Wednesday, October 2, 2013

Dengan Izin Allah

Macam tak steady je elektrik ni . Kasi aku habiskan entri yang ni dulu ye ...

Hujan rahmat dah turun alhamdulillah ...
Sekarang ni seharian 2 malam genap suara aku hilang entah ke mana.
pagi tadi aku agak risau juga macam mana nak handle budak-budak sebelah petang. tapi, itulah ... Allah tak kan bagi kita pikul sesuatu sekiranya kita tak mampu. tak kan lah Allah nak aniaya kan kita.

berdasarkan kepercayaan aku ini...
dengan dengan ucapan bismillah maka...aku melangkah dengan penuh tertib ke lokasi di mana tempat aku bekerja.

aku masuk tempat anak-anak yang di bawah jagaan aku. semua pandang aku dengan muka simpati... tak kurang yang bertanya :

"Aik... mana pergi suara?"

"saya hari tu pun kena macam ni jugak "

aku cuma tersenyum ......

aku bagi latih tubi bacaan untuk subjek pertama
dan latih tubi mengecam ayat untuk yang kedua ....
Kemudian aku bagi lirk-lirik lagu jadi mereka pun bernyanyi dengan saki baki masa yang masih tinggal .

Nota: terima kasih atas bantuan adik izzat yang tolong jelaskan bagaimana nak jawab soalan-soalan yang telah diedarkan. dan seperti biasa aku mengkagumi kematangan anak-anak ini. mereka tahu yang aku tak mampu bersuara .... mereka cuma bising itupun sebab nak ajar rakan masing-masing. mereka tidak perlu dikawal seperti selalu...sebab masing-masing boleh kontrol diri sendiri. yang paling mengejutkan... boleh pula mereka bercakap dalam tone yang agak rendah. sangat sopan... sejuk hati mendengar :) dan menengok mereka. :) alhamdulillah tugas hari ini berjalan dengan lancar atas izin Allah.

No comments: