Wednesday, October 2, 2013

Dengan Izin Allah

Macam tak steady je elektrik ni . Kasi aku habiskan entri yang ni dulu ye ...

Hujan rahmat dah turun alhamdulillah ...
Sekarang ni seharian 2 malam genap suara aku hilang entah ke mana.
pagi tadi aku agak risau juga macam mana nak handle budak-budak sebelah petang. tapi, itulah ... Allah tak kan bagi kita pikul sesuatu sekiranya kita tak mampu. tak kan lah Allah nak aniaya kan kita.

berdasarkan kepercayaan aku ini...
dengan dengan ucapan bismillah maka...aku melangkah dengan penuh tertib ke lokasi di mana tempat aku bekerja.

aku masuk tempat anak-anak yang di bawah jagaan aku. semua pandang aku dengan muka simpati... tak kurang yang bertanya :

"Aik... mana pergi suara?"

"saya hari tu pun kena macam ni jugak "

aku cuma tersenyum ......

aku bagi latih tubi bacaan untuk subjek pertama
dan latih tubi mengecam ayat untuk yang kedua ....
Kemudian aku bagi lirk-lirik lagu jadi mereka pun bernyanyi dengan saki baki masa yang masih tinggal .

Nota: terima kasih atas bantuan adik izzat yang tolong jelaskan bagaimana nak jawab soalan-soalan yang telah diedarkan. dan seperti biasa aku mengkagumi kematangan anak-anak ini. mereka tahu yang aku tak mampu bersuara .... mereka cuma bising itupun sebab nak ajar rakan masing-masing. mereka tidak perlu dikawal seperti selalu...sebab masing-masing boleh kontrol diri sendiri. yang paling mengejutkan... boleh pula mereka bercakap dalam tone yang agak rendah. sangat sopan... sejuk hati mendengar :) dan menengok mereka. :) alhamdulillah tugas hari ini berjalan dengan lancar atas izin Allah.

Aku, Batuk & Amir ( ^_^ )

Mari saya dendangkan satu cerita ringkas beberapa bulan yang sudah...

Masa batuk-batuk ni tetiba teringat dengan si kecik Amirudin....

Masa tu aku kena gerak ke sibu sebab nak jadi  babysitter ni ... baby la sangat !!! Hendak  dijadikan kisah cuaca di sibu masa tu tak berapa nak elok.

Aku pula seorang insan yang sangat lemah dikala musim sejuk bertandang. Aku tak tahan duduk musim sejuk. Mesti dapat selsema dan batuk .

satu pagi tu ... aku tidur di ruang tamu. Bukan apa... situ saja aku rasa selamat dari rasa sejuk. Entah jam berapa ... abang aku cakap aku batuk kuat sangat. tak henti-henti. berkali-kali amir keluar smata-mata nak jenguk aku.

sehinggalah dia tak tahan ... jadi dia sound kat ayah dia...

"Ayah.. usu batuk... bagi ubatlah ngan usu.."

"Ubat apa nak bagi kat usu "

"ubat amir tu ... ambik Inhaler"

" Haisshhh itu amir punya mana boleh bagi usu ubat tu "

Haaa ... tu sebelah si amir.. baby giant kami...
ikut suka dia nak sumbat ubat kat usu dia neh ...
Ha ha ha ....

"Haiiihhhh macam ni la ..., usu batuk..."

Nota:  bila dia batuk kuat, pernafasan tak teratur memang dia pekena inhaler ...
           Jadi... semua tu hasil pembelajaran dia dengan apa yang dia alami....
           Maksudnya , budak - budak ni faham apa yang kita mesti buat bila sakit.
           Jadi, Awaslah !!!

Semangat Yang Terkubur ( ^_^ )

Whahahahaaa.....
sangat sangat sangat menyadiskan bila aku check pagi tadi suara aku masih belum kembali...
Hari-hari Rabu macam ni tak perlulah nak ubah imej saya ni jadi muslimah yang melampau ayunya ...sampai bercakap pun tak keluar suara ...

Tak apa...
aku cuba bertabah untuk sehari ini ...
bila dengar balik suara sendiri bercakap rasa nak tergelak pun ada ...
bila difikir-fikirkan balik...
saya sendiri pun dah nak tergelak dengar inikan pula anak-anak berusia 8 tahun...

Seperti selalunya ... anak-anak yang dibawah jagaan saya ni sangat prihatin dengan kesihatan saya selaku penjaga mereka. Tapi... cuma tak boleh bayangkan saja ... sikap prihatin yang macam mana bakal mereka tunjukkan pada saya untuk hari ini ....

Harap-harap meja tak jadi mangsa rotan saya untuk hari ini....

Nota: teringat insiden kelmarin, Bila kebenaran diberi untuk ke tandas disalahguna ... memang rasa tercabar juga... cewah ... tapi bila saya jelaskan kenapa dan mengapa tidak boleh buat seperti yang dia lakukan ...maka, dia pun faham... yang saya terkejut sebelum balik ... dia minta maaf sebelum balik sebab dah susahkan saya... alaaa... sweetnya dia kan? ...semoga anda jadi anak yang soleh ..amiin .. In shaa Allah... Sebelum memang saya selalu terapkan sifat bila mereka buat salah , berani mengaku, mintak maaf dan janji yang dia tak akan buat lagi.... anak-anak zaman sekarang ni suka tunjuk kawan yang lain bila buat salah...

Tuesday, October 1, 2013

Inspirasi Si Udin


Sebenarnya kebelakangan ni saya agak risau sedikit macammana nak bantu anak-anak yang tak pandai membaca. Akhirnya, bila dengar lagu si udin ni, aku pun dapat idea....

o.k esok juga saya kasi dorang hafal part doa neh ...

sebelum tu ... jom kita layang sesama ye ....

"Robbana .... atiina ..... "