Thursday, August 10, 2017

Cikgu Viral !!!

Cikgu Viral VS Online shamming

Baru malam ini aku dengar tentang patah kata online shaming Boleh rujuk di sini sekiranya tidak tahu apa maksud online shaming .

Tahun lepas aku pernah dengar tentang menjadi satu kesalahan apabila cikgu muatnaik setiap jawapan pelajar yang tercatat atas kertas ujian atau latihan.

Aku tidak boleh bayangkan aku hidup di zaman ini sebagai pelajar tingkatan 3 yang berpisah tiada dengan lagu - lagu dendangan backstreet boys, Britney spears, No Doubt, Smashing pumpkins, Nirvana, 'N sync, The Moffats, Gil dan yang sealiran dengannya. Aku layan semua genre musics yang penting orang putih. Punyalah semangat pasang niat belajar cakap orang putih, tapi cikgunya artis. Bukan surat khabar atau pun berita orang putih. Masa ni aku tengah gila dengan sitcom cerita cina. cerita orang putih jarang sikit layan. kecuali rancangan x-files dan cerita seram.

PMR atau dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah. Ia diduduki oleh pelajar tingkatan 3. zaman ni agak cuak juga bila dimomokkan dengan berita bila fail PMR tak boleh naik tingkatan 4. Aku pula jenis yang cepat panik bila dengar berita-berita yang macam ni. suspen tak suspen aku redah saja. Bab Matematik dengan Inggeris aku memang selalu angkat bendera putih sejak daripada zaman sekolah rendah lagi. Nasib baik cikgu - cikgu aku tak pernah putus asa dalam memberi ilmu. Aku minat membaca. Cikgu Inggeris aku selalu galakkan aku untuk baca buku cerita dalam bahasa Inggeris ataupun baca surat khabar bahasa Inggeris. tapi, itulah masalahnya, diperkenalkan dengan penulis penyiasat berbangsa Inggeris aku pula memandai mencari yang alih bahasa yang bahasa melayu. Manalah nak sampainya ilmu bahasa Inggeris.

Tingkatan 3 adalah zaman kemuncak Backstreet Boys. Kebetulan, aku baru dapat info nak jadi peguam kena belajar sejarah dan bahasa Inggeris sungguh-sungguh. Inggeris dan aku ibarat musuh yang tak boleh bersatu. Demi satu cita - cita, aku bertatih belajar bahasa Inggeris. aku bertatih mencintai bidang sejarah. Alhamdulillah, daripada sekali dua sahaja lulus sebelum ni, aku boleh dapat B. Yang pasti aku teringat balik kata-kata sahabat lama aku.

" Aku tengok kertas ujian kau ni semua penuh dengan lirik Backstreet Boys. Aku harap ujian bahasa Inggeris tu tadi tak macam ni keadaannya."

" Alaa....dah terlambat dah ! "

" Apa ?!!!! Kau dah gila pergi letak lirik Backstreet Boys dalam ujian penting tu ?!!! "

" Serius cakap ni. Aku tak ada idea nak tulis. Otak dah tepu. Aku dah usaha. Aku sekarang kena doa supaya pemeriksa tu bukan kategori peminat ataupun anti - Backstreet Boys."

" Ha Ha Ha. "

Bayangkan apa akan jadi pada kertas ujian aku sekiranya aku hidup di zaman ini. Percayalah... itu adalah kali pertama dan kali terakhir aku guna lirik lagu dalam peperiksaan penting. Masa SPM aku susah sikit nak apply, sebab Backstreet Boys masa tu dah banyak saingan. Aku pun dah tak pasang cita - cita setinggi langit setelah keinginan aku nak jadi peguambela ditentang habis - habisan. Akhirnya SPM aku tak ke mana - mana. Begitu juga dengan diploma aku. Dan sekarang aku belajar daripada kesilapan aku dulu. Hidup mesti ada cita - cita. Sekurang - kurangnya kau tahu mana destinasi yang kau akan tuju.

Akhirnya, aku kembali bertapak ke sekolah bersama kerjaya yang aku ingin sangat - sangat tolak dulu. Aku rasa aku bukanlah cikgu pilihan dihati pelajar. Alasan :
1- cakap lepas
2- garang
3- aku tak suka pelajar manja tak bertempat. Aku nak pelajar aku kuat. Kuat bila cikgu tegur dia. Tak kuat merajuk. Faham akan kesalahan diri sendiri.
4- Yang penting punya cita - cita.

Cakap lepas ni tak adalah sampai keluarkan kata - kata yang tak elok. Cukup sekadar aku menyatakan aku tak suka yang dia buat macam ni. Tu saja. Budak - budak zaman 2006 dulu jauh sangat beza berbanding sekarang. Garang aku, sebab aku punya suara memang dah sedia lantang. Aku bukan spesis ayu - ayu. Aku membesar di kalangan 6 bersaudara tanpa saudari. Aku satu-satunya saudari dalam keluarga aku. Termasuk mak...adalah juga kawan. Sekarang dah lebih setahun mereka berada di tahun 2, sedikit sebanyak aku kena lebih tegas berbanding sebelum ni. Budak - budak ni bukannya tak faham. mereka dah faham teknik nak mencari jawapan. Masalahnya jiwa mereka memang takkan tenang selagi tak "REHAT". Bila aku ingat balik hak rehat dalam artikel  yang diviral di Facebook. Jadinya, aku batalkan niat denda nak rehat. sekarang aku cuma bagi denda siapa tak boleh jaga elok perangai, kena bayar balik harga buku tu. setakat ni, berjaya kata-kata hikmah ni.

Thursday, July 20, 2017

Pinjamkan Aku Untuk Satu Hari...

Tergerak hati menatap setiap huruf satu persatu. Terlintas satu kata-kata dalam kotak fikir aku ketika ini . "Pinjamkan Aku Untuk Satu hari."

Apa pun yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara. Dunia ini sekadar pinjaman tempat kita mengumpul bekalan menuju ke akhirat yang abadi.

Kita lahir dalam keadaan tidak ada apa-apa. Hanya berbekal dengan akal fikiran dan hati yang berbolak-balik imannya yang boleh menuntun langkah kita satu persatu untuk mendapat redha Allah. Sekarang...kita rasa...kita berada di level mana ?!!!

Seandainya kita tahu ajal bakal menjemput di depan mata ? Apa yang kita akan minta daripada Allah?

Seandainya kita dipinjamkan untuk satu satu hari lagi ke depan, apa yang kita akan perbuatkan supaya satu hari itu tidak akan menjadi sia-sia?

Ramai diantara kita yang lupa, kita tidak ada apa-apa untuk dibanggakan di depan Allah. Ramai diantara kita lebih memilih bahagia di dunia berbanding di akhirat. ramai diantara kita lebih memilih kesenangan di dunia berbanding di akhirat. Ramai diantara kita lebih memilih tersenyum di dunia berbanding di akhirat. Ramai dikalangan kita mengutamakan dunia berbanding akhirat.

Jangan ditanam rasa sedih yang bukan kerana Allah. Jangan ditanam rasa cintakan dunia melebihi cintamu pada akhirat. Dunia tidak akan memberi kita apa-apa melainkan kita mempergunakan dunia untuk mempersiapkan bekalan buat satu perjalanan yang sangat panjang sebelum tiba di kampung halaman yang kekal abadi.

Aku sendiri cuma perlu satu hari ini saja lagi ...semoga Allah permudahkan urusan kita seharian bukan hanya untuk hari ini. Tapi, untuk masa-masa mendatang juga. Aku cuma ingin redha Allah.
Semoga matlamat kita adalah sama.

👳 Peringatan : KITA TAK PUNYA APA - APA . Jangan leka dengan manisnya dunia. Jangan tenggelam dalam pujian. Jangan hanyut dalam kesenangan hidup. Kita tetap bukan siapa - siapa di mata Allah andai iman tiada nilai  dalam diri kita. JADI MANUSIA JANGAN SOMBONG !!! DIDIK HATI !!!

Saturday, June 10, 2017

20 Tahun + 30 Tahun = 50 Tahun !!!

Hidup kita memang penuh dengan segala keanehan. yang lebih aneh sha bagitau hari tu nak updated ucapan hari guru ya....Akhirnya alih-alih entri lain yang naik. kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Al-kisah ianya tergendala. Aku kesibukan dengan kertas-kertas jawapan yang berlambak malah memaksa-maksa aku untuk menyemak satu - persatu dengan teliti. berkali-kali semak masih juga terdapat kesilapan. pembelajaran di situ. Kita ni manusia jangan pernah malu untuk belajar dan terus belajar selagi kita masih bernafas lagi di atas muka bumi Allah ni. 

Masa sekolah-sekolah menengah dulu pasti kita semua diingatkan oleh ustaz maupun ustazah jangan lupa doakan jodoh buat diri kalian semua. memanglah belum nak bernikah lagi. tapi berdoalah mulai dari sekarang. Terima kasih ustaz  dan ustazah yang banyak beri peringatan tentang hal ini.

Lain padang lain belalang lain orang lain caranya. Kasihan juga mendengar rintihan teman-teman yang seakan-akan keinginannya sangat besar untuk mendapatkan pasangan hidup. Lain orang lain cara berfikirnya.

Buat insan-insan yang sedang bersedih ....
aku persembahkan ini buat hiburan kalian ↴

Ini aku kongsi sedikit tips buat kalian. tipsnya ringkas sahaja. Apakata kalian sibukkan diri dengan menghayati patah-patah pesan Allah buat kalian melalui kalam Al-Quran. Bila rasa sedih bertapak gunalah tips yang ustaz Hanan Attaki. Dan yakin pada Allah ...itulah kunci utama.

facebook-facebook tak mainlah bila kau sedang baper (bawa perasaan ) atau galau ( jiwa kacau ). Kau jauhkan dirikan diri kau daripada facebook. pergi facequran. Bentang tikar sejadah minta pada Allah berikan kau ketenangan. Insya Allah. disebalik hati yang sakit itu akan terbit senyum yang ikhlas untuk manusia-manusia disekitar kau. Bila kau asyik nak kondem atau kritik orang-orang disekitar kau. Kau kira-kira bila agaknya kau nak bahagia macam orang lain ya?!!! Lu pikirlah sendiri !!!

Kata-kata ini aku lebih tujukan dan peringat diri sendiri. Tapi, andai kau terasa maksudnya diri kau bermasalah. Siapa makan cili dia yang rasa pedas. Saya pula memang tak nak hadap makanan pedas ni. Tak pasal-pasal kena gastrik pula nanti. Selamat berqiyam ya teman-teman.

Tuesday, May 16, 2017

Bukan Tahap Bersawang Dah Ni !!!


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Sempena 16 MEI 2017 ini aku bakal mengaktifkan kembali blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Aku akan kemaskini ucapan untuk hari guru tu kemudian ....In-syaAllah.... Ramai nama-nama sifu yang aku usahakan nak taip. Ini pun kerja aku tak siap-siap jugak penangan terkenang mana nak dapatkan pendrive untuk pindah gambar ni. Kedengarannya seperti bakal pecah panggung sambutan untuk kali ini ye... Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan. Esok kenalah bekal tisu sikit kot ... 4 5 helai .... mana tau ada sukan-sukan yang extra-extreme ni.

Aku seperti biasa, bila kau tanya aku tugas apa ? Jurukameralah jawabnya. telefon aku belum sampai tahap canggih. dan malam ni tadi aku ingat nak install telegram dalam badan buah hati aku ni. Tapi entah apa masalahnya dia langsung tak nak bagi kerjasama ngan aku untuk kali ini.

Biasanya aku ambil gambar sekitar pentas sahaja. Jarang diberi tugas sekali dengan ambil video. sempena tahun 2017 ni nampaknya video akan digunapakai juga. Sepatutnya aku dah lelapkan mata sekarang...tapi mata aku pun tak nak bagi kerjasama dengan aku.

Bila aku pandang balik title posting ni macam tak kena pun ada jugak. Kerja aku sekejap lagi adalah pemindahan-pemindahan gambar ke tempat yang selamat sebab aku nak sediakan ruang untuk gambar-gambar terbaru akan datang ni. Nasib baik tahun ni kurang sikit job untuk jadi jurugambar.

Cuma malam ni aku rasa penat sangat-sangat, tapi tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin aku patut tidur sekarang sekejap kot. selamat selepas tengahmalam kawan-kawan.

🎒 baju sukan tak kemas.
🎒baju batik tak seterika lagi.
🎒Barang nak bawak ke sekolah pun tak kemas lagi ni.