Sunday, July 18, 2010

Saat Lafaz Sakinah ( Story Version )

assalamu'alaikum dan selamat sejahtera ....macam yang aku taip jap tadi ... aku nak story lah ni... jeng jeng jeng .... :suspen tak suspen ceritanya gini. start dari habis cuti pertengahan penggal tu kan ... asyik gurau manja pasal nikah je aku ngan geng-geng aku. huhuu... mungkin juga sebab sis kitorang nak tamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ni. insyaAllah.
al-kisahnya tadi...
tiba-tiba 2 3 menjak ni otak aku tak berhenti henti berfikir... dan aku rasa itu sesuatu yang memenatkan bila berfikir tanpa setiap persoalan dapat terungkai ... aku cuba nak STOPPPP!!!! ( bak kata britney spears dalam VC Crazy tu ... :alamak tak tau pulak tajuk lagunya. tapi cannot stop meh... )
sehinggalah satu kejadian berlaku...
aku tetiba je berseloroh dengan adik isyam...

aku: kalau nak makan ayam goreng macam dalam kepsi tu ... goreng sendirilah belajar ... macam mana nanti kalau usu dah kahwin.. isyam nak makan ... sapa nak goreng kan?

dalam hati aku cakap.. mende lah yang aku buat lawak ngan budak ni aduhhh...

ummie pulak gelak je dengar statement mengarut tuh...
masa tu... aku o.k lagi... tapi hati aku dah suspen dah ... dup dap dup dap dup dap je bunyi... hendak terkeluarnya segala gala organ dalaman badan aku. terpaksa jugak aku tahan dan sumbat dengan apa-apa yang patut dan ikat dengan tali tangsi segala jantung, hati, buah pinggang...yelah takut terlompatlah katakan....

aku fokuskan diri dan pemikiran aku terhadap ayam yang bakal masuk kuali tu nanti. alhamdulillah nasib baik tak hancus gara-gara aku layan iron ladies II huhuuu... iron ladies punya pasal tak pasal pasal aku dapat soalan cepumas

dia: usu masak ayam goreng ni ada jenis yang perisa kopi ke?
aku; kopi? kenapa pulak nak kene letak kopi? !!! (blur)
dia: ni yang ada itam sikit-sikit ni...
aku: (nak gelak tapi kene tahan siket) mana ada. kan tadi usu dah cakap... hampir nak rentung ayam tu gara-gara nengok iron ladies...
dia: ohhh!!!!!!!.....

siap semua kerja aku... aku masuk bilik operasi aku... dalam otak aku masih lagi berfikir dan terus berfikir...

antaranya:
1- kalau ada yang masuk meminang entah macam mana lah aku
2- sudah bersediakah aku?
3- boleh kah aku atau mampukan aku jadi seorang isteri solihah?

*** itu baru tajuk besar belum lagi sub-sub topiknya...

dalam ketika aku jauh berfikir mencari setiap jawapan entah macam mana tibe tibe yang terlintas dalam hati aku satu nama... aku rewind balik ... sepanjang minggu ni ada sesuatu yang berlaku setiap apa yang aku buat nama itulah yang sering ke udara .... puas aku tanya... ada apa dengan nama itu?

aku terfikir sejenak tentang dia... dan subhanAllah ... tak sangka pulak dia akan call petang ni. =) bertanya khabar... dan percayalah itu bukan yang pertama kalinya terjadi. alwayz believe me... betul selalunya terjadi macam tu ... bila saja aku terfikir tentang dia... pasti dia akan call.

dan malam ni...(malam yang dia call)
malam fikiran aku tertanya-tanya pasal jodoh aku,...
tibe tibe sahabat aku terkenang pada aku dan post something kat wall aku di FB. rasa macam kena karen je bila baca title Saat Lafaz Sakinah lagu Far East. sebelum ni sekali pun aku tak pernah tahu langsung tentang kewujudan lagu ni. tetiba je malam ni tadi bertarikh 18 hb july 10 aku dapat tahu tentang kewjudan lagu ni ..dan 19hb july merupakan bulan pertama selepas dua tahun aku kenal dia...

suratan atau kebetulan ?!!!

Nota: :aduhai :menung :lori

Saturday, July 17, 2010

Ummie Oh Ummie !!!

bila Ummie buat lawak selamba ... dengan muka muka nya sekali pun tak ada rasa bersalah. begini al-kisahnya...
ini kisah di klinik...
sedang aku syok melayan TV sambil-sambil berbual dengan ummie...
tiba-tiba seorang lelaki yang duduk di hadapan aku ngan ummie menegur ummie...
dia: eh kau rupanya... patut le suara macam suara kau je yang aku dengar.
ummie: oh ye ke? wah dalam dunia ni tak adalah orang yang serupa suara macam aku. hehee...
dia: kau buat apa di sini?
ummie: cek kencing manis.
dia: oh... ini siapa ni ? anak kau ek?
ummie: ha'ah anak aku yang sulung.
dia: woh... duhal... cantik jugak anak kau ni.

(aku pulak tengah blur)

ummie: ye ke? terima kasih...
dia; tak sekolah ke hari ni?

(sekali lagi aku blur... dalam hati tertanya aku ni nampak macam budak sekolah ke?)

ummie: dia baru je lepas form 5.
dia; oh......
ummie: kalau berkenan boleh lah buat menantu.
dia: boleh... ada anak laki yang paling tua.
ummie: berapa umur?
dia: sekarang dalam form 4
ummie: ala... kecik sangat tu...
dia: ishkkk.. tak apa... asal suka sama suka ....

(aku pulak semakin blur... nak menyampuk tak elok orang tua-tua bercakap)

huhuuu... dengar je lah hahaaha....
ummie pandang aku, aku pandang ummie. last-last gelak je lah....

nota: aku memang masih blur ... teng mana dia tengok cantik? teng mana dia pikir aku ni masih budak sekolah... aduh....

Friday, July 16, 2010

Majlis Oh Majlis !!!

majlis tak mula lagi aku dah mula naik gabra hehee... kekawan aku pun satu dek kerana terlalu sporting nama aku je naik wakil dorang hahhahaa... bertuah punya kawan ... ni yang aku sayang sangat kat dorang ni. heheheee... :kiss :peluk

hendak dijadikan cerita taklimat petang khamis ni tadi memang lawakz sangat-sangat bagi aku.
dengar cerita puasa tahun ni nak ada majlis tadarruus sebelah pagi time rehat. baguslah tu. daripada bebudak tu merayau elok buat majlis. dapat faedah dapat pahala. insyaAllah aku turunlah nanti,...

ada tarawikh ya? best jugak.

itu puasa punya cerita. heheee...

ini pulak majlis tilawah Al-quran ... aku sebenarnya masih konpius ni... aku ni bahagian mana sebenarnya hahhahha ...

yang aku pasti bilik hafazan tu dalam surau dan aku bertugas di situ. tapi yang jadi jurukira markah ... tu bahagian mana ye? aku dengar macam tilawah je... itu aku yang dengar hehhee...
nantilah aku buat double cek... tadi aku tengah serabut sangat. nafas pun pendek je... lewat sikit hehehe...

nak kene bekal kalkulator besar la ni :hehe erk tak perlu lah besar sangat kan kan kan nanti tak larat nak angkat hahhaha... takut kalkulatir tu pulak yang angkat tuan nya... tapi... aku ni ada kalkulator ka? umieeeeeeeeeeeeeeeeee pinjam kalkulator :malu hheheeheee

Nota: alaa... henpon kan adop kalkulator :hehe buat bengong je kau ni nak.... memang nak mintak kene sepok kau ni... hahhahaa

Friday, July 2, 2010

Tahniah !!!! Kau Permata Hati KU

baby ni nama aqeef baby boy juice... dia tak lahir lagi aku dah habaq kat jus amik jd anak angkat.. tapi dari jauh je lah... tak tau lah nak beli apa untuk aqeef... sampai sekarang aku masih berfikir...kalau boleh biarlah benda tu mak nya dapat simpan sampai dia dah besar...

comel tak dia? rasa nak pergi jumpa dia je....
cayang aqeef muahhh3...

comel tak dia ni... ni lah anak seorang sahabat aku... nama dia apiz. sampai sekarang dia tak update nama anak dia kat aku... bertuah punya sahabat. oiii dek dekat setahun dah akak tunggu dek... hhahahaa... gurau je...

ape ape pun piz tahniah le ngan baby ni ... muah3... tok baby!!!
takde gambar baru ka apiz? amik le gambar ngan mummy dia.
hahhaha.... gurau je ahakkz...

Nota; sengaja aku letak dalam label cinta yang sempurna... comel tak baby baby ni... aku hairan kenapa zaman sekarang semakin menjadi-jadi kes buang baby.. tak nak jaga pun bagi je lah kat aku.. aku suka baby apa... =) sayang semua baby-baby dalam dunia ni ... muahhhh3....