Wednesday, August 25, 2010

~ You Jump... I'm Not ~

sejak kebelakangan ni risau lak aku ngan kawan-kawan aku. bila tiba waktu malam aku try tak nak pikir apa-apa last-last ... tersengguk-sengguk gak kepala. mata ngantuk tapi tak nak tidur. entah apa yang aku fikirkan. macam-macam lagu dah keluar ni tak gak mau tidur. aiseh...

sekarang ni pulak aku tengah layan buta warna. hak3... lawak giler cerita nieh... sampai bergegar satu flat nieh muahahhahaaa... yang itu serius aku tipu... tak adalah sampai tahap gitu dowh...
bukak puasa hari ni tadi. aku makan ala kadar je... tak nak macam semalam hehehe.... rasa kembung perut time terawih. taubat seh makan banyak. selalu aku makan limit dua lauk je dan nasi satu mangkuk kecik tu .... ni tak adesss ... semalam memang bersakan sampai ummie pun tanya ... habis ke makan tu nanti?!!! hahhaa padan muke kurang dipercayai.

rabu ni? agak padat jadual harian aku. tak boleh nak pikir banyak-banyak hal... bekerja je keje nya ... huhuu... tak bolehlah pikir pasal siti, pasal kirana ngan galang, pasal permasalahan si pencari Tuhan... Budi, pasal adam... kesian tak aku? (mengalahkan produser drama ni)

malam jumaat ni ada majlis solat hajat tolong bagi cadangan kat aku nak berhajat apa nanti ye?

Nota: debar debar je rasa pertama kali baru dapat join solat hajat selalunya tak berkesempatan ada-ada je halangan. petanda apakah itu?!!! aiseh .... buat-buat suspen le pulok...

Wednesday, August 11, 2010

Kamus Melanau Bersidang Kembali

awak berbuka puasa dengan apa tadi?
dalam bahasa melanaunya ... mo sungkei dengah no ni'en.

bila kita nak start puasa?
dalam bahasa melanaunya ... pidan telow start puasa/ pidan telow mula puasa?

awak makan apa juga tadi?
dalam bahasa melanaunya... wakno gak kun mo ni'en.

mahukah awak berbuka puasa bersama saya petang ni?
dalam bahasa melanaunya... luk mo sungkei dengah ko abei eh?

apa awak masak sahur pagi tadi?
dalam bahasa melanaunya... wakno isam mo sahor song nin?

Tuesday, August 3, 2010

* Epilog Syurga Cinta *

anda sudah tonton drama bersiri ni? insyaAllah pasti tak menghampakan dengan telatah si mia & dauz ... i like...
ape?!!! gambar sebeleh tu ke? woh tu adik amir... yang sedang meikirkan nasib dan masa depannya... anak abang taz aku. hak3... nak kata anak aku payoh gok... kompem semue tak caya...
aku sukelah title nie... tak tau kenapa... rasa macam serasi bersama je...hak3...
dalam hidup ni tak ada perkara yang paling mudah dan paling susah untuk dijalani ... (erk..mende aku taip ni? tapi itulah khakikatnya .... nak berjaya nak hidup senang bukan mudah ... kena usaha sungguh -sungguh. tapi kalau nak gagal. ko duduk je lah goyang kayu ... tak payah doa. konpem gagal. tak gitu ye?!!! macam tu jugak kalau kita aplikasikan teori gini dalam kehidupan kita.
sama juga kita pilih syurga atau neraka.
bagi aku dua dua susah...
nak syurga?
ko tengok sekeliling ko? banyak halangannya. bila ko mula nak berubah sikit mesti kedengaran suara-suara yang sumbang yang tanya itu ini. tak boleh ke buat buat tak nampak je dengan sebarang perubahan yang mengarahkan kepada kebaikan? kadang-kadang bila kita memuji .. ia seolah olah mengarah ke arah jalan sindiran. kadang-kadang kita ikhlas... tapi tak semua dapat terima. contoh dekat cam aku le.. ko puji siket .. aku pikir ko kasi aku lumpur sbenornye... sebab aku memang tak suke dipuji. sebab ta semua pujian tu boleh membawa kebaiakn tapi merosakkan terutamanya buat insan lemah macam aku. kalau jatuh tersungkur hanya kerana pujian tak ke tercampak ke neraka jugak namanya. itu baru kene puji... belum lagi cubaan yang lan... nauzubillahimindzalik...
nak neraka?
ni lagi susah... aku bagi contoh paling dekat..mencuri... ko dah niat nak curi... mesti ko dah rancang awal-awal dengan teliti supaya tak tertangkap. sambil ko bekerja tu ko kene waspada takut tertangkap. kalau terlepas kire otai perompak le ko ni... tapi katakan ko tertangkap... tak ke kene bayar denda lagi siap masuk jail. bukan setakat tu dalam tahanan ko bercampur pulak dengan perompak-perompak pangkat tinggi lagik dari ko.. kalau takat tu je tak apalah. kalau dalam satu kurungan ada pembunuh upahan bersiri macam mana beb?!!! ambik engko kene buli dia selalu. tapi dorang campur satu jail ke? hhahaha.... itu baru kat dunia.. belum lagi sampai akhirat ... azab kubur lagik... nauzubillahimindzalik... ada berani?
p/s: sama jugaklah macam kita-kita zaman sekarang ni. hati kita kene jaga dulu baru kita dapat jaga diri kita sepenuhnya dan juga orang-orang di sekitar insyaAllah. jika hati anda rasa sakit. itu kerana anda sendiri yang menyakitinya. bukan sebab orang lain. kerana hanya kamu yang simpan kunci pintu hati kamu kecuali tanpa dipinta kamu sudah berikan kunci itu pada insan lain dan ia terjatuh pula ke dalam tangan orang yang tidak bertanggungjawab. jadi.. terimalah akibat perbuatan kecuaian kamu sendiri...