Saturday, January 10, 2015

Malaysia VS Malapetaka?!!!

kami sayang Malaysia !!!
Aku bertungkus-lumus mengemaskini dan menyemak hasil kerja surat permohonan dan resumeku. Aku capai jam tanganku letaknya atas meja tulis.

'ah...sudah setengah jam 1,' getus hati kecilku. 

Namun jiwaku merusah secara tiba-tiba...

dag..dig..dug...jantungku mula berdetak tanpa mengikut tempo yang betul. Kedengaran detakannya sungguh ke laut. 

'aik...bukankah jam tangan aku sudah mati. Takkanlah hidup balik jam yang dah sakarat tu,' hati kecilku tertanya-tanya. Dalam pada masa yang sama. Aku merasakan kesejukan mula menyellimuti tubuhku. 

'luarbiasa sejuk ni....Kenapa ye?' 

'Ya Allah, sesungguhnya suasana sejuk ini bukan yang terbaik bagi aku. Namun aku percaya hanya ENGKAUlah yang lebih Maha mengetahui.'

terasa darah yang mengalir dalam tubuhku mulai membeku...sedikit demi sedikit aku melihat diri aku bagaikan di ambang sakaratul maut. Ditengah-tengah perjuangan aku menempuh fenomena sejuk luarbiasa ini.... Baru aku lebih jelas...sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Bagi orang yang beriman...tidak ada masa untuk berbuat atau bersangka yang tidak baik kepada insan yang kita tak kenal....
zikrullah tasbih tahmid dan takbir tidak lekang dari bibirku. Dalam payah aku cuba untuk tersenyum. Lama-kelamaan kakiku semakin membeku. tidak boleh bergerak. Aku usaha untuk bangun...namun aku terjatuh dari atas katil. 

Aku berusaha sehingga berjaya naik ke katilku semula...sedangkan kesejukan itu sungguh dasyat rasanya. Benar...aku tiada persediaan untuk menghadapi musim sejuk. 

Allah maafkan aku kerana tidak bisa menjaga anggota tubuhku dengan baik. Maafkan aku ya Allah...maafkan aku ya Allah.

Breaking News !!!

seluruh berita dunia sedang memaparkan musim sejuk luarbiasa untuk Malaysia. Aku tersentak ....

Perlahan-lahan mata aku menoleh  ke arah TV Namun, Yang jelas skrinnya pun kosong je......... Aku tarik selimut tebalku....tubuhku mula menggigil....aku tutup mata dan minda aku tetap berada di dalam keadaan sejuk menggigil. dan sehinggalah aku membuka mataku sekali lagi....

Allahu rabbi....Kesejukan itu masih kurasakan. Aku menggigil sambil menarik selimut tebalku...hujan renyai mula kedengaran sedikit demi sedikit..... Ya Allah...janganlah diuji sekali lagi...sesungguhnya kami ini hamba Mu yang lemah dan sangat memerlukanmu.....

check temprature: Demam aku menaik dengan mendadak....

tertidur kembali....

Allahu Akbar Allahu Akbar!!!!!
senyuman terukir dibibirku. Aku sentuh dahiku... Alhamdulillah.......


Monday, December 15, 2014

Ular ... Oh ...Ular !!!

Tak pasti kenapa ....tapi ianya berlaku sekelip mata saja. ZASSSssssssssss!!! Terus terpapar di skrin kehidupan Sha, Al-kisahnya begini.....

Tengah syok buat kerja. Tiba-tiba aku di sergah Si Baby.

"Usu... O Su.... Jom lah main!"

"Ishkkk budak ni....buang ular tu B !!!!"

"sikda hal Su... Apak suruh main",

Aku terus melompat dari tempat duduk asalku. Aku merenung dia mengusap badan ular tersebut. Sepertinya seolah-olah baby ni pula yang tolong si ular tu bersalin kulit. Lama-lama baru aku perasan ia seekor ular sawa batik jawa. Eh ?!!! ada ke ular batik jawa ?

Beberapa minit kemudian, mat aku bagai dipaku untuk memandang ke arah bawah kerusi yang bersebelahan dengan pintu masuk ruang tamu.

'Oh...tidak !!!!'

Ada seekor lagi ular. Tapi aneh ...badan si ular ini berwarna putih. Aku tak dapat kenal pasti. Aku berlari ke arah bilik dan keluar dari ruangan tersebut. Tapi...aku dihalang oleh si ular tadi. Aku capai apa-apa yang boleh menutup pandangan ular tersebut. ya.... aku campak tuala ke atas ular tersebut kemudian berlari keluar bilik.

Entah dari mana datang kelibat seseorang membantu aku dengan selamba memukul ular tersebut. Dia letak ular tersebut dalam plastik dan bagitau aku...

"sekejap ye...saya prgi buang ular ni dulu."

"o.k!!!" Saya tergamam seketika. Mata Tak berkedip. Betulkah apa yang ku nampak sekarang di depan aku. Bila masa dia sampai ?!!!

Tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi dari arah dapur.  Suara orang bercakap. hati aku berdebar-debar sambil berjalan ke arah dapur. Aku Terkejut ....Lidah kelu. Tapi, mata aku tak lepas daripada memandang pinggan mangkuk yang tak siap aku bersihkan dan kemaskan.

dalam hati aku tertanya-tanya. Dia bawak umi dan abah dia sampai sini ?!!! tak bagitau pun ....

Kedengaran kemudian satu suara bagi salam.

"Assalamu'alaikum ...."

sayup-sayup je kedengaran bunyi tabuh. suara azan pun mndayu-dayu. Perlahan-lahan mata aku buka. Oh...mimpi rupanya !!! Sungguh debaran itu masih kurasa hingga sekarang.

Alahai .... sweetnya !!!

Tinggal berapa hari saja lagi untuk 2014. Rasa tak sabar pula nak masuk 2015. Tapi tak pasti sama ada sempat ke tak berdepan dengan tarikh 2015. Semangat berkobar-kobar ni .

Buat sahabat yang tamatkan zaman bujang .... saya tujukan lagu khas untuk anda ya...


korang click je kat video tu ...La la la la la la la la.....
Bestnya tengok korang .
Nak join boleh tak ?!!!

Monday, July 21, 2014

Antara Halal Dan Haram ?!!!



Baru minggu lepas seseorang berbicara dengan Sha al-kisah terjumpa duit 10 sen masa nak balik terawih . Itu ujian buat dia dan anak buahnya. Minggu yang sama ini juga Sha pula yang teruji. kan sha dah bagitau tadi ada kisah disebalik photo-photo di atas.

sampai saja dari sibu aku dan ummi terus sambung shoping sebelah K&L Farming kalau tak silap nama kedai tu. sementara menunggu ummie buat bayaran aku lari ke kedai sebelah nak beli top up stock untuk sebulan.

aku keluarkan dari beg duit aku sekeping RM50.

aku: celcom rm30 saya nak satu. celcom rm10 saya nak satu, satu lagi maxis rm 10.

dengan pantas saya tak pasti gadis atau bukan gadis itu terus bagi 3 keping reload dengan saya. sepanjang perjalanan tu pintu hati saya ni terasa diketuk-ketuk. Depan mata saya tergambar kad topup rm30 .... hati tertanya-tanya ...

' Eh... dia dah potong dua ke kad topup rm 30 tu tadi? Nampak macam tak je... mungkin juga kad topup tu dah beralih ke saiz yang lama....'

Hati terus buat spekulasi dan kesimpulan dengan sendirinya ....

pagi ini tadi aku nak topup guna RM30
terkejut jugak la tengok rupanya jumlah topup tu untuk 2 keping rm30
jadi jumlah sebenarnya RM60 #

akhirnya aku buat keputusan untuk tak guna dulu kad topup tu. Nampaknya esok pagi aku kena jelajah pasar Daro pergi jumpa tauke tu balik dan bagi balik kad topup rm30 yang sekeping ni lagi .....
guna sajalah yang sekeping rm10 tu dulu ...

Nota: Dia mungkin tak tahu dan tak sedar ... tapi ingat Allah Maha mengetahui. Apa-apa pun yang berlaku ada hikmahnya. Hidup dengan jujur itu lebih menenagkan daripada hidup dalam keadaan serba misteri.

Tuesday, March 25, 2014

Doa Nabi Ayyub A.S Ketika Diuji

Surah Al Anbiyaa' ayat 83











Doa mustajab Nabi Ayyub A.S ketika Allah menguji dengan sakit
Selama 40 tahun

Amal-amalkan lah dan pasak doa ini dalam hati anda semua

Selamat beramal ^_^

Sunday, March 23, 2014

Syukur Alhamdulillah ^_^

Caption untuk gambar kat sebelah ni  sha tak pasti bila sha dapat. Rasanya Jumaat terakhir tahun 2012.

O.K .... Bukan saya tak nak bercerita tentang keajaiban alam ini... Bukan...dan bukan sekali. Siapa-siapa pun dalam dunia tidak boleh menidakkan WUJUDNYA SATU KUASA BESAR YANG MENGAWAL SETIAP YANG BERLAKU baik di sekeliling sha, anda semua dan alam ini.

Sejak kebelakangan ini .... rasa macam kena ketuk bertalu-talu je dasar hati ni. Beberapa kali salam kedengaran dari luar... tapi yang empunya hati tak pernah nak membalas sahutan salam .....Sehinggalah suatu petang yang sunyi ... dikala tengah buat jadual bacaan al-quran... sekali lagi hati  disapa untuk kesekian kalinya....

Tersentak untuk kesekian kalinya ....

Sha cuma mampu


Hidup kita ni memang kena selalu beringat. Kalau tak beringat kita sendiri ye naya .... ye dok ?!!! Banyak hal yang kena diperjuangkan. Sehinggakan sha pernah anggapn HIDUP INI SUATU PERJUANGAN MENUJU KE ALAM YANG ABADI. Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Selalu juga ingatkan hati...Seberapa banyak petunjuk  pun yang dah didapat .. dikongsi bersama ia tetap tidak akan menjanjikan apa-apa...

Kesimpulannya.... Lebih baik diam. DIAM itu juga merupakan salah satu ibadah dalam keadaan - keadaan tertentu bukan ?

Tertanya-tanya juga kebelakangan ini. Ramai yang salah sangka dengan sha ...

Nak pergi sibu ke ?

dan yang terbaru ni

Usu puasa ke?

Eh ... tak pernah dengar orang puasa sunat hari ahad. Kan dah habis ganti syawal lepas.

Bila fikir balik .... bangun je tidur layan buku - buku, kemas bilik, entah jam berapa baru nak tunjuk muka memang patut pun di suspek puasa he he he ... selalu bila puasa tu sajalah aktivitinya.

Duhai hati ....
sabar o.k .....


Nota: akhirnya lagu ini juga jadi santapan 
Jom layan !!!! 
Jenuh juga nak mencari lagu ni bila tak pasti title lagu 
:)
sama-sama kita hayati kawan-kawan 


Friday, March 7, 2014

Onmode Rindu

Dengar lagu ni rindu sangat-sangat suasana yang pernah bertandang . Agaknya bila aku akan jejak kaki ke situ.