Saturday, October 22, 2011

Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran 2011 {edited}


pembantu peribadi secara tak langsung... yang tolong tengok anak-anak ketika dibelakang tabir ...
lain kali jemputlah lagi ...
errr...



tahniah hanim ...

eh betul ke nama dia neh hehe

dia dapat tempat ketiga kalau tak silap aku ...pertandingan bercerita
jika salah ...

mohon update balik ye hehe ...

Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran 2011

ini lah dia harta karun yang terdapat dalam beg aku bertahun-tahun sudah. sampai tukar warna lain sudah kulit tu. kesian kan?!!! Bukan apa... itulah tandanya kasih sayang aku pada beg ni. entah berapa kali kene washing mesin juga duit dengan batu bata ni ... hehe...


di ruangan inilah aku berhenti dan bertugas. tengok jika ada apa-apa masalah budak-budak yang aku bawak...

memang setiap tahun kene bahagian tilawah ni hehe...

kecuali tahun yang satu lagi tu terkena bahagian jururekod markah untuk hafazan





inilah dia Adib ...
wakil dari wilayah kami =)
tahniah sebab anda seorang yang berani...

lain kali cuba lagi adib =)













haa...

ni zoom dekat sikit....

setakat ni je mampu...

malulah nak ambil gambar dari dekat hehee...
















nama dia ni Nor Albaniah

ah~ha ...

kiranya memang mereka ni setiap tahun jadi wakil sekolah ...













ni pula gambar yang di zoom tak berapa nak zoom ...

hitam manis orangnya ...

memang manis pun dan comel...

tahniah nor albaniah

sebab dapat tempat pertama ...











gambar-gambar sekitar majlis penutupan





tempat pertama pertandingan tilawah al-quran peringkat zon tanjung alan


















tempat kedua untuk hafazan

kalau tak silap aku adik Alif ni ...

kalau salah sila update lagi ya ...















tempat pertama pertandingan bercerita ....

nama dia Norizam












yang di bawah ni pula antara aksi aksi yang ta boleh nak tonton sangat

kang pengsan semua korang tengok haha!!!

baru 2 snap ... N73 Aku mintak nyawa... dan akhirnya terus Mati!!!




















Friday, October 14, 2011

Dinner @ Karaoke ON







yang ini air yang aku order malam neh ... mesti tahukan?!!! teh tarik satu!!! keh keh keh !!! aku tak boleh minum ada ais. jadi kene order yang suam-suam belaka.


haaa...
semua pusat karaoke kat sini macam gini rupanya.

tak jauh bezanya....
mungkin perbezaan pada menunya sahaja. ni kira Family nite kitaorang neh....bukan senang nak keluar jalan malam-malam.



ini yang saya order ...
tapi...abie yang bayarkan...
terima kasih abie.

gara-gara aku termalu sebentar...
makanya umie jadi salah sebut.

nak order kueteow tiram...terbagitau kueteow kerang pulak. adeh.. Onmode: patah hati








Sang bulan malam menanti ketibaan puteri durian satu sampai ke teratak.
aku harap gambar ni tak ada ghost imej o.k !!! please lah!!!





Ni dia si comel penjaga pintu teratak 1A. entah mana mak dia pergi. harap-harap mak dia jangan pergi dating dulu. yang ni pun belum cukup besar ada hati nak pergi dating...

ini bukan kucing saya sebenarnya.
bukan...bukan...bukannnnn!!!








Nota: esok ada interview terbuka. entahlah saya tak sedia apa-apa pun ni. ermmm.. nanti saya ambil gambar suasana di sana ya?!!!! insyaAllah ... andaikata saya tak termalu. ;-)

sha83@kaizer VS Ubat - Ubatan (onmode:Panic)


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera


sebelum ini syok sangat dengar mereka-mereka bercerita pasal ubat ni. macam-macam simptom dapat lepas makan. yang paling teruk aku dengar..sampai tak dapat nak buat kerja. betapa terbuktinya kepower-an ubat ni. sama juga dengan saiz kapsul yang besar.




kawan: pernah makan ke belum ubat ni?



aku: tak eh ... tapi dengar pernah .. daripada orang-orang sekeliling...


kawan: oh ... nanti awak makan baru awak tau rasanya.



aku: Gulppp!!! (hanya mampu telan air liur)




nak makan ubat ini bukan senang. dengar cerita kena isi borang kaji selidik pula. aiseh..itupun dah kira cukup power nak tunjuk kuasa ubat tu.



kisah semalam...


artis korea bernyanyi betul-betul mengejutkan aku yang tengah tidur-tidur ayam. tengok jam lebih kurang pukul 8 pagi. aku baru je nak lelap mata jam 7 lebih pagi selepas mengambil masa satu malam menghabiskan novel baru yang aku dapat. ingat tadi artis korea masuk dalam mimpi. oh.... henpon aku rupanya!!!




abie: mintak nombor ic awak ngan no ic isham .. lupa lah saya.


aku: mana nak cari nombor ic isham?


abie: cuba tengok dalam laci meja cermin dalam bilik dia



klik!!! bunyi talian diputuskan dari arah sebelah sana.



aku bangun dan melangkah cuba mencari ic dia ... cekap mata aku walaupun agak mamai gara-gara tak cukup tidur. aku terus sms nombor ic tu.

hari itu, aku jalani hari-hari biasa. membantu anak-anak asuh aku pada sebelah petang. lebih kurang jam 4 setengah petang aku keluar rumah mencari rezeki barang seminit dua untuk mendapatkan 7 keping daun pandan. untuk apa?!!! oh...untuk jadi rebusan dan berkhidmat kepada Umie ... air rebusan itu tadi akan diminum bagi menyeleraskan tahap manis dalam badan. aku masak guna 4 gelas air dan tunggu sampai air yang 4 gelas tadi dah menurun kepada dua gelas baru tutup api. Alhamdulillah ... berkesan. umie kata sedap airnya alhamdulillah.



tengah syok bermain facebook disebelah malamnya pula. umie keluar dari bilik dengan satu bungkusan.




umie: Nah (nama manja), ini dia ubat...makan sekarang kata Abie?!!!! (bunyi abie tu ditekan sedikit. Jadi maksudnya TAK ADA PILIHAN LAIN, NAK TAK NAK MESTI MAKAN)



aku: Gulppp!!! (tertelan air liur bila dengar arahan makan sekaran kata abie)




tengok atas bungkusan tu tertera nama aku. dalam hati cakap :

cantik juga tulisan dia ni. :-)



bila aku buka bungkusan tersebut dan keluarkan pil-pilnya .. mak aiiii... besornya saiz...

gulp!!! macammana nak telan ni. aku mula suspen. macam-macam cadangan aku dapat malam tu. tutup matalah, tutup hidunglah, jangan letak dalam air susu nanti tak sedap. telan sajalah...


punyalah lama berdiskusi...

akhirnya, aku ambil air suam. baca Bismillah... baca Selawat...masuk ubat satu dalam mulut...hirup air suam dari cawan KFC ... tersentak sekejap. ubat tu tiba-tiba hilang rasa dalam mulut aku. atau dalam kata yang sesuainya melarut dalam air. air yang tadinya tak ada rasa terasa sikit kemasamannya. yang kedua pun sama. yang ketiga pun sama. yang pasti masa telan yang ketiga tu aku hampir nak termuntah balik.pekatnye rasa masam.yerkssss!!!!! dan yang last kopek .... yang besar memanjang tu. sedap eh!!! macam makan gulabatu je rasa hihihiiii!!!



aku tak ingat jam berapa aku makan ubat telan ubat tu. lepas aku makan, aku tak ada rasa apa-apa pun. biasa saja yang aku rasa. hari ini pun aku rasa biasa-biasa juga. tak ada rasa lemah ke..apa-apa ke seperti yang mereka war-warkan akan kepoweran ubat ni.



aku muskil dan mula rasa panik jadi aku sms sis Alizan. dia jawab jangan risau...maksudnya antibodi aku kuat nak fight. walaupun aku selalu sakit. aku mula konpius. dan sekarang aku malas nak fikir apa-apa. yang penting aku dah makan ubat tu!!! kang difikir sangat migrain pula datang.



NOTA: makan ubat tu pun sama juga masa masuk tidur. tetap tunggu jarum jam pacak pukul 12 tengahmalam!!! Nak tahu ubat ini ubat apa?!! Pencegahan UNTUT atau dalam bahasa perubatannya Elephant Leg err..betul ke ni?!!! pendek kata pecah rekod aku malam ni. berapa lama dah tak makan ubat sekali makan 4 biji sekali haha!!! ambik engkau!!!

Saturday, October 8, 2011

Aku Yang Sadis T_T

Awal pagi berselongkar apa yang ter-update alih - alih ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku. Aku betul-betul lupa 4hb ogos yang lalu adalah birthday princess abang & kakak aku.

Nurul Izzah Aqilah usu kmk dah happy birthday masa 4 oktober 2011.Hari selasa.Sik ucap happy birth ngan kmk kah?
about an hour ago · UnlikeLike · 1 personYou like this.
Hanikas NerijNurul Izzah Aqilah o tedah sik juak usu perasan yang ... sadis wak dapat usu kamek tuk eh ... T_T
-ehsan dari Fecebook-


cc: Nurul Izzah Aqilah binti Tazudin ...
happy birthday, be a good girl, semoga Allah memberkati usia dan kesihatanmu, merahmati kehidupanmu, semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dan berbahagia di dunia serta di akhirat. Amiin

Sayang Selalu (^__^)