Saturday, April 18, 2009

ayat-ayat cinta penipu - part 2 !!!

" Tuhan kirimkanlah aku... kekasih yang baik hati... yang mencintai aku... apa adanya...."
cetusan april'09 majalah mastika. boleh tahan kutukan, cemuhan, komen, pendapat dan sebagainya daripada orang-orang awam. tapi yang menaik perhatian aku pasal isu melayu kasanova. sadis betul kisah tu. tak kiralah apa yang sadis sama ada lobak atau gadis-gadis kita yang sadis.
ada lagi isu menarik kisah lelaki antiperempuan yang terjerat dengan ayat-ayat cinta penipu. sekarang sha terfikir macam mana orang yang antiperempuan boleh tertipu?...
sha pernah terbaca kisah "hati". hati manusia terletak di antara dua celah jari-jemari Allah. bila-bila masa Allah boleh balikkan hati manusia-manusia yang dikehendakiNYA. Namun, manusia telah dianjurkan supaya selalu bermohon pertolongan daripada Allah supaya ditetapkan hati untuk sentiasa berada di atas landasan yang benar. tapi, takdir Allah tiada siapa pun yang bisa merubahnya. Melainkan atas kehendak Allah sendiri.
dalam kes kali ini seorang lelaki "alim" teraniaya. di atas tuduhan melakukan zina sehingga hamil terhadap rakan sekuliahnya. yang lagi sadis. dia dipaksa untuk bertanggungjawab ke atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain terhadap perempuan tersebut.
bukanlah nak bela kaum hawa. dalam kes macam ni, bila dinilai dari segala sudut semuanya bersalah. lelaki bersalah. perempuan tu pun bersalah. o.k...cuba kita ingat balik...bila perempuan tu kena rogol ke apa-apa yang tak elok berlaku kepada dia. mesti orang lelaki cakap. siapa suruh dia tak pandai jaga diri. tapi..bila kes macam ni terkena pada lelaki. perempuan tetap salah juga. lelaki tidak juga jatuh salahnya. anda perasan tidak perbezaannya di situ.
ada juga yang cakap. siapa suruh perempuan tu percaya sangat pada boyfriendnya. sampai ikut je apa yang teman lelakinya suruh. tapi bila lelaki kene kecewa perempuan juga yang salah. cakap perempuan materialistik lah, plastik lah...kenapa tak cakap. saya yang salah. sebab percaya sangat pada dia. lelaki harus akur...walaupun dia tak rasa diri dia seorang yang egois. tapi hakikat sebenarnya dia memang seorang yang egois dalam diam. dia nampak kesalahan hanya ada pada pihak di depan nya. tapi tak pernah nampak kesalahan besar yang dia telah lakukan secara tidak sengaja maupun sengaja.
huhuu..macam yang sha cakap tadi, sha bukan nak bela kaum hawa. tetapi sebenarnya yang berlaku itu setiap yang buruk bukanlah daripada orang lain. tetapi daripada diri kita sendiri. bila berlaku masalah besar. banyak-banyaklah bermuhasabah diri. jangan dinilai apa yang orang buat terhadap kita. berusahalah untuk menilai diri kita sendiri. itulah yang sha banyak belajar daripada kehidupan sha di atas muka bumi ini. seorang khalifah yang adil lagi bijaksana tidak akan menuding jarinya kepada orang lain sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya. namun, dia akan menganggap bahawa. ia adalah sebahagian daripada ujian Allah bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaannya kepada Allah. Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu perkara yang dia tidak mampu dan tidak sanggup pikul. Bila sesuatu musibah itu berlaku ke atas kita bermakna Allah tahu sejauhmana kelebihan yang ada sebenar dalam diri kita. cuma kita sahaja yang tidak pernah mahu membuka mata hati kita untuk melihat dari sudut pandang yang positif. bagi kita semuanya negatif-negatif belaka. belajarlah untuk bersangka baik terhadap segala apa yang sudah berlaku ke atas kita walau sejauhmanapun keburukan yang menimpa diri kita.
buat zahid...(tapi bukan nama dalam ic)...
biarlah sha tolong jawap persoalan yang selama ini bermain dalam benak fikiran zahid. zahid sendiri mengaku yang zahid mencari helah untuk menjauhkan diri daripada rosmah...tetapi bukan nama dalam jbtn pendaftaran...apa dia helah zahid?
boleh kawan...tapi...saya nak awak pakai tudung...
hebatkan pengakuan zahid...
apalagi si rosmah pun nekad untuk berubah. inilah yang sha katakan tadi. bila sesuatu itu dibuat ataupun diucap dengan tidak ikhlas. memang ia akan berbalik kepada diri kita sendiri. tak kira sama ada anda seorang yang "alim" ataupun tidak. dan isu ini secara tidak langsung menggambarkan atau membuktikan akan kebenaran nasihat-nasihat orang yang beriman yang mengatakan bahawa lidah itu umpama mata pedang yang tajam. kerana lidah itu...zahid terpaksa tanggung akibatnya.
teringat kisah nabi Yusuf dengan fitnah zulaikha. teringat kisah Rasulullah dengan seorang pengemis yahudi buta ....semua itu jelas..dan boleh dijadikan rujukan dalam kisah zahid. tapi..mungkin zahid tidak pernah terfikir ke arah situ...
maka dapat disimpulkan di sini... setiap yang kita lakukan ataupun ucapkan mestilah disertai dengan nawaitu semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. dengan lafaz nama Allah..insyaAllah kita mampu hadapi semua perkara dengan hati yang terbuka. Malahan kita akan menerima setiap ujian itu dengan jiwa yang tenang. tiada secebis pun rasa gelisah yang akan bersarang di dalam hati. InsyaAllah. apa-apa pun yang berlaku...titik tolaknya adalah daripada hati. JAGALAH HATI !!!
p/s: buat lelaki-lelaki yang pernah terjerat dengan ayat-ayat cinta penipu. bersihkan hati dan belajar kenali wanita. InsyaAllah anda semua berhak untuk memiliki cinta yang hakiki dan membawa kebahagiaan dalam hidup anda di dunia maupun di akhirat. amiin...

No comments: