Tuesday, May 5, 2009

isteri kedua ?!!!

mesti korang dah bacakan apa yang sudah sha selitkan di entri sha83kaizer ( rumah hijau )...

teringat satu perbualan dengan seorang adik....
seperti yang anda semua tahu...
sha terkenal dengan kenakalan sha dalam bergurau...
adik sha yang ni pun boleh tahan jugak bergurau...
tapi itulah orang cakap...
bergurau yang masih ada had dan batas...

begitu jua dengan adik...
entah macammana boleh tercetus pulak gurauan nak bawak rombongan meminang...
sha macam biasa...anggap dia bergurau sahaja...
sebab itu memanglah hakikatnya...
dia memang betul-betul bergurau...
dan sha amat faham itu...

jadi...
tetibe...tercetus pula soalan daripadanya ...
akak sudi ke jadi isteri kedua saya?
sha jawab tak nak!
sebab sha kuat jeles...
kesian dia nanti...

mesti anda terfikirkan apa kaitan dengan kisah adik sha ni...

dia juga seorang salah seorang daripada blogger yang sha kagumi...
blog dia sentiasa menceritakan ragam-ragam kehidupan dalam dunia ini...
itu yang buat sha kagum pada dia...
dia pun terlibat dalam dakwah secara langsung maupun tidak langsung melalui blog yang dia ada...

siapa dia?
korang boleh cari sendiri...
hehee...

p/s: sekarang baru sha faham...walau anda yang pertama namun hakikatnya tanpa disedari kita tetap menjadi yang kedua dalam hidupnya...kerana yang pertama baginya adalah agamanya !!!

No comments: