Monday, February 23, 2009

Al-kisah tanpamu (5)

Di cafeteria kelihatan seorang gadis berbadan gempal sedang menunggu. Di luar pintu kelihatan seorang gadis melangkah masuk dan diiringi oleh 2 orang temannya. Hampir semua yang berada di cafeteria sedar akan kehadiran 3 orang sahabat tersebut lalu memandang ke arah mereka. Mereka hanya membalas pandangan tersebut dengan senyuman sekadarnya. Tak kurang juga yang memandang dengan 1001 persoalan pada raut wajah mereka. Ada juga yang menyapa.

Orang lain (1): hoi YB lama tak nampak?

YB: yelah…bz sikit sekarang ni. Kau apa khabar?

Orang lain (1): aku baik.

YB: mana kau punya kawan yang satu lagi?

Orang lain: ada di depan sana.

YB: oh…tengah tunggu turn nak bagi duit kat makcik café hahhaa…

Semua yang mendengar tergelak.

Orang lain (2): hoi..apa khabar kau?

YB: baik…kau bagaimana bah…

Orang lain (2): aku baik. Macam selalu…

YB: apa korang buat di sini. Masih boleh kah pelajar harian masuk malam-malam kawasan kolej?

Orang lain (1): kitorang kan ada pas masuk. Tapi matrik kad tinggal kat depanlah. Susah betullah sekarang nak keluar masuk kolej.

YB: hahhaa…biasalah tu. Sebab ada kes kan? Kalau ndak ada kes … nadak juga…

Orang lain (1): macam mana lagi kes hari tu?

YB: entahlah … ndak ada dengar berita bah. Aku sekarang sibuk dengan projek-projek…

Orang lain (2): biasalah YB…mesti banyak projek. Ahhahaa….

YB: bah…aku jalan dulu dorang sudah tunggu…

Orang lain (1) & (2): okay.

Lalu melangkah ke arah meja tempat duduk si gadis gempal menunggu. Sambil menegur…

YB: hai Chim…

Chim: hai…ramai betul peminat kau sekarang.

YB: well…hhahahaa…

Semua yang ada di meja itu tergelak…

YB: ndak makankah?

Chim: minum je. Kau nak belanja ke?

YB: boleh … jom lah makan sekali!

Chim: tak apa kami dah makan tadi, minum je lah…

Gadis yang seorang lagi hanya tersenyum. Tetapi si Yb tidak puashati. Dia memujuk supaya keduanya makan bersama. Mau atau tidak, kedua-duanya pun angkat jugak untuk mengambil makanan.

Sampai di depan kaunter si YB tolong bayarkan semuanya. Syukur Alhamdulillah rezeki…hehee…2 kali makan free…kemudian kami kembali duduk di meja tadi. Makan-makan sambil bercerita tentang program MPP dan PPI akan datang. Terus si YB ni minta pendapat si Chim.

YB: Chim, nanti aku jadi pres PPI aku nak lantik dia sebagai S/U aku.

Chim: baguslah tu. Kebetulan kitorang ada ambil subjek business com. Dalam tu ada belajar tentang semuanya. Termasuk minit-minit mesyuarat.

YB: wah…pilihan yang tepat lah ni…hehee…

Gadis: mengadalah korang ni…( geram)

YB: hahaa

Chim: hhahaa…tak cuba tatau lagi.

Sepupu: ha’ah lah kin apa kata kau cuba dulu…aku tau kau dapat.

Gadis: ceh! Seorang pun tak ada sokong aku.

Semua tergelak….

YB: nanti kau tengok dia makan fuh….licin pinggan boleh simpan balik tak payah basuh…hehee

Chim: herm….bukan takat licin pinggan je. Makan pun teratur…tengok lah tu, sayur di makan dulu sama ngan putih telur masin. Lepas tu nanti ayam goreng…dan terakhir sekali mestilah kuning telur…

Sepupu: aih…kau pun perasan juga kah?

Chim: mestilah aku kan lama lagi kenal dia daripada korang.

Gadis: melampau betul! ( geram bercampur segan silu)…

Mereka yang lain gelak tengok muka si gadis itu kemerah-merahan menahan malu. Selesai makan, semua geleng kepala memerhati isi pinggan si gadis itu. Kemudian sepupu si YB bersuara: Kin, makcik café cakap kau tolong hantar balik pinggan lepas kau makan. Ndak apa-apa bersih tu.

Akhirnya semua tergelak….si gadis itu semakin geram…

Semuanya berlalu menuju ke destinasi masing-masing sambil berjanji untuk bertemu pula di ruang legar. Kebetulan pada malam itu si YB dan sepupunya ada discussion dengan teman-teman secourse mereka.

Commercial break again, again and again!!!!! Hahhaha…..

No comments: