Tuesday, September 27, 2011

Life Is A Game !!!

Errr lebih kurang macam itulah hidup ini. kadangnya di atas. kadang di bawah . kadangnya maintain terus menerus.

sepanjang tahun ini alhamdulillah .. semua yang aku nak hampir aku dapat. dan ada yang aku dah dapat. tapi ada juga yang terbengkalai. sampai satu tahap aku rasa mati akal. tak tahu nak buat apa. kadang-kadang rasa.. inilah zaman kemuncak hidup aku. bukan diambang kejayaan tapi ibarat diambang maut. sampai satu tahap aku hampir rasa nak muak dengan angka 28. cepatlah berlalu angka 28. supaya aku boleh rest in peace ... errr... lain macam je bunyi kan? haha... o.k...maaf...

tapi raya tahun ni memang banyak best ... cuma seperti selalunya aku belum berkesempatan berziarah rumah kawan-kawan aku T_T . macam tak ada perkembangan langsung aku ni kan kan kan ... haha... kemajuan tu dah ada. tapi saja tak nak tunjuk. sikit sikit je hehe ... Alhamdulillah ...

macam manalah agaknya aku nak tambah pendapatan ni T_T . apa aku nak buat. nak bukak restoran ataupun bakery aku dah tak ada skill. nak jadi artis pun pakej tak ada. mintak kerja itu ini.. tak dipanggil temuduga. nak jadi tukang jahit lagilah hancur... tapi target aku hujung tahun ni nak belajar menjahit. menu raya aidiladha ni insyaAllah nasi ayam ... haha... kalau nak buat nasi dagang pun boleh juga... minggu depan je aku experimen nasi dagang tu..kalau LULUS ... boleh lah buat nasi dagang raya aidiladha nanti ...

teringat dato' yang interview aku masa untuk jawatan pembantu pengurusan murid dulu ...
ada ke patut dia habaq ke aku ...

apa susah... kamu kahwin je lah ...

dengan selamba aku jawab ..

bukan tak nak kahwin... bila kahwin dapat suami yang boleh tolong jaga kita elok-elok tak apa .. kalau dapat suami yang tak mampu juga nak kita macam mana tu?

dato' tu senyum ... dan jawab ...
ye tak ye jugak ...

hilang dah BM Standard dia kat situ ... hahaha ...pengaruh aku kah itu?!!!

apa-apa pun .. aku kan jenis a FIGHTER... kene lah fight betol-betol kalau nak hidup zaman serba aluminium ni... betol dok?!!!

berkobar-kobar nak sahut cabaran aku .. tapi tak tahu nak mula dari mana... alahaiiii...

Ya Allah...bantulah kami hamba-hamba MU ini ...

nota: bila korang tengah sakan dok begelak tawa tu jangan lupa life is a game...hari ni saat ini mungkin korang sedang bergelak ketawa. tapi bukan untuk esok hari, untuk seminit lagi mahupun sesaat lagi ...

Wednesday, September 21, 2011

Instinct Yang Aku Tak Paham

Bukan senang dan mudah bagi aku untuk shopping sebab aku bukan kaki shopping... meneliti satu persatu tudung di satu kedai baru...buat aku terpaku sebentar. tak tahu nak beli mana satu... tiba-tiba satu tauke mencelah...

amoi..pe kata you beli ini ikan. banyak fresh wohhh hidup lagi..


dan akhirnya aku beli juga juga ikan yang masih hidup itu...

entah macam mana masuk kedai tudung ali-alih keluar kedai dapat ikan. erkkk?!!! di luar bangunan parking itu lori ikan tadi hehe...


sampai di rumah aku kasi ummie ikan tu. aku tanya dengan muka selamba ... ummie tahu ke masak ikan ni macam mana. rasa hilang akal pulak tengok ikan spesis yang tak ada kat perairan malaysia ni.


ummie jawab: ditanggung beres semua tu ... oh ya ... kat luar tu akak dah gantung semua baju-baju yang akak nak kasi kat adik ...


aku keluar dari ruang dapur ..memerhati baju-baju yang tergantung seperti yang ummie maksudkan.. aku tersenyum ... semua putih .... serta-merta hati yang tadinya rasa kacau bilau jadi tenang...setenang air di kali hehe ...


tiba-tiba ummie bersuara: eh tadi liz suruh kau col dia balik .. nombornya .... erkk... eh akak tak dapat ingatlah ....


tiba-tiba phone ummie berbunyi dan kakak liz di talian...

mak aiii .. apa ke topiknya sembang pasal budaya kunjung mengunjung dihari raya ni .. aduhai ...menda lah kakak-kakak aku stori ni. getus hati aku.


tengah dok syok dengar dorang bersembang. tiba-tiba ada bayangan yang melintas depan mata aku... dah itu dia .... Dia!!! hati aku berdebar... ya Allah apalagilah yang menimpa dia ni ... mohon rahmati dan lindungilah dia ya Allah !!! hati aku tak putus-putus berdoa... tiba-tiba ummie panggil aku :


su....cuba tengok ni!!! (sambil angkat ikan tadi tu tinggi-tinggi )


aku terkejut... dan kerana kejutan itu aku hampir-hampir jatuh dari katil ... pandai ummie buat kejutan ya ....

Monday, September 19, 2011

Cukuplah Aku Sekadar Di Sini !!!

Pertama sekali sha nak tegaskan cukuplah sha sekadar di sini :)...

lain macam sahaja entri sekali ini. sha tak kisah bila girls yang nak berkawan. tapi part lelaki ni .... sha payah sikitlah. bila jumpa depan mata pun sha akan buat-buat tak kenal walaupun hakikatnya masa sekolah menengah dulu duduk satu kelas.


haha!!!


sombong kan?!!!



tapi itulah hakikatnya... bukan masalah pilih kasih atau tak? bila dah 'ada kes' dan buatkan diri sha tak selesa memang sha akan ambil sikap tak peduli. ini bukan prasangka o.k tapi untuk kes-kes yang memang wujud dan pernah terjadi. sha mohon maaf sangat-sangat!!!



sha ni pun manusia biasa juga. ada hal-hal yang tertentu yang buat sha rasa tak selesa. untuk elakkan rasa tak selesa itu...dalam kata lain ... sha akan pilih untuk ambil sikap berdiam diri. sebab itulah sha. tak percaya tanya ummie ... hehe... bila kita ambil sikap berdiam diri orang akan kata kita sombong... tapi sekurang-kurangnya kita tak akan keluarkan ayat-ayat yang boleh buat dia sakit hati. kita boleh elak hakikat itu.



mohon jangan biarkan aku sakitkan hati korang dengan kata-kata aku. lidah aku ni sangat sadis... aku tak nak .. aku tak nak... aku tak nak.... biarkan aku berdiam diri sahaja o.k?!!!



memang lumrah dunia. makin lama dan makin dekat kita mengenali seseorang...kadang-kadang amat menyakitkan. itulah realiti. tak satu mesti dua.. tak dua mesti tiga.... macam terbalik pula perumpaan ni hehe...



apa-apa pun sha ... SEMANGAT!!! anda tak adalah sombong sangat. sikit je hehe...



Nota: anda semua memang terbaik. cuma aku yang tak mampu jadi kawan yang terbaik seperti anda semua :( {cc: mardziah noor, morliana (maaf jika aku salah eja), noor emifazilla (camya kah nama ko mi), Lisa, Marlinda, Ayu... (sapa nama ayu benar oh) dan tak lupa buat adek chenta norbaizura (sikda siti kan nama bye) hehe }