Monday, February 16, 2009

Al-KisaH sha83@kaizer

Zaman kecik² dulu memang best kan? Tak ada masalah langsung...tapi bagi aku kecik² pun aku tetap ada masalah. Masalah utama bila aku jatuh sakit. haaa...aku kecik² jarang sakit...biasalah budak nakal. Tak pernah nak lekat dalam rumah. Bila sakit pun tak macam orang sakit. Pagi masa nak turun sekolah je nampak sakit, tapi bila orang semua dah balik sekolah kalah wohhh orang yang sihat. ( biasalah tu...).

Masalah aku masa sakit ni aku tak nak pergi klinik diatas beberapa alasan yang sampai sekarang aku pegang kukuh ni. cewah...jom kaji alasan aku. Logik ke tak logik.

1- sampai klinik, aku takut pihak klinik bagi injek. ishk...tak kan doktor nak injek sebarang kan? tapi itulah aku.

2- lepas tu, mesti mereka bagi ubat yang pahit². yang aku suka makan cuma ubat batuk je...itu je bagi aku ubat yang paling sedap. pil² lain semua sebiji pun aku tak sentuh. nak tak nak emak beli panadol cortal kanak-kanak. erk.... betul ke spelling aku nieh? hehhee...bagi aku kira satu pembaziran lah. baik tak payah bawa aku pergi klinik kan? lagipun aku dulu minum ubat batuk tu...hai...entah cemaner aku nak cerita yer....memang tak berkesan langsung lah. nak tak nak beli jugak ubat batuk cap kelapa laut afrika. hehee...tak sangka pulak aku ni masih ingat ubat-ubat yang berjasa dengan aku masa kecik² dulu...

perhatian: jangan pula korang fikir yang aku sampai sekarang minum ubat batuk cap kelapa laut afrika...tak lah...aku makan ubat batuk yang dibeli di sekitar klinik swasta ataupun kerajaan. kira dah boleh jimat bajet lah kan? yelah dah dapat terima ubat daripada kerajaan. hehee...pil panadol lak? cuma time aku sakit sangat² sampai tak larat nak bangun baru aku makan. Bila setakat sakit manja² tu ... jangan harap aku nak cari ubat atau pergi klinik.

aku masa kecik minat sangat muzik. mungkin sebab pengaruh orang sekeliling kot. Abang² aku bila datang je atau muncul je muka di kampung mesti riuh bunyi rumah dengan alunan muzik rock zaman² dulu. Biasalah jiwa muda remaja kan? aku masa sekolah menengah pun tak kurang hebatnya hahaha....siap menari lagi dalam satu pesta keramaian di kampung masa tu. itu masa tingkatan 1 lah...

cerita pasal pesta tu...hahhaha ada pulak insiden memalukan. malam tu biasalah bila kita dah nak menari mesti pakai mekup cantik² kan? tapi....aku tak lah cantik macam geng² yang lain. aku biasa je. nak kata cantik tak lah jugak. tapi bila korang pandang tak adalah sampai rasa nak buat korang menyampah. kira ala kadar sahajalah. balik dari pesta tu aku letih sangat² sampai rumah aku tak cuci dah muka terus zzzzzzz..... lena diulit mimpi. tiba-tiba..."hoi, bangunlah kau tak nak pergi sekolah ke? tu lah sapa suruh ikut menari semalam!" terasa kasar tangan yang menggerakkan aku bangun tuh. aku ingat nak dera aku tadi. dengan bunyi yang lantang menggegar gegendang telinga aku. agak² masa tu gegendang telinga aku tengah memainkan alunan muzikal bermukun. fuh, hebat tuh! bukan senang nak dapat....aku tengok jam kat tangan aku lagi...alamak! terbabas lah pulak. Jam dah menunjukkan 6:25 a.m. kebetulan hari tu hari isnin, jadi macam biasa mestilah ada perhimpunan kan..apelagi aku mandi cepat², siap², tak ambil sarapan terus je jalan² laju seorang diri. Deq dah pergi sekolah dulu masa tu. padan muka! Sampai di sekolah nasib baik semua orang baru nak masuk dewan. kebetulan kawan aku atiey masih menunggu di dalam kelas. lepas tu aku tak sempat nak duduk..tetibe dia tanya...

atiey: lor...ape mende kat muka kau tuh...(siap gelak)
aya: ha'ah lah ape mende ni berkilat-kilat je...
aku: eh korang bior betol! jangan main-mainlah! dah le aku datang lewat hari ni..eeee geram tau..
atiey: lha...tak kan nak tipu pulak...
aku: abih tu...ape dia?
atiey: nampak macam alat solek je...eh ko bersolek ke sebelum turun kelas tadi?!!!
aya: yelah...kau tak percaya ni aku tunjuk. ( sambil bagi cermin kat aku)
aku: alamak! aku lupe nak buang mekup aku pakai semalam. semalam kan aku join nari ... adeiii cemaner ni? sempat ke nak cuci? kang lewat pulak masuk dewan...tak pasal-pasal kena tahan...
atiey: jom je lah kita cuci dulu muka.
aku: harap-harap ade air kat toilet.

sampai dalam toilet aku cuci muka aku habis-habisan tapi tak adalah samapi guna klorin ke, clorox ke apalagi vanish. sebab masa tu vanish tak wujud lagi.huhuu. bila aku yakin dah bersih aku tanya kawan aku. amacam dah okay tak? mereka jawab alah kat atas mata tu masih nampak merah lagi. kau sapu ape ye? hampeh tol. masa darurat macam ni masih ada hati lagi dia nak tanya soalan macam tuh...aku cuci lagik skali. masa tu siap dah bukak tudung dah takut tudung basah. Kemudian aku tanya lagi...o.k tak? dorang jawab o.k dah. adoi....tak ada kain lap pulak...ishk ishk ishk...aku buang saki baki air tu gune jari pun boleh...ahakz...dan aku pasang tudung. kitorang keluarlah dari dalam tandas lalu bergegas ke dalam dewan. orang dah ramai. jadi kitorang ni bila dah masuk akhir kene duduk belakanglah jawabnya. namun, hati aku masih ragu-ragu dengan keadaan rupa aku masa tu. sampai seorang akak tegur. tak apa-apa lagi dah berpeluh? aku senyum kambing je dengar. aku jawab tadi terlambat... aku tak tipukan?!!! hehhee cuma aku tak cerita apa yang dah berlaku. tu je hahhaa....

hari yang sama...
kebetulan ada pulak subjek Bahasa Melayu. nama cikgu yang mengajar adalah Puan Nurul Aini bt abdullah kalau tak silap. dia ni isteri kepada cikgu Roslan. asal pun dari semenanjung gak. dia ni memang strict...erk betul ke ejaan nieh....hhaha aku mana tau taip BI, asal je subjek BM hari tu, maka cantik²lah gurlz dlm kelas 1C. mana taknya cikgu Nurul dengan penuh tegas pernah bagi warning kat kitorang untuk lipat tudung. aku pulak mana tau nak lipat tudung. aku lebih suka biar je macam tu. cikgu Nurul ni bertegas bertempat, nak marah pun bertempat, memanglah dia agak garang sikit sampai student dalam kelas tu jarang nak dekat dengan dia. tapi bagi aku dia memang cikgu yang best. bukan bodek! tapi kenyataan. nanti aku cerita kenapa aku cakap dia best yer....berbalik kepada insiden tadi. gara-gara tudung yang aku buka balik masa dalam toilet tu, jadi aku lupa nak atur balik, kemudian dia panggil nama, satu persatu...

cg Nurul: norhayati, sakinah jiren dan sakinah hj Kipli. sila berdiri.

kitorang dah saling menjeling- menjeling ku bertentang mata kita sama memandang...
dgn rasa detak jantung yang semakin laju dan aku rasa macam kene serangan jantung kejap bila disuruh berdiri...

Cikgu Nurul pandang dengan mata yang tajam sambil bersuara:
kamu bertiga tahu tak kesalahan kamu?

kitorang bertiga hanya mampu geleng kepala sambil tertunduk. rasa seperti seorang pesalah yang berdiri dalam kandang pesalah kat dalam mahkamah menunggu detik tiba untuk keputusan dijatuhkan hukuman. ibabarat macam tu le.

cikgu Nurul: semasa kelas saya saya nak pelajar saya sentiasa kemas. saya sebagai guru kelas kamu menitikberatkan disiplan dalam diri kamu. dan sekarang kamu bertiga sudah pun melanggar peraturan dalam kelas saya!

diam...
pelajar lain sibuk je pandang muka kitorang. macamlah baru jumpakan?!

cikgu Nurul: untuk kali ini saya bagi amaran terakhir pada kamu bertiga, pastikan tud8ng anda kemas sentiasa setiap masa tak kira masa itu adalah masa saya mengajar atau cikgu lain yang mengajar.

erk....cepat² kitorang atur tudung. huhuu.....aku rasa macam pertandingan fesyen tudung pulak masa tuh.

apa-apa pun aku jarang kene tegur dalam kelas cikgu Nurul ni. sebab aku jenis yang cepat kecut perut bila bertemu cikgu yang tegas macam dia ni. tapi untuk bagi kerjasama tu insyaAllah aku masih boleh bagi kerjasama. cuma sekali tu sahaja kitorang ditegur pasal tudung. lepas tu tak da dah. tapi itulah dia...masa cikgu Nurul je nampak cantik² kitorang ni. belakang dia...hurm apa² lah fesyen tudungkan? yang pasti temanya tak berlipat...tapi itu tergolong dalam pelajar tak dengar cakap ke pelajar nakal?

oh yer...pasal kenyataan tu tadi....memanglah hakikatnya cikgu Nurul tu baik orangnya. pertama kali aku bagi kad hari raya dengan dialah...

depan sampul surat: " untuk cikgu tersayang" kalau tak silap aku. hehehe...sekali kawan² aku baca. eh cikgu tersayang?! macam tak percaya je...aku jawab...alah...biasalah tu dia marah sikit². lagipun memang kita yang salah. kalau tak buat salah tak kan dia nak marah. kalau dia tak marah nanti kita pulak yang lebih² dengan dia. aku suka cara dia mengajar. bila dapat cikgu macam tu. beria-ia aku belajar untuk menguasai matapelajaran tersebut sebab aku tak nak dia tengok kelemahan aku. kecuali subjek math ngan Bi memang sadis....huhuu toksah le cerita...
lepas dia habis mengajar hari tu...aku terus lari keluar. cikgu tunggu jap. ada kad raya. cikgu tanya dari siapa...dengan muka selamba aku jawab daripada saya cikgu...perghhh....sendiri kirim sendiri pos sendiri hantar kad .... haaa apa macam?!!! dia jawab terima kasih sambil tersenyum. sampai hari ini aku masih ingat senyuman cikgu Nurul tu dan tak pernah lupa. sebab cikgu nurul ni jarang senyum. mana tak orang cop dia garang. tapi bila dia senyum hari itu..hati aku cakap...aku tak salah menilai. she's a nice teacher sebenarnya. rindulah kat dia.

masa tingkatan satu ni dulu, ada insiden berlaku ke atas aku. ayah meninggal. dia kan guru kelas aku jadi dia taulah ceritanya. adalah masa dia tengah bersembang dengan isteri kepada pak usu aku yang kebetulan jiran quartes dorang. kira mengajar di tempat yang sama lah...dia bergurau dengan mak usu...kalau macam tu biarlah dia ambik aku jadi anak angkat dia je. Mana tak nya dia cakap macam tu. emak pula memang dah takde masa tu since aku tahun 5 lagi. masa tu ustaz Lutfee yang jadi guru kelas dan menganjurkan untuk buat kutipan derma untuk bagi pada aku. dan aku rasa sepanjang aku bersekolah di situ itulah kali pertama ada buat kutipan derma untuk pelajar yang kehilangan ibu bapa.

aku cakap kat mak usu aku...aku nak je jadi anak angkat dia. tapi aku sedar dia gurau je ngan mak usu aku. agak-agak jika puan Nurul Aini tengok cerita ni..eh silap..baca kisah ni. dia masih ingat tak pada aku antara pelajar perempuan yang paling comot dalam kelas dia. aku agak lah. hahahaa....

tapi kan kalau sekarang cikgu nurul nak ambik aku jadi anak angkat dia pun aku masih sanggup...hehee...betul ni. bagi aku dia seorang cikgu yang prihatin biarpun kadang-kadang tu terlalu tegas dengan murid-muridnya. ingat lagi kawan aku pernah bercerita zubaidah namanya. dia cerita pasal suami cikgu kesayangan aku ni. dia memang bengang giler masa tu. cikgu Roslan tanya kenapa dia tak hadir ke sekolah selama seminggu. dia jawab nenek dia ke atau atuk dia yang meninggal. lepas tu cikgu tu jawab. oh..saya ingatkan kamu yang meninggal...dia memang lah bengang kan...mula² aku pun naik bengang gak tapi bila aku pikir² sekarang ni...betul jugak soalan cikgu Roslan tu...sebab aku sendiri kalau part berkabung memang famili aku tak benarkan lama². hari itu jenazah dikubur. esok harinya aku dah dilepas pergi sekolah. jadi masa tu sebenarnye aku musykil jugak dengan teori kawan² aku ni..jadi aku tanyalah. memang adat engkorang ke kalau ada sedara-mara terdekat meninggal kene tak hadir sekolah seminggu?...dorang jawab selalunye macam tu lah tapi tak lah sampai tahap adat. aku jawab owh...tapi bagi aku tak perlulah ambik cuti lama-lama. sayang sekolah. itu arwah ayah pernah pesan dulu masa arwah mak meninggal. bila aku fikir² balik logik jugak pesanan tu. sebab bila kita berdepan dengan kawan-kawan kita, hati kita sedikit riang. tak lah nak bersedih memanjang....panjang lebar penjelasan aku. entah lah lain orang lain caranya kot. itulah jawapan yang aku dapat. bila aku masuk form 2 kalau tak silap cikgu Nurul dan suaminya berpindah. aku tak sempat nak bagi hadiah.walauapepun, anak murid cikgu nurul aini ni dah pandai dah atur tudung elok². tak lah bersepah macam dulu lagi. sayang je cikgu sendiri tak dapat tengok hasilnya. insyaAllah, aku percaya ada pertemuan aku pasti akan jumpa dia lagi...agaknya apa khabar dia sekarang? dia masih ingat aku lagi tak?

o.k semua....itu sahaja kisah untuk kali ini. nanti kita soksek lagi yer....

No comments: