Showing posts with label Tentang Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Tentang Mimpi. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Malaysia VS Malapetaka?!!!

kami sayang Malaysia !!!
Aku bertungkus-lumus mengemaskini dan menyemak hasil kerja surat permohonan dan resumeku. Aku capai jam tanganku letaknya atas meja tulis.

'ah...sudah setengah jam 1,' getus hati kecilku. 

Namun jiwaku merusah secara tiba-tiba...

dag..dig..dug...jantungku mula berdetak tanpa mengikut tempo yang betul. Kedengaran detakannya sungguh ke laut. 

'aik...bukankah jam tangan aku sudah mati. Takkanlah hidup balik jam yang dah sakarat tu,' hati kecilku tertanya-tanya. Dalam pada masa yang sama. Aku merasakan kesejukan mula menyellimuti tubuhku. 

'luarbiasa sejuk ni....Kenapa ye?' 

'Ya Allah, sesungguhnya suasana sejuk ini bukan yang terbaik bagi aku. Namun aku percaya hanya ENGKAUlah yang lebih Maha mengetahui.'

terasa darah yang mengalir dalam tubuhku mulai membeku...sedikit demi sedikit aku melihat diri aku bagaikan di ambang sakaratul maut. Ditengah-tengah perjuangan aku menempuh fenomena sejuk luarbiasa ini.... Baru aku lebih jelas...sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Bagi orang yang beriman...tidak ada masa untuk berbuat atau bersangka yang tidak baik kepada insan yang kita tak kenal....
zikrullah tasbih tahmid dan takbir tidak lekang dari bibirku. Dalam payah aku cuba untuk tersenyum. Lama-kelamaan kakiku semakin membeku. tidak boleh bergerak. Aku usaha untuk bangun...namun aku terjatuh dari atas katil. 

Aku berusaha sehingga berjaya naik ke katilku semula...sedangkan kesejukan itu sungguh dasyat rasanya. Benar...aku tiada persediaan untuk menghadapi musim sejuk. 

Allah maafkan aku kerana tidak bisa menjaga anggota tubuhku dengan baik. Maafkan aku ya Allah...maafkan aku ya Allah.

Breaking News !!!

seluruh berita dunia sedang memaparkan musim sejuk luarbiasa untuk Malaysia. Aku tersentak ....

Perlahan-lahan mata aku menoleh  ke arah TV Namun, Yang jelas skrinnya pun kosong je......... Aku tarik selimut tebalku....tubuhku mula menggigil....aku tutup mata dan minda aku tetap berada di dalam keadaan sejuk menggigil. dan sehinggalah aku membuka mataku sekali lagi....

Allahu rabbi....Kesejukan itu masih kurasakan. Aku menggigil sambil menarik selimut tebalku...hujan renyai mula kedengaran sedikit demi sedikit..... Ya Allah...janganlah diuji sekali lagi...sesungguhnya kami ini hamba Mu yang lemah dan sangat memerlukanmu.....

check temprature: Demam aku menaik dengan mendadak....

tertidur kembali....

Allahu Akbar Allahu Akbar!!!!!
senyuman terukir dibibirku. Aku sentuh dahiku... Alhamdulillah.......


Monday, December 15, 2014

Ular ... Oh ...Ular !!!

Tak pasti kenapa ....tapi ianya berlaku sekelip mata saja. ZASSSssssssssss!!! Terus terpapar di skrin kehidupan Sha, Al-kisahnya begini.....

Tengah syok buat kerja. Tiba-tiba aku di sergah Si Baby.

"Usu... O Su.... Jom lah main!"

"Ishkkk budak ni....buang ular tu B !!!!"

"sikda hal Su... Apak suruh main",

Aku terus melompat dari tempat duduk asalku. Aku merenung dia mengusap badan ular tersebut. Sepertinya seolah-olah baby ni pula yang tolong si ular tu bersalin kulit. Lama-lama baru aku perasan ia seekor ular sawa batik jawa. Eh ?!!! ada ke ular batik jawa ?

Beberapa minit kemudian, mat aku bagai dipaku untuk memandang ke arah bawah kerusi yang bersebelahan dengan pintu masuk ruang tamu.

'Oh...tidak !!!!'

Ada seekor lagi ular. Tapi aneh ...badan si ular ini berwarna putih. Aku tak dapat kenal pasti. Aku berlari ke arah bilik dan keluar dari ruangan tersebut. Tapi...aku dihalang oleh si ular tadi. Aku capai apa-apa yang boleh menutup pandangan ular tersebut. ya.... aku campak tuala ke atas ular tersebut kemudian berlari keluar bilik.

Entah dari mana datang kelibat seseorang membantu aku dengan selamba memukul ular tersebut. Dia letak ular tersebut dalam plastik dan bagitau aku...

"sekejap ye...saya prgi buang ular ni dulu."

"o.k!!!" Saya tergamam seketika. Mata Tak berkedip. Betulkah apa yang ku nampak sekarang di depan aku. Bila masa dia sampai ?!!!

Tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi dari arah dapur.  Suara orang bercakap. hati aku berdebar-debar sambil berjalan ke arah dapur. Aku Terkejut ....Lidah kelu. Tapi, mata aku tak lepas daripada memandang pinggan mangkuk yang tak siap aku bersihkan dan kemaskan.

dalam hati aku tertanya-tanya. Dia bawak umi dan abah dia sampai sini ?!!! tak bagitau pun ....

Kedengaran kemudian satu suara bagi salam.

"Assalamu'alaikum ...."

sayup-sayup je kedengaran bunyi tabuh. suara azan pun mndayu-dayu. Perlahan-lahan mata aku buka. Oh...mimpi rupanya !!! Sungguh debaran itu masih kurasa hingga sekarang.

Friday, March 7, 2014

Onmode Rindu

Dengar lagu ni rindu sangat-sangat suasana yang pernah bertandang . Agaknya bila aku akan jejak kaki ke situ. 

Tuesday, November 6, 2012

OH .... Tahulah Saya !!!

Alhamdulillah .. murah rezeki ...
Akhirnya rumah itu betul-betil menjadi milik aku yang sebenar. Aku melangkah masuk ke dalam rumah penuh hati-hati.

Dengan .. lafaz Bismillah ... tetapi ada sesuatu yang mengganggu pendangan mata aku. Gadis berambut karat itu!!!

"Eh ... kau masih ada kat sini lagi?"

"Maaflah ... barang aku kemas tak habis lagi. Nak duduk? Duduklah .. jangan risau...aku dah kurung anjing kesayangan aku."

"Ah ... kau memang selalu tak dengar cakap aku kan?!!! Baik kau keluarkan saja anjing kau dari dalam bilik tu."

"betul ke ni? Bukan kau tak boleh sentuh anjing ke?"

"Yang aku tau ..masih banyak lagi kerja aku lepas ni."

Selesai kerja-kerja gadis itu di rumah....dia terus keluar dari rumah dengan rasa gembira.

Aku menyelesaikan tugas-tugas aku "membersihkan" rumah tempat tersebut.

Menjelang malam. aku dikunjungi oleh rakan-rakan sekerja aku. pada asalnya kami sekadar sembang-sembang kosong di ruangan tamu.

"oh .. sinilah rumah kamu ye?"

" ya... rumah kecil sajalah :)"

" Eh ..banyaknya kucing kat kawasan rumah kau ni?"

" kat sini memang banyak kucing terbiar."

Tiba-tiba lalu di depan mata seekor kucing yang besar. Aku terkejut. Lantas bersuara:

" Eh ... Besarnya kucing depan tu."

" wah ,,, geramnya tengokkk !!!"

aku tak tunggu lagi kat situ. Sedar-sedar aku dah pun berada depan pintu. Dalam hati aku berteka-teki ;

' Kucing apanya sebesar tu? dah rupa raksaksa dah nengoknya! sekali dia NGAPPPP!!! '

Tangan aku mula memulas tombol pintu rumah. Aku jerit ke arah teman-teman aku mengajak mereka masuk. Tapi ... belum sempat aku bersuara.. aku melihat mereka lari lintang-pukang dan kucing itu pula mengejar mereka. Aduh ...apa aku nak buat ni Ya Allah... selamatkanlah sahabat-sahabat aku!

Tiba-tiba aku didatangi oleh salah seorang kanak - kanak dibawah bimbingan ku kini. aku pun bertanya:

" Eh ... buat apa di sini?"

" Saya datang nak melawat... saya bawa keluarga saya sekali."

"Lor .. ye ke? susah-susah saja."

" Ini untuk ustazah .. tak adalah mahal sangat...tapi semoga ada manfaat ya .."

Aku senyum lantas mengucapkan terima kasih ...Tiba-tiba... kucing itu merempuh pintu masuk lalu bertukar menjadi saiz kucing  yang biasa. Dengan selamba budak tu marah kucing tu...

" Tom .. apa ni ? suka betul kacau orang ye? aku kurung kau nanti baru tau!"

Aku ; "Erkkkkk!!!"

Dalam hati terfikir .. memang sebiji macam filem tom and jerry insiden sebentar tadi.

Tetamu yang datang aku jemput masuk. Dan kami menjamah sedikit jamuan yang telah aku sediakan di ruangan taman di laman belakang rumah. Semasa menjamu selera bersama-sama mereka, aku didatangi seorang ibu ...

" terima kasihlah sebab banyak membantu anak-anak saya di sekolah."

tengok wajah si ibu .... tapi sekali tengok anak yang dipegangnya anak orang lain. Aku sangat terkejut ...sedkit demi sedkit aku rasa tubuh badan aku menggigil ... menggigil dan menggigil ... kepala aku mula berdenyut - denyut... Nafas aku mula tak teratur. dan aku mula kekurangan oksigen. Aku pejam mata aku seketika bagi menenangkan diri aku. kemudian, aku buka mata perlahan-lahan... Laman yang menghijau itu kini hilang daripada pandangan mata aku. Yang pasti aku terlantar di kerusi berdepan dengan TV panasonic.
Aku dapat merasakan sejuk sampai ke tulang. seluruh tubuh badan aku menggigil dan sakit-sakit. Kepala aku mula rasa berat.  Oh ... tahulah aku ... dan aku mula sedar. Aku masih sakit lagi rupanya. Aku bangun perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik. merbahkan diri di atas  katil dan terlena sehinggalah jam 12 malam...

Sunday, October 28, 2012

Dengan Hanya Satu Lafaz!!!

Astaghfirullah al adzhim !!!

hanya itu yang yang mampu aku ucap... aku bernikah ?!!!

Al-kisahnya, aku sedang fokus ulangkaji peperiksaan yang bakal menjelang.  Tiba-tiba...aku didatangi seorang lelaki bersama kawan-kawannya yang lain. Lalu lelaki itu pun bersuara:

-"assalamu'alaikum ... saya nak jumpa awak ni..."-

-" hey ... saya tak sukalah tengok awak !!! Awak tau tak dah berapa kali awak sakitkan hati saya!"-

-"tapi... saya nak sangat jumpa awak. Kita perlu berbincang."-

-"nak bincang apalagi?!! saya tak fahamlah dengan awak !! Saya kata pergi .. pergi sajalah !!"

Akhirnya dia melangkah pergi dari situ. Tetapi ... kawan-kawannya tidak berganjak dari situ. Malahan mereka rancak bercerita yang dia bakal mendirikan rumahtangga dengan seseorang. Tiba-tiba, aku didatangi sahabat baik aku zaman dulukala....

-"Awak .. awak tau tak dia nak kawin dah. Awak tak boleh biarkan dia kawen  macam tu je."-

-"sukahati dia sajalah nak kawen ke tak...saya tak nak peduli apa-apa pasal dia lagi. Awak faham tak?!!! saya tak nak ambik tau!"-

_"awak kena ambik tau jugak. awak kan isteri dia. setiap keputusan dia nak kawen lagi satu atau tak...keizinan harus ada dipihak isteri pertama."-

aku tersentak seketika lalu terdiam dengan kenyataan itu. saya pandang tepat ke dalam mata dia lalu berkata,


-"macamlah saya tak tau yang dia tu nak kawen. biarla dia nak kawen ngan sape-sape. saya takkan ambik tau lagi pasal dia."-

aku ambil beg terus keluar dari rumah lalu memecut ke rumah Mama. sampai di rumah mama aku didatangi lelaki itu sekali lagi. sekali lagi aku berkeras menyatakan yang aku takkan berjumpa dia. maka, keluarlah si abang gangster lalu meluru ke arah lelaki itu.

-"kau nak ape hah daripada adik aku ?!!!-

-"bro. aku ke sini bukan nak cari gaduh. aku cuma nak ajak dia berbincang saja."-

-"Tapi ..aku tak nak jumpa dan bincang apa-apa ;agi dengan kau. Kau faham tak?!!!"-

-"ye ... aku faham."-

-"Habis tu kau nak apalagi daripada aku? kalau nak kawen..kawen sajalah dengan dia tu. aku tak nak ambik tau lagi."-

-"kau dengar tak apa adik aku cakap tu?!!!"-

-"tapi abang ... dia isteri saya . saya tak kan berganjak selagi dia tak nak ikut saya."-

Sekali lagi aku tersentak. Hati berkotak katik...

'Betul ke yang aku ni isteri dia?'

'Bila masa aku bernikah dengan dia?'

-"Buktinya!!!"- suara abang mematikan monolog yang mula berteka teki di dasar hati yang mendalam.

-"ni dia abang ..."-

dia menyerahkan sekeping sjil perkahwinan yang sah bercop jais. Aku turut membaca. Mata menatap satu persatu perkataan yang tertera dia atas sekeping kertas itu. Aku membaca lalu terduduk... umpama roh yang telah meninggalkan jasad aku.  samar-samar aku dengar abang aku bagitau ...

-"ya ... memang sah dorang dah bernikah.."-

Pandangan aku terus kosong. Gelap. Gelap dan gelap ...

Kemudian..cahaya terang menyusup masuk ke ruang penglihatanku sedikit demi sedikit. terasa kepala aku berdenyut dan memberat bagai dihempap sebiji batu besar. Samar-samar. ya ... itulah yang aku nampak...perlahan-lahan aku mencelikkan mata sedikit demi sedikit. jasad aku terus terbujur di atas sofa. sofa yang sama tapi berbeza. tapi bukan di rumah mama. aku pandang sekeliling... dan tersedar sepenuhnya oh... aku bukan di rumah mama sekarang. dan aku di sibu. aku masih di sibu sekarang !!!

Hanya satu lafaz yang terpacul dari bibir aku.

"astaghfirullahal adzhim, nauzubillahimindzalik, la hau la wala qu watailla billah. Alhamdulillah."

Oh ..mimpi rupanya !!!

Nota: Ada banyak hal yang dalam dunia ni kita tak suka. Tapi .. dalam banyak-banyak hal yang kita tak suka tu...kita tak tau yang mana satu terbaik buat kita bukan hanya di sisi kita saja. tapi di sisi Allah dan agama kita. selalunya bila aku mimpi pelik-pelik macam ni ada sesuatu yang akan berlaku... ada yang nak bernikah ni hujung tahun ni... apa-apa pun semoga anda semua berbahagia di dunia dan akhirat. di lindungi dan dirahmati Allah juga dunia akhirat. amiin insyaAllah.

Wednesday, August 15, 2012

Kisah Ibu Dan Sepotong Tembikai !!!

kebelakangan ini saya cepat penat. Bila cepat penat... mesti sesak nafas!!! Oksigen !!! Oksigen !!! Oksigen !!!

Begitulah keadaannya ~~~

Semalam lepas selepas isya' saya terus tertidur ... jam tak cecah lagi jam 9 malam saya tertidur-tidur ...aduhai !!!

minggu ni memang minggu moody bagi saya :
sebenarnya bukan sebab lapar. Entahlah .. kenapalah saya rasa penat dan lesu sangat...
Semalam ... saya belah tembikai yang sangat merah isinya. teringin nak rasa. Memandangkan kesihatan tak mengizinkan, makanya, saya tunda hajat itu untuk beberapa bulan yang mendatang.

sehinggalah ...
saya tiba di suatu kawasan yang sangat saya kenal. depan tangga rumah jiran lama...

Tiba-tiba ada tangan yang menghulur....
saya nampak sepotong tembikai ...
mula-mula saya ragu untuk mengambilnya ...
kemudian bila saya mengangkat muka untuk melihat siapakah pemberinya ...
saya sangat terkejut ....

ingat lagi tak dengan kisah sebiji epal ...

realiti kehidupan sakinah link entri tersebut terdapat dalam entri Realiti kehidupan Sakinah ini.

sambung balik cerita...
Ibu tersenyum dengan berpakaian serba putih ... dia memegang tangan aku dan meletakkan sebahagian daripada tembikai itu. kemudian, datang seorang kana-kanak lalu meminta sebahagian tembikai daripada aku... aku tidak mahu berkongsi...

Lalu ..ibu peluk aku ... tembikai tadi dipotong sebahagiannya dan diberikan kepada budak itu ....
Kemudian ibu menggantikan dengan sebiji tembikai yang merah isinya ....
akhirnya ...ibu mengajak ke surau .... dan selesai solat ... ibu telah tiada di sisi ... dan aku bersendiri untuk kesekian kalinya ...

Nota: sampai termimpi-mimpi aku nak makan tembikai ... ishk ishk ishk ...sepanjang hayat hidup ibu aku ... pernah sekali dia bagi makan tembikai. bila makan sepotong pun dah boleh buat demam. Lepas tu ibu tak bagi makan dah ... bila dah semakin membesar semakin menjadi pula rasa nak tembikai. he he he ... Terbangun saja tidur terus baca Al-Fatihah .... Lama dah tak mimpi ibu ... Baru semalam dan masih segar diingatan senyuman ibu untuk saya. Ibu juga turut tergelak bila tengok saya tak nak berkongsi tembikai. dia kenal sangat anak dia yang seorang ini memang tak suka berkongsi dengan orang lain.

Bila telefon ke sibu, dapat tahu adik Izz Ariffin demam. Ibu dia sampai ambil cuti sekolah nak jaga dia. Semoga cepat sembuh Izz Ariffin ...Ibu dia kata ... setiap kali aku  telefon mesti ada hal yang berlaku.

"Usu ni dapat instinct kah?!!!"

"Erkk.. Tak lah !!!"

-Ha Ha Ha-

Thursday, July 19, 2012

Kembara Ramadhan Coming Soon Oleh sha83@kaizer

Ketika Cinta Memanggil Aku

Itulah salah satu daripada entri aku pada Ramadhan tahun lepas. Memandangkan puasa tahun ni aku banyak masa rileks. jadi, aku ingat nak pergi kembara Ramadhanlah....

kembara pertama aku,
Ke Sibu untuk seminggu ini. Rancangan yang lainnya aku update lain kali saja.

nanti saya akan post gambar-gambar kembara saya :)
Bukan senang tau :P

sebelum aku mengakhiri kata-kata untuk entri hari ini :) Bersama-samalah kita berseru ke arah kebaikan. dan mencegah kemungkaran. sesungguhnya kita tak pernah lepas dari pandangan mata Allah.

Ehsan Fesbuk

Ehsan Fesbuk 

Ehsan Fesbuk jugak !!! 


Eh ... Silap posted doa pula .

He He He ...


Nota: teringat zaman-zaman sekolah dulu pelajar lelaki selalu gunakan alasan untuk lupa baca niat pasal tu dorang tak puasa...

sekarang bila aku fikir - fikir balik ...
kalau ada yang tak puasa jugak tu ....
memang sah lah dia memang ada niat ...

TAPI NIAT UNTUK TAK PUASA!!!

:D


Terserempak link ini ketika mencari lafaz niat puasa ramadhan 

KLiK SiNi JiKa Musykil


Friday, July 13, 2012

Sampul Untuk Sakinah !!!

Aku tak tahu sama ada nak klasifikasi macammana ni ...

ceritanya macam ni ...

kring..kring ..kring !!! -telefon rumah berbunyi

"assalamu'alaikum !" -kata suara dihujung talian.

"wa'alaikumsalam... kenapa mama?" -tanya aku .

"kamu jadikan balik kampung malam jumaat ni?" -desak mama.

"kalau saya cakap tak nak balik mama mesti akan paksa jugak balikkan?" - tanya aku balik.

"haishhh kamu ni...janganlah macam tu... baliklah nanti ya ... " - katanya lagi memujuk aku.

" insyaAllah .. saya baliklah ... lepas kelas saya balik o.k.... " jawab aku lagi meyakinkan dia.

"baiklah kalau macam tu ... senang hati mama dengar ni ... assalamu'alaikum "

"wa'alaikumsalam warahmatullah..."

apalah mama ni macam drama-drama dalam TV pula. dia nak jodohkan aku dengan siapa-siapa ke ni? Kesian mama ....

Tiba waktu malam selesai solat berjemaah...
mama mula membuka bicaranya.

"kamu tengoklah benda dalam sampul ni dulu ... kalau kamu setuju ... bagitau secepat mungkin ya. tapi mama harap kamu tak tolak untuk kali ini."

"apa ni mama? gambar calon suami kot?" selorohku.

"ya...memang gambar calon suami buat kamu. abang kamu yang tolong carikan untuk kamu. "

aku terkejut ...

selepas beberapa hari berlalu ... sampul itu masih belum terkoyak. Entah apalah yang aku fikirkan sebenarnya. aku tak pasti sama ada apa yang perlu aku jawabkan untuk mama dan abang aku.

apalah abang mad ni ..,. orang gurau sajalah...adeh ... -getus hati aku-

setelah buat solat hajat dan istikarah hati aku sedikit demi sedikit akhirnya tenang.

sekali lagi mama bertanya dengan aku secara berdepan sebelum aku balik ke Flat. aku bagitau ... semua keputusan aku serahkan pada mereka. baik bagi mereka baik jugak bagi saya. cuma saya ada satu syarat. paling lama tunang 3 bulan saja...

aduhhh gilakah aku!!! aku tak tengok lagi gambarnya. aku tak tahu apa pekerjaannya. macam mana aku boleh buat keputusan yang macam ni ya ?!!!

kamu tak lah segila mana pun. itu tandanya kepercayaan kamu terhadap pilihan keluarga kamu sendiri.

ya ... betul!! saya lebih percaya pilihan keluarga saya sendiri!!

akhirnya peperangan hati aku berakhir dengan sendirinya tanpa rasa luka mahupun rasa terpaksa sedikitpun.
sampai dirumah aku on fesbuk. sekali tengok ada friend request. seperti biasa aku akan check info dan mutual friend. ataupun senarai teman-teman yang ada. dan akhirnya baru confirmkan.... mungkin kenalan abang mad kot. sekali lagi aku bermonolog.

sekali lagi aku tak pernah nak selongkar fesbuk orang yang add saya jadi rakan. saya sikit pun tak tengok muka dia. bermula detik itu setiap status saya mesti ada yang menjawab dan dinding fesbuk saya penuh dengan kata-kata hikmah.

ajaib sungguhkan?!!!

cuma tinggal seminggu saja lagi ... ya ... seminggu saja lagi tiba saat perubahan hidup yang akan ku lalui. sungguh aku tak faham khabar angin merebak secara meluas di kalangan teman-teman sekerja. sebenarnya aku tak berniat nak merahsiakan apa-apa dari mereka... cuma tunggu masa nak edar kad jemputan saja.

Yang peliknya bila teman-teman tanya, aku jawab dengan selamba saja... aku baru nak jumpa si dia hujung minggu tu sebab nak buat persiapan akhir. setakat ni aku tak pernah belek pun gambar dia.

erkkk ... gulp!!! masing-masing terdiam menunggu jawapan aku. Tak logik betul bagi mereka. Tapi aku bahagia . ya ... aku bahagia ... insyaAllah ...

tengah-tengah keadaan kecoh dengan sesi soal jawab bersama kawan-kawan... tiba-tiba saya dapat maklumat bukan calang-calang orang lelaki tu sebenarnya ... mungkin sama seperti ustaz Don atau lebih tinggi sikit ilmunya... cuma bezanya dia tak lah dikenali di kaca TV. tiba-tiba desakan hati aku kuat nak tahu .... dan nak kenal siapa dia sebenarnya....

sampai dirumah aku pegang sampul surat itu ....
aku koyak bahagian hujung sampul untuk mengeluarkan isinya... tiba-tiba nama aku dipanggil dari luar bilik . abang mad dah sampai.

lantas aku campak sampul tu balik ke atas buku-buku yang tersusun elok. aku angkat beg dan ikut abang mad ke kereta. kami pergi ke sibu. sampai di sibu aku ditemukan dengan seseorang yang aku tak pernah kenal.

Assalamu'alaikum ...

belum sempat aku jawab ... tiba-tiba aku terdengar suara yang bercerita pasal bini-biniku gangster... aku terkejut lalu terbangun dari tidur !!! rupa-rupanya Abie belajar macam mana nak guna PVR ....

Nota: ya ... aku akui semalam sekali lagi sang katak menerjah aku ketika aku di dapur. aku ingat dia dah lari pergi tempat lain. rupa-rupanya ia duduk tercangguk depan pintu Hisham. dek kerana aku geli. aku terus masuk bilik aku tanpa sedar aku tak iron lagi baju Abie rupanya !!! dan aku sempat mendengar ... sang katak melompat dan berhenti di depan pintu bilik aku !!!

Beginilah rupa katak yang duduk depan pintu Hisham tu ... sama saiz macam ni juga. Ha Ha Ha !!! Tapi gambar ni cuma sekadar hiasan yang semalam tu aku tak tak ambil. Aku tak selesa nak buat macam tu Ha Ha Ha !!!

Sunday, July 1, 2012

Misteri Sang Kaktus, Fizow Dan Karl Shafiq !!!


aku berbaring.  Telinga mendengar lagu. Mata menonton Tv. sekejap-kejap siaran bertukar dari satu channel ke satu channel. aku mula rasa tak selesa. mata memandang tepat ke arah sekeliling...kelihatan seorang lagi sedang menatap komputer riba milik dan seorang lagi menemani sang ayah menonton TV.

tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. selang beberapa minit kemudian, terdengar 3 kali ketukan dari arah pintu rumah. kami saling berpandangan sesama sendiri. tertanya-tanya siapa gerangan yang menjadi tamu tanpa diundang di tengah-tengah malam begini. aku menjenguk dari arah tingkap namun tidak kelihatan seorang kelibat manusia pun. kami mendiamkan diri masing-masing...

esok paginya aku bangun...
aku lihat abang aku sibuk berbincang tentang satu mesin. mesin ini digunakan untuk mengitar semula air-air kotor supaya menjadi air yang bersih. Misi utama mereka adalah untuk mendapatkan hak pengeluaran dari luar negara. supaya boleh menarik minat rakyat Malaysia untuk memilikinya.

aku menuju ke dapur. tiba-tiba laluan yang aku lalui itu sedang dipenuhi kaktus-kaktus. aku tidak pasti dari mana datangnya kaktus ini. dalam banyak-banyak kaktus yang ada. ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku. satu kaktus yang terdapat dalam pasu besar. bersebelahan dengan periuk nasi. (perlu ke nak duduk juga sebelah periuk nasi.) tiba-tiba aku teringat ... di dalam twitter / facebook terdapat contest yang disediakan oleh fizow dan Karl shafiq mengenai rancangan promosi tempat-tempat menarik di Malaysia. mereka telah melawat ke negeri Terengganu . dan tiba-tiba menjumpai kaktus liar yang sangat menarik. kaktus itulah yang dijadikan sebagai hadiah kepada pemenang.

pada kaktus tersebut, terdapat sekeping kad ucapan yang tertulis ucapan tahniah kerana terpilih sebagai pemenang. di situ juga terdapat gambar fizow dan Karl shafiq bersama-sama gambar kaktus tersebut.

hati aku berdebar secara tiba-tiba. aku terkejut kerana aku rasa. aku tidak pernah menyertai apa-apa contest. aku lantas menoleh ke arah kaktus - kaktus yang tersusun dibelakang aku. aku terkejut melihat penambahan kuantiti kaktus-kaktus tersebut.

jantung aku mula rasa nak pecah. aku tidak senang dengan situasi tersebut. Lantas aku mula bersuara.

"Abie...kenapa kaktus ni makin bertambah!!! Kan dah tak da jalan masuk dapur ni. penuh dengan kaktus je!!!"

Abie menjengah sekejap ke dapur. kemudian mengangkat beberapa pasu kaktus ke luar. dengan perasaan berdebar-debar. aku melalui jalanan yang penuh dengan kaktus-kaktus itu. namun, sekali aku menoleh ke belakang...aku mula terkejut laluan yang aku jalan tadi telah tertutup dengan penambahan kaktus-kaktus lain. OH....TIDAK !!! aku mula sedar ada sesuatu yang tidak beres dengan kaktus-kaktus tersebut.

lantas aku membantu Abie memindahkan kaktus-kaktus itu keluar. lidah ku lancar mengucap kalimah-kalimah ayatul kursi, dan 4 qul. aku menoleh ke belakang ...

sekelip mata kaktus-kaktus yang memenuhi ruangan dapur tersebut telah ghaib sekelip mata. yang tinggal cuma periuk nasi. dari jauh kelihatan seorang gadis mendekati periuk nasi tersebut. belum apa-apa lagi...periuk nasi itu bergerak dengan  sendiri. menghempas hempas ke lantai. gadis itu melarikan diri dari ruangan dapur lalu hilang.

aku cuma mampu terduduk di kerusi. kepala lutut sudah mula rasa nak tercabut. aku tergamam dengan situasi tersebut......lantas aku memanggil Abie sekali lagi.

"Abie!!! Abie!!!"

kedengaran Umie tidak tahan dengan situasi lantas meluahkan rasa tidak puashatinya.

" Itulah ... kan saya dah cakap !!! hantu-hantu ini memang kejam !!! kita mesti hapuskan !!!

aku terus menerus memanggil Abie !!! Abie...!!! Abie !!!!!!

di depan aku ketika ini hantu-hantu itu semakin mengganas. bukan sekadar periuk sahaja yang dihempas-hempas. besen-besen dan penutup periuk semua dihempasnya satu persatu. kedengaran situasi di dalam rumah agak gawat. dan agak bising. bila mendengar umie mengatakan hantu-hantu ini kejam... keadaan semakin memburuk.

benda-benda itu tadi mendatangi dan mendekati aku ...
lama ..kelamaan semakin dekat...
aku terus menerus memanggil Abie .. Abie !!!

belum sempat Abie mendatangi aku.. kedengaran satu suara lain menjengah ke telinga aku ....

"cepat ... bangunkan usu tu .. jangan dibiarkan saja !! "

dengan susah payah aku buka mata untuk keluar dari situasi tersebut. Lama-kelamaan bunyi periuk belanga yang mula tadinya bising memenuhi ruangan rumah kedengaran sayup-sayup... dan akhirnya aku mula mampu membuka mata. syukur Alhamdulillah. aku o.k saja.

namun, selepas itu secara tak langsung otak aku buat flashback mimpi-mimpi itu sebentar tadi. lokasi rumahnya bukan seperti rumah Abie. tapi seperti di rumah sedara kepada ayah. kedua, masalahnya bila masa pula kami ni duduk di kawasan pantai dan rumah menghadap ke laut?!!

sungguh mimpi itu ... hati aku tak habis-habis bertanya gerangan siapakah gadis yang muncul di dalam mimpi aku ini. OPSSSS!!! ... lama-kelamaan ingatan aku kembali menjadi semakin normal. aku teringat gayanya berjalan. pandangan dari sisi, pandangar dari belakang ....  dan gadis itulah mendiang Chermiey .... R.I.P ....

Nota: o.k aku memang lupa nak ambil wuduk sebelum tidur. yang pasti dan seingat aku... aku sebenarnya tertidur. Aduh !!! Astaghfirullah .....

Wednesday, September 21, 2011

Instinct Yang Aku Tak Paham

Bukan senang dan mudah bagi aku untuk shopping sebab aku bukan kaki shopping... meneliti satu persatu tudung di satu kedai baru...buat aku terpaku sebentar. tak tahu nak beli mana satu... tiba-tiba satu tauke mencelah...

amoi..pe kata you beli ini ikan. banyak fresh wohhh hidup lagi..


dan akhirnya aku beli juga juga ikan yang masih hidup itu...

entah macam mana masuk kedai tudung ali-alih keluar kedai dapat ikan. erkkk?!!! di luar bangunan parking itu lori ikan tadi hehe...


sampai di rumah aku kasi ummie ikan tu. aku tanya dengan muka selamba ... ummie tahu ke masak ikan ni macam mana. rasa hilang akal pulak tengok ikan spesis yang tak ada kat perairan malaysia ni.


ummie jawab: ditanggung beres semua tu ... oh ya ... kat luar tu akak dah gantung semua baju-baju yang akak nak kasi kat adik ...


aku keluar dari ruang dapur ..memerhati baju-baju yang tergantung seperti yang ummie maksudkan.. aku tersenyum ... semua putih .... serta-merta hati yang tadinya rasa kacau bilau jadi tenang...setenang air di kali hehe ...


tiba-tiba ummie bersuara: eh tadi liz suruh kau col dia balik .. nombornya .... erkk... eh akak tak dapat ingatlah ....


tiba-tiba phone ummie berbunyi dan kakak liz di talian...

mak aiii .. apa ke topiknya sembang pasal budaya kunjung mengunjung dihari raya ni .. aduhai ...menda lah kakak-kakak aku stori ni. getus hati aku.


tengah dok syok dengar dorang bersembang. tiba-tiba ada bayangan yang melintas depan mata aku... dah itu dia .... Dia!!! hati aku berdebar... ya Allah apalagilah yang menimpa dia ni ... mohon rahmati dan lindungilah dia ya Allah !!! hati aku tak putus-putus berdoa... tiba-tiba ummie panggil aku :


su....cuba tengok ni!!! (sambil angkat ikan tadi tu tinggi-tinggi )


aku terkejut... dan kerana kejutan itu aku hampir-hampir jatuh dari katil ... pandai ummie buat kejutan ya ....