Monday, June 7, 2010

Kenapa Aku Harus Kahwin Lusa?

assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua ke atas kamu...kamu...dan kamu...
seminggu dah tak berupdate rasa terraba-raba jejari mencari-cari letak huruf demi huruf di atas keyboad ni.
kisah cerita cuti sepanjang minggu pertama.
aku tercari-cari satu perkara yang agak klasik dan unik tapi masih memuatkan ciri-ciri serawak itu sendiri. nampaknya setakat ni tak jumpa lagi.
hehee...macam tetau je tengah susah kan kan kan....
hohooo...lama dah tak pergi kenduri orang kahwin. best jugak pergi sekali sekala macam hari tu. selain daripada tu, ada pergi besday party adik Izz Ariffin muahhahhaaa.... hepi besday adik arif...ada anniversary gakz... huhuu.. bila lah aku nak sambut anniversary kawen ni hakhakhak....ada majlis makan-makan jugak...tapi yang terkenang tu time malam karaoke tu le. ingat nak tumpang sekaki kalau bukan kerana sakit tekak... aku dah rebut-rebut gak mic tu... hahhahaa...
ampun le umie..mana lah ku tahu yang warung tepaat kitorang selalu lepak tu le namanya umie hahhaaa... tapi siyes memang sedap menu kat situ. ada lagi tempat best kat bandung. hhahaa... macam mana tu?
satu hari sedang aku asyik menonton TV tetiba je adik nurul izzah aqilah mendekati aku....

nurul: su...bila su ni nak kahwin?
su: aik? kenapa?
nurul: yelah...su kahwin je la...
su: amboi....

diam...

kemudian aku bersuara lagi

su: erm... nak tengok su kahwin bila tu?
nurul: lusa?
su: okay... esok su cari calon suami.
nurul: kalau esok cari calon suami maksudnya lusa su kahwin lah ek?
su: lebih kurang macam tu lah.
nurul: okay...

tapi...tibe tibe petang tu dia kene keracunan makanan. kesian jugak tengok dia.
esok hari tu dia masih jugak sering ngadu sakit perut.
kemudian tiba hari lusanya...
awal pagi dia sergah aku dalam bilik...

su... oh su.... bukan hari ni ke su kahwin?

lalu aku jawab...
bukan su tak nak kahwin hari ni. tapi aqilah kan belum sehat.

dia sambung...
erm...kalau macam tu lusa je lah su kahwin ye...lusa dah tentu sehat dah ni

ku jawab...
insyaAllah kalau malam ni dapat cari.

dalam hati aku bilang.... dia ingat nak kahwin ni senang ke? (sambil garu kepala)
aku ambil laptop sebab sekejap lagi aku nak sambung short story aku.

nota: ada-ada je fi'il budak-budak ni...janji korang sabar sudah lah...

No comments: