Tuesday, August 28, 2012

Opssss ....Maafkan saya !!!

Baru-baru ini mulut aku memang agak lancang. sudahlah aku tak sihat. Ditanya pula dengan soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab ... memang jawapan aku kasi ... nak mati saja...

pernah satu kali tu aku jawab .. aku tak nak mertua aku nanti bising ngata aku tak reti nak buat kerja. kikiki ... kan dah melalut dah tu ....

JANGAN TANYA SOALAN YANG AKU SENDIRI TAK BOLEH NAK JAWAB BOLEH TAK ?!!!

terus terang aku katakan wahai ibu..ibu .. aku adalah seseorang yang tak suka memulakan sesuatu. sebab aku jenis macam ni lah ... maka timbul satu ayat ... kena usaha !!!

masalahnya ... usaha bagi aku banyak caranya ...

antara-antaranya ...
1- mendekatkan diri kepada Allah. (selalu jugak tersungkur ... tersadung ...macam mana nak berumahtangga?)

2- belajar bersabar ( selalu juga naik angin ... macam mana nak menghadapi alam rumahtangga kalau dah macam ni?)

3- belajar skill mengurus rumahtangga ( Yang ini kena menuntut sendiri nampaknya... Mak dah tak ada nak mengajar... saya tak nak orang kata skill rumahtangga tak mantap sebab Mak Bapak pergi awal. silap haribulan abang-abang saya pula yang dipersoalkan. saya tak nak keluarga saya diumpat, hanya kerana hal yang leceh macam ni. Lain cerita bila satu pihak lagi sanggup nak mendidik....)

Bila dah sedia semua hal - hal yang di atas ... tanpa dicari pun jodoh itu akan datang dengan sendirinya. Mohon janganlah risau tanpa bersebab ye.

Allah lebih tahu apa yang lebih baik buat hambanya. Jika saya boleh bersabar, jika saya tidak pernah mengeluh .. kenapa tidak kalian?!!!

Janganlah dipersoalkan kerja Allah. siapalah kita untuk mempersoalkan. Hal ini tak pernah mengganggu ketenteraman hati. Syukur Alhamdulillah...hati selalu tenang walau diasak dengan bermacam-macam ayat power... cuma sedikit kesal... sedkit kesal...sedikit kesal ...

biarpun berpuluh-puluh kali jawapan diberi. Namun, jawapan kepada soalan yang sama tetap juga masih dituntut. Jangan menuntut jawapan yang aku sendiri tidak pasti ...kerna yang pasti...aku akan mati ...

Bukan mati bunuh diri... tapi itulah hakikatnya ... saat kematian itu semakin mendekat ...
 aku sedih ... bilamana aku sedar amalan yang akan ku bawa ini tidak akan mencukupi.....

aku sedih ... bilamana banyak urusan dunia ku yang belum selesai... Mana mungkin aku boleh mati dulu sebelum semua urusan aku selesai... Tapi...ajal itu ketentuan Allah. dan aku tidak mampu mengubahnya.

kesimpulannya cuma ada satu hal yang sedang bertapak perlahan-lahan dalam diri aku sekarang.

SOAL HIDUP , IBADAH DAN MATI AKU...

Nota: inilah yang buat hati aku rasa selalu berdebar-debar menunggu esok hari ...aku tidak pasti sama ada esok itu masih ada untuk aku ataupun tidak. aku takut jika aku pergi dalam sebegini... pasti aku tidak akan berada di sisi NYA ... amal aku masih belum cukup.

Buat adik-adik , kakak-kakak ... abang-abang ...
Bila cinta hakiki yang kita kejar ... tidak akan ada letaknya cinta dunia di sudut hati kita...baik secalitpun ...

Jodoh Oh Jodoh !!! ^_______^

Ini bukan entri gedik. Ini sekadar entri pesanan.
hik hik hik ....

Seperti yang  aku katakan dalam entri saat per saat fesbuk Bukan hal yang mudah nak bagi orang lai puashati dengan jawapan kita bagi.

Ingatkan persoalan tentang jodoh dah habis. Sekali lagi ia terlepas dari ikatan yang kukuh...sehingga aku keluarkan ayat-ayat yang tak berapa nak senonohnya didengar oleh orang-orang tua.

Di sini aku jelaskan sedikit demi sedikit ye. Kalau dulu zaman awal-awal 20-an ...ye ... memang aku selalu terfikir soal jodoh ni. tapi sejak usia dah beranjak cecah 25 tahun. Pandangan aku tentang jodoh mula berubah. Dan sekaligus meragut rasa keinginan untuk melangkah ke alam rumahtangga.

secara umumnya .... kita tahu kelahiran, pertemuan, perpisahan, kematian, jodoh itu semua dibawah perancangan Allah. Dan persoalannya sekarang tentang jodoh. tentang jodoh ... ya .. tentang jodoh.

Nota: aku sambung ke entri lain ya .... nanti meleret sangat pula entri yang satu ini ...

Wednesday, August 15, 2012

Kisah Ibu Dan Sepotong Tembikai !!!

kebelakangan ini saya cepat penat. Bila cepat penat... mesti sesak nafas!!! Oksigen !!! Oksigen !!! Oksigen !!!

Begitulah keadaannya ~~~

Semalam lepas selepas isya' saya terus tertidur ... jam tak cecah lagi jam 9 malam saya tertidur-tidur ...aduhai !!!

minggu ni memang minggu moody bagi saya :
sebenarnya bukan sebab lapar. Entahlah .. kenapalah saya rasa penat dan lesu sangat...
Semalam ... saya belah tembikai yang sangat merah isinya. teringin nak rasa. Memandangkan kesihatan tak mengizinkan, makanya, saya tunda hajat itu untuk beberapa bulan yang mendatang.

sehinggalah ...
saya tiba di suatu kawasan yang sangat saya kenal. depan tangga rumah jiran lama...

Tiba-tiba ada tangan yang menghulur....
saya nampak sepotong tembikai ...
mula-mula saya ragu untuk mengambilnya ...
kemudian bila saya mengangkat muka untuk melihat siapakah pemberinya ...
saya sangat terkejut ....

ingat lagi tak dengan kisah sebiji epal ...

realiti kehidupan sakinah link entri tersebut terdapat dalam entri Realiti kehidupan Sakinah ini.

sambung balik cerita...
Ibu tersenyum dengan berpakaian serba putih ... dia memegang tangan aku dan meletakkan sebahagian daripada tembikai itu. kemudian, datang seorang kana-kanak lalu meminta sebahagian tembikai daripada aku... aku tidak mahu berkongsi...

Lalu ..ibu peluk aku ... tembikai tadi dipotong sebahagiannya dan diberikan kepada budak itu ....
Kemudian ibu menggantikan dengan sebiji tembikai yang merah isinya ....
akhirnya ...ibu mengajak ke surau .... dan selesai solat ... ibu telah tiada di sisi ... dan aku bersendiri untuk kesekian kalinya ...

Nota: sampai termimpi-mimpi aku nak makan tembikai ... ishk ishk ishk ...sepanjang hayat hidup ibu aku ... pernah sekali dia bagi makan tembikai. bila makan sepotong pun dah boleh buat demam. Lepas tu ibu tak bagi makan dah ... bila dah semakin membesar semakin menjadi pula rasa nak tembikai. he he he ... Terbangun saja tidur terus baca Al-Fatihah .... Lama dah tak mimpi ibu ... Baru semalam dan masih segar diingatan senyuman ibu untuk saya. Ibu juga turut tergelak bila tengok saya tak nak berkongsi tembikai. dia kenal sangat anak dia yang seorang ini memang tak suka berkongsi dengan orang lain.

Bila telefon ke sibu, dapat tahu adik Izz Ariffin demam. Ibu dia sampai ambil cuti sekolah nak jaga dia. Semoga cepat sembuh Izz Ariffin ...Ibu dia kata ... setiap kali aku  telefon mesti ada hal yang berlaku.

"Usu ni dapat instinct kah?!!!"

"Erkk.. Tak lah !!!"

-Ha Ha Ha-

Sunday, August 12, 2012

Realiti Kehidupan Sakinah !!!

Masih ingat dengan entri ini

saki-baki-ramadhan-terakhir-sha83kaizer Tahun 2010

masih ingat lagi entri ini

ketika-cinta-memanggil-aku puasa Tahun 2011

terserempak pula dengan entri ini malam ini

azfar9897 - dengan title entrinya tanda malam lailatul qadar

Secara tak langsung apa yang berlaku sejak akhir - akhir ini betul-betul mengingatkan aku dengan beberapa insiden yang mendatangkan kesan yang sangat hebat dalam kehidupan aku.

Bila aku fikir -fikir balik ... Allah Maha menepati janjinya.
bila kau merangkak mendekati Allah... Allah akan berjalan mendekati kamu, bila keadaan kau berjalan dalam mendekati Allah. maka, Allah akan berlari mendekati Kamu dengan tangan yang terbuka.

Kadang-kadang terkesan dengan situasi sekarang...
selalu saja tengok orang berlumba-lumba nak menemui malam lailatul qadar. macam-macamlah yang diupdate kat status fesbuk.

nak sangat jumpa malam lailatul qadar ...
aku kasi kau tips satu saja... selalu berusaha memperbaiki diri. BUKAN HANYA PADA BULAN RAMADHAN. jadikan titik Ramadhan ini adalah permulaan kepada setiap kehidupan anda yang baru. jangan masa Ramadhan saja bukan main rajin ibadah. macammana nak jumpa malam lailatul qadar bila ibadah pun tak konsisten?

bagi aku ibarat .. sepanjang bulan Ramadhan itulah bagai malam lailatul qadar. aku tak pernah nak fikir kejar malam lailatul qadar. hati tertanya-tanya juga macammanalah rupa malam lailatul qadar tu ya... tapi, lama-kelamaan aku mula dapat terima... ibadah aku tak sempurna lagi, banyak yang harus diperbaiki... hanya keajaiban daripada Allah sahaja yang membolehkan aku menemui malam itu. dan akhirnya... aku tak seghairah seperti tahun-tahun sebelum itu.

aku tak tahulah dengan manusia lain.  apakah sama seperti yang aku rasa. setahu aku setiap tiba bulan ramadhan hati aku sayu saja. sebab ibu aku pergi ketika 20 Ramadhan ....disaat usia aku nak masuk 11 tahun. Sebelum itu, bukan aku tak pernah bermimpi.. aku pernah bermimpi tapi selalunya incase benda tu mendatangkan trauma pada aku secara tak langsung terbawa-bawa ke alam mimpi.

disaat saki baki 10 malam terakhir inilah ibu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak pasti ibu ketika itu macam mana... sebab last tengok ibu terlantar... dia strok, mati sebelah badan ...bila masuk air dalam mulut, keluar balik, tak dapat ditelan. hakikatnya pada hari itu ibu dalam keadaan berpuasa.

Nak tahu cerita selanjutnya
rujuk  Entri secubit rasa dikongsi bersama 2 ini di sini.

Selepas aku dapat mimpi ini ... perjalanan hidup aku berubah sedikit demi sedikit. Sama seperti wujud deria rasa yang lain. Apa yang berlaku pada masa depan... mengenai hal-hal yang paling penting dalam hidup aku, mesti dapat dari mimpi dulu... Mula-mula aku ingat hal biasa. tapi selepas aku tinggalkan zaman persekolahan aku... ia sangat kerap terjadi. sehingga tahap aku mimpi seorang nenek ni dah meninggal....walhal masih hidup, sekali tengok setahun ke ataupun tak sampai setahun kemudian betul betul nenek tu meninggal. aku mimpi kakak ipar aku jaga seorang gadis yang sakit tenat... aku rasa seperti aku yang tenat dan nazak ... tak sampai setahun anak buah aku siti Nurhidayah betul-betul tenat setelah lebih 3 tahun menghidap kanser tulang. aku rasa seperti umur aku tak panjang ketika di kolej. jadi aku tanya pada sahabat baik aku... andaikata lah aku balik malam ni aku tak selamat sampai dan dia dapat koling daripada keluarga aku... macam manalah rupanya ya... dia peluk aku kuat tak nak lepas sambil kata... dia akan menangis sepanjang malam. sepanjang hari .. beberapa hari kemudian aku dapat koling dia yang pergi dulu. dia kata nak bagi surprise kat aku untuk sem depan... tak sangka Allah ambil dia dulu dan akhirnya aku yang menangis. sikit pun aku tak boleh nak buat apa-apa ... nak berdoa pun tak boleh untuk dia. dia non-muslim. akhirnya aku mimpi, dia mintak tolong daripada aku, aku katakan aku tak boleh nak tolong dia. bukan sebab aku tak sayang dia. tapi aku memang tak boleh. Rasulullah sendiri pernah berdoa untuk insan yang amat disayangi sehinggalah Allah menegur perbuatannya...

sejak kejadian kecil aku menemui ibu aku .. aku dah mula buat muhasabah diri. sebelum tidur itulah yang aku amalkan. aku juga tak pernah lupa berdoa supaya Allah hindarkan aku daripada mimpi-mimpi yang boleh memporak perandakan kehidupan seharian aku. sebab aku tak nak ketenangan yang aku miliki terganggu. kadang-kadang ia datang juga... tapi .. datangnya bukan untuk memporakperandakan ..datangnya bersama unsur kekuatan rohani yang sangat kuat supaya aku bertahan mengharungi kehidupan seharian aku dengan tenang dan gembira.

betullah seperti yang dimimpi ...
aku tak suka Epal .. tapi ibu paksa untuk aku terima. dan aku terpaksa ambil.

teringat satu firman : boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan pada hakikatnya ia baik untuk kamu di sisi Allah. boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan pada hakikatnya ianya tidak baik untuk kamu di sisi Allah.

NOTA: Sibukkan diri kamu memperbaiki diri dari sehari ke sehari. jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai titik permulaan buat kamu... pelan-pelan pun tak apa ... Asalkan berterusan.

bagi aku .... perkara pertama yang aku nak buat dalam hidup aku sekarang memperbaiki hubungan aku dengan seluruh ahli keluarga aku. tanpa keluarga aku tak akan jadi seperti sekarang ni. aku tak akan sekuatmana pun ... keluarga adalah tonggak utama dalam kehidupan aku. kawan-kawan adalah bonus untuk kehidupan aku. syukur Alhamdulillah...terima kasih semua untuk siapa-siapa yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam hidup saya selama ini. Semoga Allah melindungi dan merahmati hidup kita semua.

Betul kata kakak ipar aku. aku ni asyik marah-marah saja hari ni. maafkan saya... tapi seriuslah kek tu memang menggoda :P ...

ya Allah ya Tuhanku,Ampunilah kedua ibu bapaku, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil dulu.  amiiin ... Allahumma amiin amiin ..amiin insyaAllah