
aku perlu menunggu dia untuk kesekian kali nya selepas ini sebagai seorang sahabat. aku tidak mahu sayang aku kepadanya terputus begitu sahaja. awak...saya akan terus menunggu awak di sini...saya akan menunggu...ambil lah seberapa banyak masa yang awak mahu. saya tidak kan pernah memaksa awak untuk terus berada di sisi saya. namun, saya masih akan setia menunggu awak seperti selalunya. di ym dan di fs. awak tau di mana saya berada. apakah cinta ku sebagai teman kali ini akan berbalas? atau aku hanya akan terus menunggu tanpa berharap apa-apa daripadanya sebagaimana yang pernah aku lakukan suatu tika dulu?
iya...aku akan menunggu dan terus meunggu biarpun dia akan mengatakan...tak perlu tunggu dia lagi. aku tetap akan terus menunggu....kerana aku benar-benar menyayanginya dari dulu, kini dan selamanya....
No comments:
Post a Comment