Monday, February 23, 2009

Al-kisah tanpamu (4)

Wakakaaa… leh selit macam-macam iklan. Hahhaa…

Kedengaran suara azan dilaungkan oleh sepupu Presiden MPP. Selesai azan kebetulan, masjid itu dikunjungi tetamu Allah yang lain. Ada seorang ibu dan seorang anak kecil lelaki melangkah masuk ke dalam masjid. Gadis kecil itu tersenyum lalu angkat dari tempat duduknya untuk bersalaman dengan tetamu itu. Tetamu itu membalas senyumannya dan menyambut huluran tangan kecil itu. Tetamu yang kecil itu juga menghulurkan salam kepada gadis kecil itu. Tidak lama kemudian datang menyusul seorang makcik berpangkat nenek lalu menghulur tangan untuk berjabat tangan. Si gadis itu menyambut salamnya dengan hormat sambil mencium tangan nenek itu. Si gadis bersuara.

Aku: dari mana?

makcik: dari kampong saudara. Singgah di sini sekejap.

Aku: owh…makcik satu famili ke ni?

Makcik: ye nak…yang tu tadi menantu makcik.

Gadis itu mengangguk kepala tanda faham.

Makcik: anak belajar di sini ke?

Aku: mengangguk sambil tersenyum.

Makcik: sunyi je..mana jemaah lain.

Aku: sibuk sangat agaknya. Banyak benda nak kene prepare tambahan pula sekarang ni dekat-dekat nak final exam.

Makcik: owh...nak panggil siapa ni?

Perbualan mereka terganggu kerana kakak tadi muncul kembali selepas berwuduk. Si gadis itu tersenyum. Kakak itu pun membalas senyumannya juga.

Aku: panggil je sakinah makcik. (tersenyum)

Makcik itu tersenyum.

Kedengaran suara iqamat dilaungkan. Mereka pun sama-sama meluruskan saf dan bersedia untuk menyempurnakan ibadah pada malam itu secara berjemaah.

Selesai solat gadis itu bersalaman dengan makcik dan kakak serta adik kecil itu. Kemudian gadis itu melipat kain telekungnya dan bersedia untuk pulang. Sedikit demi sedikit lampu kelihatan sudah malap benar. Tahulah si gadis bahawa Pres MPP dan sepupunya sudah pun menunggu di luar masjid. Gadis itu melangkah keluar masjid sepertimana lagak seorang anak mengiringi ibunya yang akan keluar dari rumah untuk mencari rezeki. ( semacam je bunyi ayat ni).hehee…

Gadis itu bersuara…

Aku: makcik sekeluarga nak pergi mana lepas ni?

Makcik: kami nak balik santubong. Situlah kami tinggal.

Aku: owh orang santubong rupanya…( si gadis tersenyum)

Makcik dan kakak itu pun turut tersenyum. Sebelum berpisah sekali lagi gadis itu menghulur salam. Kakak dan makcik itu pun menyambut tangan kecil itu. Tiba-tiba si kecil pun ingin turut serta untuk bersalam. Si gadis menyambut tangan kecil itu dengan senyuman.

Sepeninggalan itu, makcik sempat lagi berpesan: Nak…belajar rajin-rajin. Sibuk walau macam mana pun solat jangan tinggal. Rumah Allah jangan dibiar sunyi. Dah dekat sangat dengan tempat anak belajar. Jemaah malam hari pun dah memadai. Si gadis itu tersenyum lalu menggaggukkan kepala tanda faham dengan nasihat makcik itu.

Ketika makcik dan kakak melangkah ke arah kereta yang menunggu di luar Presiden MPP dan sepupunya berjalan mendekati gadis itu. Makcik tersenyum memandang ke arah mereka berdua. Mereka pun membalas. Setelah kereta itu ingin berlalu pergi makcik, si kecik dan ibunya melambai tangan dari dalam kereta. Gadis itu pun membalas lambaian tangan tersebut.

Tiba-tiba…

Pres MPP: mereka tu hendak balik ke mana?

Aku: santubong.

Sepupu: wah…peramah jugak kau?

Aku: hehee…mesra alam katakan…

Kami ketawa…

Pres MPP: macam kau tatau. Diakan gadis solehah…

Aku: (terkejut) pandai-pandai je buat cerita…

Sepupu: hek eleh…malu-malu pulak. Teimalah kenyataan Kin.

Aku: tak lah aku biasa-biasa saja.

Tersenyum…
Kami meneruskan langkah ke cafeteria. Sambil itu, gadis itu on kan hp nya dan mendapati ada sms masuk. Si gadis membaca sms tersebut. Owh dari si Chim. Si gadis itu tersenyum.

Again and again…to be continue…
Harap sabar menunggu….huhuu

No comments: