Friday, June 25, 2010

Gara-Gara World Cup

o.k aku cerita secara ringkas dan padat. aku tak tau nak merajuk ke tak? tapi sesekali teringin jugak le nak merajukkan?

ceritanya gini...
al-maklumlah musim world cup... berjaga tu satu kemestian. dan aku dah beberapa hari bercuti dari tengok world cup atas sebab-sebab tertentu. kalau aku nak senaraikan di sini tak cukup pages pages yang ada tau...

hendak dijadikan cerita...
semalam maksud aku pagi tadi le... gian aku datang balik nak tengok world cup. ditambah pulak team yang berlawan...

jadi aku layanlah...

tak lama lepas aku layan tetibe belanda dapat score... macam mana tu?
aku terus ambik henpon taip mesej.... cukuplah tu... dah dah masuk tidur lagi. belanda dah gol 1 tu...

dia reply...
biar arghh (ni memang bahasa standard dia bercakap dengan aku)

habis je masa pertama aku ters layan ning kejap. ah sudah! kalau dah pacak depan channel @ 15 tak sah kalau tak join sembang situ...

ingatkan dia tak perasan... rupanya kantoi!!!

antara mesej dia hantar
eh mana tau orang tengah layan ning?

kwang..kwang ...kwang...

insiden macam ni memang selalu berlaku antara aku ngan dia. nak kata duduk serumah. rumah lain-lain...negeri lain...lain... satu malaysia je sama... aku dah melanau... dia dah melayu....

tak lama lepas tu... sambil layan makan minum... sebab perut lapar... tetiba dia call...

dia: dah le tu... membazir je chat kat situ. suka betul buang kredit.
aku: eh mana ada lagi... orang dah tukar channel dah pun
dia: dah dah,,,, lewat sangat dah ni.. gi masuk tidur...
aku: alaa... orang nak tengok bola.
dia: tak payah... dah gi masuk tidur... esok tolong gerak macam biasa ye?
aku: tengok tu... tak aci betul le...orang disuruhnya tidur .. dia boleh pulak layan bola. dah le demam.
dia: hahhahaa..... (gelak dengan penuh kejam!)

dengan selamba dia sambung balik macam tak ada rasa bersalah

dia: pergi lah masuk tidur kay... nanti demam... susah...

aku: yela..yela.... nanti jap... orang tengah lapar ni... nak habiskan makan dulu ngan minum air....

dia: dengan siapa tu?

aku: macam biasalah... sorang je

dia: o.k habis makan semua .... masuk tidur terus tau.

aku:yela-yela... papai....

dia: bye... assalamu'alaikumwbt

aku: wa'alaikumsalam...

masuk je dalam bilik golek kanan...golek kiri... mata aku tak boleh tidur. terbayang-bayang dalam mata penjaring gol belanda jap tadi...aiyoyoyo...

entah jam berapa aku tertidur tapi jam 4 setengah tetiba ada orang call... bukan apa tu...saje nak cek le tu... dah tidur ke belum.... uwekkk wekkk....

nota: lain kali layan bola buat macam tak layan je.. tak adalah sape-sape nak halau anda pi masuk tidur =p

Monday, June 21, 2010

Kamus Melanau Kembali

hati yang sadis tak kan mampu menghalang aku daripada teruskan kamus ini... caiyok!!!
jom kita belajar...
nuan yea kah dek? maksudnya dalam bahasa melayu ada yea kah dek?

nuan... maksudnya dalam bahasa melayu ada

gan dun? maksudnya dalam bahasa melayu mana dia?

nak ajew ah.. tibah gak yea teng lebuk puyan wei... nanti dulu/sebentar ye...pagiil kan yea di dapur wei...

eh hadiah joh ko teng mo...maksudnya dalam bahasa melayu ni hadiah saya buat awak

tahniah dan selamat pengantin baru

terima kasih. mei masuk seng kah?maksudnya dalam bahasa melayu terima kasih. tak nak masuk dulu ke?

pelow seng... nuan tow bertandak eh...maksudnya dlam bahasa melayu tunggu dulu/nanti dulu. ada orang bermukun ni

sekejep gik start masudnya dlm bahasa melayu sebetanr lagi akan bermula

bukan mei luk....maksudnya dlm bhs melayu bukan tak nak

tapi mei pahal lah... maksudnya dlm bhs melayu tapi tak apa lah

miak aseng ko masem eh... maksudnya dalam bahasa melayu rasa malu saya macam ni

o.k lah.. nak liluk labik songnah maksdunya dlm bhs melayu o.klah jangan lupa datang esok

insyaAllah ...

selamat mencuba!!!


Friday, June 11, 2010

Lagenda Rumah Panjang Melanau (Over 100 years)













inilah dia satu satu nya contoh rumah orang dulu-dulu.... rumah ni le yang aku cakap lebih dri 100 tahun. apalah abie ni... ambik gambar dari luar je. sebenarnya dapat masuk dalam rumah tu... aku pernah buat kajian dulu masa untuk subjek bussiness communications. ada banyak lagenda di sini sebenarnya. kisah cintan cintun pun ada=)



Thursday, June 10, 2010

♥♥♥♥♥♥♥ cukup indah ♥♥♥♥♥♥♥

ternyata dalam 1001 keharuan itu ada yang cukup indah. mau tahu ke? sebenarnya aku teringin nak kasi foto tentang tempat aku kat sini ngan you all ... aku usaha ye... hahhaha

aku amik gambar dari abng aku punyer fb dulu...erk... sabar ke korang tunggu aku carik carik gambar tu...
bukan apa? nanti korang nak mai sini ... tak adalah sesat. sekurang kurangnya korang ada gabar dan tunjuk je gambar tu kat orang ramai yang lalu lalang hhahhahha .... amacam? ada brani???

Bebaskan Harimu Dengan Cintaku

kalau di blog hijau sudah aku catatkan sebahagian daripada pertanyaan kaum Adam. jadi, untuk di sini aku lebih suka bertanya kepada diri aku sendiri ... wah kira bermonolog lah ni. hahaa... sejauh mana aku meletak kan kepercayaan kepada si adam.
bagi aku ... ini bukan masalah percaya atau tidak.
andai kata aku tidak sanggup erdepan dengan mu duhai kaum adam pasti ada sebabnya. yang pasti

bukan kerana curiga aku terhadap diri mu. aku cuma lebih selesa ditemani oleh keluarga aku sahaja ke mana-mana aku pergi? aku pergi menemui siapa? gaya hidup itu lebih aku senangi. mungkin bagi sebahagian manusia mereka kurang senang dengan sikap yang sebegini. tapi bagi aku... ke mana jua kaki aku melangkah setiap langkah yang aku atur itu ku bawa sekali maruah dan kehormatan mereka. tidak mungkin aku mampu jaga seorang diri. apakah menjadi masalah sekiranya aku minta ditemani oleh keluarga ku sendiri. malah darah daging aku sendiri.

susah yang aku rasa. mereka lah penawarnya. patah kaki aku...merekalah tongkatnya.

aduhai hawa...
ketegasan mu lah yang mampu menyelamatkan nafsu nafsi si adam...
berjuanglah wahai hawa...
sang adam sememangnya menunggu engkau untuk sama-sama membantunya...

Kembalinya Kamus Melanau

memandangkan mood aku masih dalam mood cuti dan mood perkahwinan (alololooo macam dia pulak pengantin baru...) jadi topik tu masih tak lari lagi lah....muahahhaaa...

oit... nak liluk maloi ko nikah nah?
maksudnya dalam bahasa malaysia oit...jangan lupa datang aku kahwin nanti.

eh mestilah ...
maksudnya dalam bahasa malaysia ... eh mestilah ( no changes)

pidan dun?
maksudnya dalam bahasa malaysia ...bila tu?

ulan beles lau bulan enem
maksudnya dalam bahasa malaysia 19hb 6
insyaAllah.

pidan agik mo bak nikah?
maksudnya dalam bahasa malaysia bila lagi awak nak kahwin ni?

low mak aluk seng
maksudnya dalam bahasa malaysia tunggu je dulu lah...

nak lulo katah anik.
maksudnya dalam bahasa malaysia jangan tunggu lama sangat

deng mo ko eh. banus mebei ta'ah beritah agik.
maksudnya dalam bahasa malaysia awak tengok saya ni .langsung tak dengar berita dah.

yuk...
dalam bahasa malaysia maksudnya ... ya

selamat mencuba kawan-kawan

Monday, June 7, 2010

Kamus Melanau muncul kembali

memandangkan musim kahwin dah tiba aku post pasal nikah kahwin boleh?

pidan mo bak nikah?
maksudnya dalam bahasa malaysia ... bila awak nak berkahwin?

ko nikah tahun nah
maksudnya dalam bahasa malaysia .... saya kahwin tahun depan.

sai dengah mo nikah?
maksudnya dalam bahasa malaysia... awak bernikah sama siapa?

tow gan dengah mo nikah?
maksudnya dalam bahasa malaysia... awak bernikah dengan orang mana?

dengah low kedau debei
maksudnya dalam bahasa malaysia.... sama orang tempatan/ sama orang di sini jugak/ sama orang tempat aku sendiri/ sama orang kampung ku sendiri.

dengah low jauk
maksudnya dalam bahasa malaysia ..... dengan orang jauh

kaler no tema majlis mo nah?
maksudnya dalam bahasa malaysia.... apa tema warna untuk majlis kamu nanti?

kaler putik lah.
maksudnya dalam bahasa malaysia....warna putih lah

konsep no majlis mo nah?
maksudnya dalam bahasa malaysia....apa konsep majlis kamu nanti?

konsep tamen lah.
maksudnya dalam bahasa malaysia ialah... konsep taman lah.

nota: tahniah buat adik baizura yang telah bergelar tunangan orang... jangan lupa jemput tau!!!

Kenapa Aku Harus Kahwin Lusa?

assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua ke atas kamu...kamu...dan kamu...
seminggu dah tak berupdate rasa terraba-raba jejari mencari-cari letak huruf demi huruf di atas keyboad ni.
kisah cerita cuti sepanjang minggu pertama.
aku tercari-cari satu perkara yang agak klasik dan unik tapi masih memuatkan ciri-ciri serawak itu sendiri. nampaknya setakat ni tak jumpa lagi.
hehee...macam tetau je tengah susah kan kan kan....
hohooo...lama dah tak pergi kenduri orang kahwin. best jugak pergi sekali sekala macam hari tu. selain daripada tu, ada pergi besday party adik Izz Ariffin muahhahhaaa.... hepi besday adik arif...ada anniversary gakz... huhuu.. bila lah aku nak sambut anniversary kawen ni hakhakhak....ada majlis makan-makan jugak...tapi yang terkenang tu time malam karaoke tu le. ingat nak tumpang sekaki kalau bukan kerana sakit tekak... aku dah rebut-rebut gak mic tu... hahhahaa...
ampun le umie..mana lah ku tahu yang warung tepaat kitorang selalu lepak tu le namanya umie hahhaaa... tapi siyes memang sedap menu kat situ. ada lagi tempat best kat bandung. hhahaa... macam mana tu?
satu hari sedang aku asyik menonton TV tetiba je adik nurul izzah aqilah mendekati aku....

nurul: su...bila su ni nak kahwin?
su: aik? kenapa?
nurul: yelah...su kahwin je la...
su: amboi....

diam...

kemudian aku bersuara lagi

su: erm... nak tengok su kahwin bila tu?
nurul: lusa?
su: okay... esok su cari calon suami.
nurul: kalau esok cari calon suami maksudnya lusa su kahwin lah ek?
su: lebih kurang macam tu lah.
nurul: okay...

tapi...tibe tibe petang tu dia kene keracunan makanan. kesian jugak tengok dia.
esok hari tu dia masih jugak sering ngadu sakit perut.
kemudian tiba hari lusanya...
awal pagi dia sergah aku dalam bilik...

su... oh su.... bukan hari ni ke su kahwin?

lalu aku jawab...
bukan su tak nak kahwin hari ni. tapi aqilah kan belum sehat.

dia sambung...
erm...kalau macam tu lusa je lah su kahwin ye...lusa dah tentu sehat dah ni

ku jawab...
insyaAllah kalau malam ni dapat cari.

dalam hati aku bilang.... dia ingat nak kahwin ni senang ke? (sambil garu kepala)
aku ambil laptop sebab sekejap lagi aku nak sambung short story aku.

nota: ada-ada je fi'il budak-budak ni...janji korang sabar sudah lah...