Friday, April 27, 2012

Tahulah Malam Ini Malam Jumaat !!!

ya ampun agak tembam juga saya di sini ya... sesekali up muka tembam boleh lah juga kan hehehe...

Malam ni pecah rekod saya bila pekena air rossalle ... eh macam mana nak ejanya eh?!!! rasa macam asam dalam paket saja ... tapi masih boleh minum lagi ... terima kasih kak Ayang. hik hik hik !!!

terima kasih juga atas kari sosej dengan lempeng ya sis Alizan. Biasalah onmode makan tak reti dah sekarang ni nak ambil gambar. Semangat Makan semata-mata memenuhi visi tahun ini untuk menaikkan berat badan. Cewah !!!

Esok saya nak travel ke sibu lagi. Projek untuk kali ini ... Jeng Jeng Jeng

Lokasi - Lokasinya :

1- Bank Simpanan Nasional  ( mohon BSN ambil saya jadi duta pula lepas ni ya )

2- Jelajah cerita baru @ premiere. Tengok iklan saja. Mana ada orang layan wayang pagi - pagi...

3- Jelajah @Parkson ...Wisma Sanyan. Harap-harap jumpalah nanti tingkat 5 tu.

4- Bila dah pergi parkson wajib pergi serang Bookstore kat tingkat atas nun.  

5- Menyusuri jalan-jalan pesisir Star ... dan menghargai pemandangan indah kain-kain yang terpamer di setiap kedai-kedai kain.  

6- Mencari tracksuit dan baju . ( Onmode Tak Kuasa nak bekal baju dan seluar untuk jalan-jalan. Makanya saya telah membuat keputusan untuk menghabiskan duit RM50 bajet untuk beli pakaian dan simpan di rumah abang Taz. Ha Ha Ha !!! ) 

7- Mencari seluar untuk padanan dengan baju koprat. Bukan tak ada. tapi yang lama ni pun dah uzur nampaknya. jadi kenalah ganti baru. 

- Ini senarai perjalanan aku untuk pagi esok. InsyaAllah dapat ni settle dalam masa 2 jam.

Yang teringin nak terjah...

1- Daesco ( Megamall Star ) ada diskaun memberlah minggu ni .... 
(mohon megamall ambik saya jadi duta iklan bagi pihak mereka juga ya Ha Ha Ha !!!) 

2- Teringin juga nak pergi Bukit Aup.

3- Bawak sajalah pergi mana-mana saya ikut driver saja. Ha Ha Ha. Adab bagi orang yang tak berlesen. tak layak rasanya hamba nak bagi arahan. keh keh keh ...

4- Alamak ada satu yang lupa. kena pergi style taylor ambik baju koprat. 

5- Harap tidak dilupakan Popular ... I MISS YOU !!! 

Popular ni kalau letak dengan kawasan rumah abang Taz tak adalah jauh sangat. sekejap saja dah sampai. Tapi kalau nak pergi ke bookstore tu memang jauh jugalah perjalanannya. Bolehlah tahan!!! 

Kebiasaannya Bila tiba malam jumaat saya mesti terfikir nak pergi sibu dan jalan-jalan. Ha Ha Ha!!! tapi tak selalunya peluang itu agak tipis. sebab bila saya pergi sibu mesti singgah kedai buku. setakat RM100 memang tak cukup nak belanja dalam kedai buku. 

Dan seperti biasa juga setiap malam jumaat pasti banyak cicak-cicak bersantai dalam toilet flat sini. sama seperti hari ini tidak pernah berubah seperti minggu - mingu sebelum ini. Cuma bezanya dalam situasi yang berlainan sekali. 

Krekkkk!!!! 
bunyi pintu ditolak... langkah kaki kiri mula masuk ke dalam tandas. Mata ligat memerhati setiap penjuru bilik kecil itu. sesudah dipastikan selamat dari bahaya. Pintu yang ternganga luas itupun ditutup. tak sempat tertutup rapat. Mata tepat melihat apa yang berlaku disebalik dinding  yang tersembunyi di belakang pintu tersebut. Alamak ... maafkan saya ... saya tak sengaja. Lain kali kalau nak buat projek pun carilah port yang tersembunyi. wahai cicak ... shooo ... shooo....shooo !!! Hajat saya pun tertunda .... 

Aiseh ... 
lapar pula ni. nak makan dulu ya !!! 

sekian, terima kasih .... Assalamu'alaikum 

No comments: