lain daripada yang lain pulak tema kita hari ini. yelah aku cuma terfikir kerana ada sesuatu yang menimpa aku pada petang ni tadi. erk ... korang janjilah jangan gelak-gelak sampai golek atas lantai. atau gelak sampai tak cukup tanah... payah aku tau...
aku masa tu on the way nak ke surau...pi jaga budak-budak nak solat. hendak dijadikan cerita...mata aku telah menangkap sesuatu. sesuatu itu bukanlah sama seperti blog crayon. bukanlah...memang lain daripada yang lain...tapi hati aku berkata-berkata...
aik...apasal rasa macam familiar sangat ni...
aku masih juga berdiam diri...aku dengar je cerita kawan sebelah ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. aku tak pokus. mata aku terus menatap sesuatu itu dengan pandangan yang penuh kekusutan...aku pandang lagi sesuatu itu..dan terus menatap dengan mata yang terpaku...sehingga satu saat hati aku bergelegak macam kat dalam kawah gunung berapi tu..dan akhirnya larva-larva itu mengalir keluar sehingga membinasakan persekitaran....erk...dan terluahlah satu pertanyaan yang tidak disangka-sangka dari mulut aku....
erk...burn ke ni?
kenapa?
tengok baju budak tu memang burn habis arg ngan aku...
eh tak sama sangatlah...
mana boleh tak sama sangat..aku cam bebenorlah...
aduyai...cemaner ni....mana nak larik...
apasal plak?
yelah..terbakar ni....
hahaaaa.....
mana nak carik bomba...
dalam hati berkata-kata....
macammana boleh sama dengan baju pelajar plak ni. aduyai...tak pasal-pasal kang nanti orang akan salah pulak. malunya...tak pasal-pasal aku terbakar hari ni. erk....kalau rumah yang terbakar kene panggil bomba. habis tu aku yang terbakar ni nak panggil apa?!!!
terus terang aku cakap, aku tak pandang pun muka budak tu....dek kerana malu yang sesungguhnya...nasib baik aku bukan putih melepak kalau aku putih, konpem muke aku merah bak udang kene bakar.
aku rasa macam nak pusing je jarum saat pada detik itu. mana tidak..aku nak cepat-cepat masa berlalu dan terus berlalu...lepas ni jadi kenanganlah baju kurung kesayangan aku yang satu ni...
tak pernah dalam sejarah cikgu sama uniform ngan student...hhahhaha pecah rekod aku hari ni...
nota: nasib baik tak ada mamat-mamat nak tackle aku masa tu. kang tak pasal-pasal aku kene reject dek kerana tersalah sangka aku ni masih budak-budak lagi ropernye....siap ada kembar lagi..kembar tapi memang lagsung tak seiras...sikit pun takda...itu baru pasal mamat-mamat...kalau dia buat benda yang bukan-bukan, tak pasal aku kene cop macam budak-budak...erk..tapi tadi dia tengah main kejar-kejar ngan kawan-kawan dialah...harap-harap takda sapa nampak dan perasan hahhhaa.....
No comments:
Post a Comment