Monday, February 23, 2009

Al-kisah tanpamu (1)

Masa di kolej dulu, aku pernah pegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PPI (II). Masa tu aku stress giler. Nak belajar pun aku rasa macam tak ada masa. Ditambah pula dengan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Tapi aku cuba jugalah bawa. Masa tu aku rasa sunyi sangat-sangat. Walaupun ada sahabat-sahabat yang setia di sisi aku. Namun, aku masih rasa sunyi. Bukan apa pun. Mungkin sebab aku rasa letih sangat. Sehinggalah satu hari tu. Pernah aku selama beberapa hari cuba untuk asingkan diri kejap daripada teman-teman. Tapi, dalam masa yang sama…sungguhpun begitu masih ada juga yang sedia temani aku ke mana-mana saja aku pergi. Aku tak ajak pun dia beria-ia nak ikut. Aku sendiri tak tau kenapa? Satu tempat je dia tak ikut. Bila aku solat di masjid. Sebab dia non-muslim. Tapi, dia tetap sedia menunggu di luar pagar masjid ataupun di ruang legar seorang diri setia menunggu aku di situ.

Teringat satu insiden. Masa tu ada oral BI untuk subjek BEL ( bahasa Ingeris ). Dia terpaksa keluar menemui uncle dia pagi-pagi. Disebabkan aku terlewat bangun. Jadi dia pergi keluar seorang-seorang. Hampir-hampir kumpulan kitorang tak dapat sit untuk oral ni. Aku pandang muka kawan-kawan yang lain udah sebel banget gitu!!! Aku jadi tak leh kawal rasa sabar aku sehingga terbawa-bawa time debat dalam oral. Tajuk kitorang hari tu very simple punca masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kita sekarang. Nak tau siapa menang debat? Mestilah aku hehee…kebetulan tajuk aku pengaruh ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan remaja itu sendiri. Hahhha nasib baik aku tak keluarkan lagi dalil-dalil dari dalam al-quran.

Selesai exam, aku tak dapat nak senyum. Aku jalan terus. Sepatah pun aku tak tegur dia. Aku takut sangat masa tu. Takut keluarkan perkataan-perkataan yang boleh sakitkan hati dia. Biarlah hati aku seorang yang sakit. Jangan dia pula. Lagipun aku faham. Hari tu dia betul-betul perlu keluar juga. Keluar je daripada lift dia berusaha untuk buat aku bersuara…

Dia: lepas ni kita nak pergi mana?

Aku: sebelum aku ada kelas akaun pergi café la…( nada mendatar )

Dia: bila kelas awak?

Aku: pukul 1.

Dia: nampak awak macam marah sangat kat saya. Saya minta maaf.

Aku: aku tak kisah sangat pun. Tapi kau tak rasa apa yang aku rasa dalam situasi tadi. Semua orang Tanya aku. Aku jawab aku tak tau mana kau pergi. Aku ingat kau nak keluar dekat-dekat. Manalah tau kau keluar sampai ke pasar.

Dia: tapi, kau tau kan kenapa aku keluar?

Aku: aku tau. Tapi kau ingat orang lain dapat faham ke? Ini final exam sayang, bukan test 1 test atau test 2. Siap ada lecturer dari lain course lak kat dalam tu.

Dia: o.k o.k, aku minta maaf sangat-sangat.

Aku: dah lah. Yang dah berlaku tu sudah lah. Aku Cuma masih tak ada mood je. Kau tak dengar apa orang bising pasal kau. Anggap case closed! ( masih panas hati).

Sepanjang hari tu. Aku rasa marah sangat-sangat. Aku tatau sama ada aku marah dia ataupun marah orang lain sebenarnya. Gara-gara kemarahan aku ni. Selepas makan, aku terus masuk kelas kebetulan aku memang dah bekal buku dan fail dari hostel. Dia balik hostel aku pula terus pergi ke kelas akaun. Langsung aku tak angkat muka masa berjalan. Aku rasa tak larat nak senyum dengan orang-orang di sekitar aku. Ada juga junior yang menegur aku senyum sekadarnya sahaja. Tak kurang juga yang bertanya. Bad mood kenapa? Aku jawab tak ada apa-apa. Biasalah demam final.

Nasib baik hari tu kelas sejam sahaja. Dan hari itu adalah perbincangan tutorial yang miss Ruth bagi. Syukur alhamdulillah. Dengan perasaan yang berserabut tu aku masih dapat fokus dan berfikir secara tenang. Balik dari kelas. Aku terus balik bilik, ambil wuduk dan solat. Selesai solat. Tiba-tiba dia ketuk pintu. Dia minta maaf sekali lagi. Aku rasa nak nangis nak peluk dia saat tu juga. Aku ajaklah dia masuk. Aku cakap kat dia kan saya cakap tak apa. janji kita dapat sit untuk exam tu. Aku senyum. Dia senyum juga. Akhirnya dia berjaya buat aku senyum juga. Memang benarlah wuduk dan solat tu boleh tenangkan kita.

Dia: jadi tak plain kita petang ni?

Aku: why not?!!! So, when you free?

Dia: hurmmm…after class. 5 o’clock. Aku tunggu kat depan gate!

Aku: hermm….good choice. Tau-tau je ye pilih time.

Dia: aku faham lah engkau mesti nak solat asar lagi. Tak pun mandi terus. Jadi kau nak buat apa petang ni sementara aku tak ada.

Aku: I thought nak pegi library sat. dalam masa sejam gitu. Kita turun sama-samalah.

Dia: wokeyh. Aku tunggu kat luar. Cepat tau!!!

Aku: set!!! (sambil amik tudung dan kad matrik.)

Nak tau plain dia ikuti kisahnya dalam part 2.....mueheheee....

No comments: