Thursday, February 19, 2009

Jejaka vs Gadis

perbualan diantara seorang gadis dan jejaka di suatu malam yang sunyi sepi ( semacam je ayat?)




jejaka: ramai betul kawan lelaki awak?

gadis: yalah, kenapa? bukan apa-apa pun, dorang kan cuma sebagai kawan je.

jejaka: tau...tapi, kawan² perempuan awak tak macam tu pun?

gadis: sabarlah. sayakan seorang perempuan makanya, perempuan itu lebih tau isi hati wanita lain.

jejaka: ada-ada je jawapan awak!

gadis: setiap soalan kan mesti ada jawapan.

jejaka:yelah..tapi awak, satu hal saya nak pesan sikit. saya harap awak akan ingat sampai bila-bila apa yang akan saya katakan ni !!! (penuh tegas!)

gadis:insyaAllah apa dia?

jejaka: sekiranya seorang lelaki itu betul² sayangkan seorang wanita itu, dia pasti akan berusaha untuk menjadikan wanita itu sah di sisinya sebagai seorang isteri. seorang lelaki yang sangat mencintai tak akan mengalah dengan bersandarkan alasan ibu dan ayah mereka tak restu. apalagi atas alasan jauh. dia pasti akan selalu berusaha untuk meyakinkan pada mereka bahawa pilihannya adalah yang terbaik.

gadis: ( diam)

jejaka: awak nak tau, bila saya cerita pasal awak pada mak. mula² dia pun macam tu jugak. tapi bila saya yakinkan yang awak adalah yang terbaik yang pernah saya kenal dan saya yakin sangat² pada awak, akhirnya mak menjawab dengan memberi nasihat. untuk menjadi seorang suami bukan senang. besar tanggungjawabnya nak jaga anak dara orang. kalau benar dah ada pilihan, apa tunggu lagi...kerja rajin², kumpul duit, pastikan kewangan stabil dan bila rasa semuanya dah cukup bagitau je pada mak. jauh manapun pilihan anak² mak, mak akan sanggup ikut untuk pergi pinang pilihan² anak² mak.

gadis: ( terdiam sambil melepaskan keluhan berat)

jejaka: saya harap awak ingat pesanan saya ni. saya betul² yakin awak adalah yang terbaik buat diri saya. sebab tu saya sayang awk sangat². saya tak boleh bayangkan sekiranya saya tidak pernah bertemu dengan awak sebelum ini. entah macammanalah kehidupan saya sekarang. saya tak pernah lupa dan saya sedar di satu sudut saya bukanlah yang terbaik untuk awak. walau bagaimanapun, saya berjanji tidak akan pernah kecewakan awak. percayalah...saya akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan awak.

gadis: jadi?!!!

jejaka: saya faham awak baik sangat² dengan semua orang. semua orang pun awak layan. tapi biarlah seadanya sahaja. saya harap awak faham kata² saya. saya cuma tak nak awak susah hati, sebab saya dah kenal sangat dengan awak. bila susah hati mesti awak tak boleh tidur, bila tak boleh tidur mesti awak akan jatuh sakit. dan saya pula tak nak awak terus-terusan sakit.


diam....


jejaka: awak...saya jauh, tolonglah jaga diri awak baik². janganlah buat macam ni selalu. tak baik bagi kesihatan awak. tolonglah dengar apa yang saya pesan ni.
gadis: ( terdiam...menangis)
jejaka: ingat! saya sayang sangat sangat kat awak. saya nak awak selalu sihat. bukan sakit-sakit macam dulu lagi kay?!!! janji dengan saya boleh?!!!
gadis: insyaAllah, saya cuba....( menangis )
jejaka: dah lah...saya tak suka dengar awak menangis. sedih dan rasa bersalah pula saya. saya harap awak faham. saya tegur awak sebab saya sayang sangat sangat kat awak. ingat tu!!!
gadis: (menangis ...menggangguk kepala)
perghh...apa punya mangkuk le dia ni. yang dia angguk kepala tu buat pe? jejaka tu nampak ke? doyai...
jejaka: dah makan ubat tak?
gadis: dah...
jejaka: o.k...kalau macam tu lepas ni tidur terus tau...
gadis: o.k
jejaka: tak nak o.k je....saya nak awak janji dengan saya!!!
gadis: o.k ... janji...
jejaka: o.k lah nak sambung keje dah ni. setengah jam lagi nak balik. keje tak siap lagi...
gadis: o.k...nanti balik bawa motor elok-elok ye...
jejaka: o.k...dah dah tidur lagi...rindu awak sangat-sangat tau....assalamu'alaikumwbt...
gadis: wa'alaikumsalam....
sepanjang malam itu...gadis itu ditemani oleh mimpi-mimpi indah sepanjang lenanya....

No comments: