwa mereka memang takkan tenang selagi tak "REHAT". Bila aku ingat balik hak rehat dalam artikel yang diviral di Facebook. Jadinya, aku batalkan niat denda nak rehat. sekarang aku cuma bagi denda siapa tak boleh jaga elok perangai, kena bayar balik harga buku tu. setakat ni, berjaya kata-kata hikmah ni.
Showing posts with label Celoteh sha83kaizer. Show all posts
Showing posts with label Celoteh sha83kaizer. Show all posts
Thursday, August 10, 2017
Tuesday, May 16, 2017
Bukan Tahap Bersawang Dah Ni !!!
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Sempena 16 MEI 2017 ini aku bakal mengaktifkan kembali blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Aku akan kemaskini ucapan untuk hari guru tu kemudian ....In-syaAllah.... Ramai nama-nama sifu yang aku usahakan nak taip. Ini pun kerja aku tak siap-siap jugak penangan terkenang mana nak dapatkan pendrive untuk pindah gambar ni. Kedengarannya seperti bakal pecah panggung sambutan untuk kali ini ye... Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan. Esok kenalah bekal tisu sikit kot ... 4 5 helai .... mana tau ada sukan-sukan yang extra-extreme ni.
Aku seperti biasa, bila kau tanya aku tugas apa ? Jurukameralah jawabnya. telefon aku belum sampai tahap canggih. dan malam ni tadi aku ingat nak install telegram dalam badan buah hati aku ni. Tapi entah apa masalahnya dia langsung tak nak bagi kerjasama ngan aku untuk kali ini.
Biasanya aku ambil gambar sekitar pentas sahaja. Jarang diberi tugas sekali dengan ambil video. sempena tahun 2017 ni nampaknya video akan digunapakai juga. Sepatutnya aku dah lelapkan mata sekarang...tapi mata aku pun tak nak bagi kerjasama dengan aku.
Bila aku pandang balik title posting ni macam tak kena pun ada jugak. Kerja aku sekejap lagi adalah pemindahan-pemindahan gambar ke tempat yang selamat sebab aku nak sediakan ruang untuk gambar-gambar terbaru akan datang ni. Nasib baik tahun ni kurang sikit job untuk jadi jurugambar.
Cuma malam ni aku rasa penat sangat-sangat, tapi tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin aku patut tidur sekarang sekejap kot. selamat selepas tengahmalam kawan-kawan.
🎒 baju sukan tak kemas.
🎒baju batik tak seterika lagi.
🎒Barang nak bawak ke sekolah pun tak kemas lagi ni.
Monday, December 15, 2014
Alahai .... sweetnya !!!
Buat sahabat yang tamatkan zaman bujang .... saya tujukan lagu khas untuk anda ya...
korang click je kat video tu ...La la la la la la la la.....
Bestnya tengok korang .
Nak join boleh tak ?!!!
Sunday, May 12, 2013
Minggu Saling Ucap - Mengucapkan !!!
Banyak betul ucapan yang nak kena buat dalam seminggu ni ye ...
Ucapan untuk anak-anak nak ambik periksa.
Ucapan birthday
Ucapan Selamat Hari Ibu
Ucapan Selamat Hari Guru untuk minggu depan
Ucapan untuk anak-anak nak ambik periksa.
Ucapan birthday
Ucapan Selamat Hari Ibu
Ucapan Selamat Hari Guru untuk minggu depan
yang ini untuk yang sambut birthday
lalalalaa....
gediks je ngau ni ...
tak ada versi ngau lain ke?
kalau tak nak ngau ... kita pilih yang lain ye ...
sejujurnya tak dengar lagi pun lagi ni ha ha ha !!!
O.K Bear Comel anda boleh pilih sendiri
:)
tapi yang ini lagi best !!!
Untuk Ibu sedunia ....
eh tadi ternampak ala-ala karoke punya ...
kejap ye
minggu depan nak kena hafal lagu kesukaan
haishhh setiap tahun nak menghafal ni
apa cerita ?!!!
Saturday, October 22, 2011
Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran 2011 {edited}
Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran 2011
ini lah dia harta karun yang terdapat dalam beg aku bertahun-tahun sudah. sampai tukar warna lain sudah kulit tu. kesian kan?!!! Bukan apa... itulah tandanya kasih sayang aku pada beg ni. entah berapa kali kene washing mesin juga duit dengan batu bata ni ... hehe... 
di ruangan inilah aku berhenti dan bertugas. tengok jika ada apa-apa masalah budak-budak yang aku bawak...
memang setiap tahun kene bahagian tilawah ni hehe...
kecuali tahun yang satu lagi tu terkena bahagian jururekod markah untuk hafazan

inilah dia Adib ...
wakil dari wilayah kami =)
tahniah sebab anda seorang yang berani...
lain kali cuba lagi adib =)
haa...
ni zoom dekat sikit....
setakat ni je mampu...
malulah nak ambil gambar dari dekat hehee...
nama dia ni Nor Albaniah
ah~ha ...
kiranya memang mereka ni setiap tahun jadi wakil sekolah ...
ni pula gambar yang di zoom tak berapa nak zoom ...
hitam manis orangnya ...
memang manis pun dan comel...
tahniah nor albaniah
sebab dapat tempat pertama ...
gambar-gambar sekitar majlis penutupan
tempat pertama pertandingan tilawah al-quran peringkat zon tanjung alan
kalau tak silap aku adik Alif ni ...
kalau salah sila update lagi ya ...
nama dia Norizam
yang di bawah ni pula antara aksi aksi yang ta boleh nak tonton sangat
kang pengsan semua korang tengok haha!!!
baru 2 snap ... N73 Aku mintak nyawa... dan akhirnya terus Mati!!!
Sunday, February 6, 2011
Daripada Aku: Yang Kurang Antibodi ='(
apa agaknya yang berlaku dengan anak-anak esok hari. yang pasti MODE cuti still On... mesti banyak cerita dorang esok =). sejak kebelakangan ni antibodi aku kurang sikit. sebab malas makan kot. bukan apa malas makan... cuma aku rasa tak lapar sampai kadang-kadang aku tak ingat aku ada makan ke tidak sehari tu... =) :pelik
tugasan untuk esok hari?!!!
esok tak banyak sangat kerja... 50% dah siap. harap kerjasama daripada anak-anak je.... kali ni NO NADA-NADA TINGGI !!!!
Biar mata saja yang berbicara... hihiiii iye iye je bunyikan kan kan ...
esok aku nak tambah satu slot masa untuk dorang kongsi pengalaman cuti masing-masing. harus dibahagi dua kumpulan nampaknya. tapi ....jeng jeng jeng... kerja mesti siap semua dulu ... kalau tak siap... tak boleh join!!!
besok jugak....
aku akan edarkan satu buku catatan untuk setiap seorang... dup dap dup dap je kan?!!!!
dalam buku tu akan dicatat setiap kebaikan dan keburukan fi'il dorang semasa dalam sesi pembelajaran. Ala-ala muhasabah yang bertulis. buku tu akan dibagi balik pada aku sebelum dorang ni balik rumah.
dari situ nanti aku akan semak kesalahan setiap seorang dan bagi denda... bagi yang kurang arif dalam hal ehwal pembacaan...aku akan bagi beberapa petikan untuk dorang baca dalam kelas seminggu kemudian. bagi yang dah tau membaca sikit-sikit...sekurang-kurangnya boleh membaca dengan lancar ataupun hafaz terus!
aku tengok... dalam banyak-banyak denda aku kasi.... daripada ko denda berdiri, denda rotan....konpem tak makan saman. bila denda membaca ni. kadang-kadang yang kurang pandai membaca tu... kalau ko suruh nak menghafaz...kurang-kurang dua ayat dia dapat hafaz. memang tak banyak. tapi kene sabar. asalkan sebutannya jelas, tepat dan jitu =).
Nota: tak ada kerja dalam dunia ni tak meletihkan...namanya pun kerja. tapi seronok dan hilang penat bila kita dah mencapai target.
ONMODE: Latihan, Nota, dan Peta minda
Thursday, June 10, 2010
Bebaskan Harimu Dengan Cintaku
kalau di blog hijau sudah aku catatkan sebahagian daripada pertanyaan kaum Adam. jadi, untuk di sini aku lebih suka bertanya kepada diri aku sendiri ... wah kira bermonolog lah ni. hahaa... sejauh mana aku meletak kan kepercayaan kepada si adam. bagi aku ... ini bukan masalah percaya atau tidak.
andai kata aku tidak sanggup erdepan dengan mu duhai kaum adam pasti ada sebabnya. yang pasti
bukan kerana curiga aku terhadap diri mu. aku cuma lebih selesa ditemani oleh keluarga aku sahaja ke mana-mana aku pergi? aku pergi menemui siapa? gaya hidup itu lebih aku senangi. mungkin bagi sebahagian manusia mereka kurang senang dengan sikap yang sebegini. tapi bagi aku... ke mana jua kaki aku melangkah setiap langkah yang aku atur itu ku bawa sekali maruah dan kehormatan mereka. tidak mungkin aku mampu jaga seorang diri. apakah menjadi masalah sekiranya aku minta ditemani oleh keluarga ku sendiri. malah darah daging aku sendiri.
susah yang aku rasa. mereka lah penawarnya. patah kaki aku...merekalah tongkatnya.
aduhai hawa...
ketegasan mu lah yang mampu menyelamatkan nafsu nafsi si adam...
berjuanglah wahai hawa...
sang adam sememangnya menunggu engkau untuk sama-sama membantunya...
Sunday, May 23, 2010
Bila Hati Mula Berbicara

seminggu-minggu ni mata aku tak boleh terus lelap macam tu saja. aku sendiri tak tau kenapa. dalam hati aku bertanya.
masih adakah lelaki yang di dalam dunia ni yang dia punya ciri-ciri lelaki muslim yang sejati.
1- jaga solat
2- bertanggungjawab
3-menghormati kaum wanita
4- memahami
5- jujur
6- setia
7- ikhlas
kalau adapun mesti tak ada yang boleh buat full comitment kan...kan...kan..
selalu orang cakap kalau tak bertepuk dua belah tangan mana akan ada bunyinya. cuba bayangkan kalau tangan kau kene ikat kemudina orang tepuk tangan kau secara paksa tetap juga akan bunyikan tapi tak adalah meriah sangat sebab cara tu kira sadis sangat. paksa-paksa pulak.
sama juga lah dengan kata pepatah dengar bunyi guruh di langit air di dalam tempayan dicurahkan. erm...kebetulan minggu ni tadi memang betul berlaku. kemain bunyi guruh berdentum pak pom pak pom...lebih kurang le bunyinya. tapi tengok-tengok tak ada hujan pun.
sama jugak dengan ilmu yang tinggi. suka sangat memberi nasihat. ilmu ada pun tak guna kalau tak praktik untuk diri sendiri. kene praktik lah kan? baru boleh tau berkesan ke tidak.
sehinggalah ke malam ni tadi akhirnya semua persoalan aku terjawab... ternyata tak semua yang serba kekurangan itu akalnya pendek. tapi ternyata akalnya lebih panjang. cuma dia perlu diberi satu tempoh yang bukan dalam tempoh yang singkat untuk berfikir. tapi perlu masa jugaklah. yang penting. dia berfikir tanpa siapa-siapa pun yang minta dia untuk berfikir. masih adakah lelaki lain di luar sana seperti dia?!!!
Nota: cinta itu terlalu ekslusif untuk diterjemahkan. kenapa ekslusif? sebab cinta sejati ni mahal harganya. tak boleh nak dibeli dan dicapai dengan wang ringgit. Ia datang daripada Allah. dan ia juga akan pergi meninggalkan mu kerana Allah. serius taip ni... ni kali pertama aku kenal orang macam dia ni. bagi yang sedang dan tengah bercinta tu atau sedang mencari...cuba cari apa yang terbaik pada pasangan kamu andaikata kamu rasa itu lebih kepada sifat keduniaan carilah jalan untuk bertemu jalan ke jambatan akhirat....andai langsung anda tidak jumpa...berusahalah untuk mencarinya walau sebesar hama pun.
Tuesday, September 15, 2009
STOP RIGHT NOW >>> THANK YOU VERY MUCH!!!!!
semua orang tahu bahawa rokok itu merbahaya.. kenapa perlu bunuh diri dengan sedut asap rokok tu?!!!kalau puasa dapat tahan .. kenapa tak cuba jalan itu untuk berhenti merokok pada hari-hari biasa juga... Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri anda... pastinya Allah akan bagi 1001 kekuatan supaya anda bisa pulih hidup tanpa rokok!!!
apalah yang sedap sangat dengan asap rokok tu ... kalau sha nak bandingkan dengan tomyam ke ... ikan terubuk bakar ke? ... lagi sedap makanan-makanan daripada asap rokok...
bukan ke asap itu makanan jin?!!! ishk ishk ishk .. mesti jin dah berumah dalam tubuh badan tu .. tu pasal le tak boleh hidup tanpa rokok ... kesian badan si perokok .. gara-gara jin lapar dia pulak yang perlu buang duit nak beli makanan untuk jin-jin sekeluarga ...
kalau korang punya daya imaginasi yang lebih baik .. meh sha nak cerita sikit dan cuba bayangkan ...
(time berpuasa situasi tengahari)
anak jin : laparlah ayah ...
bapak jin: sabarlah anak ... ayah pun lapar juga....
mak jin: mak pun sama ...
(time berbuka puasa)
fuhhhh!!!!! berkepul kepul asap rokok disedut ....
apalagi meriah le anak-beranak ini beraya dengan asap-asap yang disedut oleh si perokok !!!
anak jin: baik betul tuan kita ni kan abah kan?
bapak jin: tu lah ... kan dah kate ... kena sabar...
mak jin: dia pasti tak akan bagi kita lapar terus terusan...
anak jin: mak ... abah ... tak payah lah kita lari pergi cari tuan lain .. kita berkampung terus kat sini boleh tak?
mak & bapak jin : sudah tentu boleh sayang ....
anak jin: hoorayyyy!!!!!!!!!!!! yahoooooooooooo!!!!!!!!!!
apalagi berpartilah dorang sebelum aidilfitri menjelang tiba setiap kali berbuka puasa ...
Nota: AWAS!!! Jangan biarkan Hidup anda diselubungi oleh jin² dan asap-asap rokok !!!!!!!!
layari gakz http://sha83kaizer.blogspot.com/
Saturday, July 4, 2009
Kisah Aku
aku insan biasa
tak lepas dari kesilapan
hidup berlumur dosa dan noda
aku insan lalai
lalai adalah sikapku...
lalai dengan waktu
alpa dengan fitnah dunia...
aku bukan tidak bijak
aku cuma malas mahu fikir
fikir tentang aku,
fikir tentang engkau,
fikir tentang dia,
fikir tentang mereka,
fikir tentang kita semua...
semua buat aku pusing
lalu kepala jadi pening
dan akhirnya telah aku putuskan
aku mahu sendiri
hidup tanpa sebarang persoalan
tanpa prasangka
tanpa sakit hati
yang membawa kepada jiwa yang tenang...
tak lepas dari kesilapan
hidup berlumur dosa dan noda
aku insan lalai
lalai adalah sikapku...
lalai dengan waktu
alpa dengan fitnah dunia...
aku bukan tidak bijak
aku cuma malas mahu fikir
fikir tentang aku,
fikir tentang engkau,
fikir tentang dia,
fikir tentang mereka,
fikir tentang kita semua...
semua buat aku pusing
lalu kepala jadi pening
dan akhirnya telah aku putuskan
aku mahu sendiri
hidup tanpa sebarang persoalan
tanpa prasangka
tanpa sakit hati
yang membawa kepada jiwa yang tenang...
Kau & Dia
kau ...
sejarah bagiku
dia...
masa depanku
kau...
selalu setia untukku....
dia...
selalu bersedia untukku
kau...
sentiasa menunggu aku...
dia...
sentiasa bersabar dengan sikapku...
kau...
resah...
dia...
takut...
aku...
bingung...
karena...
aku mau kau...
terus setia sebagai teman...
karena..
aku mau dia...
terus bahagiakan aku...
karena...
aku mahu kau dan dia
tapi...
siapalah aku...
aku tidak mampu memilih
antara kau dan dia...
karena kau adalah kawan...
dia adalah kekasih...
kedua-duanya tidak sama....
sejarah bagiku
dia...
masa depanku
kau...
selalu setia untukku....
dia...
selalu bersedia untukku
kau...
sentiasa menunggu aku...
dia...
sentiasa bersabar dengan sikapku...
kau...
resah...
dia...
takut...
aku...
bingung...
karena...
aku mau kau...
terus setia sebagai teman...
karena..
aku mau dia...
terus bahagiakan aku...
karena...
aku mahu kau dan dia
tapi...
siapalah aku...
aku tidak mampu memilih
antara kau dan dia...
karena kau adalah kawan...
dia adalah kekasih...
kedua-duanya tidak sama....
Hanya Sekadar Tempelan
Hinakah aku ?
jijikkah aku?
aku juga hambaNYA
siapa kau untuk mempersoalkan aku ?
aku tak suka caramu
aku benci sikapmu
sikap yang egois
memandang rendah pada diri aku
hanya kerana aku bukan siapa-siapa
hanya kerana aku jelek pada pandangan kau
hanya kerana aku bukan sebijak engkau
hanya kerana aku bukan seorang bintang
hanya kerana aku sekadar tempelan bagi kau
namun...
aku pasti ...
aku pasti bisa berdiri tanpa kau
tanpa siapa-siapa
kerana aku percaya
semua itu adalah kehendakNYA
dan aku cuma ada DIA
tika waktu dan saat ini...
jijikkah aku?
aku juga hambaNYA
siapa kau untuk mempersoalkan aku ?
aku tak suka caramu
aku benci sikapmu
sikap yang egois
memandang rendah pada diri aku
hanya kerana aku bukan siapa-siapa
hanya kerana aku jelek pada pandangan kau
hanya kerana aku bukan sebijak engkau
hanya kerana aku bukan seorang bintang
hanya kerana aku sekadar tempelan bagi kau
namun...
aku pasti ...
aku pasti bisa berdiri tanpa kau
tanpa siapa-siapa
kerana aku percaya
semua itu adalah kehendakNYA
dan aku cuma ada DIA
tika waktu dan saat ini...
syukur alhamdulillah
wahh ada label baru nampak di sini ... label ini khas untuk celoteh yang berbentuk tida ada benang kait dengan situasi yang sedang berlaku, akan berlaku dan sebelum berlaku... jika ada pun.. ia hanya rekaan biasa-biasa aja dan rekayasa dari si penulis blog ini... (alah korang ni... macam tak kenal je dengan semangat sha83@kaizer ... )
ngehngehngeh...
selamat maju jaya semua ...
maju ke depan...
satu semangat...
satu suara...
HIDUP BLOGGER !!!
ngehngehngeh...
selamat maju jaya semua ...
maju ke depan...
satu semangat...
satu suara...
HIDUP BLOGGER !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)








