Thursday, May 3, 2012

Anak Malaysia Vs Anak-Anak Yang Duduk Luar Dari Negara Malaysia !!!

Apa punya panjanglah untuk tajuk entri saya kali ini kan? 

zaman dahulu punya cerita:

ini kisah masa aku kecik-kecik dulu. aku dilarang bermain jauh dari kawasan rumah sebab nak elakkan diri aku dari sesuatu hal yang buruk menimpa aku. Biasalah orang tua. siapalah yang tak sayangkan anak kan kan kan. Tambah - tambah pula yang "durian satu" macam saya ni. 

Mak selalu berkata:

oh ...anak ! nak sekalik mo pelik jauk anik dun nah. miyau mo nah anak. sai bak tulong mo ikah mei teng jawai matah ko! igem gak masa eh kasoh! nuan-nuan mak anak umit miyau...idak bak genunah tenawan masa eh...

( terjemahannya: Oh .. Anak! jangan sekali sekali kamu main jauh sangat. nanti kamu hilang. siapa nak tolong jika kamu tak ada depan mata saya ! tambahan pula masa ni tengah kecoh! ada-ada saja anak kecil yang hilang. Banyak nak diguna orang pada masa sekarang ni.

mesti anda semua tertanya-tanya untuk kegunaan apa ya sebenarnya. :-) 

cerita dia macam ni. 
orang zaman-zaman dulu. bila mereka nak bina sesuatu, ini cerita dari mulut ke mulutlah. orang-orang tua bercerita. Mereka akan mengorbankan anak kecil. istilah korban ini digunapakai dalam bahasa melanau sebagai "simah". simah atau sama erti dengan pancung kepala, kemudian kepala di tanam dan diletakkan tepat tepat bawah tiang pertama yang didirikan. dengar cerita, ia dibuat sebegitu bagi mengukuhkan lagi supaya bangunan tersebut menjadi teguh, kukuh, dan tidak mudah roboh. itulah sebahagian daripada kepercayaan lama. 

zaman masa kini pula:

bila anak-anak hilang mesti ia akan melibatkan akta pemerdagangan manusia. sebab anak-anak ini akan dijual, dan kemudian disuruh menjadi pengemis. tapi paling sadis sekiranya ia melibatkan pemerdagangan organ-organ tubuh badan. ngeri pula memikirkan nasib kita di zaman sekarang. tak ketinggalan ada yang dijadikan mangsa pemuas nafsu serakah semata-mata!!! Ke mana pergi nilai moral yang sering kedengaran selama ini?!!! 

di luar sana:
anak-anak pula berjuang untuk hidup, setiap saat demi saat. ada yang terkorban sebab kekurangan gizi dalam tubuh badan, ada yang terkorban ketika bencana alam seperti tanah runtuh, banjir lumpur, tsunami, dan lain-lain. tak kurang pula terkorban ketika situasi tidak aman berlaku di dalam negara mereka... 

cuba bandingkan nasib anak-anak di sana dengan anak-anak di sini:
nampak sangat dunia sekarang memang tak selamat. kekejaman ada di mana-mana. hatta berada di dalam rumah sendiri. rumah sendiri pun dah tak selamat. itulah kesan masalah jiwa yang menular dengan pantas dikalangan umat-umat akhir zaman sekarang ini. masalah ini harus dibendung secepat yang mungkin. kita cuma mampu berusaha dan mengamalkan serta berdoa dan bertawakal kepada Allah. 

NOTA : Awas bahaya ada di mana-mana !!! Awasi anak - anak anda !!! 

No comments: