Thursday, May 7, 2009

syukur alhamdulillah

syukur alhamdulillah...
dalam hidup ini memang menuntut kesabaran yang sungguh²...
kenapa sha katakan yang sedemikian?

begini al-kisahnya...
sha berdepan dengan perlakuan budak² yang berbeza-beza...kejap o.k nya... kejap datang nakalnya...
yang paling geram bila tengok masing² buat hal masing²...kalau bijak tak apalah..tapi agak bermasalah bila yang bijak pandai ni memandai-mandai nak mengajak budak² yang kurang bijak ni ikut berkomplot dengan dorang.

hari ini....
sengaja sha tak ikut jadual...
sha ajar sifat-sifat mahmudah...
sha jelaskan satu-persatu sifat-sifat tersebut....

korang nak tau apa terjadi?
syukur alhamdulillah...semuanya boleh memberi kerjasama dengan baik...
ini kerana setiap penjelasan yang dilakukan satu persatu tentang sifat-sifat tersebut mengarah kepada perlakuan mereka semasa sesi belajar...

kira lebih kurang setengah kilo kene smash hit!!!!!!!!!
;p

sekurang-kurangnya perjalanan pekerjaan sha pada petang ini berjalan dengan baik...syukur alhamdulillah...

ada satu lagi kisah...
dan ia berkaitan dengan salah seorang daripada mereka...
dia punya kelemahan yang besar dalam mengenal huruf-huruf...
bila dah tak kenal huruf memang agak susah untuk membaca buku iqra'
bukan masalah cikgu-cikgu mengajar...
punca utama adalah daripada diri sendiri yang tidak cuba untuk mencari cara lain bagi membolehkan dia membaca...

suatu hari...
sha mendapat berita bahawa dia sudah mula ikut mengaji di surau kampungnya...
satu perkembangan baik...
syukur alhamdulillah...
sha tau ibu bapanya tidak boleh membantu...
abangnya pula duduk di asrama...

dan pada hari ini...
seperti biasa...sha cuba uji bacaannya...satu perstu sha dengar...sehingga kepada satu tahap yang sha sendiri hampir hilang sabar...kerana bagi sha ia adalah satu perkara yang mudah...kerana bacaan yang sentiasa berulang-ulang...tetapi bagi dia, benda yang dia baca umpama perkataan yang dia tidak pernah baca sebelum ini...

sha sedih...sha hampir putus asa...
dengan berbekalkan saki-baki semangat yang ada...
sha ucapkan dengan nama Allah...
sha jelas kan satu persatu...macammana cara yang paling mudah bagi membatu dia membaca mukasurat tersebut...
hampir setengah jam masa sha habiskan untuk memberi tunjuk ajar kepadanya...
dan akhirnya...syukur alhamdulillah... she did well!!!

sha tidak faham apa yang bermain di fikirannya..bila ditegur...senyuman sentiasa menghiasi wajahnya..biarpun kadang-kadang terbit juga sedikit demi sedikit airmata yang bertakung pada kelopak matanya...

kadang² terfikir...
apakah sha tidak pernah memberi perhatian kepadanya sebelum ini? bila sha renungkan kembali...bukan sha yang tidak prihatin...tetapi diri dia sendiri...
sha buka kan minda dia dengan mengatakan...

sekarang, mungkin ia buka satu masalah yang besar buat mereka semua...cuba bayangkan bila kita dah ada anak nanti...
apa kita nak buat sekiranya anak-anak kita bertanya pada kita permasalahan pembacaan al-quran?
semua terdiam...
sha sambung kembali...mungkin masalah anak-anak perkara yang terlalu besar yang boleh difikirkan... tapi kita ambil contoh terdekat...masalah adik-adik...
selalunya adik-adik pasti akan merujuk kepada kakak atau abang...bukankah menjadi tugas kita untuk menuntut ilmu sedaya yang boleh supaya dapat membantu adik-adik ini...
semuanya terdiam...

nampaknya..pada hari ini..semangat dia agak lain sedikit...mungkin dia baru faham macam mana hendak membaca dengan cara yang betul...cara untuk mengenal huruf, tanda baris dan sebagainya...

sha berdoa semoga perubahan ini akan berterusan dari sehari ke sehari...
sekurang-kurangnya dia masih boleh membaca al-quran sungguhpun bacaannya merangkak-rangkak...


insyaAllah...

p/s: yang pastinya sha mula sayang sangat dengan kerja ni...semoga sha masih bisa membantu anak-anak kita dalam menuntut ilmu...insyaAllah....doakan sha...amiin...

No comments: