Sunday, September 13, 2009

Hanya Tuhan Yang Tahu

mesti korang pernah dengar lagu UNIC yang berjudul Hanya Tuhan Yang Tahu ... kan kan kan ...

aku masuk blog adik rozlan .. bile time aku nak post komen terpandang kat bawah ada klip video hanya Tuhan yang tahu .... teringat satu hal ... satu peristiwa yang ingatkan aku tentang hakikat disebalik lirik lagu ini...

lagunya bagai satu munajat cinta terhadap seorang gadis yang diidamkan oleh seorang lelaki. tapi perasaan cinta itu diserahkan kepada yang SATU ... kerana dia tahu .. jodohnya ada di dalam tangan yang SATU ini ...

andai kata cinta terputus ditengah jalan atau jodoh tidak berpanjangan .... seringkali kita menyalahkan pasangan kita .. sedangkan hakikatnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu...

Nota: standard le tu ... kalau putus memang akan nampak kesalahan orang lain sahaja .. tapi kenapa tak tuding pada diri kita sendiri sebelum menudingkan kesalahan kepada orang lain ... yang buat anda rasa sakit adalah kerana diri anda sendiri.. yang buat anda kecewa dan putus cinta adalah kerana diri anda sendiri ... dan yang buat anda tercedera adalah kerana janji anda sendiri ...

No comments: