Friday, January 2, 2009

A LIKO - SATU TAFSIRAN

Melanau atau a liko merupakan salah satu daripada suku kaum bumiputera di Sarawak. Ejaan yang merujuk kepada kaum ini telah banyak kali berubah; Milanowes, Milanos, Melano dan yang lebih diterima umum adalah Melanau. Perubahan ejaan ini mencerminkan sedikit sebanyak perubahan watak sosiobudaya kaum Melanau.

Bagi kaum ini, mereka lebih suka menggelarkan kaum mereka sebagai a liko. a liko boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia membawa maksud golongan melanau yang menganuti kepercayaan pagan kerana adanya keperluan untuk membezakan Melanau Muslim dengan yang masih belum beragama. contohnya; mereka akan merujuk kepada yang masih pagan sebagai a liko. Tafsiran ini sering berubah apabila mereka membandingkan ataupun merujuk kaum melanau dengan kaum-kaum lain. Asalkan seseorang itu melanau dia akan dianggap sebagai a liko melanau. oleh yang demikian kenyataan Clayre (1971: 54) bahawa memanggil sesorang itu dengan liko melanau sebagai satu penghinaan kepada mereka kerana ia seolah-olah sama seperti memanggil mereka orang liar adalah tidak berasas sama sekali.

Dari segi ini, a liko juga membawa maksud sebagai kaum atau ras kerana orang melanau akan merujuk kaum cina sebagai liko kina, orang kenyah sebagai liko kenyah dan seterusnya. Ada kalangan yang mentafsirkan 'a liko' sebagai 'orang sungai'. Namun, tafsiran ini tidak lah begitu tepat. Ia lebih tepat bila dikatakan a liko merujuk kepada petempatan penduduk. contohnya; a liko Petanak berasal daripada penduduk kampung Petanak atau a liko Tellian berasal daripada penduduk Kampung Tellian.

Apabila ditunjuk secara lebih luas, liko jelas membawa maksud 'dunia' dan 'peribumi'. Clayre (1971:120) mengatakan orang melanau mungkin merupakan penduduk tertua di sarawak dan mungkin juga penduduk asal negeri ini. Namun, Aikman (1959:86) mengaitkan orang melanau dengan golongan Sakapan yang terdapat di kawasan yang berhampiran Belaga, kanowit dan Tanjung. Teori asal ini selari dengan pendapat G. Babcok (1974:191-202) yang menyatakan kaum Melanau sebagai ranting kelompok yang terdapat di Hulu Rejang yang telah dipisahkan oleh suku kaum Iban dan Kayan.

Ternyata a liko dapat ditafsirkan berdasarkan agama, petempatan, ras dan asal-usul dimana tiap-tiap satunya mempunyai kebenaran yang tersendiri.

2 comments:

Anonymous said...

salam..nk tnya...bagaimana dgn pendapat yg mengatakan bahawa bahasa melanau,berasal dr filipina...dbawa oleh orng filipina yg melarikn diri dr mindanao kerana peperangan? bagaimana itu boleh dikatkan dengan pendapat clayre..dan boleh tau rujukan saudari inidarimana..termasuklah buku yang menyatakan pendapat beberapa orng tntng melanau.x kirala rujukan dr internet atau buku...sy sdng bwat kajian tntg kaum ni..diharap saudari boleh membantu..terima kasih..

Unknown said...

Bagainana buat blog dpt anda buat...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š