adik...
bicara ini akak karang khas buat adik...
semoga ia sampai ke dalam dasar hati adik...
rasanya tak perlu akak nyatakan kepada siapa ianya dituju...
cukup adik sendiri yang dapat merasainya....
maaf sekiranya entri ini agak terlewat untuk akak selitkan...
keadaan tak begitu mengizinkan...
adik sayang...
rasanya sudah lama akak tidak mengikuti perkembangan adik...
agaknya apa yang telah adik lalui sekarang?
akak masih belum dapat rasai...
tidak pula akak bertanya bila bertegur sapa pada adik...
kerana bagi akak yang lalu biarlah berlalu...
bagi akak semuanya tidak pernah bersalah...
cuma kita perlu kuat untuk letak kan diri kita pada kedudukan yang sebenarnya di khalayak awam sesuai dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan buat kita...
kerana itu terciptanya batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan...
apatah lagi buat yang berstatus...
adik sayang...
berkawan dan bersahabat itu tidak pernah salah...
tapi akan menjadi suatu kesalahan bila kita meletakkan rasa cinta pada yang tidak sepatutnya...
akak harap adik pegang kata-kata itu...
kerana akak sayang adik...
adik cukup beruntung berbanding wanita yang lainnya...
kerana adik bakal melepasi satu peringkat yang semua wanita idamkan....
akak cukup bahagia untuk adik...
dan akak rasa...
rasa itu sudah pasti tidak akan pernah mengundang rasa kekurangan dalam hidup adik...
jangan biarkan rasa kekurangan itu bertapak...
kerana adik lebih dari segala-galanya..
tidak salah sekiranya kita kehilangan sesuatu yang bukan milik kita...
kalau bukan sekarang kita akan kehilangan pasti akan tiba juga masanya nanti...
tak salah rasa sakit itu bertandang sekarang...
jangan sampai ia sudah terlewat...
terlewat dan terlewat...
sehingga kita dapat rasa dialah yang palng penting dari segala-gala apa yang kita ada...
adik sayang...
kasih sayang yang abadi perlukan pengorbanan yang akan mengorbankan perkara yang paling kita sayang dala hidup ini...
kerana itu remaja kita ramai yang tersalah mebuat pilihan...
dengan mengorbankan jati diri mereka sebagai seorang yang beragama...
hidup bebas tanpa had...
tak kenal halal atau haram...
bukan tidak kenal sebenarnya...
tapi kerana rasa seronok itulah yang mereka cari..
mereka fikirkan rasa seronok itulah yang abadi..
sedangkan nahas menanti di depan...
adik sayang...
jagalah apa yang adik miliki sekarang...
kerana itulah salah satu daripada harta benda yang paling berharga buat adik...
ia lebih nilai daripada seorang sahabat...
ia lebih dari segala-galanya..
dialah teman..
dialah tempat mengadu..
dialah bakal teman hidup...
dia jugalah penghibur hati...
akak sedar siapa akak untuk berbicara...
akak tidak punya pengalaman seperti adik...
namun hanya satu harapan akak...
satu hari nanti akak akan ikut jejak langkah adik...
kerana itu sebahagian daripada kesempurnaan hidup seorang wanita...
jadilah seorang wanita yang solehah...
mulalah belajar dari sekarang...
mentaati segala apa yang diingininya...
selagi ia tidak pernah menjauhkan kita daripada Allah...
selagi keinginannya tidak menjerumuskan kita ke lembah maksiat...
itu adalah yang paling penting sayang...
orang yang sayangkan kita pasti akan bertindak...
bertindak bukan kerana cemburu...
tetapi sebagai pelindung buat diri kita...
dikala dugaan dan cabaran itu hebat...
mungkin adik masih tidak percaya...
tapi sekiranya adik belajar tentang kasih sayang yang paling besar...
dan tak terbandingnya...
pasti adik akan faham apa yang akak maksudkan....
namun...
tidak semua orang bisa bersykur untuk kasih sayang yang sebegitu...
akak jumpa ramai orang bermacam-macam...hanya sekerat sahaja yang sebegitu..
malahan ramai yang tidak faham...
kerana...
perkataan cemburu itu amat kuat menguasai mereka...
sehingga menyebabkan dia merasa...
orang itu terlalu mencemburui apa yang dia ada...
apa yang dia dapat..
apa yang dia buat...
bicara soal cemburu semuanya mengarah kepada negatif....
semuanya menyalahkan orang yang kuat jeles...
jeles pun tak pernah salah...
tapi salah bila ia disalahguna...
tapi salah bila ia disalahguna...
namun rasa jeles itu bisa berkurang dengan ada rasa yakin diri serta kepercayaan dan kejujuran...
tapi bila kepercayaan dan kejujuran itu kita lebih kan pada sisi yang lainnya...
memang sudah pasti perhubungan itu akan terjejas...
sekian dulu bicara daripada seorang kakak yang menyayangimu...
i love you always sayang....
ingat itu...wassalam...
p/s: erk....kalau nak panggil kakak pun tak apalah...akak terima...sbb itu adalah hakikatnya:p tak terasa pun tua..tapi terasa lebih bertanggungjawab tu adalah:p hari tu penah cakapkan nak paggil sha kakak...( dalam tepon) tapi bila dengar sha ni cenggitu terus ilang rasa nak panggil kakak..malah adik lak yang jadi gugup hahaaa....akak lupa lah syg akak bercakap bukan dengan seorang lelaki....tetapi dengan seorang perempuan...hhahaha....
note: tak semuanya yang kita sayang dan cinta itu kita boleh dapat...kerana Allah sudah punya bahagian² yang tertentu buat kita semua...dan kita harus belajar untuk meredhai apa yang telah Allah tetapkan supaya hati kita tidak sakit...jiwa kita tidak lemah dengan masalah yang tidak sebegitu besar di sisi orang-orang yang beriman...
adikkkkkkkkkk FIGHT~OH!!!!!!!!!!!!
erk puisi dah tukar jadi surat layang lak doyai hahhaa...maaf ye dik...baru waras ni....
No comments:
Post a Comment