Monday, May 24, 2010

Mari Dengar Ini Cerita

kamus kembali ...

lelah aseng ko
maksudnya dalam bahasa melayu letihnya aku rasa

wakno an mo nin?
maksudnya dalam bahasa melayu apa kamu buat tadi?

wakno kun melow nin?
maksudnya dalam bahasa melayu apa kamu makan tadi?

daonyam kah?
sedap kah?

sai munguk geh?
siapa yang duduk di sini?

meibei tenawan.
tak ada orang.


udah nuan tenawan.
dah ada orang

selamat mencuba berbahasa melanau!!!!!!!

Penghujung Yang Tiada Berkesudahan

semalam aku cuba nak siapkan ending short story aku. tapi tak dapat pulak. ilham tak sampai. macam-macam yang bermain dalam fikiran aku. lepas makan kueh teow semalam. teringat masa kat penang dulu masa jumpa jojie. betul kata bidalan .... bila makan kenyang otak pun tak dak fungsikan kan kan...

ibarat macam tu lah hidup aku semalam. dah lah tak berfungsi otak aku. nak tidur pun payah. kenyang sangat aku rasa. pusing kanan pusing kiri mata masih jugak celik...

jam 12....

celik....

jam 1....

celik.....

jam 2
celik....

jam 3
celik....

jam 4 ....

tetibe henpon aku berbunyi....
bukan calling tapi alarm clock...

aku bangun ...
aku keluarkan ayam...
dan aku cuci segala benda yang tak berkaitan di dapur....

habis je keja aku....
aku masak air pukul 5...
sambil-sambil tu...

aku potong mushroom dengan anak jagung...

aku gunting
resepi turun temurun mak nyonya
berperisa tomyam...
aku bahagi dua dalam tu...

dan aku didihkan dengan air panas....
aku tikam ayam masuk dalam tu...
aku lontar kulat-kulat tadi...
last-last aku baling macam lembing anak-anak jagung tu....

aku biar mendidih ....
dalam setengah jam lepas tu aku tutupkan gas...

ambil gelas...
bancuh vico...
yang pasti...
aku minum vico...
sambil berfikir baju apa aku nak pakai hari ni...

*nampaknya aku kena beli kain batik lagi ni... hahhahaa....

Nota: tak ada maknanya

Sunday, May 23, 2010

Bila Hati Mula Berbicara



seminggu-minggu ni mata aku tak boleh terus lelap macam tu saja. aku sendiri tak tau kenapa. dalam hati aku bertanya.


masih adakah lelaki yang di dalam dunia ni yang dia punya ciri-ciri lelaki muslim yang sejati.


1- jaga solat

2- bertanggungjawab

3-menghormati kaum wanita

4- memahami

5- jujur

6- setia

7- ikhlas


kalau adapun mesti tak ada yang boleh buat full comitment kan...kan...kan..


selalu orang cakap kalau tak bertepuk dua belah tangan mana akan ada bunyinya. cuba bayangkan kalau tangan kau kene ikat kemudina orang tepuk tangan kau secara paksa tetap juga akan bunyikan tapi tak adalah meriah sangat sebab cara tu kira sadis sangat. paksa-paksa pulak.


sama juga lah dengan kata pepatah dengar bunyi guruh di langit air di dalam tempayan dicurahkan. erm...kebetulan minggu ni tadi memang betul berlaku. kemain bunyi guruh berdentum pak pom pak pom...lebih kurang le bunyinya. tapi tengok-tengok tak ada hujan pun.

sama jugak dengan ilmu yang tinggi. suka sangat memberi nasihat. ilmu ada pun tak guna kalau tak praktik untuk diri sendiri. kene praktik lah kan? baru boleh tau berkesan ke tidak.


sehinggalah ke malam ni tadi akhirnya semua persoalan aku terjawab... ternyata tak semua yang serba kekurangan itu akalnya pendek. tapi ternyata akalnya lebih panjang. cuma dia perlu diberi satu tempoh yang bukan dalam tempoh yang singkat untuk berfikir. tapi perlu masa jugaklah. yang penting. dia berfikir tanpa siapa-siapa pun yang minta dia untuk berfikir. masih adakah lelaki lain di luar sana seperti dia?!!!


Nota: cinta itu terlalu ekslusif untuk diterjemahkan. kenapa ekslusif? sebab cinta sejati ni mahal harganya. tak boleh nak dibeli dan dicapai dengan wang ringgit. Ia datang daripada Allah. dan ia juga akan pergi meninggalkan mu kerana Allah. serius taip ni... ni kali pertama aku kenal orang macam dia ni. bagi yang sedang dan tengah bercinta tu atau sedang mencari...cuba cari apa yang terbaik pada pasangan kamu andaikata kamu rasa itu lebih kepada sifat keduniaan carilah jalan untuk bertemu jalan ke jambatan akhirat....andai langsung anda tidak jumpa...berusahalah untuk mencarinya walau sebesar hama pun.

Wednesday, May 19, 2010

Pagi Yang Indah

Pagi tadi seusai tugasan aku siap... aku sambung tidur kembali... (tidur je keje kan kan kan)
sementara nak tunggu masak untuk lunch time aku sambung lah tidur... entah kenapa pagi-pagi lagi aku rasa tak sedap badan sangat...
aku baca buku... dan...dan... akhirnya tertidur...
seingat aku ... aku dapat panggilan dari sahabat aku yang inginkan pertolongan aku. tapi sayang aku tidak berkesempatan untuk membantu nya saat ni... :haru
di akhir panggilan itulah aku telah terlelap...
tiba-tiba aku dikunjungi satu sms ingatkan dalam mimpi jadi aku abaikan...
beberapa minit kemudian diselangi dengan panggilan telefon...
aku teraba-raba atas katil dengan mata tertutup mencari keberadaan henponku...
telefon berbunyi ring ring ring...
ku angkat ku tanya siapa....
erkkkk... ibarat macam tu le...
aku pandang ke skrin henpon aku...
>>>opis calling>>>
wah... rasa macam kerja kat opis pulak...
terserlah senyuman indah di sebalik sinaran wajah yang menahan kesakitan...
terdengar suara di talian...
opsss!!!
dia: assalamua'alaikum
aku: wa'alaikumsalam uhuk2...(terbatuk)
dia: apa khabar? nak dengar cerita tak?
aku: tak sehat sangat dua tiga hari ni... cerita apa?
dia: ni dah makan ubat ke belum?
aku: alah...orang keracunan makanan je... salah makan... sebab hari tu makan asam kut.
dia: sekarang macam mana?
aku: elok lah sikit... tu yang tertidur lagi ni....
dia:lho... sian nya...nanti bangun... mandi ambil sarapan ye...
aku: okay.. kate tadi nak cerita?
dia: tadi...baru sampai terus buat kerja tau... tengah but kerja entah tetibe boleh teringat kat awak... tu yang tinggalkan kerja kejap dan terus call awak...
aku: hehee...macam tu pulak ye...
dia: ha'ah kebelakangan busy sangat... dan faham-fahamlah dah dekat hujung bulan ni memang banyak nak buat...tu yang tak sempat nak call...
aku: (tetibe teringat tak galakkan dia call bila balik lewat sangat sebab dia kene bangun awal untuk pergi kerja esok hari)
dia: okaylah.. saya nak sambung kerja ni... lain kali saya call ye ... insyaAllah
aku: okay .. tak apa... jaga diri baik-baik...
dia:kay ....
papai...
aku:papai..assalamu'alaikum
dia: wa'alaikumsalam
klik...bunyi gagang di sana diletakkan...hihiiii banyak nya part yang aku skip yer...
masa terus berlalu...pukul 11 setengah aku layan Hati Lelaki bersama Cinta Hans ... wah...Hans minat gadis melayu le....ada can le gadis-gadis melayu nak tackle hans ...hahhaaa ....
Hans ada bagi tips...
1- jangan bersikap protected / over protecting pada si lelaki... dorang tak suka... biar sahaja mereka nak buat apa... dan paling penting ... jangan takut bila lelaki tersalah ambil langkah biarkan saja kesilapan berlaku...dari situ lelaki ni akan terpikir... dan akan tetibe teringat kat awek tu .... dan.. baru lah dia akan kejar awek tu... bila dah dapat konpem tak kan lepas untuk sepanjang hayat dia...
2- cool
kene cool selalu le... pandai kawal perasaan tu... nanti....bila si lelaki tu ingat cool betul awek ni... macam konfiden sangat... tak pun ... atau ada sesuatu... tu yang akan buat si lelaki tertarik dengan sikap dia dan sekaligus rasa serasi dan selesa.
3-
selalu bagi support le...
selalu jadi pendengar...sebab lelaki ni perlukan pendengar yang setia paling penting jangan paksa dia buat itu ini... lelaki tak suka perempuan yang macam tu...
4-
jujurlah...
tapi...untuk lelaki diluar sana nak pesan sikit... jangan sesekali tipu perempuan... sebab perempuan memang dah dianugerahkan untuk peka terhadap kebohongan si lelaki. tapi kalau perempuan tipu memanh lelaki susah nak detect ... sebab lelaki tak banyak masa untuk berpikir yang bukan-bukan macam perempuan....
hahaaaa....
best jugak rancangan hati lelaki tv3 ni... bersama abby fana dan tetamu undangan... semua lelaki lelaki tau... hihiiii.... setiap rabu dalam jam 11 pagi...

Nota: lelaki mau pun wanita sama-sama punya hati dan perasaan. jagalah ukhuwah yang sudah terjalin di antara kalian nescaya Allah akan mengasihani kamu sebagaimana kamu mengasihani orang lain seperti dirimu sendiri.

Updated Kamus Yoe...

kembali bersua di ruangan kamus melanau

sha mulakan dengan bahasa melanau dulu kemudian diikuti bahasa melayu ya....
ayoh....

wak no lik telow sempena hari guru eh ?
bermaksud kita main apa sempena hari guru ni?

pidan sambutan hari guru kah?
bermaksud bila sambutan hari guru?

mo masok team/group/kumpulan an kah bak hari guru nah?
bermaksud awak masuk kumpulan yang mana untuk hari guru nanti?

hehee...
no idea meh ... selamat hari ibu, selamat hari belia, selamat hari guru

Monday, May 17, 2010

Isnin = Sadis ~~~ :Haru

hai hai hai...
isnin = sadis ~~~ :haru

memang sadis .... celik je mata pagi tadi ... peluh memercik keluar ... rasa macam tak sihat. walhal semalam aku tidur awal apa...
misteri nusantara pun gua tak habis layan.
eh eh.. tetibe pulak guna kata ganti nama gua ni .. pehal?!!!

sekarang pun aku rasa berpeluh-peluh...
ke hari ni memang panas sangat. selalunya kalau berpeluh macam gini memang petanda tak baik bagi aku. mungkin kah disebabkan ulser?!!!

sesadis sadis aku rasa hari ini...
paling teruk pun kene ulang alik singgah masuk bilik kecik...
pe dia bilik kecik?!!! alahai tak kan itu pun aku nak kene lukis jugak...
aku hairan...betul lah.. elok je orang lain aku tengok..dengki pun ada ni...
bila aku pikir-pikir balik siap rewind sehari sebelum hari ini...

erk...maksud aku detik detik semalam...
ops!!! aku ada makan asam 2 bungkus... lagi satu aku ada makan roti jacobs...
adalah yang tak kene dengan dua benda tu...mungkin sebab dah masuk angin tu...
tu yang aku pulak hari ni jadi mangsa dan menjadi intan terpilih untuk keluarkan asap...

kalau lah jongkong emas...memang kaya dah buat pelaburan sebanyak tu =p
nasib badan lah,.. bukan emas yang dilabur =D

sekarang dalam perut aku masih ada rasa butterfly sedang bekejar-kejaran di taman bunga....
harap-harap malam nanti ... okay lah agak nya tu... (ehem..ehem... baca betul-betul bukan o.k le tu!)

nota: siapa cakap makan boleh sebarang makan ?!!! tengok apa dah jadi kat aku?!!! akibatnya =p

Saturday, May 15, 2010

Kau Dihati Ku

Alhamdulillah semakin hari semakin berubah selera aku. bukak-bukak je TV aku mesti tengok cerita - cerita yang berunsurkan kerohanian. ada juga cuba nak layan cerita lain. 2 ke 3 minit lepas tu aku dah tukar channel lain. sekarang pula aku sambil-sambil layan cerita tv3 sebelum akhirat. sanggup aku tukar siaran konsert af semata-mata nak layan cerita ni.

terfikir pula kisah bagaimana ending kisah hidup aku nanti...

ada satu rancangan best dalam astro ni... liga ilmu... syukur alhamdulillah ada rancangan yang sebgini sekarang. agak-agak bila liga ilmu astro tu nak mai kampung cheq ek?!!! hihiii...
yang aku lawak bila ustaz tu tanya kat ustaz -ustaz lain boleh ke doa macam tu untuk boyfriend?
hihiiii...

bagi aku doa yang dia bacakan tu memang baik untuk diamalkan...niatlah untuk calon-calon pasangan anda, atau pasangan anda sekarang. insyaAllah... Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Pemurah.

oh ye...24&25 hb ni dah mula dah imam muda siaran oasis jam 6 setengah petang...hihiii...yang ditunggu-tunggu sudah tiba...dulu aku tak pandang rancangan liga ilmu ni...aku ingat rancangan biasa-biasa je....tak tau pulak syoknya rasa bila layan. ingat ustazah dan ustaz aku pesan dulu bila kita berada dalam majlis ilmu malaikat akan doakan buat kita sepanjang kita mengikuti majlis tersebut...

korang...
korang pernah tak terfikir if suatu hari nanti. tiba-tiba negara kita ni ditimpa musibah akibat perlakuan kita semua?!!! aku tak tau lah sama ada masa tu nanti aku boleh tergelak ketawa macam aku tengok cerita chapalrela ataupun adnan sempit the series. masih boleh ke aku makan barang-barang sedap macam pizza, pokok pangkalnya banyak yang buat aku terfikir...

sebelum tidur pun begitu jugak...
betul cakap Aerol hal-hal macam tu boleh buat kita rasa macam tak nak tutup mata waktu malam ... takut jika-jika Allah tahan terus nyawa kita....maksud aku ruh kita.

sama-samalah kita berdoa semoga di penghujung hayat kita beroleh tempat yang baik di sisi Allah. amiin...

Thursday, May 13, 2010

Going To Sibu

cewah...
bertaip omputih lagi ye. hahhaaa... esok sha nak pergi sibu. banyak projek nak buat. hahhaa...juta - juta masuk dalam poket kalau macam tu kan kan kan...
mesti dah ramai pak menteri- pak menteri di sana...
al-maklumlah ... orang kat sana sibuk berkempen. aku pulak datang sibu semata-mata aku nak beli tracksuit untuk sambutan hari guru akan datang. lagi pun bukan kawasan aku... memang tak layak nak ngundi. hihiii...
tak lupa jugak nak pergi bank ambik duit bayar kat abie rm100, kat umie rm36 untuk tudung. ishk ishk ishk...kering poket macam ni huahuahua...kalau tak bayar sekarang tak best lak rasanya.

apa? rm 100 tu bayar kat abie untuk apa?!!!

hehee...mestilah untuk "boyfriend" aku...hahhaha....
tunggu gambar "boyfriend" aku akan datang ye...
aku teringinlah nak makan pizza hehee...
rasanya nak singgah beli pizza esok hari hihiii...
tapi siapa nak belanja?!!! kwang3...
yang paling penting dari hari tu aku nak makan salad...
sebab tu menjadi kemestian untuk aku bertandang ke sibu esok hari.
aku mesti dapatkan buah-buahan tempatan yang sedap-sedap nak buat salad.


rm136 untuk abie ngan umie...
pizza habis-habis dah rm40 jadi jumlahnya dah cecah rm176
untuk buat salad aku agak dalam rm20 cukup lah...
dah rm196...fuyoh!!!

belum lagi tracksuit aku...

paling penting aku nak pergi tabung haji nak pastikan aku punye akaun tu aktif ke tak...
rasa-rasanya memang tak aktif sebelum ni...lepas tu nak pergi BSN pastikan aku nak tukar kad bank aku...tu pun kalau sudi diterima kat situ...cip tu dah tak boleh baca sangat le.


lepas tu aku nak pergi ....
tengok tracksuit kat sekitar premiere... kalau dah terdesak sangat aku layan je kat junrong...
harap-harap sempat ke farley...hrmmm...ataupun...
abang aku balik dari sekolah terus je hantarkan aku ke farley...
dan aku boleh shopping dengan sendirinya di situ. hihiii...
habis dia solat jumaat terus ambik aku kat farley dan hantar aku ke wharf balik...

bukan apa...

hadiah yang aku nak beli tu cuma terdapat di situ je...macam mana tu?!!!
cantik sangat-sangat hihiii...

lagi pun...
aku cuma nak jadikan tahun ini adalah kenangan paling indah seumur hidup aku berada di atas muka bumi Allah ni. mampukah aku?!!! insyaAllah FIGHTING!!!

doakan keselamatan aku pergi dan balik untuk esok hari ye...

lain kali baru aku tidur kat sana. sebab aku nak balik kampunglah minggu ni...dah janji ngan mama nak cuti seminggu di sana...

tapi...umie kan ke sibu isnin ni?!!! kwang kwang kwang...macam mana tu?

Nota: ada satu lagi aku lupa...umie nak kan air zam-zam nampaknya kena pergi mekah le sha ni kan kan kan ... hihiii...apa lah umie ... alamak warna pink tu umie...boleh harap ke kalau kaler pink dalam bahasa melanau ni...hhaahhaa.... baju kalas... huahuahua...

Tuesday, May 11, 2010

Terima Kasih Semuanya

sebulan lebih dah berlalu pemergian adik siti. sejak dari hari tu jugak ada "somebody" yang selalu temani hari-hari aku. alhamdulillah. maaf dari aku buat kekawan yang lain sebab tak bagitau. ada jugak yang baru tau. bagi aku takde hal. aku cuma lebih suka duduk diam je sejak awal tahun ni.

mula-mula rasa sunyi le takde dia bila balik rumah. tapi sekarang alhamdulillah. takde apa-apa...demam jugaklah seminggu mula-mula tu. kira standard le tu kan kan kan...

terima kasih pada yang sudi ucap selamat besday 9 april yang lalu...tak seperti biasa rasanya. demam teruk aku malam tu. thank you buat dewa dan akmal. tak lupa buat unknown, kerepek, shema, umie (yang sanggup buat spagethi), kepada teman-teman sekerja aku dan semua yang tak tersenarai lagi ni...

teringat ada yang sanggup nyanyi hepi besday kol 4 setengah pagi aduyai...kesian ... dah tu je masanya dapat bersembang...

seperti perumpamaan yang aku selalu taip sebelum. hidup ini tidak boleh dipandang ringan. huhuuu...

rasa nak pergi bercuti je tahun ni tapi rasanya ada ujian kot. nervous jugaklah. kene sedia awal le nampaknya. alahai bukan tahun lepas dah pergi bercuti sakan ke? ape? pertengahan tahun ni? tak tau lagi lah... ada rezeki nak gak bercuti...tengok keadaan macam tak diizinkan pulak. macam mana tu?

sekarang ni...

aku ingat nak busykan lagi diri aku sendiri dengan kerja-kerja yang lebih berfaedah sikit. tak adalah terperap je kan kan kan...sekurang-kurangnya otak aku tak tumpul sebab selalu diasah hehee...insyaAllah. aku nak buat kerja lain ni lain kali jumpa lagi ya...kita cerita lain masa bye bye ...

Black & White

alahai ketinggalan pulak nak tengok cerita black & white....adamaya kan episod akhir dalam minggu ni hehee.... adesss
sekarang ni sedang layan frenzy.fm. lepas isyak karang nak buat keje...tulis persediaan untuk kerja seminggu ni. lepas tu ingat nak buat ABM. rasa rajin pulak. hehee..kantoi ek?!!!
selalu ABM tulis kat papan tulis je. jarang buat dari rumah.
minggu terakhir pulak ada aktiviti hari sifu ada kem bestari solat. pokok dan pangkalnya memang busy giler. tapi entah macam mana yang aku ni boleh terchampak kat dalam kumpulan udang jongang tu...ntah dari mana orang mana lah dapat ilham yang segrand itu...memang amazinglah....
amazing lah sangat kan kan kan....
ermmm malam tu... tiba-tiba dapat satu koling...
dia: assalamu'alaikum
aku: wa'alaikumsalam
dia: tengah buat apa tadi?
aku: tengah layan frenzy.fm dengar lagu baik-baik sayang..
dia: hek eleh... konon...
aku: hehee jangan le cakap macam tu....malu lah...
dia: hahhaahaa...ni nak bagitau ni...saya nak balik kampung malam ni jugak urgent...
aku: (sambil tengok jam dah pukul 2 lebih pagi) ... kenapa? ada masalah kat sana ke?
dia: nak cerita lah ni...tadi mak tepon bagitau adik terkene ngan pocong.
aku: pocong? (teringat masa main youtube terbuka klip video pocong) bila tu?
dia: semalam....
aku: (alamak time aku terclick video klip tu) lepas tu...
dia: mak cakap tengah dia goreng kerepek kat dapor tetibe macam ada bunyi benda keras jatuh atas bumbung rumah. kat belakang rumah tu ada pokok rambutan. mak rasa tak sedap hati jadi dia stop goreng kerepek dan tengok keluar. dia mintak yang lain pergi check tengok apa berlaku kat luar. adik seorang lagi jenguk dari tingkap tau....terkejut tengok adik yang duduk luar tadi merangkak nak sampai ke pintu.
aku: masyaAllah...kesiannya.
skippp...
nanti apa-apa hal bagitau kay...kata aku...dan dia jawab. o.k sampai kampung nanti saya col...
dalam hati...rasa dag dig dug....
kenapa setiap yang berlaku kat dia mesti aku akan dapat tau dulu melalui sama seperti a.k.a petanda...setakat ni aku belum tanya lagi khabar adik dia macam mana.. tapi dia habaq pagi tu alhamdulillah beransur pulih sikit dah...alhamdulillah.
Nota: baru je pagi isnin tu dia kutuk aku penakut....adessss.... itulah cerita susah tak cerita pun susah...

Monday, May 10, 2010

Yang Terindah


wah...
lama dah tak balik kampungkan? hehee...
minggu depan aku balik dan cuti kat sana jangan risau.
rindu pulak ngan si kecik ni..
aku takbalik bukan apa...
sebab...
dah alang-alang minggu depan aku bercuti seminggu jadi aku target aku duduk sini kejap. entah macam mana result politeknik Nurul dia dah check ke belom. huhuuu...nak cerita pasal kawan-kawan...aku ni lebih banyak terperap kat rumah. jadi famili aku le ibarat kengkawan aku sekarang. pada yang sudi hubungi dan sms aku tu...thank you sangat-sangat. korang adalah yang terbaik. aku pun satu hal jugak. suka duduk diam sepikan diri. bukan apa...banyak sangat fikir. dan tak nak tambah apa-apa lagi yang nak difikirkan. aku kan memang selalu macam ni. kalau aku hubungi tu kira o.k lah angin tu. kalau diam je tu...kira angin barat daya selaju 120kilometer sejam le jawabnya.hihii....
alhamdulillah...dah dapat cari balik kawan-kawan lama di facebook. thank you Allah.thank you Allah. thank you Allah.
>>>buat kawan-kawan yang ambik SPM sesi 2000 bila ni nak buat gathering?!!! rindu lah nak jumpa kawan-kawan dulu.>>>buat kawan-kawan DBS dulu...bila nak buat event....hihiii....rindu pulak rasanya time buat projek-projek Public Relation dulu... dari sem 1 - sem 5 memang best giler...walaupun banyak kekurangannya..tapi kegembiraan dan keenjoyan tu meman terasa sangat-sangat. paling tak dapat lupa masa dengan dorang kak Grace dululah. ingat lagi tak jari yang tercedera.... kesian kak nor...kene tahan ibu jari yang berdarah ni...thank you buat bro zeno (tak pandai nak eja nama dia) sebab tolong balutkan untuk hentikan pendarahan. tak lupa buat pakcik guard...aku tak ingat nama dia... dia ada bacakan satu ayat untuk bantu kurangkan pendarahan tu sebab muka aku dah pucat sangat. sungguhpun dalam keadaan agak selamba dan tak pengsan. thank you jugak buat noor yang sudi tolong temankan aku sehingga ke hospital. sudi tolong basuh baju-baju aku ketika aku dalam kesulitan. dan pada sesiapa yang sudi hantar ke hospital malam tu. tak lupa pada miss freda dan sir gindam yang masa tu pun risau jugak....cuma event tu memang penting jugak sebab ia merupakan markah untuk student-student sem5 masa tu. it's o.k...perhatian yang diberi pun dah cukup.
kira glamour jugak le masa tu. hehee...rupanya aku bukan mangsa pertama kepada meja itu. sampai sekarang aku trauma dengan setiap benda-benda yang berlipat contoh...iron board. macam sama je bagi aku dengan meja hari tu. pada kawan-kawan DBS masa tu jugak terima kasih atas perhatian yang kalian berikan. 7 kali jahit tu... 3 belah atas...4 belah bawak...perghhhh gilerkan tahap kecederaan nya...walhal tersepit kaki meja je... hampir nampak tulang dalam tu. tapi tukang jahit tu cakap hari tu okay je..urat-urat o.k ...takder hal punya...cuma lately ni...jari aku yang agak lemah sikit. tak boleh buat keje-keje berat. baru je cabut bulu ayam sakitnya dan hilang deria rasaya sampai ke seminggu. macam mana tu? dulu tak adalah macam tu sangat. cuma sejak akhir-akhir ni je...
aku masih simpan lagi tau gambar time jari berbalut tu. malam tu aku diminta berehat tengok-tengok je. tak perlu bekerja. miss takut sebab muka dah pucat. dan paling miss takut kalau-kalau jari tu nanti meradang tengah-tengah malam. alhamdulillah. semua tu okay je...tak ada apa-apa yang berlaku.
ada masa nanti aku upload ek...tapi letak kat FB je lah hehee....
o.k lah semua...gtg dulu...dah petang giler ni cuma menunggu azan je dari tadi...semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Friday, May 7, 2010

Mari Mengundi !!!

sepetang yang lalu...
sempat aku belek-belek blog orang...yelah...dah tak ada stok buku baru hehhe. lagipun sekarang ni bukan senang nak online. memang ibarat musafir lalu di padang pasir le. yang silapnya tak ada padang pasir pun...tempat tinggal pun jauh dari pantai...macammana tu?

sambil belek-belek aku terbaca sesuatu dan terpikir tentang sesuatu. yelah sekarang kan time orang mengundi apa salahnya aku update aku punye kamus melanau.

jom kita ikuti sesi pembelajaran yang seterusnya
...

mei mengundi mo kah ataupun mei garis mo kah?
maksudnya,,,awak tak mengundi ke?

mei ngah daftar ko
maksudnya... saya belum daftar lagi

buyakno bak mei ngah daftar?
maksudnya...kenapa belum daftar lagi

wak selalu mak menang tanpa bertanding mei gak perlu mengundi gak...
maksudnya....kan selalunya menang tanpa bertanding jadi tak perlu jugak pergi mengundi

daftar mak mo
maksudnya .... awak daftar je...

itu baru tajuk kecilnya mendaftar belum lagi sub sub topik ketika mendaftar pulak
jumpe lagi di lain masa...

Wednesday, May 5, 2010

Rindu Itu Asyik Dan Indah

mesti ada yang komplain lagi blog ni blog jiwang...hhahhaa... tak apa... ko o.k mak! (saya o.k je!)...
bukan senang nak jiwang~jiwang ni...feel tu kene ada ... hehhee...

toink toink toink...
rabu depan 12hb mei 2010 bersamaan dengan 40 hari adik siti pergi menemui Pencipta kita. semoga dia berada bersama-sama di kalangan kekasih Allah.

tiba-tiba hati berdebar...
eh silap... tu lagu KRU...
teringat balik masa sembang-sembang dalam bilik ...

dia: usu nak buat besday kat maner nanti?
aku: tak tau le nak buat kat mana. daro ke matu....
dia; ala..nanti buat je kat rumah kay lps tu bawak makanan sedap-sedap boleh saya tumpang makan sekaki. mana tau ada selera makan.
aku: eh ye tak ye jugak kan?
dia: bila tu?
aku: mggu dpn kot kalau tak silap kira hari jumaat. (dengan konpiden aku jawab tanpa tgk kalendar sdgkan hari jumaat minggu depan bertarikh 2hb april 2010.

beberapa hari selepas kejadian...
pagi jumaat 2hb april 2010....

rasa debar debar je....tak tau kenapa...
yang pasti mata aku malam semalam tak dapat lelap...
gelisah...macam ada sesuatu yang mengganggu dan memanggil manggil aku...

tiba-tiba ...
macam flashback kenangan aku sama-sama dengan dia datang balik....
masa dia gigit bahu aku time aku gendong dia kecik kecik dulu...
masa aku temankan dia ketika mak dia sibuk kemas-kemas rumah baru....
masa dia hampir-hampir lemas...
masa dia suka bezakan kulit dia dengan kulit aku...
nak tengok dia dah mula cerah ke tak...
masa dia bagitau aku yang dia dah slim dah ...
tanya kenapa? dia jawab puasa je masa di sekolah...
masa dia kongsi-kongsi pendapat...
masa dia yang paling best....
bila dia depan cermin....
rasa macam artis le tu...
aku suka intai dia ... hehee...
comel sangat-sangat bila dia berlagak macam artis tengah buat show atas pentas ...
pernah sekali ...
sedang dia syok buat operasi..
tetibe je aku tepuk tangan terkejut besar dia....
hehee...

walau macam mana pun...
kita berdua memang banyak persamaan....
tak ada lagi dah teman sebaik dia...
secomel dia...
dia selalu bagi support aku untuk kahwin cepat-cepat...
hhahahaa...

detik terakhir bersama dia..
dia ada tanya ....

dia: usu bila lagi nak kahwin ...
aku: adik nak bila?
dia: kalau boleh secepat yang mungkin lah tak sabar rasa nya nak tengok usu ada kawan lain jugak...asik duduk dalam rumah depan tv depan komputer je...tak pun buku...
aku: lagi nak komplen apa dek?
dia: usu kahwin lah cepat cepat...teringin nak tengok rumah abie tu meriah ngan majlis kahwin famili kita berkumpul...
aku: lagi dek?
dia; apa susah sangat...usu ajak lah kawan usu tu kahwin... dia okay ape?
aku: kawan yang mana?
dia: kawan yang dalam henpon usu tu le yang jumpa kat sekitar klcc tu...
aku: owh dah jumpa calon tuk usu ek?
dia:yelah...usu kan rapat ngan dia...
aku: erm.... kenapa tak adik je yg ckp kat dia suruh dia dtg cni kawin ngan usu ek?
dia: ishk ... kita pulak yg kene. orang suruh dia kawen...
aku:yelah yelah...nanti usu sampaikan....
dia: bulan 6 ni tau....
aku: ape?!!!!
dia: tak kan masih tak pikir lagi kot...hari jumaat depan kan nak masuk 27 usu sayang...
aku: bukan ke jodoh tu Allah dah tetapkan... tak boleh tunggu je ek...
dia: boleh...tapi jangan lama-lama tau...bagitau dia cam tu je...

blur... tengok dia senyum penuh riang ....

teringat insiden 2 april pagi itu...
mama ct: usu .. dia asik tanya besday usu... bila?
aku: lor..lupe nak gtau...bukan jumaat minggu ni...tapi jumaat minggu depan.
mama ct: ye ke?
aku: ha'ah....

aku pandang wajah dia...
aku hayati setiap inci wajahnya...
she's different dari selalu...
walaupun kondisi yang agak lemah...
tapi dia masih berbagi senyuman untuk aku walau hanya beberapa saat...
kemudian...
dia letak kembali kepala atas kerusi di depan nya...
aku dapat lihat dengan jelas nafasnya yang turun naik...
kelihatan masanya bagai sudah terlalu hampir....

dalam hati kecil aku berdoa... semoga semua yang dirasakannya dari mula-mula dia sakit dan disahkan kanser tulang...agar Tuhan ambil kira ganjaran dia atas segala kesabaran dan rasa semangat juangnya untuk terus hidup...semoga Allah pilih dia menjadi salah seorang daripada kekasih kekasihNYA....
amiin..Insyaallah...kerana aku percaya dengan janji-janjiNYA...

malam ...
dalam pukul 9 lebih...
2hb april....
senyuman nya pagi itu adalah yang terakhir buat aku...
dia benar-benar berusaha untuk terus berada di sisi kita semua...
tapi takdir Allah telah mendahuluinya...
please don't cry for her...
semata-mata kerana dia pergi tanpa pesan...
berdoalah untuk dia
supaya boleh berehat dalam keadaan yang tenang
bersama-sama kekasih Allah yang lain-lainnya....

bingkisan ini ditujukan khas buat siapa-siapa yang menyayangi adik siti nurhidayah....
love always for her

"sudahlah sudah ku harus pergi....
jangan kau tangisi aku lagi....
biar ku bawa seluruh cintamu
ku dakap dalam tidur panjang ku....
peluk tubuh ku kucup bibir ku
relakan saja aku pergi..."