Wednesday, May 27, 2009

aku terus menunggu sebagai seorang sahabat

selama ni..aku pernah menunggu dia selama dua tahun. mana mungkin aku boleh lupa begitu sahaja. bila aku dah jumpa..mana mungkin aku bisa lepaskan dia pergi begitu sahaja untuk kesekian kalinya. bila bertemu kembali perasaan lama terasa mekar kembali. namun, aku tidak mampu melewatinya bersama-sama dengan dia. bagaimana harus aku katakan..aku sungguh-sungguh menyayanginya. dan aku tidak mahu dia akan terus terluka kerana sikap aku...sepertinya aku yang harus merelakan dia pergi...kerana aku tidak mampu rasakan yang dia mampu pertahankan persahabatan aku dengan dia. apakah dia faham apa yang aku rasa sekarang?
aku perlu menunggu dia untuk kesekian kali nya selepas ini sebagai seorang sahabat. aku tidak mahu sayang aku kepadanya terputus begitu sahaja. awak...saya akan terus menunggu awak di sini...saya akan menunggu...ambil lah seberapa banyak masa yang awak mahu. saya tidak kan pernah memaksa awak untuk terus berada di sisi saya. namun, saya masih akan setia menunggu awak seperti selalunya. di ym dan di fs. awak tau di mana saya berada. apakah cinta ku sebagai teman kali ini akan berbalas? atau aku hanya akan terus menunggu tanpa berharap apa-apa daripadanya sebagaimana yang pernah aku lakukan suatu tika dulu?
iya...aku akan menunggu dan terus meunggu biarpun dia akan mengatakan...tak perlu tunggu dia lagi. aku tetap akan terus menunggu....kerana aku benar-benar menyayanginya dari dulu, kini dan selamanya....

No comments: