aih...title ni dah lebih² pula dia. Sebelum aku bercerita tentang tempat-tempat aku di sini. Pertama sekali aku ingin memperkenalkan diri aku. Aku adalah sha83@kaizer. Aku rasa cukuplah korang kenal dengan nama ni saja dulukan? Kang tak pasal² nama betul aku bertambah glamer susah pula. Hahhaa...
Aku berasal dari sebuah pekan kecil bernama pekan Matu. Hanya Matu bukan Matu-Daro. Matu dan Daro adalah sebuah pekan yang berbeza. Zaman kecil aku berbaza dengan orang lain. Cukup jauh berbeza. Mesti korang nak tau kenapa aku taip macam tu...
Keluarga aku sederhana. Nak kata susah sangat tak adalah. Nak kata kaya jauh sekali. Aku dibesarkan bersama-sama dengan 6 orang abang. Ibu aku seorang surirumah sepenuh masa. Ayah aku pula bekerja sendiri.
Berbagai-bagai pekerjaan yang ayah aku buat. Di antaranya ayah aku pandai bertukang buat rumah orang selain daripada bertani ataupun tangkap ikan. Tak kiralah tangkap dengan cara apa. Janji caranya betul. Kadang-kadang ayah memancing tapi tak adalah pakai joran macam yang orang dulu-dulu dan zaman sekarang pakai. Dia guna pancing lain daripada yang lain.( tak dapat nak imagine ). pahtu ayah aku pandai ngait jala dan buat jala ikan untuk diri dia sendiri. Aku masa kecik-kecik dulu suka tengok ayah ngait jala tapi aku tak pernah nak cuba. Sebab aku tak minat sangat dengan benda kait-mengait ni. Pernah aku cuba sekali tapi ayah komplen. Apalagi aku tak tunggu dah dekat situ terus keluar rumah cari kawan². kalau pertengahan tahun macam tu ayah lebih fokus buat BUBU...anda tahu apa itu bubu?!!!kalau melanaunya dipanggil BroNG...hehee...ni pun senjata untuk tangkap ikan juga. hehhee...majoriti yang masuk Bubu tu nanti ermmm ikan keli...ikan keli ni salah satu daripada ikan kesukaan aku. Memang sedap bila dimasukkan dalam sayur umbut ikan ni. tapi masak rebuslah. hohohoo...*perhatian: ikan keli ni merupakan ikan paling liat nyawa dia. Potong macammana sekali aku tengok tetap hidup dan bertenaga dia tu.
Ayah juga merupakan seorang penoreh getah. cerita pasal menoreh getah. Aku cuma sekali je ikut ayah toreh getah. tapi aku ingat-ingat lupalah. Yang pasti ayah pernah warning aku supaya jangan main-main toreh getah nanti pokok rosak. Masa tu aku tolong kutip saki baki susu getah yang dah kering dekat pokok tu. Yang itu ada nama panggilan khasnya tau..lupa pulak adohai. hahaa...
Dengar cerita orang-orang tua ayah aku zaman muda-mudanya dulu pernah jadi penyanyi. Kira penyanyi kampunglah time tu. anak dia pula seorang pun tak ambil bakat dia. Aku ingat lagi. zaman aku seolah rendah dulu aku selalu join nasyid. Pertama kali masuk dah cikgu Maimunah nak jadikan aku solo untuk kumpulan tersebut. Tapi aku ni jenis pemalu hehee jadi bila suruh nyanyi memang tak keluar suara hhaahaa...aku aktif jadi solo dalam bidang nyanyi² ni darjah 5. Masa tu ustaz Lutfee Ismail Amir yang berasal dari Selangor jadi cikgu didik aku.
Disebabkan gara-gara nak hafal lirik lagu. Aku selalulah nyanyi lagu kat dalam rumah. Dah lah dengan sepenuh hati nyanyi hehehee...sampai ayah komplen. Apsal nyanyi suara sumbang. Cuba atur betul-betul pernafasan sebelum nyanyi. Baru suara dapat keluar dengan betul. Esok hari bila tetime lepak dengan jiran sebelah rumah ( aku panggil dia deQ) dia kutuk aku pula. Bukan nak bagi semangat. Deq kata, " boleh tak ko slowkan suara ko bile nyanyi, aku nak makan pun berhenti makan bila dengar ko nyanyi..." Ishk²...
Masa kecik² dulu aku memang tak suka dok dalam rumah.Sekejap-kejap aku keluar memain ngan kawan² aku. Banyak benda yang kitorang main. Antara Permainan yang glamer masa tu seperti biasa main keting-ting, rounders<>, main pondok², main rebut-rebut tiang, main anak patung, panjat pokok dan main masak-masak. Main seremban pun ada gak. Main lelayang aku selalu jadi penyokong je. Kalau dah dua tiga permainan dalam sehari mana sempat nak balik rumah.hohohoo...masa tu arwah mak lah yang paling kecoh kejap-kejap dia panggil...sakinah!...oh sakinah! mana kau nak! (bah..satu kampung dengar tu!) hhehe kan aku dah kata nama ni memang dah glemer. Ibu bukan apa. dia takut sha main di sungai, tak berenang.
Cerita pasal sifat aku. Aku memang seorang yang tersangatlah pemalunya. Bila ada tetamu datang rumah. Aku tak nampak² dah keluar dari bilik. Sampai ibu aku pernah kata. Dia paling suka kalau tetamu datang ke rumah. tak perlu dia risau aku hilang dari pandangan mata dia. Sebab memang konpem aku tak keluar bilik. (alah contoh terdekat rujuk lakonan ahmad idham yang dia jadi pemalu sesgt tu sampai perlu makan ubat shy zero!). Tapi bila aku dah kenal orang tu fuyoh...keliling kampung aku akan bawa anak² tu jejalan nanti. Sampai tak ingat nak balik rumah. Itu yang bahayanya!
Begitulah kisah aku! Tunggu kisah yang selanjutnya...
4 comments:
sha...nama getah tu klu tak salah dipanggil "GETAH OJOL"...( BETUL KE...???? )
A'kum, saya terbaca artikel saudara yg berbunyi "Masa tu ustaz Lutfee Ismail Amir yang berasal dari Selangor jadi cikgu didik aku."
Maka saya sahabat baik kepada Ustaz Lutfee, sila lawati laman blog nie untuk mengetahui tentang ustaz anda http://samttaj86.blogspot.com.
sorry masuk blog akak tanpa izin hehehhe...seronok baca story kehidupan akak nie..kehidupan ini kadang kala gembira kadang kala duka...apa2 pun yang pasti itu adalah kita...terserah apa orang nak kata...hehehhe..gambatte kudasai kak Sha...
mcm2 la ko ni,,
pape pn,,
gudlak k,,
chaiyok2,,:)
Post a Comment