Saturday, June 2, 2012

Kisah Malam Ini

Apa sudah jadi ini malam ya?!!!

tahulah kena tinggal. tapi tak sampai 2 malam dah jadi macam tak betul pula ni ...

hendak dijadikan cerita:

TV terpasang tapi sepasang mata milik dua manusia melekat pada skrin laptop.
 Pada paparan skrin tiba-tiba muncul perkataan yang anda telah ditag oleh sepasang mata yang lain yang kebetulan duduk berdepan dengannya.

maka berlakulah komunikasi tanpa suara tetapi dengan hanya bunyi ketak ketik pada papan laptop.

tengah fokus berfesbuk ...tiba-tiba kedengaran suara sayup-sayup memberi salam.

assalamu'alaikum ....

tanpa menjawab terlebih dahulu ...aku mengintai dari sebalik tabir tingkap.Kelihatan seorang remaja lelaki menunggu.

aku : wa'alaikumsalam ... eijah ... seorang pelanggan sedang menunggu . 


eijah: apa tadi su?!!!


aku: seorang pelanggan sedang menunggu !!!


eijah: apa tadi su, cuba ulang sekali lagi .


aku: seorang pelanggan sedang menuggu !!!


aku: haissshhh ...macam lain je bunyi perkataan pelanggan tu usu ...


Ha Ha Ha .... 

Nota: secara spontan ayat tu saja yang terlintas sebenarnya ... payah juga rumah yang ada kedai ni. Ha Ha Ha. tak pasal-pasal kan kan kan ... agaknya kalau sebut customer lagi o.k kot bunyinya berbanding pelanggan. he he he ... teringin nak memartabatkan bahasa Malaysia alih-alih kena gelak pula. :)

No comments: