Monday, February 13, 2012

Berbahagialah Untuk Peluang Kedua !!!

Alhamdulillah ...
sekali lagi aku diberi kesempatan ini mengisi ruangan kali ini . Cewah ..merapu je kan?!!! dah memang blog aku sentiasalah ada kesempatan untuk menaikkan entri...tunggu ilham tu mari ke tak je lagi !!!

beberapa hari ini...aku berapa kali dah sign in dan sign out blog ni. tapi tak juga rancak jejari aku ni nak menari bermain dengan kata-kata. Otak ni macam tak boleh jalan. Pada malam ini aku berdaya usaha untuk memenuhi entri untuk kali ini. dan akhirnya ..dapatlah seperti tajuk entri di atas.

ada seorang saudara bertanya ...apa rahmat yang anda dapat untuk hari ini ?!!! sejak kejadian ramadhan lalu ... tak ada rahmat lain yang aku fikirkan ...melainkan rahmat ekamatra ... Ops ... gurau saja bah ... melainkan rahmat yang satu ini ...


bila ingat balik ...
menggigil satu badan .. rasa lebih daripada demam. segala sendi rasa tak mampu dan tak berfungsi. rasa MATI!!! ...

setelah kejadian itu ..bermacam-macam hikmah yang aku dapat.
setiap persoalan terjawab dengan mudah begitu sahaja. secara tidak langsung ia membuat aku rasa hidup tenang dalam kehidupan aku. tak kira apa musibah yang datang. aku tak secemas seperti selalunya. aku tak sekalut seperti selalunya. malah aku lebih berfikir secara matang dan walaupun tak lah sampai tahap professional. tapi... sekurang-kurangnya aku mampu menangani dengan lebih baik berbanding selalu.

sehinggalah masuk tahun ini...
tahun 2012 ... syukur Alhamdulillah aku dipertemukan kembali dengan sahabat aku. cerita kita sangat berbeza duhai teman. tapi tidak jauh bezanya. kerana terdapat persamaan dalam perbezaan. Semoga rahmat Allah selalu mengiringi kehidupan kita semua untuk saat ini, hari esok dan seterusnya ...

Nota: jangan pernah ditanya tentang apa rahmat yang kamu dapat pada hari ini ?!!!
kerana kamu akan dapat 1001 jawapan dengan maksud maksudnya yang tertentu. lebih elok jika mengatakan ..

".bersyukurlah untuk apa yang kamu lalui dan dapati sepanajang hidup kamu berbanding menangisi setiap perkara yang lepas. kerana sungguhpun jalan kamu lalui itu penuh dengan liku dengan jalan-jalan yang songsang ... sesungguhnya Allah telah memberi peluang kepada kamu untuk hidup hari ini... sebagai penebus dosa-dosa silammu. itulah rahmat Allah yang sering kita lupa dan selalu kita pertikaikan."

No comments: