Wednesday, May 27, 2009

penantian itu satu penyeksaan

saya gune warna biru..ada yang cakap warna biru ini melambangkan kesedihan. aku tengah sedih ke? alololoo...kesiannya...

aku tak nak lah buat orang lain sedih. bila dia rasa sedih aku pun terasa jugak. walau dia sebahagian daripada masa lalu aku. tapi aku tetap berusaha untuk menjaga hati dia. aku tak nak dia rasa susah. bukan senang nak menjaga hati orang.betul tak?

kalau dia baca entri ni..mesti dia akan fikir aku selama ini hanya nak menjaga hati dia... sedangkan maksud aku bukan seperti itu. aku sudah berusaha berterus-terang sebaik yang termampu. aku cuma berharap dia tak pernah letak apa-apa harapan pada aku.sebab aku takut sangat sekiranya dia akan terluka dan dia akan rasa sakit yang teramat sangat. aku tak sanggup dia hadapi semua itu. apa yang perlu aku buat?!!!

ada orang tanya? apa yang buat awak rasa susah sangat? saya tak dapat jawab apa-apa. dalam hati saya cakap...saya tak nak buat dia rasa sakit. tapi saya tahu dan sedar jawapan itu mmang menyakitkan. tapi bila saya fikir balik..penantian itu lebih sakit daripada memberi jawapan.

dia tanya pada aku. sekirana dia hilang lagi. nak ke dia tunggu aku seperti 2 tahun ni? aku cakap
aku tak boleh tunggu. bukan sebab aku tak nak tunggu. tapi aku tatau apa yang akan berlaku.
adakah aku akan berkahwin selepas ni? atau masih hidupkah aku? aku tak boleh nak ramalkan apa-apa. jadi aku meberi satu kata putus yang tak akan buat dia rasa kesakitan yang berulang.

apa dia akan faham segala apa yang lakukan ini? aku sayang dia...

dulu..aku yakin dia akan mampu pertahankan persahabatan ini. namun sekarang, aku tak pasti , aku rasa susah hati sangat. aku rasa sedih. sebab aku tak nak dia rasa keseorangan. aku tak pasti apa yang dia faham tentang cinta?

awak...sekiranya awak baca entri ini...satu sahaja yang saya pesan. cinta itu menjanjikan kebahagiaan. ia tak kan pernah buat kita rasa susah. kita rasa sakit. jika awak rasa sakit. itu kerana awak meletakkan harapan pada sesuatu yang awak tak pernah pasti. saya tak nak awak jadi macam ni. saya sayang sangat dengan awak. awak pernah tanya saya...apa yang akan saya buat jika awak dalam situasi saya?

saya tak tahu apa yang perlu saya jawab untuk awak. sebab apa yang pernah saya lalui saya tak pasti sama ada saya harus beritahu melalui awak sendiri atau awak perlu cari tahu melalui orang lain. saya faham sangat dengan apa yang awak rasa. tapi saya tak pasti apa awak benar² faham apa itu cinta yang sebenar-benarnya cinta ?

awak..saya tak nak awak rasa sakit...sama ada jawapannya awak sudah tahu atau tidak...saya tak akan pernah paksa awak untuk terus berada di sisi saya. sebab saya tak pasti apa yang akan berlaku satu hari nanti. saya benar-benar ingin melindungi awak dari rasa terluka yang teramat sangat...andaikata kehilangan awak sebagai seorang teman itu mampu melindungi awak dari rasa sakit hati....saya harus akur dan bersedia untuk melepaskan awak pergi dengan redha. sampai bila-bila pun apa yang saya rasa terhadap awak itu tidak akan pernah berakhir sebagaimana apa yang saya rasa terhadap dia.

saya tak nak jadi macam ex-gf awak. saya tak nak jadi macam perempuan lain yang amat pentingkan kebahagiaan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan seorang lelaki. saya minta maaf sangat-sangat...

nota: cinta sejati memang susah untuk dijaga. perlu keikhlasan yang sangat kuat dari dalam diri anda. mampu ke anda pertahankan cinta anugerah kurniaan Ilahi buat diri anda? meski pun anda tau bahawa anda bukan pilihannya...namun mampukah anda pertahankan persahabatan yang sudah terjalin sebelum ini? jika tak mampu adalah jawapannya...percayalah ia bukan cinta sejati bagi diri anda. kerana cinta sejati memerlukan ikatan perasaan yang sangat kuat. dan bisa menghadapi apa jua rintangan yang ada di depan matnya. meskipun dia tahu dan dia faham dia bukan pilihan hati cintanya itu. namun, dia akan tetap bersedia dan setia di sisi buah hatinya sebagai seorang teman di kala susah senang buah hatinya. meski pun tidak tertakdir sebagai jodoh. dia cuba untuk menjaga buah hatinya sebaik yang mungkin dan tidak akan pernah meninggalkannya sampai bila-bila...itulah dia cinta sejati...

No comments: