ini aku petik daripada mastika keluaran januari. kesian dengan si hanif yang asyik kene tipu kaum hawa. jadi aku terfikir nak postkan sesuatu untuk hanif di sini. nak aku postkan kat mastika belum tentu mastika letak kat dalam majalah dorang sebab lagi banyak cerita yang menarik yang dorang boleh buat.
kalau korang baca cerita pasal hanif ni memang kesian, satu persatu dia terkena dengan perempuan ni. tapi ada satu kesilapan hanif aku tengok. bila dia kritik seorang dpd gurlz dia yang
pernah dinoda. bagi aku hanif tak patut ngadu kat mastika yang gurl tu cuba nak tutup diri dia yang dah pun kene tebuk tupai. tak elok lah!
bukan marah. tapi ada kesal sedikit. sekurang-kurangnya perempuan tu sudah berusaha untuk berhijrah daripada satu perkara yang tidak kepada perkara yang baik. dan hanif sebagai seorang yang kenal dia harus bersyukur di atas perubahan dia. bukan senang untuk meninggalkan perkara yang tak elok. sebab dalam dunia masa sekarang perkara yang tak elok itu bagi mereka yang jahil sungguh menyeronokkan, mengasyikkan.
semua orang selalu bercakap kenapa sebelum buat tak pernah pikir risiko. cuba bayangkan seorang perempuan yang dirogol pula tetapi dia bukan tergolong dalam golongan perempuan² yang suka berbuat maksiat. apa pula kisahnya? adakah itu salah mereka?
setiap manusia dan level imannya akan diuji dengan ujian yang berbeza. memang setiap yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri. tapi selagi kita masih punya hati dan otak untuk menilai lama-kelamaan sifat yang mazmumah itu akan dapat dikikis juga dengan hasil usaha yang tidak pernah berputus asa.
setiap saat yang berlalu hidup manusia penuh dengan cabaran. ia tak kan pernah sunyi daripada sebarang ujian. ujian kecil maupun ujian yang besar. dan jikalau hanif rasa tertipu. dan semua perempuan itu menipu mari kita fikir sama-sama balik.
dalam dunia ini setiap yang berlaku memang telah tersurat dan tersirat. tapi ada sesetengah takdir itu masih boleh diubah dengan doa. kalau tidak, tak kan ada firman Allah yang menganjurkan kita untuk berdoa. dan doa itu juga merupakan senjata bagi kita hambanya yang lemah.
garis takdir hanif telah tertulis untuk bertemu dengan gadis-gadis yang seperti itu. sekiranya hanif berasa menyesal atau kesal terhadap sikap mereka maupun marah apatah lagi jauh untuk memaafkan kesilapan yang sengaja dibuat semata-mata kerana kepentingan peribadi apakah hanif terfikir bahawa yang menemukan dan mengizinkan semuanya terjadi adalah Allah s. w.t...
pernah atau tidak terlintas difikiran hanif akan hal tersebut?!!! jadi untuk siapa sebenarnya hanif marah? untuk siapa sebenarnya hanif kesal?
bila kita bermuhasabah. kita tidak akan pernah menyalahkan orang-orang disekitar kita. tetapi kita akan sering ingat setiap apa yang berlaku adalah kerana kecuaian diri kita sendiri. sungguhpun nasib setiap orang itu berbeza-beza, hanif harus ingat untuk apa tujuan kita hidup di dunia ini...
sekian itu sahaja....
No comments:
Post a Comment