Saturday, May 23, 2009

al-kisah munajat cinta part II


kawan aku cakap...jangan taksub pada cinta. aku jawab ya...aku faham. sebab sepanjang perjalanan hidup kita, pasti akan ada yang datang dan pergi. semuanya hanya bersifat sementara. kita sendiri hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan segala-galanya...
betul apa ya dia cakap,
apa-apa pun kenyataan kau perlu berterus-terang dan jujur. kejujuran itu lah yang penting sekali dalam perhubungan...dan satu lagi...saya faham apa yang dia rasa. jadi saya tak nak awak main²kan perasaan orang. sakit sangat rasanya tau...
saya angguk...
kemudian...saya tanya lagi...
abis tu...macam mana plak kalau dia tak nak kawan dengan saya lagi...
(erk...nampak sangat takut kehilangan dia kan?)
ape pulak tak nak kawan...
dia kan seorang lelaki...kalau betul dia benar-benar ikhlas terhadap..dia pasti tak kan pernah tinggalkan awak seorang-seorang. dia akan grab segala peluang yang ada meski pun hanya sekadar kawan. asalkan dia sentiasa berada di sisi awak. percayalah cakap saya. saya seorang lelaki. saya kenal sifat lelaki.
awak fikirlah apa yang terbaik demi kebahagiaan awak...
saya cuma tak berapa selesa dengan keadaan sekarang, saya rasa macam dalam pertandingan berebut seorang perempuan pulak. saya pun tak kisah siapa yang awak pilih. lagipun awak kenal dia sudah terlalu lama berbanding dengan saya. daripada yang awak cerita saya dapat rasa perasaan awak terhadap dia. walaupun ia sudah dua tahun berlalu. mustahil bagi saya awak dapat lupakan dia. betul tak?
diam...
jadi sekarang awak fikirlah yang terbaik buat diri awak. yang penting sekali kebahagiaan awak.
awak sayang saya tak?
mestilah sayang...
o.k sekarang saya nak tanya satu soalan penting. pernah tak terlintas dalam hati dan fikiran awak...awak rasa menyesal terima saya selepas dia muncul balik.
taklah...tak pernah langsung. sikit pun tak.
kalau macam tu awak terus teranglah elok-elok...saya yakin dia pasti akan terima awak sebagai sahabat dia. dan dia tak kan pernah hilangkan diri dia lagi daripada awak percayalah...saya faham awak pun sayangkan dia. saya tak kisah jika awak nak berkawan dengan dia. walaupun saya dah tahu perkara ni. terima kasih sebab terus-terang dengan saya. nanti awak pikir baik-baik ye...apa yang terbaik buat diri awak...o.k tak?
o.k insyaAllah...
saya nak masuk kerja lagi ni. dorang pun dah tunggu saya. lama sangat dah ni keluar.
tak nak....
lor...saya kan tengah kerja sekarang. nanti kita cakap lama-lama ye...
o.k lah...bye
bye.....assalamu'alaikum
wa'alaikumsalam wbt...

No comments: