Wah ~~~
ji_ang sudah ~
al-kisah bermula, sepurnama sudah sha mengenali seorang jejaka ni...dia yang add sha memula kat ym (kalo tak silap) . kat blog, bukan main lagi bahasa dia. alih-alih kat ym lain pula ceritanya. walau apa-apa pun perangai dia ni, sha sabar je nak melayan. biasalah...lain manusia lain pi'ilnya. tapi, dia ni memang berbeza daripada orang yang pernah sha kenal. sha ingat Ghost Rider lagi gempak. rupa-rupanya dia ni lagi lagi aneh. huhuu...
dijadikan cerita,hehee
sha bagilah fon number sha pada dia. Itupun dia yang minta masa tu.
(perhatian: masa tu aku tak kenal dewa lagi !).
sha anggap dia ni macam adik-beradik kat blog. kat ym. yelah....
dialah pengutuk sha, dia juga penasihat sha. melalui dia,
sha belajar satu perkara yang paling bermakna.
(statement maut ni! .... sha buat confession!)
dalam hidup ini kita akan berjumpa dengan ramai-ramai sangat-sangat-sangat manusia. mereka ini terdiri daripada berbagai ragam & tabiat mereka. hanya mereka sahaja yang mengerti kenapa mereka buat macam tu . walaupun kadang-kadang bagi sesetengah orang...perlakuan tersebut tak berapa elok. ada yang kita jumpa ikhlas nak berkawan dengan kita, ada yang tak ikhlas, ada yang cuma anggap just for fun ( suka-suka ). tak kurang juga yang merosakkan hidup kita.
apa-apa pun yang kita buat, jangan lupa pegangan hidup kita. sedetik kita lupe pada pegangan hidup kita...tak mustahil kita akan pergi lebih jauh lagi daripada landasan hidup yang sebenar...
syukur alhamdulillah turbine ni memang berbeza sikit...melalui dia..sha banyak belajar soal hidup. perjalanan hidup sebagai seorang hamba Allah. kalau ikut kata kaki borak memang tak boleh harap punya....hahaa...
tak sangka sha dia ada dua personaliti...hehee...sekarang... sha sudah tersangka. walau ape-ape pun. kasih sayang baru telah pun Allah kurniakan. yang pasti bukan kaki borak dan siapa-siapa...hhehe nak tau siapa orangnya...tunggu nanti dengan siapa jodoh sha..itulah dia kasih sayang yang terbaru dalam hidup sha... dulu kaki borak juga yang cakap. kalau sha duduk kuala lumpur lama dah dia masuk meminang. hhahaa...( macam le sha ada mintak dia masuk minang sha...)
ishk ishk ishk...
P/S: selalu orang cakap jangan judge seseorang itu melalui luaran. namun, mereka tidak pernah terfikir sedetik pun, luaran itu adalah cerminan hati yang terbesar?!!! sungguh sia-sia apabila seseorang itu mengabaikan luaran tanpa menyeimbangkan hati dengan luaran yang mereka miliki. hati dan luaran itu saling berkaitan dan saling memerlukan ataupun bergantung antara satu sama lain. cume seikit shaja perbezaan yang dicipta oleh luaran dan ia bertentangan dengan hati, sudah pasti hati akan tercedera dari sehari ke sehari. sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi sifat dan peribadi seseorang. oleh itu...JAGALAH HATI HIASI PERIBADI...
erkk..betul ke? kalau salah sila tunjukkan....
*ini semua kaki borak punya pasal dia juga yang suruh sha letak topik macam gini....hhahaa..
walau pun korang baca tak ada feel .. korang kasi je komen ada feel yer....feeling betol cerita aku kali ini....hhahhaa...
No comments:
Post a Comment