Wednesday, April 29, 2009

ustaz, sha dan teka-teki !

al-kisah ini berlaku ketika sha seawal usia 12 tahun. lebih kurang setengah kilo tahun pertempuran kitorang dengan UPSR. jom kita selami kisah ini...

masa tu pelajaran agama Islam. setelah kepenatan belajar ustaz telah memberi kata putus untuk memberi satu teka-teki kepada kitorang. dengan janji dia akan beri hadiah RM10. zaman itu...Rm10 ibarat RM 1 juta...lebih kurang setengah kilo le gitu...

jadi...dek kerana kelabunya mata dan rakusnya jiwa mengenangkan RM10...kami seisi kelas sepakat untuk menyahut cabaran ustaz. siap dah bagi tau kawan sebelah menyebelah tu ..bila dapat nanti jangan lupa dengan yang lain. hehee...

masa tu terlintas di kotak fikiran sha. alah...paling koman pun teka-teki ustaz ni macam standard punye soalan teka-teki lah...sekali tengok ustaz pegang kapur...hati sha terdetik mesti dia nk buat teka-teki sang kancil ngan buaya ni...

tekaan sha memang tak meleset..tepat dan jitu...
sha dah mula senyum...tengok je sha senyum...ustaz kata tak jadi sebab dia cakap ada orang tau dah teka-teki tu...sha cakaplah mana ada..teruskan dulu mana tau versi lain-lain....akhirnya ustaz pun memulakan teka-tekinya...begini ceritanya...

suatu hari...sang kancil bermain di tepi sungai...dalam sungai tu ada buaya yang besar-besar belaka. kemudian di sebarang sungai itu pulak terdapat sepohon pokok epal yang berbuah lebat...(erk betul ke tatabahasa sha ni?) hehee.... jadi, si kancil ni tadi teringin untuk menikmati epal tersebut....kami telah diminta untuk mencari jalan bagaimana si kancil itu boleh dapat ke seberang.

hendak dijadikan cerita...
bermacam-macamlah jawapan yang diberi...
mulanya sha kata...ustaz..dia boleh guna jalan tepi lah ...cuba ustaz tengok..sungai ustaz lukis pendek je...jadi boleh lalu tepi je...
ustaz jawab..mana ada..sungai ni panjang sebenarnya tak boleh guna jalan tepi...
erk..sha terkejut...macam mana jawapan sha tak boleh kene. selalunya itulah jawapan untuk teka teki yang sebegitu. (entah sapa punya idea kan! ) huhuu...

sha bagi lagi jawapan lain...tak pun kancil bagi mulut buaya tu ranting kayu macam cerita dalam tv lah..
ustaz cakap mana dapat..banyak sangat buaya kat dalam sungai tu..
kawan pun mencelah...bagitau yang suruh buaya tu beraturlah sebab nak kira ( juga tipu daya dari tv ni) hehee....
ustaz gelak...dia cakap tak adalah....

disebabkan semua akal yang panjang telah pun digunakan...
sha pun tak boleh nak pikir apa dah...sha cakap macam ni...

haaaaa saya tau jawapan dia ustaz...

ustaz tanya dengan muka nervous ni...apa dia jawapannya sakinah?

haaa...ustaz sendiri tak tau kan jawapannya

ustaz...erk...( terkejut tapi nampak sangat buat selamba tu)
mana ada....kan saya yang bagi teka-teki...mestilah ada jawapannya...
mana ada soalan yang tak ada jawapan...

dengan selamba sha cakap...kalau betul ada jawapan ustaz tolonglah bagitau jawapan tersebut. nanti kitorang akan jawab soalan ustaz....

ustaz gelak...dia cakap..lawak lah awak ni sakinah...

ishk..gitu pulak...

abih tu dah semua jawapan dah cakap satu pun tak kene..
ustaz bagilah klu...dia jawab. kalau bagi klu semua akan tau nanti sebab jawapannya senang sangat...

sha dah mula merapik sebelah kawan sha...kata teka-teki senang tapi sekali tengok berbelit-belit...

buat seketika kelas yang riuh rendah berubah senyap...
kemudian ustaz bagitau...tak apa...saya akan bagi tempoh seminggu untuk kamu semua berfikir...hari jumaat nanti saya nak dengar apa jawapannya...

hari demi hari berlalu...setiap kali terserempak dengan ustaz mesti saya bagi jawapan versi yang berbeza-beza meskipun sebenarnya jawapn itu adalah jawapan yang sama.
ustaz gelak...dia jawab mana ada...senang je dia jawab mana ada...

yang pasti jawapan ustaz..jawapan dia ada...lah... sakinah...

keadaan di rumah pula...
si ayah yang menjadi mangsa tempat mencari jawapan...
ayah bagitau nak dapat jawapan yang tepat kene tanya ustazlah...
sha cakaplah..
tak adalah ustaz tu nak bagi sekarang jawapannya. dia kan cakap tunggu jumaat nanti.
jadi tunggulah jumaat ni...sambung ayah...
aduyai..seksa betul rasa nak tunggu kedatangan hari jumaat...

pejam celik pejam celik...pagi jumaat pun tiba...

hari tersebut sha melangkah kaki ke sekolah dengan penuh semangat...
tiba matapelajaran agama islam..sha rasa berdebar-debar...
sebab hari itu kan hari penentuan...
ustaz tanya...ada sesiapa yang sudah menemui sebarang jawapan kepada persoalan dia...
sha jawab..mana ada jawapan lain...ustaz tak tahu..kalau ustaz tahu dah tentu ustaz bagitau awalkan jawapannya....dan teka-teki ustaz tu memang tak ada jawapan...

ustaz tergelak...dia cakap adalah jawapannya...dia yang buat teka-teki mestilah ada jawapannya. mana ada teka-teki yang tidak ada jawapan...

o.k tak apalah..ustaz jawablah...
kitorang semua dah terbayangkan RM10 yang terbang...
tak ada harapanlah nak jadi kaya...

sebenarnya...jawapannya...adalah tak tahu!

sha terkejut...
sha tolak saharudin yang duduk sebelah sha..
haa tengok kan aku dah cakap ustaz sendiri tak tau jawapannya...
Saharudin cakap tu lah kau berharap sangat nak dapat RM10...

satu kelas riuh...
serang ustaz bertubi-tubi tanda protes dengan jawapan ustaz..
yelah....
dia buat teka-teki tapi dia sendiri tak tau jawapannya...
ustaz cakap bukan dia tak tau jawapannya..
tapi jawapannya memang tak tau...

begitulah kisahnya cerita disebalik kisah ustaz, aku dan teka-teki...

* ustaz ini merupakan ustaz yang sama pernah sha ceritakan di awal cerita ... ustaz lutfee...

sejak hari itu...sha selalu cakap kat orang lain..setiap persoalan mesti ada jawapannya. walaupun jawapannya adalah *tak tahu*. *tak tahu* pun dikira sebagai jawapan.

kenapa sha berkata sedemikian? senang sahaja...
tugas sha sekarang adalah seorang pendidik...dulu sha pernah dididik sekarang sha pula yang mendidik...jadi memang terdapat segelintir pelajar yang kadang-kadang bila ditanya...dia langsung tidak memberikan apa-apa jawapan kepada soalan yang kita beri. bila ditanya...awak tau ke tidak macam mana nak dapatkan jawapan ni...dia hanya memandang kita dengan mata yang terkebil-kebil...bila dialih bahasa pun langsung kita tidak pernah dapat jawapan dari pelajar ini...geleng tidak, angguk pun tidak apelagi berkata-kata...so what?!!! lu pikir lah sendiri !!!!!!!!!!!!

*terima kasih ustaz Lutfee Ismail Amir... lain kali bagilah teka-teki versi lagi mencabar daripada yang ini...

No comments: