Monday, February 16, 2009

sejarah

Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul kaum Melanau. Jackson (1976:43) menganggap orang Melanau sebagai orang perantaraan di antara orang Melayu dengan penduduk di pedalaman. Dari segi fizikal pula, orang melanau tidak jauh berbeza dengan orang Melayu akibat daripada sistem pendidikan moden dan pendedahan yang diterima. Bagaimanapun, beberapa aspek fizkal mereka memang berbeza dariapada orang Melayu.

" In appearance, the men of the Melanaus have much resemblance to the other races...The women however, enjoy the reputation of being far more beautiful than those of the other tribes." (H.Ling Roth, 1968:55)

"The Melanaus are a quite people, but dressing like the Malays and cultivating sago. They are very fair, some of the girls quite as white as Europeans; hair black and straight." (Ibid,12)

tentang orang Melanau, seorang mubaligh De Crespigny (1881) mencatatkan,

"The Melanaus are an industrious and well-to-do people...They are litigious, and they have less regard for truth than their neighbours the Malays and the Dayaks. But they are good-natured and hospitable: the men avoid ostentatio, and very seldom array themselves in rich costume, but like to see their women wear gold ornaments and clothes of fine stuff fringed with valuable beads." (De Crespigny, J.A.I.V. 34)

" They are mild and peaceful, being quite and gentle in dispositio; they care not for heads, although a few are still kept in their houses. they are submissive to the authority of their superiors, and crime is of rare occurence amongst them; the most serious cases with which the European residents are troubled by are bechares, or suits connected with their sago lands. several of them have shown a great aptitude for learning and have even learnt to write in English character." (Ling Roth, 1968:91)

Banci 1939 mencatatkan 36,772 orang melanau - 1947 terdapat seramai 35,560 orang. Satu kemerosotan yang disebabkan oleh kekeliruan di antara Melanau Muslim dan Melayu. (Jackson, 1967: 34). 1960- seramai 44,661 orang berbanding pada tahun 1970. Satu peningkatan seramai 8,573 orang dalam satu dasawarsa. 1980 - menunjukkan jumlah seramai 75100 orang atau 5.7 % daripada penduduk sarawak berbanding dengan 5.4% 10 tahun sebelumnya. Dalam tempoh jangkamasa 10 tahun ( 1970-1980) bilangan orang Melanau telah meningkat sebanyak 21,866 orang; sebahagiannya kerana kesedaran yang kuat di kalangan mereka dan juga rasa kebanggaan di kalangan mereka kerana kepimpinan kaum Melanau amat ketara dalam hampir semua bidang menjelang dekad 70-an pada dekad 80-an. Mengikut banci 1980, didapati kawasan yang menjadi tumpuan orang Melanau ialah Bahagian ketiga, keempat dan keenam. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan ialah Igan, Oya, Mukah, Dalat, Sibu, Sarikei, Matu/daro dan Bintulu.

Secara khusus terdapat seramai 14,542 orang Melanau di Matu/Daro. Mukah adalah kawasan yang mempunyai jumlah Melanau yang kedua besarnya sesudah Matu/Daro dengan penduduk Melanau seramai 11,585 orang. (Jeniri amir,1984:1). Petempatan utama mereka ialah di tebing dan muara sungai utama serta kawasan pantai di Mukah, Oya, Igan, Matu/Daro, Rejang dan Bintulu, selain di hulu-hulu sungai. Bagaimanapun, kebanyakan mereka menetap di kawasan pantai yang rendah di Bahagian Sibu dan Bintulu dengan saiz sesebuah kampung di sekitar 500 orang- 5000 orang, misalnya di kampung Tellian, Mukah dan di Kampung Jepak, Bintulu. Kawasan yang menjadi kegemaran mereka kawasan rendah.

" The area inhabited by the Melanau is a low-lying swampy plain, often below sea-level, made up of poor, peaty soil covered by dense tropical forest." (Morris)

No comments: