Thursday, June 10, 2010

Bebaskan Harimu Dengan Cintaku

kalau di blog hijau sudah aku catatkan sebahagian daripada pertanyaan kaum Adam. jadi, untuk di sini aku lebih suka bertanya kepada diri aku sendiri ... wah kira bermonolog lah ni. hahaa... sejauh mana aku meletak kan kepercayaan kepada si adam.
bagi aku ... ini bukan masalah percaya atau tidak.
andai kata aku tidak sanggup erdepan dengan mu duhai kaum adam pasti ada sebabnya. yang pasti

bukan kerana curiga aku terhadap diri mu. aku cuma lebih selesa ditemani oleh keluarga aku sahaja ke mana-mana aku pergi? aku pergi menemui siapa? gaya hidup itu lebih aku senangi. mungkin bagi sebahagian manusia mereka kurang senang dengan sikap yang sebegini. tapi bagi aku... ke mana jua kaki aku melangkah setiap langkah yang aku atur itu ku bawa sekali maruah dan kehormatan mereka. tidak mungkin aku mampu jaga seorang diri. apakah menjadi masalah sekiranya aku minta ditemani oleh keluarga ku sendiri. malah darah daging aku sendiri.

susah yang aku rasa. mereka lah penawarnya. patah kaki aku...merekalah tongkatnya.

aduhai hawa...
ketegasan mu lah yang mampu menyelamatkan nafsu nafsi si adam...
berjuanglah wahai hawa...
sang adam sememangnya menunggu engkau untuk sama-sama membantunya...

No comments: