Friday, September 4, 2009

Setahun Berlalu


aku tak tahu apa kaitan entri ni dengan gambar sebelah ... tapi atok aku cakap .. tak apa nak .. kau ceritakan apa saja yang kau dapat kait ngan benag kait berdasarkan gambar di sebelah ... ape ek?!!!
aku anggap ... papan tu ibarat tanah atau bumi tempat kita berpijak .. dan kita-kita semua berada di atasnya ... agaknya macam ni lah dunia sekarang ...
saling kejar mengejar antara satu sama lain ... erk janganlah korang salah faham .. aku tak taip bumi yang kejar mengejar .. tetapi manusia yang dia atasnya memang sentiasa berdaya saing yang tinggi .. tak kira dari sekecil-kecil perkara hingga ke besar-besar perkara...
macam itu jugak lah hidup kita... tak kira apa yang anda kejar ... semua itu melibatkan persoalannya masa... apa kaitan dengan masa? iyer ... ada kaitannya...bila kita meletakkan sesuatu target atas sesuatu perkara ... pasti kita akan berfikir .. dalam masa berapa lamakah ia akan tercapai? bertahan? dan apa yang kita perlu buat untuk mengekalkan masa kegemilangan tersebut?
Tahun ni ... rasa banyak yang berbeza ... entah lah ... termasuk cubaan yang datang ... belum lagi plus plus plus MARA ... mesti bestkan kalau pergi bercuti time-time gawat macam ni .... untuk tenangkan hati dan fikiran ... ( wah bunyi macam berat sangat pulak )
tak lah berat ....
cuma terfikir je ... entah apa yang akan berlaku dalam masa 2 tahun akan datang ...
apakah aku masih di sini? apa aku masih meluangkan masa di blog-blog orang lain ... bertegur sapa ... dan paling penting masih berfungsi kah segala friendster, myspace dan ym aku ?... maupun tagged ?... (rindu pulak kat skype)
sebelum apa-apa berlaku .. aku ingin sangat mohon maaf kalau ada tersilap bicara .. tersentuh perasaan .. mengguris hati... tergurau melampau .. terumpat dan segala-galanya pucuk pangkal yang tak elok tak elok belakalah ...
dan selamat datang kepada follower-follower serta pembaca senyap blog ni ... terima kasih kerana meninggalkan jejak anda... buat pembaca senyap semua .. korang try le masuk blog dorang jugak yer .. best apa?...
sayang selalu

No comments: